Cara melakukan Solat Jamak dan Qasar

12:11 PG 11 Comments

Terlintas dalam benak fikiran aku nak tulis pasal perkara ini kerana terlalu ramai yang keliru tentang perkara ini.. maka aku berharap post ni dappat membantu dan manjadi panduan semua.. hehe..*tiba2 aku nak jadi USTAZ sekejap hehe.....


SYARAT SOLAT....
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).


HIKMAH MENLAKUKANNYA..
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.



DEFINISI...
SOLAT QASAR = Bahasa : Pendek dan ringkas.Istilah : Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
SOLAT JAMAK = Bahasa : Himpun/kumpul. Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

CARA MELAKUKANNYA...

SOLAT QASAR..

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.



*manakala Solat Jamak terbahagi kepada 2 jenis.. 


SOLAT JAMAK TAQDIM..

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

SOLAT JAMAK TA'AHIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

*TETAPI.. sudah menjadi kebiasaan orang mengabungkan Solat Qasar dan Solat Jamak dan hukumnya ialah HARUS.... 

SOLAT QASAR DAN JAMAK..

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

*PERLU DIINGATKAN YANG JAMAK JUGA ADA SYARAT-SYARATNYA...


SOLAT JAMAK TAQDIM.


1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.
 
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat. Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak. Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.


5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah. 


SOLAT TAQDIM

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.


Dengan rasa rendah diri.. aku nak menasihatkan yang kita selaku seorang muslim perlulah merendah diri dalam menyampaikan sesuatu ilmu.. jika kita tidak pasti dengan sesuatu HUKUM.. jangan buat HUKUM sesuka hati.. kerana hukum hakam ini ialah perkara yang wajar diambil serius dalam ibadah.. aku pun menyakui yang aku tidak sempurna sebab itulah jalan yang terbaik ialah berdiam diri daripada menegakkan HUKUM yang tidak pasti dan akhirnya salah.. harap post ni jadi pengajaran semua.. salam Islamiah..!!!


HEHEHE... SEMPAT LAGI NAK MENGOVER..!!

11 ulasan:

SELAMAT HARI GURU.

8:11 PG 4 Comments

Sempena hari guru yang mulia ni.. aku nak buat post khas untuk semua guru yang pernah berjasa kepada aku.. sesungguhnya jasa guru memang tak dapat ditandingi... dengan tema..

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..

Inilah sekolah-sekolah aku yang telah banyak berjasa kepada aku...

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG GATE...


ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG...


SMK METHODIST(ACS) KLANG....


MRSM TRANSKRIAN...


Pelbagai suka  dan duka semasa aku di sekolah telah banyak mengajar aku menjadi insan yang berguna hingga sekarang.. kalau nak cerita pengalaman di sekolah memang sampai bertahun2 rasanya takkan selesai... tapi aku ceritalah serba sedikit tentang hari guru yang aku dan rakan-rakan pernah sambut pada zaman sekolah dulu... huhuhu...

CERITANYA BERMULA... 

Masa aku Form 2.. masa tu belajar kat SMK Methodist (ACS), jadi aku dan rakan-rakan plan nak bagi hadiah khas sempena hari guru yang akan disambut keesokkkan harinya.. maka kami pun gigih laa membeli kertas warna, gunting, maker pen dan sebagainya.. nak buat kad hari guru.. (nak beli hadiah tak mampu.. hehehe)

setelah gigih membuat sama-sama..(aku tukang gam jer.. coz aku mmg tak kreatif bab2 nak buat kad ni..hehe) kami pun decide nak wish cikgu apa.. sebab kad yang kami buat ni terhad...(yelah zaman sekolah manalah ada duit sangat) kami pun bagi jelah cikgu2 kegemaran kita orang.. sekali ada lebih satu.. emm nak bagi siapa agaknya ni..???

FIKIR PUNYA FIKIR...???


tiba-tiba aku dapat idea nak bagi Cikgu Maths kami.. semua kawan-kawan aku buat muka..(sebab cikgu kami ni jenis yang bengis dan berangin sikit.. biasalah dia cikgu cina, so agak fussy laa sikit.. hehe).. dorang semua tanya ada tak cikgu lain.. fikir punya fikir macam dah tak da cikgu lain.. maka aku pun yakinkanlah dorang yang cikgu maths kami ni lah yang paling sesuai sebab dia dah ajar kami maths dua tahun berturut-turut dari form 1 hingga form 2 nanti dah masuk sesi pagi masa form 3 dah tak jumpa dia dah... akhirnya kawan2 aku pun setuju jer laaa.....

Tiba festival Hari Guru keesokkan harinya memang sangat meriah.. macam2 persembahan ada.. aku kan pengawas jadi kerja aku hanya membawa dulang hadiah bagi kat pelajar yang menang.. hehehe(suka buat kerja-kerja mencapap macam tu..) bila dah tiba masa memberi hadiah kepada guru.. kawan-kawan aku semua tolak aku.. suruh bagi kat cikgu maths kami..(choi..!! aku gak yang kena..) tapi aku tak nak bersendirian.. aku tarik gak seorang kawan aku temankan.. hehee...

"happy teachers day miss tuttt.."

maka kami dengn muka innocent pun datang kat dia dan bagi dia hadiah sambil cakap.."HAPPY TEACHERS DAY MISS tuttt (dirahsiakan)" masa kami bagi tu tak ada seorang pun bagi hadiah kat dia..kesian la plak.. huhu... Tapi dia dengan muka masam amik hadiah kami dan kata.. "Thank you boys.." tu jer.. lalu kamu pun pergi..

Kawan aku menyumpah-yumpah dia.. katanya "orang dah bagi hadiah pun tak nak senyum...teruk betul" aku plak hanya mendiamkan diri jelah.. huhuh..(rasa bersalah plak..) kawan-kawan yang lain plak dok mengenakan aku.. katanya cikgu maths tu mak aku laa.... and sebagainya.. yang paling best ada kawan aku kata "Patut laa jadi anak dara tua sebab tak pernah nak menghargai orang.. asyik masam jer" 

perggg!!! 


Jujur.. mulut kami memang panazz.. so hati2 jelah.. hehe... aku pon join jugak lah sesi mengumpat tu..(teruk tol zaman sekolah kan.. hehe.. sekarang macam dah tak plak.. hish2...) 

Nak dijadikan cerita pada satu hari, aku lambat menghantar kerja sekolah maths.. maka dia suruh aku hantar kat bilik guru atas meja dia bila dah siap.. (tu pun selepas kena marah... huhuh...) jadi selepas habis waktu sekolah aku pun pergilah bilik guru sebaik sahaja habis buat kerja dia.. masa tu dah pukul 6 petang lebih, so kebanyakkan guru sedang mengemas barang nak pulang ke rumah.. jadi sedang aku meletak buku di atas meja dia.. tiba-tiba aku TERNAMPAK..!!!


KAD KAMI TERGANTUNG DI LOKER MISS tuttt...!!!

Oh.. serius aku terharu... coz dia gantung cantik2 kat loker dia.. maka aku pun pulang nak bagi tahu kawan aku.. yang sebenarnya kami salah anggap.. (eee malu jer.. dah puas mengumpat.. hehee)

ITULAH KISAHNYA.. hari tu kami terserempak lagi dengan miss tutt... di shopping complex.. yang penting dia masih ingat kami.. hehe.. dan yang penting dia kata..." DON'T CALL ME MISS ANYMORE.." wahaahha... dia dah tak jadi anak dara tua.. hehehe....

SESUNGGUHNYA.. SEMUA GURU PASTI AKAN MENGHARGAI SEMUA PEMBERIAN KITA KEPADANYA.. CUMA ADAKAH KITA MENGHARGAI ILMU YANG MEREKA BERI...??? KERANA ILMU LEBIH BERNILAI DARI SEGALA-GALANYA... JUSTERU.. HARGAILAH MEREKA KERANA HANYA ITULAH SAHAJA CARA KITA MEMBALAS JASA MEREKA YANG TIDAK TERHINGGA....

4 ulasan:

AKU MASUK TV..!!

10:19 PG 8 Comments

OK SUMPAH DAH LAMA SANGAT TAK UPDATED BLOG NI.. sayang kat blog aku kesian dah tak berupdated kan.... actually macam2 cerita aku nak tulis kat blog ni tapi biasalah bila dah masuk degree ni busynya melampau2 berbanding dengan aku PRELAW dulu.. sabar jelah...

macam2 benda yang berlaku sepanjang semester pertama degree di masscomm ni.. YANG PALING BEST IALAH AKU MASUK MAGAZINES ANTARABANGSA... COVER PAGE LAGI.. hehe...


tak cukup setakat tu.. mari tengok muka aku kat dalam TV.. hehe.. tak percaya tengok laa cite ni.. namanya ialah...

"KUIZ SATU HATI CINTA NEGARA"

SAKSIKANLAH....

Nampak macam aku baca skrip jer kan?? eh kejap kata ni kuiz so ada ker skrip?? 
actually dia bagi kami skema jawapan soalan apa yang akan kuar.. so hafal jer laa.. waahahaah..
patut laa kalau tengok apa2 kuiz kat tv nampak org yang jawab tu macam pandai jer.. hehe...

ni laa pentas ni mana aku beradu.. hehe,,,
UITM Vs UTNM..
lawan dengan askar-askar perempuan.. meow!!! hehe..

ni laa dia ahli kumpulan aku.. dua2 budak art and design.. 
masa pertandingan ni baru kita orang kenal.. dan2 terus wakil UITM hehe...
nampak sgt aku masuk pun macam kelam-kabut.. hehehe...
"hai nama saya fariz.." aku cakap.. hehee..

"baik cukup sesi perkenalan..(apa la budak2 ni satu universiti pun baru nak berkenalan(ckp dlm hati yang busuk... hehe).. sekarang kita akan mulakan pertandingan... bersedia..!!", kata pengacara..
"BERSEDIA..!!" jawab kami dengan gaya sorak.. hehe..

DALAM KUIZ NI ADA 3 SEGMEN...
(1)SEGMEN VIDEO
(2) SEGMEN SOALAN BERANTAI
(3) SEGMEN SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

yang segmen video tu kami diminta melihat sebuah video dan tulis karangan mengenai video berkenaan.. lagi byk point ttg benda video tu lagi byk markah...
 next, soalan berantai tu setiap soalan, jawapan nya ada kena mengena dengan soalan  seterusnya.. little bit confusing but senang jer coz kami dah hafal skema.. susunan jawapannya macam mana... hehehehe
terakhir siapa cepat dia dpt.. kena tekan buzz laaa.. hehe..aku ske part ni....

so nak dijadikan cite.. masa segmen ke2 kami seri dan segmen ke3 kami kalah.. hehehe
coz jgn main2 dengan askar2 perempuan ni.. tangan dan otak dorg sangat pantas.. kalah aku.. hehehe..

TIBA-TIBA  

KAMI MENANG....!!!!!
sebab dorang tersalah buat karangan... dalam video tu ada tunjuk gmbr bendera malaysia di putrajaya..
so dorg confuse dan buat pasal putrajaya.. sedangkan soalannya cite pasal jalur gemilang..
kesian... tak per tak der rezeki nak buat mcm mana... hehehe..

MAKA KAMI PUN BERJAYA MASUK KE SEPARUH AKIHR...

SAKSIKAN....

(korang ingat korang dah masuk semi korang bagus.. ni dlm hati yek..) Baik laa soalannya berbunyi begini..", kata pengacara..
heheh.. aku bergurau jer.. kang tbe2 kena saman.. hehehe
kami pun dengar laa soalan dgn blur... aaaaa

semi final ni menemukan 
UiTM Vs UPM
budak2 UPM sgt sempoi.. ske sgt...

Hasilnya......
KAMI KALAH BERGAYA....hehee...
sebab apa????
sebab beza satu markah jer... hehehe....

UPM menang bukan sebab mereka hebat sgt(ayat org jelezz)...
sebab kami sama2 bodoh.. hehehe... bagi sesi semi final ni.. skema dah tak disediakan
so banyak laa gak soalan yang tersangkut.. hehehehe

MAKA DENGAN NI AKU NAK UCAPKAN...


DAN


JADI INILAH KISAH AKU MAASUK TV..... hehehe.. best sgt pengalaman ni.. aku pun tak sure kuar kat tv bila.. tapi bila kuar nnt jangan lupa tengok yek..
yelah masuk TV1 jer kot.. semua org ada TV1 kan.. so rajin2 laa bukak  kalau nak tgok aku 

MENGEDIKSSS... hehe...

8 ulasan: