Abdallah Said Al- Bishi…Kisah Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi

9:30 PTG 1 Comments

Abdallah Said Al- Bishi...Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi


Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.
Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006.
Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.
Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.
Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.
Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.
Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.
Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.
Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.
”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.
Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.
Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.
Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.
” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,”  ujarnya.
Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.
Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.
Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.
Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.
Bagi memuluskan tugasnya,  Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.
Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.
Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan.
Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.
Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki.
Pesalah potong tangan dibius dulu.
Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung
” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

sumber: MyNewsHub

p/s: seram baca cerita ni (⊙﹏⊙) memang hati keraslah... tapi yg penting semoga cerita ini dapat dijadikan pedoman kepada kita di bulan yang mulia ini.. Amin... 

1 ulasan:

♥ CIRI ISTERI PILIHAN ♥

12:54 PG 1 Comments




Ye ke?? Sahabat sekalian camna?? Setuju??


1 - tak lawa takpa, asalkan boleh beri ketenangan..
2 - tak cemburu buta
3 - pandai jaga diri..
4 - melawan jika perkara itu tidak betul..
5 - tidak mudah touching..
6 - pakai seseksi mungkin bila dalam rumah saja..
7 - tidak minta yg bukan bukan..
8 - bukan kaki pow..
9 - agama boleh di didik, tak jadi masalah..
10 - tidak bersikap queen qontrol..
11 - jgn mintak ipad, mahal beb..
12 - jgn mintak bmw, mampos kita..
13 - jgn mintak rumah rm 280 ribu, pengsan..
14 - jgn mintak gelang emas sampai lengan, pitam..
15 - mintak ler suami menjadi imam ketika solat..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)


SUMBER: Islam Iman Ihsan


p/s: hanya gurauan bulan Ramadhan.. hehe... harap jadi pedoman bersama.. siapalah bakal jadi isteri aku... jeng jeng jeng.. :)

1 ulasan:

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA

1:33 PG 0 Comments


(gambar hiasan)


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

p/s: pesanan ni khas kepada kakak aku yang dikira barulah juga khawin.. haha.. kang tak dpt aku anak saudara.. hehehehe.. gmbr atas tu gmbr khawin mereka.. sweetsss kan makan suap2.. :P

0 ulasan:

Budak perempuan berumur 9 tahun menunaikan ZAKAT!!

2:16 PG 1 Comments

Wah...!! tak sangka ada seorang budak perempuan berumur 9 tahun sudah menunaikan Zakat diatas wang simpanan dia... tak percaya tengok ni dan sedikit penerangan yang diberikan oleh page FB Zakat.SG


Yesterday this 9 year old girl came to our counter to pay her Zakat on Savings. Her mum told us that this young yet confident girl had started saving since primary 1, and wanted to fulfil her Zakat obligation as a young muslimah. We were very moved and inspired by this little one, and after asking permission from her mum, we wanted to share this story with you. We hope you comment and share this story on your facebook walls too.

SUMBER: Zakat.SG

Bagus betul budak perempuan ni dan ibu bapa dia.. seharusnya ini dijadikan pedoman kepada kita semua umat Islam untuk juga menunaikkan zakat Fitrah pada bulan Ramadhan ini...

Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda sebab Zakat ni termasuk dalam salah satu Rukun Islam.. INGAT TU...!!!

p/s: jap tengah nak minta duit kat ayah aku untuk buat zakat.. hahahahaha.. (tak ada simpanan macam adik ni.. huhu~)

1 ulasan:

Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?

10:50 PTG 1 Comments

CUBA SAKSIKAN VIDEO NI...!!!!!



Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.
Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.
Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.
Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).
Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.
Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang
bebas kepada mereka.
Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?

Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.
Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’.
Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.
Kempen ‘Save Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.
Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.
Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.
Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.
Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.
Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.
Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.
Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu, sila layari http://savemaryam.com/ dan http://www.mercymissionworld.org/ atau Twitterhttps://twitter.com/savemaryam dan Facebook http://www.facebook.com/whoismaryam

p/s: tergamam baca berita ini dan ini merupakan petanda yang tak baik kepada Islam.. sebab itulah kita kena meletakkan Agama sebagai sandaran utama dalam negara.... jika tidak senang sahaja Islam dipergunakan dan seterusnya dihapuskan oleh musuh-musuh Islam... MasyaAllah....

sumber:MyNewsHub

1 ulasan:

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)

5:13 PG 5 Comments


Berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad Diskaun Siswa 1Malaysia itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.

Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. 

Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :

Dikeluarkan Bank Rakyat
Diberi percuma
Diskaun 5 hingga 60%
Disertai 51 syarikat
Secara automatik, tidak perlu pohon

p/s: tak sabar nak dapat.. yang penting nak 60% diskaun printing dan makan..!!!!!!

sumber: page FB YAB Dato Najib

5 ulasan:

Kpop dalam Bahasa Indonesia...!!

4:53 PG 3 Comments

SIAPA YANG MINAT KPOP ANGKAT TANGAN...!!!!!!!!!!!!!!!!


Bukan aku sorang jer kan.. hahahahaha (rse macam dah lama giler tak gediks letak muka sendiri kat blog.. :P)

So aku ada sesuatu yang nak share kepada peminat Kpop.. huhuh.. ramai orang kata kenapa kita suka dengar kpop.. bukan kita faham pun lagu dorang... bahasa korea pun tahu Sanghea (cinta) jer... huhuhu...

So... ni ada beberapa lagu kpop yang femes telah dinyanyikan dalam bahasa Indonesia.. bolehlah nak buat kita faham.. yang lawaknya ada beberapa tu dia macam tukar serikata jadikan lagu tu sangat lawak.. hahahaha... nak tahu tengok sendiri.. aku letak beberapa LAGU MR. KATROK yang bagi aku paling best.. huhu....



















hehehehe.. Mr Katrok ni laaa manusia yang bertanggungjawab buat semua benda ni.. hehehe.. lawak dan KREATIF...!!!!!!!!!!!

apa yang aku dapat konklusi kat sini ialah bahasa kita mahupun Indonesia sebenarnya boleh juga nak buat lagu-lagu sehebat Kpop ni.. kalau kita boleh nyanyi translate dengan begitu baik.. sudah pasti kita nak buat lagu sehebat dorang pun tak ada hal... so ayuh kita sama-sama majukan musik kita sama seperti korea.. tapi tak bermakna kita jadi Kpop.. huhuhuhuhu

Bahasa Melayu kan bahasa yang indah.. sangat mudah dipelajari digunakan dan disebarkan.. sebab tu suatu masa dulu kita pernah menjadi Lingua Franca... huhu...

Ok sampai situ jer laa.. aku saje jer nak hiburkan korang time2 final exam ni.. alright babai.. nak g layan kpop ni... versi indonesia.. hahahaahaha!!!!!!!!!!!!

3 ulasan:

KOMIK JAWI ANOR DAN KUCINGNYA

8:46 PG 2 Comments

Sekarang ni tengah popular di Facebook sebuah kisah kartun yang comel mengenai Anor dan kucing dia yang nakal dan COMEL SANGAT SANGAT,,,,!!!!!!!!!!!!! 

hahahaha... dah lama tak baca jawi wei.. serious best kisahnya simple and nice... yang penting tulisan jawi..

JOM.. BACA SAMA2....










Macam mana??? merangkang-rangkang tak baca macam aku... hehehhee... bagus jugak ada kartun macam ni dapat kita martabatkan kembali tulisan jawi yang sebenarnya ialah warisan tulisan Bahasa Melayu yang sebenar...

Kehilangan Bahasa jawi ini sebenarnya berlaku ketika zaman penjajahan British.. mereka tak reti nk baca dalam bahasa jawi dan mereka telah tukar kepada bahasa rumi.. dan selepas merdeka bagi standardized kan bahasa melayu ke semua kaum dan bangsa... Bangsa Melayu kita telah mengorbankan pengunaan tulisan jawi kepada tulisan rumi...

Namun jangan jadikan pengorbanan dan toleransi kita ini menyebabkan warisan ini hilang...

AYUH MARTABATKAN BALIK TULISAN JAWI..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: Alif Ba Ta.. (tengah practice jawi.. hehehehe)

UPDATED

Kalau nak baca lagi banyak Komik Anor dan Miaw boleh lawat kar Facebook pencipta komik ni iaitu.. 

(sila klik)

2 ulasan:

PENJARA DI NORWAY.

9:23 PG 1 Comments

PENJARA..!!!

Apa yang kita selalu bayangkan bila kita berbicara tentang keadaan penjara..???


Mestilah tak selesa, suatu tempat yang menakutkan (pernah dengar cerita hantu kat Penjara Pudu.. huhu) lepas tu banyak berlaku keganasan dan macam-macam lagi laa yang NEGATIF...!!

Tapi kali ini aku nak tunjuk kat korg penjara DI NORWAY...

pasti korang ternganga.....

SAKSIKAN...!!!!!!!!!

FOTO: Bertuahnya Banduan Di Penjara Norway....
OMG ADA TV AND COMFORTER...!!!!!!!!

BERSIHNYA......!!!!!!!!!!!!
 BERKILAT...!!!!!!!!

KELAZZZ TEKNOLOGI MODEN GILER..!!!!!!

OMA!!!!!!!!! kalah bilik tidur aku.. 
CHANTEK NAK MAMPOS..!!!

SIAP ADA TAMAN... WHAT THE KERK..!!!

OK FINE ADA LIBRARY..!!!! TAK MACAM PTAR UiTM SENTIASA PENUH DENGAN MANUSIA...OMA!!! JELEZZZZ.....

ADA KELAS TARIAN, NYANYIAN AND YANG PENTING.. PIANO..!!!!!!!!1

SUMPAH....!! ni first time aku jelez dgn orang yang duduk dalam penjara.. haahhaa.... entah kenapa ntah selesa sangat.. dia nak pastikan banduan tak lari kot.. tu yang dia bagi first class.. hahahahhaa... 

so ada siapa2 tak berminat nak buat jenayah di NORWAY??????????????????

sumber:mynewshub

1 ulasan: