2 ALAM... RM 40 JUTA KAH???

9:56 PG 10 Comments

Siapa tak kenal dengan jutawan Melayu yang menjual produk kecantikan.. iaitu Dr Rozmey...

ini bukan aku yang edit yek.. aku jumpa ni Google hehe...... siapa tak kenal dengan Dr Rozmey ni memang tak sah.. beliau sangat terkenal dengan gaya rambutnya yang UNIK... hehe...  setiap hari keluar surat khabar.. memang kalau dari segi promosi beliau NO1..!! 

selalunya orang promote produk... tapi beliau promote diri sampai lagi popular dari produk dia.. hehhe.. (jahat mulut aku) tapi tak pelah.. orang berniagakan kenallah tak tahu malu.. syabas diucapkan DOKTOR(dia dapat doktor sebab belajar sains ker or dr falsafah?? someone please tell me??)

Nak dibuatkan cerita... dia  memang tengah hebat meluaskan empayar perniagaannya hingga ke bidang perfileman negara... yeke??? siapa tak kenal FILEM yang penuh dengan gimik dibuat oleh beliau iaitu.. 2 ALAM...

kalau kalian perasan dekat atas banner cerita ni muka dia masih ada sambil duduk atas kerusi.. giler glamour betul la doktor ni,.. biarlah filem dia suka hati dialah.. aku rasa satu MALAYSIA tahu yang beliau target untuk dapat RM 40 JUTA untuk kutipan filem 2ALAM yang diura-urakan agung dan hebat...

jadi untuk menlihat dengan mata kasar sendiri aku pun ajak la 3 orang kawan-kawan(dirahsiakan namanya atas permintaan mereka...)  menonton filem ini di pawagam...

mula-mula memang tak terdetik pun nak tengok cerita ni.. sebab aku lebih eager nak menonton cerita repunzel selepas kalah dapat tiket wayang free dari nuffnang kan... hehe.. namun di sebabkan tiket repunzel dah habis.. maka terpaksalah tengok cerita ni... hehe...

masa mula-mula beli tiket kawan aku tanya kakak yang jual tiket tu..."CERITA NI OVER TAK KAK??". kemudian dengan selamba kakak tu jawab.."TAK OVER LANGSUNG DIK" dengan muka perli.. maka seawal beli tiket lagi kami dapat petanda yang filem ini.. MEMBOSANKAN..!!!

masuk-masuk jer panggung.. aku boleh bilang penonton dengan jari... tak sampai 10 orang pun.. MACAM MANA NAK 40  JUTA NI... hehe... kemudian 5 minit pertama filem.. ada adegen orang nangis terjerit-jerit.. dan kemudian keluar perkataan macam sajak... AKU RASA SELAMA 10 MINIT KOT... mula -mula aku baca sajak tu aku macam tersentuh juga la.. sebab pasal kekesalan seorang insan namun terlambat sebab mati.. tapi bila sajaknya semakin melarat-larat.. aku dan rakan-rakan mula tak senang duduk...

MAKA, kawan aku pun mula la bersuara.."NI FILEM KER MOVIE MAKER.." yelah sebab kalau setakat keluar tulisan jer.... boleh buat sendiri kot dekat rumah.. penat jer tengok wayang... kemudian mula la ceritanya... jujur aku kata theme dalam cerita ni boleh tahanla... sebab ia mengenai seorang lelaki ADAM.. yang menukar jatina menjadi AMY.. seorang penyanyi terkenal.. namun pada satu hari Amy kena rogol dan bila dah masuk kes polis dia kantoi PONDAN.... keluarlah kat semua surat khabar.. sebab terlalu tertekan dia pun bunuh diri dan masa mati kubur tak terima mayat dia.... simple(aku rasa aku tulis lagi menarik daripada dia cerita kat filem)

yang membuat filem ini TERLALU TERLALU TERLALU BOSAN!!!
ialah kerana terlalu banyak sangat adegen LUCAH... sikit-sikit jer si Amy ni buat seks...(patut la finas tapis banyak kali.. hehe) kemudian mesti adegen nangis, nangis, nangis... aksi nak over tapi ceritanya kosong.. lepas tu flash back, flash back, flash back.... sampai aku rasa dia dah ulang adegen tu lebih daripada 5 kali.. penat aku tengok... ADUSH!!!!

MAKA NASIHAT AKU KEPADA DR ROZMEY.... please laa... jangan terlalu over.. kalau baru dalam dunia perfileman buat cara baru jangan masuk-masuk terus nak over.. kalau la KRU buat filem macam HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 

nak target RM 40 JUTA tak pe juga... mereka tu  berpengalaman  dan filem macam ni sah2 meletup... tapi mereka sedar diri.. bahawa market kat Malaysia ni tak lah besar mana kalau nak kutip kutipan sebesar itu.. sebab itulah mereka bawa ker luar negara.. syabas kepada KRU.. aku harap Dr Rozmey boleh belajarlah melalui perkara ini.. ingat kerena mulut badan binasa... fikir-fikir sebelum berkata-kata...(wah berpuitis aku..)

ni aku ada video lawak pasal Dr  Rodmey... enjoy!!!

siapa nak join page ni.. mai la.. hehe...

MINTA MAAF DOKTOR... hehe...(rasa bersalah..)

10 ulasan:

CONFESSION OF OPERATOR..

9:55 PG 5 Comments

Untuk pengetahuan semua.. impian aku nak keluar dari kepompong kerja di SUPER MARKET telah menjadi kenyataan.. sebab selama ini kalau ada cuti semester jer mesti aku kerja dekat JUSCO.. sampai aku dah bosan kerja jadi promoter yang bagi aku.. tak sangat adventure dan sungguh bosan...

aku mengaku sebenarnya kerja jadi promoter senang... ko hanya perlu datang dan jaga barang,, serta serve orang kalau nak beli barang kau.. MALANGNYA.. aku mula bosan dengan rules kerja di SUPER MARKET yang amat, amat, amat lah ketat sekali..(kesalahan grammar lepas amat mana boleh ada sekali..) tambahan pula, semasa kali terakhir aku kerja jadi promoter aku telah dimarahi oleh manager JUSCO kerana kantoi berborak dan tak jaga barang aku... plz la.. walaupun aku mengaku itu salah aku.. tapi bosan kot.. pelanggan mana ada.. jadi aku berborak la.. hehe... lagi satu kerja sebagai promoter ni sangat penat dan ko kena ikut telunjuk supervisor dia suruh kau datang pukul brape dan sebagainya.. PEMAKAIAN la yang paling teruk.. dah la rambut tak boleh berfesyen kena pendek dan kemas kemudian kena pakai baju uniform sekolah.. SKEMA GILER!!! 
Maka mungkin Allah Taala memakbulkan doa aku.. aku berjaya dapat kerja di sebuah syarikat research.. yang aku tertarik nak kerja disini kerana pakaian bebas janji kemas, boleh datang pukul berapa pun kau suka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam(janji kena duduk situ 5 jam), buat panggilan untuk soal selidik mengenai politik di malaysia.. satu call persamaan dengan RM12 (lumayan tu...) and ada dapur.. so kalau penat bekerja boleh lepak makan biskut dan minum kopi jap.. hehe... INILAH PEKERJAAN YANG AKU IDAM-IDAMKAN.. senang.. hehe...
muka aku tengah membuat panggilan.."HELLO"

jawapan soal selidik di masukkan ke dalam data komputer.. 
senanglah sebab tekan-tekan nombor jer...

jadi sebenarnya entri ni ialah PENDAHALUAN atau MUKADIMAH sebab aku bercadang nak buat drama mengenai kerja aku ni.. bila kita call rakyat MALAYSIA dari seluruh pelosok memang macam2 karenah dan cerita aku dengar.. dan aku rasa macam nak cerita kisah menarik ni dengan semua orang... semoga ia menjadi pedoman hidup.. amin.. 

Sebelum itu sebenarnya kerja ni tak la semudah seperti yang diperkatakan.. memang nampak mudahkan ambil telefon.. dail-dail kemudian masukkan data.. NAMUN.. nak dapatkan orang untuk memberi kerjasama agar menjawab soalan tu yang susah..  

UNTUK PENGETAHUAN KALIAN, sebenarnya dalam projek ini telah ditetapkan kouta setiap negeri kepada jantina, bangsa, kawasan urban atau rural dan peringkat umur... masa mula-mula projek memang la senang sebab kuota masih open.. tapi makin lama makin susah.. sebab kuota makin sikit.. contohnya kouta yang tinggal.. lelaki, cina, kawasan urban dan umur 25-30... MANA KAU NAK CARI???

Tapi selalunya bila dah terlalu terdesak.. contohnya tinggal lagi 5 orang sahaja nak di cari dalam sesebuah negeri memang bos aku akan bagi open.. tak kisah pasal kouta lagi.. hehe  (kalau masa ni semua orang macam beruk makan belacan.. dail cepat2 kerana siapa cepat dia dapat dulu.. hehe..)

namun kisah yang kurang enak aku nak cerita sikit ni ialah mengenai sesetengah orang CINA yang susah sangat nak memberi kerjasama... especially di kawasan SARAWAK, KUALA LUMPUR, PENANG, JOHOR dan juga PERAK.... 

kebanyakkan mereka alasannya sama iaitu.."SOLI YEK SAYA TAK PANDAI MELAYU" atau.."SAYA TADA SENANG." memang banyak cakap macam tu.. kalau aku offer nak cakap bahasa english boleh.. dia akan balas.. "MAAF TAK ADA MASA LAH" kemudian terus letak tepon.. berangin jer aku..!!! 

persoalan aku.. kau cakap kau tak pandai cakap melayu?? masalahnya korang duduk di MALAYSIA dan bahasa kebangsaan kita ialah BAHASA MELAYU.. jadi tak pandai cakap melayu..?? nak jadi warganegara ker tak nak.. kalau tak senang tu bila rasanya kau senang?? bila negara dah lingkup ker..hehe..(luahan perasaan) sebenarnya.. aku tak salahkan pun orang cina yang tak pandai cakap melayu kerana kebanyakkan yang tak pandai cakap melayu ni ialah golongan cina yang rendah tahap pendidikannya.. mereka hanya belajar sampai sekolah menengah atau rendah jer.. tambahan pula sekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.. lagilah tak selalu cakap melayu... sebab itulah aku kurang berpuas hati dengan tindakan kerajaan nak kekalkan sistem sekolah vernakular.. sebab hasilnya.. orang cina dengan orang cina sahaja.. orang melayu dengan melayu jer dan india dengan india jer...
tapi aku pelik.. selama aku bekerja disini kalau aku cakap dengan orang india.. mereka langsung tidak menghadapi masalah dalam bertutur bahasa melayu.. malahan aku pernah bercakap dengan mak cik yang berumur 80 tahun.. dan melayu dia cukup fasih... kenapa orang cina tak boleh??? 

selain daripada kesan belajar di sekolah vernakular aku rasa initiative orang cina sendiri yang kurang.. mereka yang kurang pandai cakap melayu ni selalunya berpuak dengan orang cina sahaja sebab itu kurang fasih berbahasa melayu.. contohnya aku ada juga kawan-kawan cina yang boleh bertutur dengan lancar.. dan selalunya orang cina yang bertutur dengan lancar ini ialah seorang yang peramah dan banyak cakap.. sebab selalu berlatihlah mereka menjadi mahir.. hehe..(nasihat berhikmah kepada orang cina silalah keluar dari puak anda dan cubalah berbaik dengan kaum lain seperti melayu dan india.. kerana kami memang terima anda dengan hati terbuka.. :-) HIDUP SATU MALAYSIA lah katakan...

NAK BUKTI YANG LEBIH JELAS KENAPA AKU KATA ORANG CINA NI SOMBONG... salah seorang kawan cina aku yang juga bekerja di sini kata.." SAYA TAK SUKA TEMU BUAL ORANG CINA MEREKA BANYAK SOMBONG.. SAYA SUDAH CAKAP BAHASA CINA PUN TAK MAHU BAGI KERJASAMA.." kesian... so can you imaging dengan kaum dia pun tak percaya macam manalah kitakan.. hehe....

AKU HARAP POST NI TAKLAH MENGAIBKAN ORANG CINA.. sebab bukan semua macam tu.. seperti yang aku cakap segelintir jer.. yang lain ok..!! 

aku paling suka kalau dapat temu bual orang cina dari MELAKA, SABAH dan KEDAH.... mereka ini kebanyakkan nya boleh cakap melayu lah.. ESPECIALLY in MELAKA... bila dapat BABA NYONYA.. memang best..!!! sangat peramah.. malahan aku tak dapat nak bezakan pun dia ni melayu ker cina.. sebab slang dia macam orang melayu....

SELAIN ITU, kalau dapat orang cina yang muda serta berpelajaran tinggi.. mungkin habis universiti atau form 6.. mereka bagus kerana mereka mengambil tahu tentang politik negara.. sebab ada sesetangah tu buat tak tahu jer.. aku tak kisah kalau dorang nak kutuk or sokong kerajaan cuma aku rasa bangga sebab mereka juga prihatin terhadap perkembangan negara.. hehe.. (cina macam ni bagus..) 

sebenarnya.. kehadiran orang cina ni bagus sebab mereka menambahkan kewarnaan tradisi negara kita yang memang unik dengan kepelbagaain.. cuma aku harap sikap sombong mereka itu boleh la diubah sikit.. ala orang melayu dan india pun sombong.. kita semua sama.. harap ini menjadi pengajaran kepada semua juga.. hehe....
teringin la nak pakai CHEONGSAM.. boleh ker??? hehe...

ITU SAHAJALAH CELOTEH AKU.. JANGAN LUPA TUNGGU POST SAMBUNGAN MENGENAI MASALAH LAIN PULA.. hehe...

RELATED STORY...
APAKAH SALAH ANAKKU??.. (COO)
PENGAKUAN ORANG CINA...(COO)
I'M MUSLIM..(COO)
KENAPA TAK NAK..?? (COO)
I WANT TO BE PRIME MINISTER.!!

5 ulasan:

SPM..!!!

9:53 PG 9 Comments

bila aku tengok adik aku si fitriyah sedang tension sebab besok exam SPM.. aku pun teringat la... macam mana lah saat aku ambil SPM dulu...

aku mengakulah.... dulu masa aku ambil SPM memang aku struggle giler... rambut aku ketika itu sangat panjang dan macam biasalah bila EXAM aku akan bertukar menjadi giler..!!!
kira macam ni la jugak rupa aku.. tapi time SPM aku rasa 80 kali ganda lebih tension.. huhuhu... jadi aku fahamlah situasi yang dihadapi oleh adik aku sekarang... sebab aku pun sepanjang exam memang tak lena tidur... time tu memang insaf giler... tiap2 hari tidur kat surau.... buat tahajud, baca yasin.. doa, doa , doa dan study...!!!
boleh dikatakan masa itu semua students MRSM TRANSKRIAN tidur surau... so aku pun join la... tapi aku dapat rasakanlah keinsafan pada malam itu... masa itu impian aku nak sambung study diluar negara sangat tinggi.. sebab itulah gigih.. hehe...

aku nak cerita sikit beberapa perkara hikmah yang terjadi kepada aku semasa SPM....

KISAH PERTAMA....

seperti yang kalian sedia maklum.. aku ni memang lemah nak mampus ENGLISH.. jadi aku agak struggle lebih la sikit.. tak percaya tanya cikgu English aku Madame Fida... dia banyak membantu aku.. mula-mula dia suruh aku baca buku english dekat bilik guru.. then setiap dua hari aku akan bertukar buku bahasa English mula daripada beginner hingga ke tahap sederhana.. mula-mula masa nak mula memang agak malulah.. sebab aku macam baru nak mula baca buku English kanak-kanak kan.. tapi nasib baik kawan-kawan kat kelas tak ejek pun aku.. kemudian setiap minggu dia mesti minta aku hantar dua essay kat dia.. so aku pun gigihlah menulis essay.. kemudian suruh dia tanda.. masa mula-mula tanda memang aku rasa nak habis dahlah pen merah dia.. semua grammar salah.. dia cakap terlalu banyak sangat direct translation.. hehe..
nak diringkaskan cerita dia berbangga dengan meningkatan aku.. dia kata makin lama makin ok la... dalam TRIAL EXAM aku dapat BI 6C... sesangat la teruk.. hehe... kemudian aku bawalah essay TRIAL aku untuk di tanda oleh beliau dan juga cikgu CEMERLANG BAHASA ENGLISH di MRSM tanda kertas aku.. maka essay trial aku telah ditanda oleh dua orang yang sangat hebatlah dalam arena BAHASA ENGLISH... hehe..(poyo jer) kemudian.. masa nak dekat-dekat SPM cikgu cemerlang tu nasihatkan aku cubalah hafal beberapa essay yang telah di betulakan grammar nya.. sebab at least kalau keluar tajuk yang hampir sama aku boleh kaitkan jer karangan yang aku hafal.. ini bagi mengurangkan kesalahan grammar aku yang sangat kritikal..(gitu...)

maka sebelum tidur malam.. aku telah lepak di surau dan belajar novel.. sebab terlalu penat aku pun balik bilik.. sebelum tidur aku telah susun lima essay yang aku rasa  terbaik diatas meja aku.. kemudian aku plan nak tidur 2 or 3 jam jer.. sebelum subuh bangun nak hafal essay macam yang telah disarankan.. TIBA-TIBA.. buka-buka mata jer dah azan subuh.. persamaan lagi sejam lebih jer dah nak EXAM.. 

AAAAA!!! hanya tuhan jer tahu perasaan aku nervous macam mana.. satu essay pun tak hafal lagi.. maka aku pun pergi atas meja.. baca bismillahirahmanirahim.. terus ambil essay EXAM TRIAL aku yang bertajuk STAR... aku ingat lagi aku buat cerita pasal seorang budak gemuk yang nak jadi artis.. mula-mula kena tendang dari audition kemudian kena tipu dengan komposer then sebelum dia nak bunuh diri ada seorang budak nasihatkan dia untuk terus berjuang.. dan akhirnya dia berjaya menuntut keadilan dan menjadi artis yang terkenal...(drama giler kan ceritanya.. Madame Fida suka sangat cerita aku..hehe) aku pun hafallah cerita tu dalam masa sejam... 

BILA duduk sahaja di meja exam aku berselawat banyak-banyak.. dan bila aku tengok jer soalan essay nombor lima aku terus menitiskan air mata selama lebih 15 minit.. huh..
memang tak sangka... soalan keluar bulat-bulat iaitu... please write an essay with the title.."STAR" maka aku pun tulislah essay dengan tenang.. memang aku ingat bulat-bulat.. ALHAMDULLILAH.. aku dapat 3B dalam ENGLISH.. akku rasa kalau tak hafal mesti aku dapat lagi teruk.. alhamdullilah...
 
KISAH KEDUA...

aku memang lemah nak mampus subjek SAINS... dah jadi macam belacan aku baca buku sains pun masih tak pandai-pandai lagi... hingga aku di senaraikan sebagai TOP 30 WORST STUDENTS IN SCIENCE oleh guru-guru sains di MRSM aku.. kejamkan.. memang rasa terhina giler bila aku dan rakan--rakan lain yang juga termasuk dalam top 30 worst ni diminta untuk menghadiri seminar khas.. AAA!!! 

jujur aku katakan aku sangat rasa terhina oleh cikgu PHYSIC dan CHEMISTRY .. mereka memang sangat tak suka aku.. yelah sebab aku selalu buat spoil kat subject mereka... namun nak buat macam mana bukan aku tak study tapi aku dah tak tahu.. OOO!! I'M SICK WITH SCIENCE FOREVER AND EVER..!!! 

kepada cikgu BIOLOGY aku dia memang sangat-sangat -sangat-sangat baik.. hehe.. love u!! dia tahu aku lemah tapi tak pernah melemahkan semangat aku.. dah la dia ajar bagus.. satu-satu dan pelan-pelan.. baru aku faham,, ni cikgu PHYSIC AND CHEMISTRY.. ajar punya la laju dah la lompat ker tahap advanced punya.. budak-budak pandai sains fahamlah.. aku ternganga jer dia ajar.. hehe...

namun masa nak dekat SPM aku memang tak berputus asa.. selama tiga hari.. tiga-tiga subject sains punya exam aku tak tidur.. seriously.. aku just tidur-tidur ayam jer.. kemudian beberapa minit baca balik buku.. ALHAMDULLILAH SEMUA YANG AKU BACA MALAM TU KELUAR..!!! hikmah giler..!!

benda yang aku baru faham malam tu pun keluar.. so masa trial kimia 7D , physic dapat 6C dan biology dapat 5C selepas SPM betul aku dapat CHEMISTRY dan PHYSIC 3B manakala BIOLOGY dapat 2A.. cikgu biology aku menangis.. sebab aku bagi dia A... tq cikgu.. manakala cikgu PHYSIC aku terkejut beruk bila aku cakap aku dapat 3B dia kata aku not bad yek.. hehe(baru kau sedar aku siapakan.. hehe) yang paling tak boleh blaa bila cikgu CHEMISTRY tanya aku... "FARIZ KAMU DAPAT BERAPA?"(dengan muka kerek..bengang aku..) maka aku cakap 3B... dia terbeliak mata dan cakap saya ingat kamu dapat 6C.. 
OMG... aku dah cakap memang dia pandang rendah kat aku selama ini.. tapi tak pelah aku  dah berjaya tunjuk kat dia yang aku boleh.. ALHAMDULLILAH.. by the way ,still nak ucapkan terima kasih sebab ajar saya.. hehe..

SO KONKLUSINYA... KEPADA SEMUA CALON SPM.. ESOK SILA BUAT YANG TERBAIK.. KERANA INI TENTANG MASA DEPAN.. ESPECIALLY ADIK AKU FITRIYAH!!! GO,GO,GO!!!

9 ulasan:

SHOUT AWARDS..!!!

10:28 PG 5 Comments

Semalam untuk pertama kalinya aku menghadiri konsert.. hehe...


Ingat nak tulis semalam.. sebaik sahaja balik konsert.. namun.. sebaik sahaja sampai di rumah.. jam tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi... waaarr!! ngantuk kot.. maka aku terus tidor!!! (by the way terima kasih diucapkan kepada kakak kat sebab hantarkan aku balik.. hehe)

jadi sekarang ni selepas balik kerja barulah aku boleh post... harap cerita ini masih tak basi....

Hendak dimulakan cerita.. kawan sekerja aku dapat dua tiket ke majlis ni melalui 6ixth sense...
dia tanya aku... nak pergi dengan dia tak ker konset berkenaan hari AHAD... maka aku bila diajak apatah lagi tiket free terus nak jelahkan.. hehe lagi pun teringin juga nak pergi konsert macam tu dekat bukit jalil.. boleh jumpa macam-macam artis.. hehe..

dia pun bagilah aku satu tiket sebab aku nak pegang sendiri... (malangnya aku tak tengok pun tiket tu..dapat2 jer terus sumbat kat beg..) jadi semalam hari sabtu persamaan dengan 20/11/2010 dia bagi tahu aku bahawa dia tak jadi pergi.. dan bagi lagi satu tiket dekat aku.. bila tengok sahaja tiket dia berkenaan.. aku terus terganga....
mana taknya.. rupa-rupanya dia silap bagi tahu tarikh dekat aku.. sebenarnya.. konsert tu hari SABTU..20/11/2010.... PERSAMAAN DENGAN HARI INI..!!!!

maka kelam-kabutlah aku... masalah pertama.."ada lagi satu tiket ni nak ajak siapa???".. masalah kedua.. "aku dah janji nak keluar dengan haziq dan ellena hari tu.. nak pergi kareoke.".. dan masalah paling besar ialah... "aku tak bawa kemera... macam mana nak tangkap gambar para artis dan juga majlis berkenaan..!!! TIDAK!!!"

jadi aku pun berfikirlah.. nanti masa keluar dengan ellena dan haziq.. terpaksalah aku buat kejutan kepada mereka dengan menyatakan....

"HAZIQ, ELIN AKU DAPAT DUA TIKET KE SHOUT AWARDS PERCUMA.. TAPI HANYA SALAH SATU DARI KORANG SAHAJA BOLEH PERGI.. JADI KORANG BERGADUHLAH.. SIAPA MENANG LAYAK PERGI KE AWARDS NI DENGAN AKU..hehe.."

rasa macam hot plak kalau diorang bergaduh sebab nak pergi konsert gan aku... hehe...(berangan..)

Maka seperti yang dijanjikan aku tunggulah haziq di depan tempat kerja aku... malangnya.. sebelum itu tepat pukul 3.15 aku telefon rumah haziq dan mak dia kata dia baru keluar.. jadi aku assume haziq mesti lagi 20 minit nak sampai.. jadi aku sambunglah call respondent.. sampai pukul 3.45.. janji dengan haziq nak jumpa pukul 3.30... jahat plak aku ni.. hehe..

kemudian bila turun jer dekat depan tempat kerja aku... hujan panas pula turun...
maka berlarilah aku berteduh di bawah stesen bas... aku punyalah telefon si minah haziq ni sampai nak tercabut tangan aku... tak angkat-angkat... BENGANG GILER!!!... maka masa pun berlalu hingga sejam.. tiba-tiba haziq call.. katanya dia dah sampai tadi namun telefon dia habis bateri.. jadi dia balik rumah cas phone dia... barulah dia boleh berhubung dengan aku.. maka aku pun terus mengunakan peluang ini dengan menyatakan kepada dia untuk cancel jer plan nak keluar kareoke sebab aku dapat tiket percuma ke konsert SHOUT AWARDS... 

dia excited giler.. cakap mana aku dapat tiket tu... namun aku terpaksa minta maaf dekat dia sebab aku plan nak bawa elin la pergi konsert tu.. sebab sekarang ni elin tengah menunggu kehadiran kami di LRT.... (aku boleh bayangkan muka elin yang tengah bengang sebab tunggu hampir 2 jam menanti aku dan haziq hadir)

maka atas sebab toleransi haziq yang baik..(ceh puji sikit..) maka aku pun call elin dan sama-sama dengan dia naik train ker STADIUM PUTRA BUKIT JALIL...kesian pula haziq.. tapi nak buat macam mana memang tak ada rezeki dia.. hehe...

MASA.. mula-mula datang kat konsert tu... aku dengan elin rasa rendah diri giler.. sebab semu orang dress up mengalahkan artis.. sedangkan kami pakai baju t-shirt dengan seluar jeans jer... sempoi beb.. hehe
RUPA-RUPANYA.. tiket yang kami dapat tu duduk di tingkat atas... bagus la.. tak sanggup aku duduk dekat tingkat bawah.. dahlah kena berdiri kemudian shout sepuas hati... huuuu!!!
masuk stadium pukul 6.00 petang... namun mula program pukul 8.30... so boleh korang bayangkan berapa lama kami menunggu.. nasib baik ada elin.. so boleh le aku berborak panjang dengan dia.. kalau tidak memang aku dah tidur kat stadium tu... hehe...
BILA dah mula jer program tu... audio dia memang gempak..!!! Nasib baik aku dan elin duduk tengah.. jadi kami memang dapat tengoklah persembahan dengan cukup jelas.. walaupun nampak kecil sebab kami duduk ataskan.. jadi jauh giler dengan pentas... artis kat depan nampak kecil jer semua...

Aku memang salute persembahan FAIZAL TAHIR la... cuba bayangkan muzik ROCK kuat nak mampus pun masih boleh lagi dengar suara dia.. sedangkan kebanyakkan artis yang lain buat persembahan mesti suara tengelam dengan muzik.... AKU PELIK KENAPA MESTI BUAT MUZIK KUAT SANGAT.. KALAU NAK KUAT PUN KUATKAN LAH SEKALI MIKROFON... ni masa persembahan CUCI oleh AFDLIN SHAUKI.. mikrofon rosak... jadi dengar  muzik jer.. suara tak ada... adush spoil giler.!!!

PART yang paling best ialah bila zizan dan johan buat lawak pasal chick..!! hehe...
 
tapi part yang paling spoil kat awards ni ialah.. aku rasa awards ni terlalu mengangkat sangat BAHASA INGGERIS... tak salah kalau memang semua orang MALAYSIA ni cakap bahasa inggeris.. tapi aku kesian tengok beberapa artis kita ni tak pandai cakap bahasa inggeris..dah la bercakap kat atas pentas.. buat malu jer... yang paling malu ialah..AIZAT SEBAB TERPAKSA AMBIL NOTE DALAM POKET KEMUDIAN BACA"THE NOMINATES ARE..".. tu jer... adush!!


namun.. overall SHOUT AWARDS ni memang cool lagi-lagi dengan persembahan artis HOLLYWOOD yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu.. IYAZ...
semua orang dalam stadium menari kot... tak termasuk aku.. hehe.. aku geleng kepala jer.... SEPERTI YANG AKU KATA TADI MEMANG MALANG GILER SEBAB TAK DAPAT TANGKAP GAMBAR.. TAK DAPAT LA AKU MEMBERI BUKTI YANG AKU BERADA DISANA.. ini sahajalah bukti yang aku ada... hehe...

P/S: lepas ni aku nak cari tiket ke AJL plak.. hehe....

5 ulasan:

IMAN KU BERHARGA 20 SEN...!!!

9:34 PG 6 Comments

Pernah tak kalian menanyakan berapakah harga iman seseorang..???? Mesti pernah dengarkan lagu  nasyid yang menyatakan iman tidak boleh diwarisikan.. kiranya kalau bapa atau atuk kita seorang imam masjid pun tak semestinya kita akan menjadi imam malah mungkin kita boleh bertukar menjadi seseorang yang lebih durjana daripada syaitan...

Malah harga iman seseorang juga tidak dinilai melalui umur, pangkat, kebijaksanaan mahupun bangsa, kaum, warna kulit, cantik hodoh... semuanya tidak dinilai.. tapi bagaimana nawaitu kita jujur menyembah dan mentaati yang MAHA ESA.. itu yang lebih utama... kerana bagi ALLAH TAALA.. semua manusia berada pada darjat yang sama.. hanya kita jer yang membeza-bezakan darjat mengikut status KEWANGAN..!!

BAIK LA.. aku nak cerita sebuah cerita yang aku jumpa ni facebook.. dan aku rasa cerita macam ni memang tak salah untuk dikongsi semua lapisan masyarkat tidak kita islam atau pun tidak.. muda mahupun tua.. kaya mahupun miskin.. ok la mari kita terus ke ceritanya.... 

       Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. 

       Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
       Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

   (sebelum turun dari bas imam perlu memilih.. adakah mahu jalan yang terang atau kegelapan..)   

        Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut."Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

         Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

        Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
kalau anda berada di tempat imam ini adakah anda akan melakukan perkara yang sama????

walaupun kita rasa setiap ketidak jujuran kita itu hanya kesalahan yang kecil.. namun sebenarnya nilainya dimata ALLAH TAALA ialah besar... pernah tak kita mengambil lebihan baki di dalam kedai tanpa memberitahu tuan kedai?? jawapanya mesti pernah... jadi jika perkara ini terjadi jelas menunjukkan bahawa  iman kita masih murah dan senang dijual beli walaupun dengan harga semurah 20 SEN..!!!

Dalam post kali ini.. aku bukannya nak mencuba menjadi ustaz.. tapi cerita ini memang amat menyayatkan hati aku.. walaupun ringkas dan jalan ceritanya pendek.. namun kesannya menusuk khalbu... tak pasal-pasal pemandu berkenaan memeluk Islam hanya kerana kejujuran kita sebagai orang muslim.. sebagai peringatan kepada diri aku dan rakan-rakan ayuhlah kita menjadi seorang muslim yang jujur... tidak kira kepada sesama manusia mahupan YANG MAHA ESA...!!!

JANGAN BIARKAN MATA HATI MU DIBUTAKAN OLEH WANG!!!
sumber: artikel iluvislam.com

6 ulasan:

TERLUPA ANNIVERSARY IBU DAN ABAH..!!

10:53 PG 5 Comments

SEPERTI KALIAN BACA... TAJUK PUN SUDAH TERPAPANG DENGAN JELAS.. YANG AKU TERLUPA MERAIKAN ANNIVERSARY PERKHAWINAN IBU DAN ABAH AKU....
muka aku rasa bersalah macam ni laa.... hehe....

MAKA.. AKU INGIN MENGUCAPKAN HAPPY BELATED ANNIVERSARY TO MY PARENTS..... hehe....

macam ni ceritanya.. tadi sebaik sahaja balik kerja.. mak aku pun jemput ni LRT.. naik-naik sahaja kereta dia tanya... ingat tak semalam hari apa????

aku pun berfikir... samalam 17/11/2010 persamaan dengan HARI RAYA KORBAN....
kemudian ibu ku berbicara.....

"semua ingat hari raya haji, tapi  seorang pun tak ingat anniversary ibu dan abah, abah pun lupa.. "

aku pun cakap.. ala kesiannya.. tapi dalam hati aku berfikir..(kalau ibu ingat kenapa semalam tak bagi tahu kenapa hari ini.. entah2 ibu pun tak ingat... hehehehe)...

bila ambil abang aku balik keje pula mak aku tanya dia soalan yang sama... jawapan abang aku lagi kelas...dia kata...

"semalam hari rabulah kenapa???"
dia pun tak ingat.. siap tak ingat juga yang semalam HARI RAYA... hehe...

kemudian mak aku pun buatlah permintaan nak makan satay kajang bagi meraikan anniversary mereka... 
ayah aku pun bawalah kereta... akhirnya kami bukannya tiba di kedai satay kajang haji samuri... tapi kedai satay biasa di tepi jalan... heheh... x pelah.. ibu aku dengan muka kecewa pun layan jer laaa.....

sesudah makan... ayah aku kata.. "saya tak ada duit nak bayar".. hehehe... last2 ibu aku bayar.. sebab dia yang beria-ria nak makan.. hehehe...

tak romantik betul ayah aku ni.. tapi aku nak gelak jer tengok dorang... kelakar.... semoga berbahagia sepanjang zaman...

SWEET NYA..!!!

untuk pengetahuan kalian.. ini ialah sambutan ulang tahun perkhawinan mereka yang ke 25

5 ulasan:

MATI DISEMBELIH...

1:28 PG 4 Comments

INI IALAH KISAH BENAR...!!!!


kisah berdarah ini berlaku sangat berdekatan dengan rumah aku... kenapa??? adakah perkara ini dianggap jenayah sedangkan semua oarang bersorak-sorak bila dia mati disembelih... kesian....!! 

yang menambah perit dan pedih kepada dia dan rakan-rakan ialah selepas mereka mati disembelih.. mayat mereka akan disiat-siat mengunakan pisau yang tajam,, tanpa balas kesian...

kemudian, daging mereka akan dipotong dan diberikan kepada penduduk sekeliling.. bukan setakat daging badan mereka sahaja diratah malah kepala hinggakan lidah mereka menjadi rebutan para penduduk....

SIAPAKAH MEREKA???? MEREKA IALAH.....


AKU RASA MESTI KORANG DAH BOLEH AGAKKAN.. tapi nak cerita juga... tahun ni kampung aku a.k.a kawasan rumah aku iaitu KAMPUNG KLANG GATE.. ada 23 ekor lembu yang akan disembelih... 3 lembu ialah daripada nenek aku... ALHAMDULLILAH... 

kiranya 20 lagi orang lain la sedekah... hehe... kisah pertama.. bila pergi jer sembahyang raya lembu seekor jer ada.. semua orang pelik... hai mana lembu semua pergi????

rupa-rupanya lembu belum datang sebab takut tempat parking tak cukup.. kerana nak buat solat rayakan.. selalunya lembu memang dah terus ada.. hehe... tepat jam 10.00 pagi... semua orang dah bersiap asah parang..

malangnya.. lembu tak sampai2.. hehe.. semua orang pun tunggulah lembu datang sambil memegang parang.. horror giler..!!

datang sahaja sekumpulan lembu... SEEKOR LEMBU MATI SEBELUM DISEMBELIH... huuuhh.... mungkin kerana sakit jantung kot sebab takut disembelih.. hehehe... mesti kawan-kawan dia  bengang... hehe..

DIRINGKASKAN cerita.. tinggal 22 lembu sahajalah.. maka bermulalah drama pembunuhan beramai-ramai dibuat.. WAHAHAHA..!!!!! siapa yang lemah semangat atau sakit jantung dinasihatkan untuk tengok juga.. !! ..hehe... ini namanya pengorbanan.. hehe....

lihatlah berapa ramainya menyaksikan tregedi berdarah berkenaan.. hehe.... yang penting ramai-ramai bertakbir memeriahkan proses menyembelihan...

AKHIRNYA.. lembu sampai.. penat tunggu.. yang baju jalur ni tok imam kampung ni.. kuat lagi yek atok.. hehe..



MAIN TARIK TALI DENGAN LEMBU.. hehe.. tarik!!! tarik!!! tarik!!!!

BAPAK COOL LEMBU INI..!!!! dia boleh siap posing maut... macam ni la lembu yang baik dan jinak...!!

INI KISAH LEMBU YANG GANAS DAN NAKAL..!!!!


BAIK THE BEST PART IS PANCUNG!!!! hhehe...


tahan2 kepala dia..!!! respect la abang ni.. kuat kot..(dia anak tok imam tadi..)

WACAAHHH!!!... pancung leher dia..!!
mengelupur-mengelupur.. kemudian mati.. 
jom lihat lebih dekat..!!
kalian tak rasa sakit leher ker??? hehehe... baik sekarang proses siat-siat..I LIKE THIS PART....


 
alamak!!! seksi pulak pak cik ni... hehehe

alamak!!! kali ini lembu pulak seksi..
hehehe....
siat-siat.. jangan tak siat...!!!
amik kau...! terkeluar isi perut.. huhuuu..

HASILNYA!!!!!



sedapnya!!!! AKU SEKARANG NI TENGAH MERATAH DAGING LEMBU SAMBIL MENAIP.. hehe.. apa2 pun...!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..!!!

4 ulasan: