Gambar Pelakon Lucah Pada Buku Latihan Sekolah!

11:32 PG 0 Comments

Boleh...Gambar Pelakon Lucah Pada Buku Latihan Sekolah!

Perkara ini tidak berlaku di negara kita tetapi berlaku di negara jiran kita yang terkenal dengan populasi Umat Islam di dunia iaitu Indonesia...
Pelakon lucah yang dimaksudkan itu ialah Maria Ozawa yang merupakan pelakon filem lucah dari Jepun tetapi sangat terkenal di Indonesia.
Di negara berkenaan, dia juga dikenali sebagai Miyabi.
Orang Indonesia memang sayang betul kat Maria Ozawa ni. Masa Jepun kena gempa bumi dan tsunami tahun lepas, pengguna Twitter Indonesia sibuk mendoakan keselamatan Maria Ozawa.
Punya banyak ucapan dan pertanyaan melibatkan Maria Ozawa, hingga twitter Indonesia trending dengan nama pelakon itu. DASYAT SUNGGUH..!!
Disebabkan obsesi yang keterlaluan, mungkin ada guru gila seks atau penerbit buku yang memujanya telah mencetak gambar wanita itu ke dalam sebuah buku latihan.
Baca petikan dan terjemahan daripada Jakarta Post di bawah untuk memahami mengapa gambar itu diletakan dalam buku latihan;
Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.
Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.
“Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka,” kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post.
TAK KER GILA NAMANYA TU..!!! confirm laa budak-budak pergi search internet cari pasal dia and mulalah jumpa benda-benda yang tak sepatutnya.. hish2!
Harap perkara macam ni tak jadi kat negara kita kalau tak hancurlah harapan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.. huhu~

p/s: dengar cerita Dato Najib nak olah sistem pendidikan?? apa cer yek? harap jadi lebih baik dari sebelumnya :)

sumber: AK-47 (MyNewsHub)

0 ulasan:

Pengakuan si PONDAN..!

9:24 PG 2 Comments


Nasib Baik Saya Tak Jadi Potong!
Panggillah mak nyah, pondan, lembut atau apa-apa pun, golongan ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling ketara bijak mengatur bicara dan menghiburkan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan mereka.
Begitu juga Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is. Kemesraan diberikan membuat penulis rasa begitu selesa sepanjang pertemuan malam itu. Meskipun baru kali pertama bertemu, Kak Is tidak lokek bercerita apa sahaja dan teruja menunjukkan koleksi gambar lama yang penuh nilai sentimental buatnya.
Menyelusur kembali detik masa, anak kelahiran 1971 ini memulakan bicara dengan memetik kenangan zaman kecil. Segala-galanya bermula apabila dipakaikan pakaian kakak walaupun lahir sebagai lelaki. Sehinggakan ketika naik darjah satu, Kak Is meminta uniform murid perempuan untuk dipakai.
Dek kelembutannya yang ketara, ejekan Mail Pondan menjadi santapan harian. Dia lebih selesa berkawan dengan perempuan berbanding lelaki yang dirasakannya kasar dan tidak sensitif perasaan orang lain.
Mahu jadi Rozlina

Apa juga tanggapan orang lain, itu tidak jadi kudis buat Kak Is. Apatah lagi keluarganya tidak endah dengan kelainan ditunjukkan asal tidak keterlaluan. Bergaya dengan mengenakan pakaian uniseks, Kak Is mula bekerja sebagai budak pejabat pada usia belasan tahun.
“Masa itu tak ramai golongan macam saya. Sungguh pun begitu, ada hospital kerajaan boleh melakukan pembedahan jantina.
“Ketika usia 17 tahun, saya buat keputusan sendiri tanpa diketahui keluarga. Diam-diam saya daftar untuk ‘potong’ bahagian bawah agar dapat jadi macam wanita sejati kononnya,” kata Kak Is.
Sebelum menjalani pembedahan tersebut, Kak Is perlu mengambil pil hormon setiap hari. Kemudian setiap bulan, dia dikehendaki berjumpa doktor untuk memeriksa tahap hormon dan kesihatan keseluruhan.
Kesan daripada pengambilan pil berkenaan, fizikal Kak Is semakin menyerupai kaum hawa sebenar. Di sebalik ejekan daripada masyarakat, lebih banyak lagi pujian mengembangkan hati diterima.
Malah di tempat kerja, Kak Is sangat popular dan mempunyai ramai peminat. Popularitinya meruah sampaikan kutipan dana dilakukan bagi membantu menjayakan hasrat menjalani pembedahan menukar jantina.
Setelah setahun melalui rutin menelan pil yang cuma akan hilang pahitnya di lidah selepas dua jam, tiba saat dinanti-nantikan Kak Is. Dia dimasukkan ke wad perempuan sebelum menanti masa menjalani pembedahan.
“Masa di wad itu tak ada sesiapa pun yang perasan saya sebenarnya lelaki. Perasaan takut dan berdebar ada.
“Tapi saya nekad sebab fikir ini saja caranya untuk jadi macam perempuan betul. Nama pun sudah disediakan. Saya dah berangan akan tukar nama kepada Rozlina,” imbau Kak Is.
Kerja halal

Pendirian itu bagaimanapun goyah selepas Kak Is melawat seorang kawan yang terlebih dahulu menjalani pembedahan itu di hospital sama.
Seksa! Itu istilah paling tepat apabila melihat keadaannya yang sentiasa berkerut kesakitan.
“Aku menyesal. Baik kau jangan bedah. Nak kencing setitik pun sakitnya Tuhan saja yang tau,” rintih kawannya itu.
Plop! Sekelip mata angan-angan menjadi Rozlina berkecai. Apa tergambar di fikiran Kak Is hanyalah kerut seksa pada wajah kawannya yang asyik meracau sakit. Tanpa berfikir panjang dia angkat kaki meninggalkan katil hospital.
“Tapi ada baiknya saya tak jadi bedah. Semua yang buat menyesal tak sudah! Itu belum masuk kesan sampingan lain.
“Ramai jadi ‘tingtong’ atau tak berapa betul lepas bedah. Mungkin sebab ada saraf tertentu terpotong sekali atau disebabkan emosi terganggu kerana bayangan dosa, tak pastilah pula,” ujar Kak Is.
Tambahnya, ada juga yang mengalami tekanan perasaan berat sampaikan bermimpi setiap malam ‘anu’ yang dipotong datang mencari minta ditanam dengan sempurna. Pendek kata, kebanyakan terlibat pasti sedikit sebanyak merasakan penyesalan.
“Tapi kebanyakan pondan baru sekarang bukan nak dengar nasihat orang lama. Ada tu baru umur 15, 16 sudah pandai ke Thailand untuk ‘potong’ sebab tak boleh lakukannya di sini.
“Kalau setakat ambil pil, esok lusa kalau nak bertaubat dan tinggalkan pil tu, bahagian yang membesar akan kecut semula.
“Paling ralat sudahlah dapat dosa sebab bedah tang situ, buat pula kerja tak elok menjual diri,” selarnya.
Tingkatkan kemahiran

Bagi Kak Is, golongan lembut yang menjual dirilah punca mak nyah lain mendapat pandangan jijik masyarakat. Sedangkan di luar sana, ramai lagi yang menyandang jawatan hebat dan berjaya dalam karier.
“Kak Is selalu nasihatkan mereka, kalau tak ada pelajaran tinggi pun buatlah kerja halal. Jual minyak wangi di pasar raya pun tak apa daripada mengharap duit makan daripada sumber haram.
“Percayalah, hidup tak ke mana sudahnya nanti,” ujar Kak Is yang bersyukur kerana pernah mengambil kursus solekan dan dandanan ketika berusia awal 20-an.
Menggunakan kelulusan berkenaan, Kak Is membuka perniagaan andaman malah pernah bergelar jurusolek terkenal satu ketika dulu. Antara artis yang sering mendapat khidmatnya ialah model dan pelakon, Nasha Aziz.
“Waktu muda ramailah yang nak kat kita. Tapi tanpa kerja tetap atau kemahiran untuk meraih pendapatan, lama kelamaan pasti tersungkur.
“Masa tu menyesal pun dah tak guna,” tutur Kak Is yang kini menjalankan perniagaan di rumahnya yang terletak di Subang Jaya, Selangor. (AIDA AZURA, Sinar Harian)
p/s: sebuah kisah yang baik and wajar dijadikan pedoman oleh semua tak kira pondan atau tidak.. mereka tetap juga manusia biasa dan berhak untuk mendapat peluang untuk melalui ujian yang Allah berikan kepada mereka.. INGAT! Ujian Allah kepada hambanya berbeza-beza dan pasti ada hikmahnya.. maka jika kita berjaya melaluinya mengikut apa yang disyariatkan.. InsyaAllah.. Allah Taala lebih mengetahui segalanya :)

2 ulasan:

Shila Amzah JUARA ASIAN WAVE 2012..!!

10:58 PG 3 Comments


APA...!!!! aku memang bangga dengan Shila Amzah.. dah lama minat dia sejak dia tingkatan 4 nyanyi lagi KAU YANG TERISTEMEWA.... terkinja-kinja aku nyanyi lagu tu.. hahahhaa

OK untuk pengetahuan umum.. nama penyanyi tersohor ini semakin hari semakin menyerlah dan klimaksnya apabila dia telah menyertai satu pertandingan yang dikenali sebagai Asian Waves yang disertai oleh 30 peserta dari pelbagai negara di Asia...

Tengok persembahan dia yang mantap ni.. serius aku ternganga....!!!!


dan ini lagu Mandarin kegemaran aku.. FOREVER LOVE..!! oh..sedap yer....


Hasil persembahan mantap ini.. Shila dikatakan telah berjaya terpilih 12 dari 30 peserta ke peringkat akhir...!! BAGUS KAN..!!!!

BERITA BAIKNYA....!! baru beberapa minit yang lalu aku dapat berita ini..... twitter adik dia sendiri kata...


WAH....!!! BETOL KER...!! tak caya.. ada juga diselitkan video dimana 5 juri telah memilih Shila menjadi pemenang berbanding peserta dari China sendiri.. OH MY..!! PROUD WITH YOU SHILA..!!!!


Bertambah bangga lagi apabila dengan imej Shila yang dah bertudung menambahkan lagi kehebatan persembahannya.. bagus dia pakai sarung tanggan kalau menang orang nak salam semua tak jadi masalah dan jelas masa last-last tu dia macam tolak dengan lembut pelawaan lelaki tu untuk peluk.. hehhee.. INILAH YANG KITA MAHUKAN..!!!

TERUSKAN SHILA..!!! you make Malaysian proud..!!!

3 ulasan:

Kesan Letak Laptop Atas Riba

10:00 PTG 0 Comments
















CHICAGO – Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.
Kesan Untuk Lelaki

Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.
Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.

Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:

  1. Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan.Apakah itu skrotum?
    Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.

    2.Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.

    3.Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.

    4.Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

sumber: 2dayblogger

p/s: bahaya ni...!!! nama pun dah KOMPUTER RIBA.. lepas ni jangan nak riba-riba lagi yek... terutamanya lelaki... hohoh~

0 ulasan:

Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam

6:23 PG 1 Comments


Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam
BBC menerima kecaman selepas menyiarkan sebuah sitcom mengenai keluarga Islam dalam Citizen Khan yang disifatkan sebagai menghina dan memalukan umat Islam.
Sebaik sahaja siri pertama sitcom itu disiarkan, BBC telah menerima 200 aduan.
Program berkenaan juga menunjukkan tanggapan sterotaip mengenai Asia dan tidak menghormati Al-Quran.
Salah satu aksi yang membangkitkan kemarahan umat Islam ialah apabila anak perempuan Mr Khan yang bermekap tebal, tiba-tiba berlari ke bilik dan memakai hijab sambil berpura-pura membaca Al-Quran, ketika bapanya memasuki rumah.
Rancangan enam siri arahan Adil Ray itu disiarkan pertama kali oleh BBC1, Isnin lalu pada 10.35 malam.

Sitcom berkenaan dibintangi bekas pelakon My Family, Kris Marshall sebagai pengurus sebuah masjid manakala Shobu Kapoor pula melakonkan watak isterinya.
Ia menerima kritikan kerana mengulangi banyak adegan sterotaip melibatkan keluarga Islam di Britain termasuk masalah ketika mengatur perkahwinan untuk anaknya, Shazia.
Dalam pada itu, jurucakap BBC ketika mempertahankan sitcom berkenaan berkata, karakter dalam rancangan itu direka sebagai watak komedi dan tidak mewakili mana-mana masyarakat.
“Pertama kali disiarkan, ia berjaya menarik 3.6 juta penonton dan mewakili 21.5 peratus slot rancangan malam,’’ katanya.

Ini ialah episod pertama rancangan ini...


p/s: aku dah tengok cerita ni.. bagi aku untuk hiburan cerita ni best laa sbb aku akuilah mmg akan ada keluarga beragama islam yg lawak sebegini.. tetapi apabila dijadikan sitkom and menjadi tatapan umum memang sangat tak wajar sebab macam nak tunjukkan ajaran Islam tak baik plak... bagi akulah.. komen anda bagaimana pula???

1 ulasan: