Manusia atau TAIK..???

11:02 PG 0 Comments

HEHE... mesti korang semua pelik kan.. ada apa dengan taik?? (jap nak search gambar taik.. bagi gempak sikit... hahaha ) NAK TAK????

Aku pun tak naklah letak gambar taik.. sebab taik ni kan jijik, busuk dan semua yang saudara mara dengannya.. hehe.. tapi aku tak fahamlah kenapa manusia tak suka pada taik?? sedangkan taik ni setiap hari kita jumpa dan taik ni juga ialah hasil bahan toksik yang kita keluarkan dari badan.. 

Jadi bila kita panggil orang taik?? kita tak ada taik ker???

hahahaha... :p serius aku tak marah dengan tindakan manusia macam ni.. cuma aku rasa sedih dengan golongan orang yang memang tak der hala tuju dan mengunakan medium BLOG aku sebagai membuat tabiat yang tak berfaedah malah memalukan diri sendiri... dalam bahasa omputeh yer PATHETIC..!!

Mesti yang baca ni macam pelik jer.. apasal dengan Fariz Razali ni meroyan ker?? hehehe.. actually aku tengah nak komen pasal ANONYMOUS kat bawah ni... memang laa kita ada kebebasan bersuara kan?? so aku pon boleh laa bebas nak DELETE dan komen pasal komen dia sangat harum kat bawah ni.. hahahahahahaha :P


Sebab tu aku buat penapisan sebab ni bukan yang pertama.. yelaaa makin kita femes makin ramai yak tak suka.. atau pun just saja2 buat2 tak suka.. tak faham aku.. dah laa berlindung dibawah nama mesteri.. so aku rasa golongan macam ni memang tak ada hala tuju dan menyedihkan.. huhu

Aku nak buat post pasal benda ni bukan sebab aku marah.. tapi aku kecewa kenapa wujud golongan macam ni.. nak komen bagi laa komen ilmiah.. aku tak mengharapkan pujian pun.. nak kritik pon kritik laa.. ada jer aku layan orang kritik aku kan... tapi kalau setakat nak komen... T*%K baik ko simpan kat jamban sendiri jer laa... hehehehehe

Aku tak tahu laa apa masalah dengan orang macam ni.. kalau tak suka tak yah laa baca.. aku tak penah paksa pun.. niat aku buat blog ni satu jer... nak berkongsi apa yang aku rasa sesuai dikongsi.. zaman muda2 dulu aku suka tulis pasal diri aku tetapi sekarang aku lebih suka cerita pasal info yang boleh membantu semua... tetapi kalau tak suka tak yah laa baca.. tak paksa pun..??

tak cukup dengan komen2 picisan yang macam ni.. aku yer blog juga penah cuba di HACK oleh individu yang tak bertanggungjawab.. masalahyer.. femes sangat ker aku ni sampai nak kena hack.. aku buat blog suka2 jer kot.. kalau ko nak hack aku dapat apa??? nothing kan?? hehehe... siapalah aku manusia biasa yang suka menulis mengenai kehidupan pun kau nak hack.. so PATHETIC..!!


BUKTINYA....


Tak tahu laa... aku pun bukan pandai sangat IT  ni... so kalau aku salah tegur laa kat komen.. kalau tegur membina dan BERMOTIF aku accept laa komen tu.. kalau setakat macam kat atas.. nak baca pun korang tak nak kan...?? hehehehhe.....

So dalam 5 hari gak laa aku tak leh bukak blog ni.. huhu.. namun 2 hari yang lepas dah boleh bukak balik.. Alhamdullilah... penat berdoa... hehe... sabar jer laa... tapi bagi aku biasa laa.. orang tak puas hati dengan kita kan.. jadi apa kita kena buat apa?? 

SENYUM JER... bagi sedekah kat mereka sebab dosa mereka dah banyak kat kita so kita sedekahlah senyuman.. hehehe...

Dah laa malas nak bebel lama-lama kang aku plak yang tak BERMOTIF kan.. hehee.. apa2 pun nasihat aku kepada pembaca semua komenlah sesuatu dengan bernas dan kritikal... tak semestinya kena pujian.. nak maki pun boleh tapi ada caranya iaitu BERHEMAH seperti yang disarankan dalam Islam.. kerana apa yang kita komen dan tulis itu akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar...

So kalau kita komen TAIK... maka kita pun.. tuttttttt.....(LU FIKIR LAA SENDIRI..) 

~tata titi tutu~

0 ulasan:

Video Polis Trafik dilanggar bas sehingga maut..!!

11:19 PG 0 Comments

CUBA HAYATI VIDEO YANG TRAGIS INI...




Menurut sumber yang aku dapat iaitu MyNewsHub menyatakan...


“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Dipercayai benda ni berlaku kat Johor Bharu.. takziah diucapkan kepada keluarga Arwah... sunggguh tragis.. menjerit aku tengok video ni... Apalah salah polis trafik ni yang sedang menjalankan tugas namun kerana kelalaian orang lain dia yang menangungnya....
Aku harap pemandu tu dikenakan tindakan tegas... dah tahu ada polis kat depan lagi nak bawa laju.. MABUK KER APA??? apa-apa pun kita doakanlah arwah dirahmati dan sama-samalah sedekahkan Al-fatihah... 

0 ulasan:

Senarai Biasiswa Malaysia 2012

9:01 PG 29 Comments



YEAAHHH... inillah masa yang ditunggu-tunggu.. selalunya memang macam nilah tradisi selepas result SPM sudah pasti berbondong-bondong peluang yang menawarkan biasiswa dibuka.. maka apa yang kita tunggu lagi...?? SERANG...!!!!!!!!!!!!!
Walaupun dah masuk semester ke 3 tetapi aku takkan berputus asa nak juga mohon biasiswa sebab nanti nak buat internship atau praktikal kat luar negara senang kalau ada tajaan.. yer tak?? harap-harap kali ni dapat laa.. AMIN...
Kepada adik2 atau kawan2 lain jom laa... kita isi bersama.. mana tahu rezeki kita.. huhu.... 

Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia

Senarai Biasiswa Negeri 2012 :
Bagus kalau dapat biasiswa JPA tapi nak dapat punyalah payah nak mampus.. aku dah mohon last sem tapi gagal.. tapi tak kira mohon gak this sem.. hehehe....
Untuk pengetahuan semua ada 5 jenis biasiswa iaitu biasiswa awam, biasiswa swasta, biasiswa bank, biasiswa negeri serta biasiswa diploma. Untuk maklumat lanjut, anda boleh la merujuk dalam KITBIASISWA dimana ada menyediakan informasi 57 tajaan biasiswa, ramalan tarikh permohonan biasiswa dibuka atau ditutup untuk setiap tawaran biasiswa, contoh surat permohonan biasiswa, contoh soalan popular & tip-tip menghadiri temuduga biasiswa.
*maaf kalau tak boleh bukak link yer.. ini hanya senarai jer.. kalau nak maklumat lanjut boleh search sendiri yek.. huhu... sorry sangat2...
sumber: FAIZAL FREDLEY

29 ulasan:

VIDEO Awal Ashaari melamar Scha secara LIVE..!!

10:16 PG 0 Comments

WAH NI CERITA HOTZZZZ.....!!!!!!!!!

tengoklah video ni... sweetsss tak???/



Untunglah Scha dapat kejutan macam ni... tapi macam tiru budaya barat sikit.. hish2 nasib baik tak der peluk2.. kiranya walapun tiru bidaya barat tapi taklah melampui batas...

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Scha dan Awal... nanti khawin jemputlah aku.. huhuh~

0 ulasan:

Wahai Isteri..

7:52 PG 0 Comments



Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

0 ulasan:

Iklan Thailand...!!

11:40 PTG 0 Comments

Ok post kali ini ringkas jer...

kita tahukan iklan Thailand memang bagus.... asyik menangis jer aku.. hehehe...

TAPI ADA SEDIKIT KELAINAN TENTANG IKLAN KALI INI...

SEBUAH IKLAN YANG MEMBUAT AKU MENANGIS KESEDIHAN DI AWALNYA DAN MENANGIS GELAK KELAKAR DIAKHIRNYA...

tak caya tengok laa...

0 ulasan:

TEACHER Vs PERHIMPUNAN WANITA..!!

12:25 PTG 2 Comments

BERITA HANGAT NI....!!!!!!!!

cuba kalian tengok video ni dan nilai sendiri....



Baik sekarang cuba letak diri korang sebagai guru lelaki tu... BAGAIMANA PERASAAN KORANG KETIKA MANA KORANG DAH BAYAR SEWA PADANG, DENGAN GIGIH DAN TANGGUJAWAB JALANKAN TUGAS TIBA-TIBA ADA PERHIMPUNAN LANGGAR PADANG KORANG.. DAN BILA KORANG NAK LAWAN TUNTUT HAK ORANG YANG AMBIL HAK KORANG TU SURUH KORANG DIAM...!!

serius sakit hatikan.... apabila  hak kita dipertikaikan... masalah yer yang berhimpun tu pun memperjuangkan mengenai hak... tapi apa yang mereka buat ialah menlanggar hak orang lain... jadi perjuangan mereka dan perlaksanaan mereka sangat CONTRADICT...!! adakah ini boleh dikira satu perjuangan...???

Bila aku siasat rupa-rupanya yang pakai baju ungu ni geng orang kuat kita Ambiga yang ingin memperjuankan hak wanita supaya sama rata.. masalahnya perjuang hak wanita langgar hak guru dan pelajar....

Dari zaman BERSIH lagi aku dah agak dah perhimpunan ni lebih BISA DARI UBAT.. percayalah... bukan semua benda kita boleh nak buat perhimpunan.. kalau nak buat pun ada cara dan tertibnya bukan semborono ramai-ramai tanpa hala tuju dok laung sana dok laung sini.. akhirnya lebih banyak kerosakkan... macam kata pepatah APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN...

Sedarlah semua.. aku cakap ni BUKAN wakil mana-mana parti atau pihak aku cakap macam ni atas balas kasihan seorang rakyat Malaysia yang biasa jer... cuba bayangkan kalau OBVIOUSLY seorang cikgu dinafikan haknya sebab perhimpunan ni.. apatah lagi berpuluh-puluh perniaga yang terpaksa tutup kedai sebab perhimpunan ni... MALAH PIHAK ORGANIZER SENDIRI YANG MENGAKU.. "WE DEALING WITH CROWD.. YOU DON'T SHOUT" taw pun deal dengan crowd memang susah nak handle kan.. so nak buat perhimpunan yang membabi buta macam tu siapa suruh....??

Selaku organizer perlulah ada rasa tanggungjawab nak jalankan tugas.. pastikan semua pengikut dia berada dalam keadaan tertib.. ni siap pengikut dia cakap.. "WE ARE THE PARAMETERS, WE ARE THE LEADERS.." kalau korang apa perasaan korang.. dah laa pijak padang orang sewa mahal-mahal then dengan kurang ajar yer cakap tu tanah korang dan korang leader.. WHAT THE KERK..!!!

serius aku panas.. sebab aku rasa apa cikgu tu rasa...  kalau korang tak rasa tak tahulah nak kata apa....

Jangan nak kata ini mainan media lagi... sebab yang siarkan ni bukan media kerajaan.. MalaysiaKini... huhu.... so fikirlah guna akal dan bukan nafsu.... 

2 ulasan:

Sebab Mengapa Orang Yahudi/Kafir Tidak Suka Pada Angka 13

10:51 PTG 0 Comments




Rahsia 13 tertib dalam solat yang kita umat Islam perlu tahu. Artikel ini digarap  semula sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM..

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “ FRIDAY the 13th “ jika ada di kalangan kamu yang perasan.

Sumber : OhBelog
 

0 ulasan:

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

11:16 PG 0 Comments


559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

PUTRAJAYA – Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
“Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas. – BERNAMA
MyNewsHub

0 ulasan:

Human behavior..??

2:40 PG 0 Comments

 



A must read. Awareness.


------------------------------

A man sat at a metro station in Washington DC and started to play the violin; it was a cold January morning. He played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated that 1,100 people went through the station, most of them on their way to work.

Three minutes went by, and a middle aged man noticed there was musician playing. He slowed his pace, and stopped for a few seconds, and then hurried up to meet his schedule.

A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw the money in the till and without stopping, and continued to walk.

A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late for work.

The one who paid the most attention was a 3 year old boy. His mother tagged him along, hurried, but the kid stopped to look at the violinist. Finally, the mother pushed hard, and the child continued to walk, turning his head all the time. This action was repeated by several other children. All the parents, without exception, forced them to move on.

In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for a while. About 20 gave him money, but continued to walk their normal pace. He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one noticed it. No one applauded, nor was there any recognition.

No one knew this, but the violinist was Joshua Bell, one of the most talented musicians in the world. He had just played one of the most intricate pieces ever written, on a violin worth $3.5 million dollars.

Two days before his playing in the subway, Joshua Bell sold out at a theater in Boston where the seats averaged $100.

This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station was organized by the Washington Post as part of a social experiment about perception, taste, and priorities of people. The outlines were: in a commonplace environment at an inappropriate hour: Do we perceive beauty? Do we stop to appreciate it? Do we recognize the talent in an unexpected context?

One of the possible conclusions from this experience could be:

If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musicians in the world playing the best music ever written, how many other things are we missing?


- Kristof Burm


0 ulasan:

Mayat dikubah Masjid...!!!

12:20 PG 1 Comments

 
Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan..


Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... 

semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”

By: Bro Zan

1 ulasan:

Jual anak di facebook...!!!!!!!!!!

4:44 PG 1 Comments


BIAR BETUL.......!!!!!!!!!!

Tapi inilah kenyataannya yang dibuat oleh seorang ibu muda iaitu Norazlina Ebon

Dia kata:
Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl,sila hubungi 0122705354 sebelum di buang k dalam tong sampah! 

Ini buktinya....
 
 
Sebabkan semakin ramai yang mula share dah telah tersebar dengan meluas... Akhirnya persoalan kenapa dia nak jual anak dia tu terjawap...  ini dia komen yang menjawap persoalan ini....


Rupanya ada beberapa kepercayaan adat melayu ker atau adat lain aku tak tahu laa... yang kalau anak kena sawan tangis kita kena jual dengan harga ganjil... ohhhh baru tahu.. 

Ni pula kenyataan ibu tu pula menjawab persoalan orang ramai kenapa dia nak jual anak dia...


Apa pun nasihat aku kepada ibu tu kalau nak updated apa2 pun ayat tu berpada-padalah mungkin dia tengah tension sangat kot sebab anak dia tak berhenti menangis... tapi kata-kata kita kat facebook ni kadang-kadang boleh di salah anggap oleh semua orang.. huhuh...

Apa-apa pun kita doakanlah budak ni pulih sawan dia yek.. huhu... yang penting sayangilah anak anda sebab ia ialah harta yang tiada tolak bandingnya... tata titi tutu....

By the way baby dia comey... hohoh~

Sumber dari Sozcyili 

1 ulasan:

Dunia SEMUT..!!

8:20 PG 0 Comments



Pernah terfikir tak apalah rasanya kehidupan kecil macam semut kan???


Selalunya kita jumpa semut pijak atau tenyeh sampai mati.. lepas tu buat bodoh jer kan??? hahahhaa..... sekarang ni mari kita lihat beberapa hasil seni yang telah dihasilkan oleh seorang jurugambar Rusia yang sangat suka melihat dunia makhluk seni ni dengan mata lensanya 


Nama jurugambar itu ialah Andrey Pavlov. Beliau ialah seorang jurugambar yang suka melihat kehidupan makhluk mikro seperti semut kerana pada dia, dunia semut sangat menarik dan ada kaitan dengan manusia. 


Untuk pengetahuan kalian, banyak orang memberi kritikan pedas dan negatif bila Andrey mempamerkan semua hasil fotografinya kepada khalayak umum. Ramai yang mengatakan ianya hanyalah hasil kesan adobe photoshop dan palsu. 


Walau apapun tohmahan yang diterima, Andrey tetap menerima dengan positif. Dia tidak salahkan khalayak umum kerana ada di antara mereka yang tidak tahu menilai keistimewaan foto-fotonya. Kalau korang nak tahu, semua semut yang ada dalam foto-fotonya ni ialah semut yang dilatih sendiri oleh Andrey.. (WOW!!!)


Dan Andrey jugak menyatakan bahawa salah satu fakta tentang semut adalah benar, di mana semut adalah haiwan yang cepat belajar. 


SAKSIKANLAH HASILNYA YANG CUKUP MENANKJUBKAN...!!!!!!!!!!














SUMBER: edy

0 ulasan: