PETRONAS antara 10 syarikat kepemimpinan terbaik di Asia

9:27 PG 0 Comments

MALAYSIA BOLEH...!!!!!!!!!!!

Siapa kata Syarikat Malaysia lopek... ni telah membuktikan bagaimana sebuah syarikat besar kebanggaan negara PETRONAS telah berjaya dinobatkan sebagai 10 Syarikat kepimpinan terbaik dan satu-satunya syarikat di Asia Tenggar yang berjaya.. BRAVO...!!!!!!!!!!


Ia berkongsi pencapaian itu dengan syarikat antarabangsa terkemuka lain seperti Coca-Cola, IBM, Nestle, Procter & Gamble dan Unilever.

Senarai itu hasil kajian kepimpinan tahunan ketujuh firma perunding pengurusan global, Hay Group bertujuan mengenalpasti 20 syarikat terbaik global serta 10 syarikat terbaik Asia dari aspek kepimpinan, selain mengkaji bagaimana syarikat memupuk bakat dan menggalakkan inovasi.


General Electric tahun ini mendahului senarai global, diikuti Procter & Gamble, IBM, Microsoft dan Coca-Cola. 



Kumpulan Samsung, Toyota Motors dan PETRONAS pula menerajui senarai di Asia. 



Lebih 250 pemimpin dari 15 negara termasuk Belanda, Brazil, Indonesia, Thailand dan China mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian selama sebulan itu. 



“PETRONAS diiktiraf sebagai sebuah organisasi berbeza dengan ciri-ciri tersendiri,” demikian mengikut kaji selidik yang diumumkan Pengarah Urusan HayGroup Bagi Rantau Asia Selatan, Asia Pasifik dan Afrika, Tharuma Rajah di Kuala Lumpur. 
Tharuma juga mendedahkan pelbagai penemuan penting dalam kaji selidik syarikat terbaik dalam kepimpinan itu. 



Mengikut kaji selidik berkenaan, peserta telah mewujudkan persekitaran tempat kerja dan proses yang membolehkan inovasi berkembang. 



Ia juga mendapati 10 syarikat terbaik Asia adalah didorong keperluan pelanggan masa depan bukan kepada pelanggan sedia ada semata-mata. 



Malah, 90 peratus daripadanya melaporkan bahawa kakitangannya sentiasa membincangkan keperluan masa depan pelanggan, berbanding hanya 56 peratus di kalangan syarikat Asia lain. 



Bila berdepan kesukaran pula, 10 syarikat terbaik Asia itu bersedia menangguhkan keuntungan jangka pendek untuk terus melabur dalam inovasi (71 peratus) dan menganggap maklum balas negatif dan kesukaran prestasi sebagai peluang untuk belajar (77 peratus), berbanding 53 peratus dan 56 peratus masing-masing dalam syarikat lain - BERITA HARIAN




































Semoga kejayaan ini tidak berakhir disini dan banyak lagi syarikat-syarikat di Malaysia terus maju dan menjadi lebih hebat dari PETRONAS.. :)

p/s: dah mula berangan nak jadi PR kat PETRONAS.. HAHAHAHAHHA...

sumber: billyinfo

0 ulasan:

10 KECEDERAAN Jackie Chan...!!!!!!!

3:11 PG 1 Comments

MENARIK SANGAT...!!!!!!


SIAPA TAK KENAL DENGAN LAGENDA AKSI KUNG FU NOMBOR 1 DUNIA SI JACKIE CHAN... tak sangka dalam dia mencipta nama dengan pelbagai aksi STUNT dia telah mengalami pelbagai kecederaan.. tak caya tengok video ni...




Yang hebatnya, sehingga kini Jackie Chan masih lagi boleh disifatkan sihat walaupun sudah banyak kecederaan atau kemalangan yang dialami.
Cuma, sekarang ini, dia sudah tidak boleh melakukan aksi ‘stunt’ yang melampau memandangkan umurnya sudah pun melewati usia 50-an.
SO, kalau dilihat dalam filem terbarunya, Jackie Chan, dia terpaksa menggunakan ‘trick camera’ supaya setiap aksi yang dilakukannya nampak ‘real’... hehehe....
Apa2 pun RESPECT DENGAN LAGENDA BERNAMA JACKIE CHAN...!!!!!!! :O

1 ulasan:

TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA

10:22 PTG 1 Comments


~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥♥

Allah.....:'(

1 ulasan:

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN DARIPADA MANUSIA

12:59 PG 0 Comments



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

0 ulasan:

KAHWIN VS SOLAT

7:55 PTG 0 Comments



A : Man, aku dapat rasakan yang aku JATUH CINTALAH..”
: Haa? Kau ni biar betul Amri?”
A : Betul, aku serius ni. Aku rasa nak MEMINANG ESOK hari jugak..”
B : Good2. Tapi sebelum tu, aku TANYA dulu boleh?”
A : Em, apa dia?”
B : Kau DAH SOLAT?”
A : Belum..kejap lagi aku nak solatlah ni.”
B : Ohh, okey-okey..berbalik pada topik kita tadi…”
A : Iye…?”
B : JANGAN HARAP KAU NAK KAHWIN, KALAU SOLAT AWAL WAKTU PUN TAK DAPAT BUAT...”
A : Erk?! Apasal pulak?”
B : Bro, itu namanya KESEDARAN tentang tanggungjawab..kalau kau solat awal waktu, ikut solat berjemaah..maksudnya kau SEDAR tanggungjawab kau, tapi kalau benda simple tu pun kau FAIL, betterLUPAKAN DULU IMPIAN kau tu..tak guna layan perasaan cinta, kalau kau TAK DAPAT LAYAN PANGGILAN CINTA dari Allah (azan) dengan terus ke masjid...”
A : Urmmmm, ye laaa…(MALU)

#Renungan ♥♥

-H.A-

0 ulasan:

10 PERMINTAAN SYAITAN.

10:16 PTG 0 Comments



Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?


Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?


Syaitan : 10 macam


Nabi muhammad : Apa saja?


Syaitan :


1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.


2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.


3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.


4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.


5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.


6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.


7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.


8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).


9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.


10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.


Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”


Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!


Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikit pun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”


Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)


Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

di petik dr page Nota Meor

p/s: kisah yang sangat mengisafkan.. mahukah kita terus hanyut dihasut SYAITAN????

0 ulasan:

HIDANGAN ORGAN SEKS LELAKI DIJUAL RM750....!!!!!

10:15 PTG 0 Comments

Mao Sugiyama

TOKYO – Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.
Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.



Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.
Sugiyama, 22, dilaporkan memberitahu melalui Twitter bahawa organ terbabit dibuang oleh doktor bertauliah dan disahkan bebas daripada sebarang jangkitan.
Hidangan berkenaan disediakan di bawah seliaan seorang tukang masak berkelayakan dan mereka yang membayar hidangan itu dikehendaki menandatangani dokumen tidak menuntut ganti rugi daripada Sugiyama serta penganjur acara itu.


Pada 18 Mei lalu, Sugiyama berkata, pelbagai langkah diambil untuk memenuhi syarat undang-undang tertentu termasuk larangan menjual organ, memproses sisa perubatan selain peraturan kebersihan makanan.
“Saya disoal beberapa lelaki dan wanita yang bertanya ‘adakah acara ini akan diadakan lagi? Mereka minta supaya diadakan sekali lagi. Cuma, hanya ada satu set organ lelaki.
“Malang sekali saya tidak mempunyai rancangan sama pada masa akan datang,” katanya dalam Twitter pada 16 Mei lalu.


Sugiyama yang menyifatkan dirinya ‘asexual’ iaitu tidak mempunyai alat kelamin mulanya memikirkan untuk memakan sendiri alat kelaminnya itu tetapi memutuskan untuk mendapatkan pelanggan bagi membayar bil hospital pembedahan itu.
Dalam satu emel kepada agensi berita, dia mengesahkan bahawa majlis memasak dan menghidangkannya itu sudah berlangsung dan berkata ia dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran ramai wujudnya golongan ‘minoriti seksual, jantina-x dan asexual.’ – AFP

p/s: sumpah nak muntah dah sekarang... AstaufiruaAllah Al Azim.....!!!

0 ulasan:

INFO SIHAT: Tips Menjaga Buah Pinggang

5:35 PG 2 Comments





Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan.

Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Oleh: Harlina Binti Ahya Ulumuddin 

p/s: makanan2 yang dia larang tu pun memang tak elok untuk kesihatan.. jauh2kan laaa.....

2 ulasan:

Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

11:48 PTG 0 Comments





Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?

Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank.

Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.


Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?

Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi

Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”

Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

0 ulasan: