Maksud lagu Gangnam Style...!!

11:51 PTG 11 Comments


Oppa Gangnam style!!!!! love it!!!

Dah nak dekat 70 juta penonton video sejak mula diletakkan di Youtube pada 15 Julai 2012. WAH GILER GEMPAK..!! memang satu fenomena yang diketahui umum...

Bagi mereka yang tidak memahami bahasa Korea, video muzik ini hanyalah video muzik yang kelakar atau video budaya kuning (sebab penyanyi ini ada pandang punggung perempuan seksi) hehe... atau just another youtube video yang catch and kelakar ala2 cartoon.

TETAPI..

Rupa-rupanya gaya Gangnam ini adalah merujuk kepada satu gaya hidup di tempat yang sangat mewah di Seoul yang mewakili $84 bilion kekayaan Korea Selatan pada 2010, mewakili 7% dari keseluruhan KDNK. Keluasan Gangnam ini cuma 15 batu persegi. (Ala2 Brevely Hills kat Amerika atau Bukit Antarabangsa kat Malaysia.. hahaha)

Muzik video ini merupakan satu kritikan sosial kepada gaya Gangnam yang mengejar kekayaan palsu. Di Korea Selatan, secara purata hutang kad kredit mencapai 155% disposable income dan setiap orang dewasa mereka mempunyai 5 kad kredit.

Antara lirik awal adalah merujuk kepada gaya hidup urban mengenai kopi. Lawak orang Korea antaranya adalah bagaimana wanita urban di Korea sanggup membelanjakan $2 untuk mi ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat seperti Starbucks... hehe 

Sama tak macam gaya KL? (sentap.. tatttt!!)

RM5 untuk nasi bungkus dan RM15 untuk menikmati Starbucks... daa~


INI DIA GANGNAM...


 

Dari sudut pemasaran, PSY Gangnam Style ini adalah sesuatu yang bersifat “purple cow”. Istilah yang digunakan oleh Seth Godin untuk sesuatu produk, servis yang remarkable.

Mereka yang suka cerita Korea, K-POP mesti sentiasa disajikan dengan watak-watak lelaki hensem, macho dan bergaya. Tiba-tiba muncul satu video Korea lain yang memaparkan seorang penyanyi yang secara fizikalnya tidak seperti artis Korea yang lain dengan gaya yang tidak macam KPOP. Jadi sebab itulah video ini lebih dikenali sebab kelainan yang cuba dibawakan.. GENIUS...!!!

Ingat lagu Asereje oleh Las Ketchup? Itu dulu, sekarang …

Oppa Gangnam Style!!!! 

Sumber: www.pakdi.net

Ini translation dalam bahasa Inggeris supaya kalian lebih mengerti....

lirik Gangnam Style


p/s: serius cannot stop repeating hear this song...!! kawan aku yang tak suka Kpop semua ske lagu dia.. faham yer ndak.. hehehe.. dah kali ni harap korg faham and ENJOY...!!!

11 ulasan:

Gambar-Gambar Percetakan Al-Quran Di Madinah Dengan Teknologi Canggih

8:20 PG 0 Comments

Al-quran

Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibina untuk menjaga kemurnian kitab suci Al-Quran. Dengan pekerja berjumlah 1700 orang, setiap tahun, percetakan mampu mencetak 10 juta Al-Quran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset.


Proses pencetakan Al-Quran. Selain mencetak Al-Quran, Percetakaan Mushaf Al-Quran Kompleks Malik Fahd ini juga menetapkan pengedaran Al-Quran di seluruh dunia termasuk membagikannya ke masjid-masjid ataupun institusi pendidikan.


Proses pengisian suara untuk pembuatan Al-Quran digital (CD / Kaset).


Proses tashih (editing suara) untuk pembuatan Alquran digital (CD/Kaset).


Mesin cetak Alquran kini menggunakan teknologi canggih.


Masjid di pabrik pencetakan Alquran Madinah al-Munawwaroh.

sumber: MynewsHub
p/s: siapa kata Islam tak maju..... Alhamdullilah...

0 ulasan:

Sinopsis novel nukilanku REVOLUSI

8:39 PG 5 Comments

HAI SEMUA...!!!!!!!!!!

OFFICIALLY aku nak announced yang aku dah berjaya hasilkan sebuah novel yang aku bagi judul REVOLUSI... hehehhe... 


Alkisahnya......

Aku mula mendapat idea untuk buat cerita ni masa aku tingkatan 3 (zaman kanak-kanak ribena lagi..) masa tu aku mandi kat bilik air lepas tu aku terjatuh.. kemudian aku terfikir macam manalah kalau kita koma lepas tu bangun-bangun dah masa depan??? mesti best kan?? hahaha.. ia bermula dengan angan-angan...

Lepas tu aku ni masa zaman sekolah pengawas (ala2 bajet baguslah) jadi aku kena jaga satu dorm junior tingkatan satu.. tidur dengan mereka.. best kot boleh buli budak.. hahahaha... tapi aku ni senior kegemaran dorang sebab dorang kata aku suka bercerita.. (-__-') sekarang siapa buli siapa daaa???

Jadi satu hari mereka minta aku bercerita sebab besok hari ahad so cuti jadi mereka semua nak tidur lambat.. yelah duduk asrama bukan ada televisyen macam kat rumah jadi mulut aku nilah jadi hiburan dorang.. ala-ala macam bed time story.. teruk betul budak-budak tu buli aku.. tapi aku suka.. hahaha...

JADI!!! dengan spontan aku bercerita pasal cerita REVOLUSI ni dari pukul 11.00 malam sehingga 1.00 pagi.... SERIUS NI...!!! non stop...!!! budak-budak sampai lentok dengar aku cerita dengan semangat... ala2 macam penglipur lara dah aku.. abih jugaklah satu botol air mineral aku teguk sebab nak bercerita dengan dorang punya semangat... akhirnya mereka dengar sampai habis dan kata cerita aku BEST... daaa~ spontan laaa... tapi aku ingat semua yang aku cerita.. aku pun tak sangka mampu cerita selama itu.. rasa masa berlalu cepat jer kan.. hehehhee...

Selepas aku berpindah ke MRSM masa tingkatan 4 kami telah diberikan tugas untuk membuat projek dalam kumpulan atau individu untuk hasilkan sesuatu yang akan dibentangkan pada akhir tahun... projek tu dikenali sebagai SEM.. entah aku tak ingat dah stand for what?? 

By the way para cikgu MRSM galakan pelajar buat projek dan kajian sains.. malangnya kalau aku dah tak suka sains buat apa aku nak paksa dirikan??? jadi aku berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan aku untuk buat novel.. Malangnya kawan aku tak setuju sebab dorang kata kalau kau nak buat novel baik kau buat sorang-sorang... jadi aku pun terfikir.. BAIK AKU BUAT SORANG2.. hehhe...

Aku punya projek masuk dalam ketegori penulisan am dan mendapat guru pakar Bahasa Melayu MRSM aku jadi penasihat.. bangga lol! and guess what??? AKU MENANG NO 1 sebab cikgu impress aku mampu buat novel sorang-sorang plus mcm biasa laa zaman sekolah kau kena letak latar tempat laaa, sinopsis laaa and bla bla bla... hehehe and aku buat semua tu and present depan PENGETUA SEKOLAH ok.... hehee...

And i ENJOY HAMPER BESAR SORANG-SORANG.. hehehe... tapi tu semua zaman sekolah....

kalau korang tengok gambar kat atas tu, itulah novel yang aku tulis 72 muka surat jer and binding macam biasa and just letak gambar yang telah diedit oleh kawan aku pakai adobe photoshop lama punya edition.. masa tu aku bodoh giler internet.. taip pun pakai komputer besar MRSM.. hehee... tapi berjayalah...

Selepas habis sahaja zaman sekolah aku terus bernekad nak PUBLISH jugak buku ni bermula dari umur 18 tahun selepas habis SPM sehingga kini 21 tahun baru berjaya taip balik.. HAHAHAHAHA WHAT THE LOSER..!! 4 TAHUN TU...!!!

sebabnya! aku baru jer dapat laptop akhir umur aku 19 tahun.. so sebelum tu aku dapat mula sikit-sikit jer.. bermula dari tahun lepas aku dah mula giat taip balik.. lepas tu aku punya soft copy hilang plak..!! kena virus.. terus aku feed up nak pakai PENDRIVE..!! serius sampai sekarang aku tak ada pendrive.. tertekan kot...!!!!!

AKHIRNYA BERJAYA JUGA...!! siap tiapkan dalam 300 + + muka surat... aku taip balik pun sebab hasil kajian aku buat novel paling common kena 250 muka surat ke atas.. dan ayat aku masa zaman sekolah NAUZUBILLAH...!!! TEROK NAK MAMPUS..!! nampak sangat Bahasa Melayu sekolah aku teruk... HAHAHAHA.....

OK laaaa... dah habis aku membebel mengenai latar belakang novel ni.. ini dia sinopsisnya.. sorry tak boleh bagi semua.. hehe.. HARTA INTELEK katanya.. tapi aku akan bagi sesiapa yang suka giler baca novel soft copy kepada sesiapa yang terpilih jer.. sebab aku nak tahu feed back gak.. so siapa nak sila tinggalkan komen.. ;)

INI DIA SINOPSIS NOVEL REVOLUSI...

         Fizo ialah anak emas kepada Dato Razali dan Datin Norlela. Selaku anak tunggal kasih sayang yang diberikan tidak berbelah sehingga melebihi daripada apa yang sewajarnya. Segala yang dihajati pasti akan dicapai tidak kira di rumah mahupun disekolah. Dirinya sentiasa disanjungi dan dipuji. Ditambah pula dia merupakan pelajar harapan bukan sahaja di sekolah malah di peringkat kebangsaan.

            Atas segala sanjungan yang sentiasa diterima, Fizo menjadi seorang yang sangat riak dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Walhal kawan baiknya sendiri pun dikenakan bagi mencapai apa yang dihajati. Kelakuannya itu telah menyebabkan ramai menyimpan dendam kepadanya. Namun detik revolusi kehidupannya mula berubah apabila Fizo dilantik menjadi ketua pengawas sekolah.

            Satu kemalangan tragis yang telah mengemparkan Malaysia telah menimpa dirinya. Sehingga dia  koma dan tidak sedarkan diri sehingga 20 tahun lamanya. Setelah pulih hasil dari rawatan yang diterima Fizo yang masih mempunyai rupa fizikal seperti dulu telah menempuhi saat malang dalam hidupnya.

Kini putaran hidupnya telah bermula, dia tidak lagi di sanjungi malah sentiasa dikeji, tiada lagi orang yang disayangi hanya penuh dengan orang yang membenci, segala kebahagiaan yang pernah dikecapi kini bertukar menjadi derita yang dikesali.

Mampukah Fizo menghadapi onak dan duri dalam menempuhi dunia masa hadapannya? Masih adakah cahaya untuknya kembali ke puncak kejayaan seperti dulu? Segalanya akan dirungkai dalam REVOLUSI….

Biarlah dosa lama disimpan dalam hati
Tiba satu ketika revolusi bakal terjadi
Kau akhirnya terkena dosa yang kau lakukan
           Barulah kau tersedar dari mimpi REVOLUSI 

p/s: apa komen korang ok tak???

5 ulasan:

Kisah RM1.00 dan RM100.00

1:22 PG 1 Comments



Wang RM 100 & RM1.00 telah sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.


4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan.

Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" 

RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" 

Lalu RM1.00 Bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

 Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" 

Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. 

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!! 

p/s: Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

1 ulasan:

Fadhilat Ungkapan BISMILLAH!!

11:05 PTG 0 Comments



Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

6 kelebihan Bismillah ialah :

  • Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala.
  • Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian
  • Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya
  • Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya
  • Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh
  • Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam
  • Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal
2. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
3. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
4. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
5. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
6. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
7. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
8. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya.
9. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
10. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
11. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
12. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
13. Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tidak amalkannya..


p/s: amalkanlah bacaan Bismillahirahmanirahim.. bukankannya sukar malah membawa lebih banyak keberkatan.. salam ramadhan!

0 ulasan:

Kisah Syiling dan Batu.

9:17 PTG 1 Comments





TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.

Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

==========================
===========

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' sebagai lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

sumber: tengkufarisfans

p/s/s: sentap tak cerita ni??? jadi nak dekat raya ni kalian nak raya untuk dapat keredhaan Allah atas kejayaan mengerjakan bulan Ramadhan atau nak DUIT RAYA????

1 ulasan:

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

2:54 PG 0 Comments


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

sumber: facebook

0 ulasan:

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang

12:02 PG 0 Comments


AAAAA!!! geram gile bila jerawat mula timbul di permukaan muka kita yang gebu ni kan?? hahaha.... tetapi memang realitinya kalau jerawat mula naik dan tumbuh di muka tidak kira besar atau kecil kita mesti dah tak senang duduk dan dok sibuk tengok cermin dok belek-belek muka dan kalau gatal tangan macam aku terus picit.. hahahaha...

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat... hish hish hish... betapa besarnya kesan jerawat ni sehingga menghilangkan keyakinan diri.. huhu

Tapi jangan kita ingat jerawat biasa-biasa jer sebab kalau dibiarkan kesannya nanti sangat teruk.

Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.

Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Lepas ni mesti korang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat korangkan. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor sendiri. Itu lebih afdal.. hehehe

P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan. 

                                                  sumber: FB

p/s: lepas ni nak minum air 8 botol besar sehari.. kalau bulan Ramdhan minum malam-malam.. hahaha... Selamat Menjaga Kesihatan...!! opsss jerawat tumbuh pula kat pipi ada masalah pernafasan ni.. hahaha

0 ulasan:

Malaysia negara ke 10 paling MALAS..!!!

10:06 PTG 0 Comments



LONDON 5 Ogos - Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan. - AGENSI

Sumber: Utusan

p/s: alamak malunya~ harap peratusan ni boleh berubah... come on laaa Malaysian u can do it.. but won't do it... :p

0 ulasan:

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

9:19 PG 1 Comments


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Sumber: Nizarazu
p/s: sudah terang lagi bersuluh bukti yang kiamat itu akan tiba.. jadi apa lagi yang anda tunggu.. Ramadhan sudah hampir berakhir.. AYUH KITA IMARAHKANNYA!

1 ulasan:

BUAH MENGEMUKKAN BADAN...!!

9:42 PTG 3 Comments



Al-Quran ada menyebut mendahulukan buah-buahan sebelum makan hidangan berat  dan menerangkan bagaimana gaya pemakanan orang-orang beriman yang berada di dalam Syurga.

"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung 
dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." 
(Surah al-Waqiah, ayat 20-21)


Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)


Tetapi masih ramai diantara kita yang tersalah tafsir dan jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut sedangkan menurut Sunnah Nabi mahu pun kajian sains menunjukkan yang buah sesuai dimakan sebelum makan hidangan berat.. kenapa yek??? 

Hal ini kerana, buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.

Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Contohnya terbaik cuba bayangkan jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibiarkan lama-lama sudah pasti selepas itu ia akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.


Dan dalam masa yang sama makanan yang lambat diproses ini akan menjadi lemak dan membuatkan kita GEMUK...!! bukan itu sahaja malah boleh mengakibatkan banyak penyakit kerana bahan kimia yang terjadi.. (bayangkan makan terbiar lama-lama kat perut.. :p


SELAIN ITU...!!!!!

Ramai antara kita bila berdiet mesti nak gantikan makanan dengan buah-buahan. Tahukah anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu memiliki tinggi kandungan kalorinya dan juga ada yang tinggi juga kandungan karbokhidratnya...... 

Di sini saya senaraikan buah-buahan serta kandungan kalori dan karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan....


Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g
Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g
Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g
Kacang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g
Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g
Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g
Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g
Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g
Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g
Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g
Black current (1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g
Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g
Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g
Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g
Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g
Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g
Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g
Buah pala (1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g
Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g
Honeydew (1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g
Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g
Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g
Dragon fruit (1bj)-kalori 53.5,carb 9g
Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g
Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g
Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g
Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g
Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g
Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g
Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g
Jambu (1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g
Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g
Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g
Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g
Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g
Rambutan (1bj)-kalori 8,carb 1.9g
Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g
Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g
Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g
Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g
Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g
Kiwi (1bj)-kalori 46.5,carb 12g
Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g
Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g
Ceri (1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g
Pear (1bj)-kalori 97,carb 25g
Peach (1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g
Pisang (1bj)kalori 112,carb 30g
Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g
Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g
Avocado (1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g

Jadi inilah punca kenapa anda DILARANG mengambil buah-buahan semasa berdiet..Kiranya tak ada gunalah korang kalau diet tetapi masih makan benda yang memiliki banyak kalori dan karbahidrat.. Lepas tu makan lagi buah selepas makan memang badan makin GEMPAL laa alamatnya...

Jadi, kepada mereka yang salah tafsir yang kata I'm in diet and just makan buah jer sedar-sedarkanlah diri yang makan buah pun sama macam makan nasi dengan banyak juga kalau anda tidak kawal jumlah kalori yang diambil.. sebab itulah pada zaman dahulu kita boleh tengok orang yang tinggal di hutan boleh jer survive hidup sihat walafiat dengan makan buah jer.. and begitu juga jika kita makan buah kita akan rasa kenyang.. BETUL TAK??

Maka amalan diet yang sebenar ialah kita perlu ambil banyak protein, hanya protein je yg dibenarkan sebab ia membantu dalam mengurangkan berat badan dan memberi kesihatan kepada badan. Malahan kajian yang dibuat kepada orang eskimo kenapa dorang boleh memiliki hayat yang panjang sebab mereka makan banyak protein iaitu ikan hampir setiap hari.. :)

JADI..!! selamat mncuba pada yang ingin memulakan diet di bulan Ramadhan macam aku.. :p

p/s: rasa macam jadi pakar nutrisi plak.. hahahahahhahah!!!

sumber: drsyuha & fb

3 ulasan: