Gambar Kakak Ngah aku KHAWIN..!!

1:22 PTG 3 Comments

Pada tanggal 26 MEI hari sabtu yang lalu, kakak aku Fidarina Binti Razali telah selamat dihijabkabulkan bersama Muiz Dolah Aman..... Majlis berlangsung dengan sungguh meriah sekali.. dalam linkungan 1600 orang yang datang sampai Jem jalan depan rumah aku.. huhu...

Sangat meriah dan best tidak terkata.. dahlah kami buat merewang maka makin bertambahlah kemeriahan suasana majlis khawin di pinggir bandar KL ni.. hehehe...

Jadi aku tak ada hadiah nak bagi kat pasangan pengantin ni.. maka aku editlah sampai tak tidur-tidur ni.. 10 gambar yang aku rasa terbaik... 9 dari gambar ni aku yang tangkap sendiri.. yang 1 tu adik aku yang tangkap.. hehehe.....

INI DIA... 10 GAMBAR TERBAIK YANG TELAH AKU EDIT.. (si beginner cameraman yang pinjam camera DSLR orang.. hahahahaha)











BAIK.. gambar yang last sekali ni jer adik aku si Tiah tangkap.. huhu.. yang first sampai ke 9 aku yang tangkap.. take noted that dia tangkap satu gambar ni jer yang cantik yang lain hancor... hahahahahhaa... (berlagak ni.. :p)

Apa-apa pun kita doakanlah dua mempelai ini bahagia seumur hidup hingga ke anak cucu.. (harap dapat anak dalam 2 minggu lagi... hoho.. BUNTING PELAMIN katakan.. :p)

ok.. selamat malam.. (jam sekarang menunjukkan pukul 4.15 pagi.. aku mula edit dari pukul 1 pagi.. ULTRA MENGANTOK...!!!)

*credit kepada Sherrylyn Sigang sebab bagi pinjam kamera... tqvm!!

3 ulasan:

Kepala Melekat..!

1:11 PG 1 Comments




Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


1 ulasan:

Iklan yang Pelik dan Lawak...

1:23 PG 0 Comments


Kalau orang luar negara buat iklan memang tak beragak-agak.. tapi sometimes rasa lawak dan kreatif pula... jadi saksikan laa beberapa gambar iklan yang boleh mengelikan bulu ketiak anda... hahahahahaha...



p/s: jenaka for today.. have fun!!

sumber: edy

0 ulasan:

Deria Organ badan di Telapak Kaki...

7:05 PTG 2 Comments



Sempena Hari Jumaat yang mulia ni aku ada satu info menarik yang nak kongsi dengan anda iaitu mengenai tapak kaki kita......

Untuk pengetahuan kalian, Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik....!!!!

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih.

Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

p/s: sebab itulah nak pilih kasut dan selipar yang selesa sangat penting... hargailah nikmat telapak kaki kita.. Alhamdullilah... 

sumber: Ma'ar Rahman

2 ulasan:

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

2:16 PG 1 Comments


INILAH DIA ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . 
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB . 

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN....

sumber:FB

1 ulasan:

Pencuci Tandas Peroleh Ijazah

9:18 PTG 0 Comments

Sekarang ni di UiTM sedang sibuk dengan Convocation... Tahniah kepada mereka yang berjaya mengakhiri pembelajarannya dengan cemerlang.. hehehe...

Tapi kat sini aku ada cerita.. cuba bayangkan.. Cleaner UiTM yang selalu membersihkan tandas kita, menyapu dan mengemop lantai kita dapat GRADUATE dengan keputusan CEMERLANG.. kira macam first class degree?????

BAYANGKAN.....!!!!!!


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.

Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.

Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.

Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.

Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.

Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.

Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi
sumber kosmo

JADI... lepas ini jangan pandang orang disekeliling kita sebelah mata ok.. ntah2 mak cik2 yang jadi cleaner ker, pak cik2 yang jadi pak guard and kerja Contractor tu lagi pandai dari kita KALAU DIBERI PELUANG....

Maka hargailah peluang yang anda ada sekarang.. bukan semua orang bertuah seperti anda.. sekian... 

0 ulasan:

Perempuan Macam Mana Ada Dalam Neraka?

11:49 PTG 3 Comments


Perempuan Macam Mana Ada Dalam Neraka?
Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.
Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.
Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.
“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian dihulurkan ular dan kalajengking.
“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
“Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Rasulullah S.A.W.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;
“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan tidak mahu mandi wajib.
“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
Oleh: NAIMAH SHAARI

3 ulasan:

BERDEMONSTRASI DI JALANAN PETANDA DUNIA HAMPIR QIAMAT

9:19 PG 3 Comments



APABILA MUNCULNYA PEJUANG ISLAM BERDEMONSTRASI DI JALANAN PETANDA DUNIA HAMPIR QIAMAT.


Terdapat isyarat Hadith menyatakan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.


HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :


“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat.


1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai).


2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi).


3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).


Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman akan ada di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi.Perkara ini telah dan sedang pun berlaku di merata pelusuk dunia termasok di negara kita.


Allaamah Mufti Brunei ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:


“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad. Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”


Sabda Nabi S.A.W. lagi yang maksud nya : “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan memekik mekik di jalanan.” ( Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir )


Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.


Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat Al QuranMaksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad ) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)


Semangat kebangkitan Islam juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah pihak tertentu keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk pihak yang mereka tidak puas hati dengan.


Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai, pekik jerit, kutuk megutuk dan maki hamun. Menyebabkan suasana jadi gawat. Mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh, mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda individu dan awam, membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning. Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.


Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya syaitan (toghut). Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada, apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.


kredit: amri el wahab .


p/s: saya yakin anda semua boleh menilai dgn mata hati.... renung2kan....

3 ulasan: