BEZA SOLAT DAN SEMBAHYANG..!

4:12 PG 1 Comments

HAI SEMUA..! Almost 2 months tak updated blog.. sangat berhabuk dah blog aku ni.. tiup sikit.. fuhhhh~ hehhee...
Sebenarnya teringin sangat-sangat nk updated blog hari ni walaupun esok ada test and keje berlambak lagi tak siap.. tapi aku tak kisah.. benda ni lebih penting dari duniawi. and I need to tell you guys immediately before lebih banyak org sesat kerana tersalah ertinya... 
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...!
Sembah kalau bahasa simple nya menyembah sesuatu di depan mata.sembahyang dan solat membawa erti yang sama dari sudut budaya namun berbeza segi istilah nya.kerana jika gagal memahami maksud kedua-dua benda ini akan membawa kepada syirik.syirik ini cukup halus sampai ada hadis mengatakan syirik ini sangat halus bagai seekor semut hitam diatas batu hitam yang besar di dalam gelap gelita.. BAHAYA TU...!

Maksud sembahyang menurut dari Professor Hasbi As Siddiqi  ialah diambil dari dua perkataan dari agama hindu sembah dan hyang.apa maksud hyang?hyang ialah salah satu dari dewa hindu dimana jika maksud sembahyang itu digabungkan membawa maksud pada “menyembah tuhan hyang“.nampak tak??? 

jadi apa yang sama nya pula sembahyang dan solat? sembahyang selama ini telah diguna pakai oleh orang melayu khususnya kat Malaysia untuk menunjukkan kita solat. Tetapi sebenarnya solat dan sembahyang tak boleh disama ertikan sebab dari segi maksudnya NYATA BERBEZA.

sebab itu lah bahaya jika kita salah membudayakan ISLAM. Islam bukan boleh dibudayakan begitu sahaja kerana ia akan bercampur baur dengan benda lain yang lari dari ajaran Islam terutama budaya hindu dan budha yg sudah lama mempergaruhi budaya tanah air kita satu ketika dahulu.

Solat pula bermaksud sesuatu berlainan dari menyembah,sembah atau sembahyang ia bermaksud adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan, lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah :


  1. Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan.
  2.  Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya, sambil mengakui keagungan, kesempurnaan dan kekuasaanNya.
  3.  Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak.
  4. Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambil berzikir, membesarkan Allah dan berdoa 



solat bermaksud menyerahkan diri pada ALLAH,bukan menyembah!!!
WALLAHUALAM

p/s: habis selama ini kita sembahyang atau solat??? sebarkan mesej penting ini kepada rakan-rakan.. ok bye!

1 ulasan: