Kenapa BERSIH 3.0 tak nak buat di stadium???

2:28 PG 0 Comments


Aku ingat dengan adanya Parliamentary Select Committee(PCS) dah takkan ada BERSIH lagi tetapi apa yang agak meleset.. mereka tetap ingin melaksanakan BERSIH 3.0 pada 29 April ni...

KENAPA?????

Ini ialah tiga objektif BERSIH 3.0......

1.Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletakkan jawatankerana ia telah gagal dalam tanggungjawabnya dan telah kehilangan keyakinan orang ramai.

2. Proses pilihanraya perlu dibersihkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk memerhatikan Pilihanraya Umum ke-13.


=_____= (poker face)

ok laa malas dah nak bidas alasan kat atas ni... Semalam telah berlangsungnya Debat diantara KJ dan Ambiga dalam membicarakan tentang isu ini.. hasilnya Ambiga bersetuju untuk berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya juga untuk menyelesaikan masalah ini...

Jadi apa rasionalnya lagi perhimpunan BERSIH..????

Baiklah aku tak kisahlah korang nak buat perhimpunan juga buatlah tapi satu jer benda yang aku nak stress kat sini.. KENAPA TAK BOLEH BUAT KAT STADIUM SEDANGKAN DBKL DAH SETUJU NAK BAGI STADIUM MERDEKA DAN STADIUM BUKIT JALIL (yang sangat2 besar)

1)Ada orang kata nak Dataran Merdeka juga sebab ada semangat kebebasan.. habis Stadium Merdeka tak ada ker??? (-____-') 

2)Nak buat kawasan terbuka barulah protes namanya.. barulah kerajaan nak dengar cakap kami....!! Lagi pun mana ada orang buat protes kat stadium..!!

HABIS NI APA????



3) Kami buat perhimpunan "duduk dan bantah" aman dan selamat... (=____=") kan lebih selesa dan aman buat dalam stadium...???

Mereka kena faham kalau buat kat dataran merdeka ia akan mengangu perniagaan rakyat terutamanya kawasan tu majoriti Melayu.. mereka dan buat memorandum bantahan kat DBKL lagi.. so tak faham2 ker yang mereka pun ada hak bersuara....

MEH SINI AKU NAK KONGSI SATU CERITA....

"Pada zaman Rasullurah S.W.T, Rasullurah ada menegur sekumpulan sahabat yang berbincang-bincang di jalan. Nabi tegur mereka kerana menghalang laluan. Sahabat menjawab “kami tengah berbincang tentang perkara penting.” Nabi menjawab penting macam mana pun tunaikanlah HAK JALAN dan Nabi juga pernah berpesan sekecil-kecil kebaikan seperti kita mengalih duri di tengah jalan pun akan diberikan pahala...." 

Jadi apa yang kita dapat belajar dari kisah ni??? Walau sesuci mana pun matlamat kita tapi jika kita tak melaksanakannya ke jalan yang betul ia tetap salah... ingat MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.....

JADI RENUNG2KAN KEPADA PENYOKONG BERSIH 3.0 apa tujuan anda sebenarnya????

p/s: saya tak berniat nak hentam sesiapa tapi ini apa yang saya rasa benar... kalau nak berdakwah pun ada cara dan tertibnya.. itu apa yang Islam ajar.. bukan ikutkan nafsu amarah untuk orang dengar apa yang kita kata.. sekian.. babai.. :P

0 ulasan:

Frog SEAT LIKE A BOSS..!!!!!

1:30 PG 0 Comments

OK INI LAWAK DAN SANGAT MENAKJUBKAN... tengok video ni..???


Mengikut sumber menyatakan yang katak ni bukan di gam atau dipaku ok.... katak ni memang melompat-lompat kat kerusi dan kemudian dia dah penat melompat kot.. dia berhenti duduk sambil makan angin kejap... hahahahahhahahahaa

Sumpah comel giler...!!!!!!!! setelah lama duduk dia pun sambung lompat dan menuju ke arah air... Inilah satu keajaiban yang kita tak perasan bahawa katak boleh duduk kat kerusi rupanya...

SubhanaAllah.......

0 ulasan:

Kronologi Tragedi Natrah.

12:47 PG 0 Comments

Bacalah kronologi kehidupan Natrah yang aku cedok dari Wikepedia.. alang2 aku tengah buat assigment pasal MURTAD ni.. aku nak share laaa kisah beliau yang sangat tragis bagi kita selaku umat Islam...

Bayangkan baca kronologi pun dah tragis apatah lagi jika kita letakkan diri kita di tempat beliau.. :(


  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di TjimahiJawaIndonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari KemamanTerengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung BanggolKemamanTerengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke BandungJawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur LockePenasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft CentreYork HillSingapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, SeranggoonRoad, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi MuhamadSiti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang KallangSingapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di KarachiPakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang ScipholAmsterdamBelanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjaditukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya SilvijaCarolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabiturut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di ChukaiTerengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di OssendrechtBelanda kira-kira 12 km dari Bergen Op ZoomBelanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Semoga kisah kehidupan beliau ini dijadikan pedoman kita selaku umat Islam untuk membasmi kegiatan MURTAD yang semakin berleluasa..!!!!!!!!!!!

Ingatlah Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 217...

"... Dan sesiapa yang anda kembali dari agamanya [ke dalam kekufuran] dan meninggal dunia sedangkan dia adalah kafir bagi mereka, perbuatan mereka telah menjadi tidak bernilai di dunia ini dan di akhirat, dan mereka adalah ahli Neraka, mereka akan kekal di dalamnya selamanya.

0 ulasan:

PETUA TIDUR NABI SAW

8:59 PG 0 Comments



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.. hehehe….


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Sangat mudah untuk melakukan semua ini lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur(aku sendiri yang terasa.. hahahaha) .Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur(tak buat pun.. siapa yang buat??)....

INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN.. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA… J


sumber: Menerjah Badai

0 ulasan:

BAHAYA KASUT BERTUMIT TINGGI..!!

9:05 PG 3 Comments

nak baca artikel gambar ni lebih jelas.. save as dan zoom laa kat laptop korang :P

Aku kadang-kadang pelik bila melihat kasut bertumit tinggi perempuan.. macam-macam gaya ada... kalau lagi tinggi lagi dorang suka.. dulu masa aku kerja promoter jaga handbag kat Jusco AU2 kaunter aku bersebelahan dengan bahagian kasut perempuan.. jadi aku gan kawan2 tempat kerja adalah buat kajian sikit.. kami ambil pembaris panjang dan ukur kasut tumit tinggi nak cari berapakah ketinggian kasut yang paling tinggi...  and guest what kasut Bonia lah yang paling tinggi dengan ketinggian setinggi 9cm...WAH..!! SERIUS NI.. tapi kasut tu mcm ala-ala wadges laa.. aku pun tak faham mcm mana.. hehehehe

Ok abis sessi cite pasal aku.. info tentang benda ni sebenarnya kasut bertumit tinggi ini sangat berbahaya sebab dia boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki iaitu malah kepada seluruh bahagian badan seperti punggung sebab kasut tumit tinggi ini menolak bahagian punggung sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya.

Ditambah lagi jika memakai kasut bertumit tinggi terlalu lama akan menyebabkan kencing tidak lawas, masalah tulang belakang, masalah tulang pinggul dan juga penyakit kepada rahang leher dan kepala...!!!

Jadi bukan sedikit sahaja keburukannya tapi BANYAK...!!!!!!!!!!!!!

Yang lebih mengejutkan, satu kajian yang telah dibuat mendapati memakai kasut bertumit tinggi akan menyebabkan seorang wanita menolak buah dadanya kehadapan dan menolak punggungnya kebelakang.. dalam erti kata lain MENDEDAHKAN AURAT WANITA KEPADA UMUM DENGAN LEBIH NYATA.. Astaufiruallah al azim....

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud; 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 

Yang ni aku tak sure.. but bahagian firman Allah Taala yang aku highlight ni aku pernah tanya ustaz aku dan ustaz kata pada zaman dahulu dan sekarang pun ada juga wanita yang suka memakai gelang kaki sehingga berbunyi-bunyi untuk menarik perhatian lelaki kepada perhiasan mereka... cuma aku rasa ayat ini juga boleh digunakan  kepada kasut tumit tinggi sebab kalau pakai kasut bertumit tinggi kebanyakkan perempuan suka menghentak kaki sehingga berbunyi untuk mengambil perhatian semua orang.. Allahualam... (kalau aku salah sila perbetulkan..)

sesungguhnya jauhilah diri anda dari sebarang kesusahan.. jika tidak kita yang akan bertindak kejam kepada diri sendiri... AstaufiruaAllah Al azim...

sumber:SAYA BENCI ORANG BUANG BAYI

3 ulasan:

FAKTA KENAPA WANITA PERLU PAKAI TUDUNG DARI SEGI SAINS...!!..

7:27 PTG 1 Comments



SWEEETTZZZ.. rasanya tengok bila hari jumaat macam ni ramai budak-budak pempuan yang tak bertudung mula pakai tudung.. serius cantik... jadi kesempatan ini aku nak share laaa satu fakta sains kenapa wanita wajar memakai tudung....

Untuk pengetahuan semua............

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Seorang Profesor berkata, Allah SWT ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL NERVE (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

RENUNGKAN2.......


1 ulasan:

BABI MAKAN BARU ADA AKAL...!!!!!!!

11:44 PG 0 Comments

WHAT.!!!!!!!!!
Seperti biasa bukan aku yang keluarkan statement hangat ni...
plzzz aku ada etika.. huhuh

Tapi statement hangat ini telah dikkeluarkan oleh pak cik ni..

Saksikan.......


INI AMAT SANGAT MEMALUKAN SEKALI.......!!!!!
(tatabahasa bombastik yang salah.. jangan guna dalam exam BM yek.. hehe)

Mengikut sumber yang aku dapat kejadian ini berlaku di Penang... seorang lelaki yang sah-sah Melayu dan sah-sah Islam telah memberi ceramah tepi jalan.. pada awalnya ceramah dia.. nampak macam bagus sebab cerita pasal perpaduan siap dengan ayat Al-Quran bagai....

Akhirnya bertukar menjadi ceramah yang memalukan agama bangsa dan juga tanah air sendiri.. ADUSH..!!! tak tahulah nak kata apa... aku rasa either one pak cik ni gila atau mabuk.. tu jer......

Sesungguhnya tanda-tanda kiamat kecil ialah apa bila orang mula berbangga dan megah melakukan dosa... AstaufiruaAllah Al Azim....

Sama-samalah kita beristifar.... dan doakanlah pak cik ni dapat hidayah.. amin....

p/s: malu semalu malunyaa~~~~ (tiba2 berkareoke kan.. hehehhe)

0 ulasan:

Tafsiran Mengenali Lelaki Dari Segi Anggotanya..

11:43 PTG 0 Comments


 

Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenali lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat di dalam kitab Tajul Muluk iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang Melayu zaman dahulu. 

KULIT
- Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik. 

RAMBUT
 - Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah 

KEPALA
 – Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya. 

DAHI
 - Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah. 

MATA
- Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh. 

HIDUNG
- Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat. 

MULUT
- Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya. 

BIBIR
- Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram. 

GIGI
 - Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur. 

DAGU
- Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya 

SUARA
- Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak. 

TELINGA
- Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun. 

BAHU
- Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’. 

BELAKANG
 - Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana. 

MUKA
 - Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu. 

LEHER
- Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah. 

DADA
- Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat. 

LIDAH
- Lidah yang panjang tanda fasih bertutur. 

LENGAN
- Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat. 

TAPAK TANGAN
 - Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal. 

JARI - 
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari 
yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman. 

PERUT
 - Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat. 

PINGGANG
 - Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur. 

BETIS
 - Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal. 

KAKI
- Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh. 

TUMIT
- Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat. 

LANGKAH
 - Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal. 

Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan. Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsafah-falsfaah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

0 ulasan: