Ada Apa dengan GST?

8:34 PTG 46 Comments

 
Ini ialah tweet aku bersama Rafizi yang selepas pembentangan Bajet 2014 begitu semangat sekali dia menyampaikan kefahaman dia mengenai GST tetapi aku pelik macam ada beberapa penerangan yang dia bagi macam tak betul. jadi sebab sayang sesama muslim tak salahlah kan aku nak tegur untuk kurangkan potensi mendapat dosakan? tak kiralah ditanah suci ke kat mana-mana ke dosa memang sama tapi kalau orang tegur terimalah dengan terbukakan dan yang penting hormat Tanah suci.. =)
 
Selepas kejadian ini aku mula rasa terpanggil nak kupas mengenai GST. Dalam banyak-banyak intipati pembentangan Bajet 2014 aku rasa GST yang paling menarik untuk anda semua fahami. Kerana system pencukaian baru ini boleh mengubah Negara.. persoalannya? adakah berubah menjadi lebih baik atau buruk? JOM KITA SELIDIK!
 
Untuk pengetahuan semua,
 
GST (Government Service Tax) juga dikenali sebagai Value Added Tax(VAT) oleh sesetengah Negara. GST bukanlah system cukai tambahan tetapi ialah sistem percukaian yang akan mengantikan Sale and Services Tax (SST) yang diguna pakai sekarang. Sistem GST ini telah digunakan oleh lebih 160 Negara dari 193 Negara dibawah United Nations. Untuk maklumat lanjut tengok link ni Negara-negara GST 
 
Dalam senarai itu telah merangkumi Negara Maju, Negara membangun mahupun Negara kelas ketiga. jadi pertikaian kata Malaysia hanya boleh melaksanakan GST bila dah jadi Negara Maju terbatal dengan sendirinya.
 
Jadi bagi mudahkan penyampaian aku menganai GST ni aku lebih suka kalau buat dalam bentuk soalan. kerana jujur aku kata GST sangat ekonomi dan kalau cerita menjela-jela korang tak faham pun buat apa kan..
 
1. Apa beza GST dan SST
 
Korang kena faham system cukai yang kita pakai sekarang SST cukai diambil dari pengeluar, kilang dan senang cerita orang tengah sebelum sesuatu produk atau servis sampai ke pelanggan atau penguna akhir. Malangnya apa yang berlaku orang tengah memasukkan cukai kedalam kos barangan atau servis mereka menyebabkan pihak seterusnya terpaksa tanggung cukai dari pihak sebelumnya dan next dia pass kat pihak seterusnya lagi dengan jumlah 2 cukai iaitu cukai dia dan cukai pihak sebelumnya. Gandaan ini berterusan sampai ke pengguna dan natijahnya pengguna macam tanggung semua cukai tu dan sebab itulah harga barangan lebih mahal kalau lebih banyak orang tengah. ayat mudah ini punca GANDAAN CUKAI.
 
Sebab tu kalau korang perasan kenapa yek beli barang kat Tesco ke lebih murah dari kedai runcit atau mana-mana pasaraya kecil. sebab Tesco ambil barang direct dari pengilang kurang orang tengah dan kesan SST. begitu juga yang berlaku kat Low Yat kenapa boleh dapat harga elektronik lebih murah sebab dia kurangkan kesan orang tengah.
 
Tetapi bila ada GST gandaan ini dapat dihapuskan apabila orang tengah boleh claim cukai yang dia kena dari pihak sebelumnya. dan bayaran cukai dia hanya di kira dari VALUE ADDED barangan yang dia buat. kiranya pengiraan CORE BARANGAN tidak diusik atau ditambah-tambah oleh cukai pihak sebelum. hasilnya, tak adalah penguna atau kita tanggung cukai mereka, cuma kita bayar GST 6% yang dikenakan pada produk akhir.
 
Ayat senanglah kan. kalau sebelum ni kena kena tanggung cukai dari orang tengah yang tolak cukai ke kita, sekarang kita terus direct je bayar 6%. kalau ikut kiraan pun sebagai penguna kita lebih untung sebab taklah kita merasa lagi cukai berganda dan kita boleh dapat harga barangan yang standard dimana-mana. kesan ini juga lebih menyenangkan persatuan penguna ke nak semak harga barangan agar tidak dimanupulasi oleh perniaga. kalau tak harga barang setiap tempat berbeza-beza dan hanya menguntungkan sesetengah perniaga, tapi tak menguntungkan pengguna.
 
ini Gambaran mudah menjelaskan pengunaan GST:
 
  
 
 
 2. Jadi selepas laksanakan GST adakah harga barangan akan turun atau naik?
 
Aku rasa ini soalan FAVOURITE semua orang. aku tahu korang bukan kisah sangat pun cara pengiraan GST dan SST sebab benda tu complicated. Bagi orang-orang biasa macam kita memang nak terus lihat kesan akhir adakah ia membebankan kita atau tidak.
 
Jujur aku cakap, antara harga barangan boleh turun atau tidak aku tak pasti. Tetapi melihat kepada mekanisme perlaksanaan GST sepatutnya harga sesuatu barangan boleh jadi turun kerana SST yang sebelum ini dilaksanakan dalam 10%(sale tax) tetapi bermula tahun 2015 GST yang akan dilaksanakan 6%.
 
Kedua, makanisme perlaksaan dimana orang tengah dalam perniagaan boleh menuntut cukai yang terkena pada pihak sebelumnya dan hanya perlu bayar cukai VALUE ADDED dalam barangan berkenaan sahaja. ini juga sepatutnya boleh mnegurangkan harga bagi sesuatu barangan yang sebelum ini dikira sekali hingga menyebabkan GANDAAN CUKAI.
 
TETAPI
 
Melalui beberapa bahan bacaan yang aku buat mengenai kesan GST bagi Negara yang telah melaksanakan GST, pada tahun pertama perlaksaannya memang ada sedikit kesan dari segi harga barangan. Kesan ini pun terjadi kerana terdapat beberapa perniagaan akan cuba memanupulasikan harga kerana apabila system cukai baru dilaksanakan sudah pasti akan ada beberapa peniaga yang mengambil kesempatan keatas system baru yang masih belum stabil.
 
Antara kesannya:
1. Harga barangan akan dinaikan dengan alasan cukai 6% dibuat sebagai cukai tambahan, sedangkan dia claim cukai berkenaan kepada kerajaan. ayat senang kita bayar dia cukai dua kali.
2. Harga sesuatu barangan sepatutnya turun harga tetapi perniaga tetap mengekalkan harga barangan seakan-akan system GST tak dilaksanakan dan dalam masa yang sama dia tuntut claim cukai dari kerajaan. Jadi dia dapat untung lebih.
 
Kesan begini sebenarnya kita selaku PENGUNA tak boleh terus tunding jari kat kerajaan sebab ini memang perkara NORMAL yang bakal berlaku kepada mana-mana Negara yang pada tahun pertama melaksanakan GST.
 
JADI APA PATUT KITA BUAT?
 
Itulah bezanya penguna Malaysia dan Luar Negara terutamanya orang Eropoh atau Amerika. Kuasa penguna sangat digeruni oleh perniaga di sana kerana penguna akan terus ATTACK perniaga kalau didapati memanupulasi harga. TETAPI budaya Malaysia, harga naik salahkan kerajaan, tapi depan perniaga tu redha je beli harga mahal.. APAKAH???
 
Aku ada beberapa kawan telah usulkan permasalahan ini kepada pihak KASTAM untuk mengeluarkan senarai harga barangan yang bakal berlaku selepas GST dilaksanakan. Tapi senarai harga barangan ini tak akan berfungsi kalau kita sebagai penguna masih malas nak tuntut hak kita ke pihak yang sepatutnya. Harap dalam kita menjadi Negara maju 2020 kita juga boleh memajukan pemikiran dan tindakan untuk mengawal harga dipasaran, kerana jujur perlaksanaan GST itu secara dasarnya sudah bagus untuk membantu rakyat cuma ia takkan Berjaya kalau rakyat sendiri tak bantu diri sendiri. Jadi Ayuh kita jadi penguna bijak dan InsyaAllah harga barangan akan terkawal. kalau kita sentiasa membantu pihak Kastam untuk menangkap perniaga yang memanupulasi harga dipasaran pada awal perlaksanaan GST =)
 
3. Kenapa GST dilaksanakan 2015
 
Kita kena faham yang GST akan dilaksanakan secara menyeluruh dan kerajaan perlu memastikan semua perniaga mendapat pendedahan yang betul dan tepat untuk melaksanakan GST, begitu juga dengan kita sebagai rakyat. Perlukan masa untuk memahami GST supaya nanti taklah terkejut beruk.. hehe..
 
Tambahan pula, 2015 didapati tahap inflasi Malaysia akan berada pada tahap yang rendah berbanding tahun-tahun yang lain. Jadi ini juga salah satu usaha proaktif kerajaan nak pastikan kesan GST pada tahun pertama yang aku cakap tadi tidak terlalu membebankan rakyat. Cuma ia terletak di pemikiran kita sahaja mahu membantu kerajaan untuk membantu kita atau terus condemn dan merosakkan pelan ini. Tepuk dada Tanya minda, nak maju ke tak? =)
 
4. Kenapa GST perlu dilaksanakan untuk tingkatkan REVENUE kerajaan?
 
Persoalan ini sangat hangat diperkatakan sampai ada pihak yang memanupulasi kata kerajaan nak makan lebih banyak duit rakyat, bla bla bla... kalau macam tu ada 160 lebihlah Negara dan makan duit rakyat Negara dorang sampai ekonomi mereka stabil.. WAHHH bijak sangat.. huhu
 
Untuk pengetahuan kalian, revenue utama Malaysia buat masa sekarang ialah hasil Petroleum dan cukai pendapatan. Kita kena rasional yang Petroleum bukanlah hasil yang boleh diperbaharui dan satu hari nanti Petroleum dah tak boleh jadi sumber utama Negara. Maka satu system cukai yang sistematik perlu dilaksanakan agar revenue Negara kukuh untuk menjamin kestabilan Malaysia.
 
Dah la sekarang ni rakyat mula menuntut macam-macam dari pendidikan percuma sampailah penurunan harga kereta, minyak, barangan bla bla bla.. semua nak kalau boleh FREE! tapi mana nak dapat hasil untuk laksanakan semua itu?
 
 
 
Kita ambil contoh Switzerland sebuah Negara yang maju dan memberikan pendidikan percuma, air paip bersih sehingga boleh minum terus dan pelbagai lagi kebaikan kepada rakyat. Persoalan mula timbul kenapa Negara seperti Switzerland boleh laksanakan semua benda itu tetapi kita tak boleh? Jawapannya kerana mereka menuntut GST sebanyak 20% kepada rakyat bagi menjamin revenue banyak untuk menangung semua kebaikan yang rakyat nak, baru ada check and balance dalam ekonomi Negara...
 
Takkan kita nak jadi seperti Negara bankrap macam Greece yang tak stabil revenue mereka tapi bagi rakyat free sana free sini akhirnya Negara free free je MUFLIS.. lagi pun permulaan cukai hanya 6% antara yang terendah. jadi usahlah berfikiran terlalu stereotype dan prejudis sampai semua benda rasuah, semua benda ketirisan sampai apa sahaja dasar yang baik untuk rakyat tak dapat dilaksanakan.
 
Aku tak cakap rasuah dan ketirisan dalam kerajaan itu baik, cuma penilaian kita dengan bijak itu perlu dipaktiskan. Ini cukai untuk memastikan saluran duit rakyat dimanfaatkan dengan baik, bukankah ia juga satu usaha baik untuk kurangkan rasuah dan ketirisan? (-_-) renung-renungkan.
 
 
5. Kenapa GST diperkenalkan boleh membebankan semua rakyat tetapi Income tax dikurangkan?
 
 
Jawapan senang bagi persoalan ini kita nak menghukum mereka yang berbelanja lebih dalam kehidupan atau mereka yang berusaha lebih bagi mendapat pendapatan yang baik? Sudah pasti ketidakadilan berlaku kepada mereka yang bekerja keras tetapi perlu membayar cukai yang tinggi untuk hasil titik peluh mereka.
 
Kita jangan terlalu fokus adil itu hanya kepada golongan miskin sahaja, adil juga perlu dilaksanakan kepada semua pihak. Bezanya cuma orang yang berpendapatan tinggi tetap kena bayar cukai tambahan berbanding orang biasa terutamanya golongan yang miskin.
 
Tambahan pula, GST hanya bakal dilaksanakan kepada peniaga yang mempunyai jualan(sale) sebanyak RM500,000 sahaja bukan semua barangan yang digembar gemburkan. Kiranya mak cik jual nasi lemak tepi jalan atau kantin sekolah, mana ada kena GST. Dan selalunya mereka yang berbelanja di kedai-kedai yang dikenakan GST ialah golongan yang berada dimana mereka sebenarnya lebih terkesan kepada kesan GST ni ditambah pula income tax. maka ia tetap adil.
 
Bagi golongan sederhana, kita memang akan menghadapi GST tetapi perlu dijelaskan bukan semua barangan kerana barangan harian seperti makanan asas dan keperluan asas seperti pengangkutan, elektrik dan air semuanya dikecualikan oleh GST atau pun dikenakan GST 0%. Jadi bagi golongan sederhana yang terkesan dengan GST hanyalah mereka yang berbelanja boros ataupun menjaga standard hidup yang tinggi seperti minum kopi setiap pagi kat starbuck.
 
Persoalan kembali kepada golongan sederhana berkenaan, adakah kerajaan membebankan mereka dengan GST atau mereka yang memilih untuk membebankan diri????
 
Harap persoalan beban ini terjawab kerana kesimpulannya ia terletak kepada diri kita sendiri bagaimana kita berbelanja kerana GST hanya menghukum kepada mereka yang berbelanja lebih dan bukankannya kepada keperluan asas..
 
Tetapi kerajaan tetap tak meninggalkan golongan miskin kerana BRIM tetap dikekalkan dimana hasil Negara disalurkan terus kepada rakyat miskin berbanding memberi subsidi minyak tetapi yang paling banyak guna golongan berada yang memiliki kereta berbanding mereka yang miskin yang hanya memakai minyak dalam kuantiti sikit dengan motor atau pun tak ada langsung.  
 
Mesti anda tetap tak puas hati kan.. =P jadi adakah kita perlu laksanakan system membeli harga barangan mengikut pendapatan individu? kalau ada sesiapa yang boleh memperkenalkan system ini atau bagi contoh Negara mana yang dilaksanakannya aku excited nak tahu.. sebab obviously MUSTAHIL.. hahahaha....
 
6. Apa lagi kebaikan yang kita boleh dapat dengan GST? (soalan macam dah redha.. hahaha)
 
1)Tahukah kalian, yang semua Negara Eropah dah laksanakan GST cuma panggilnya sahaja yang berbeza. Mereka melaksanakan GST sebab mereka ingin meningkatkan persaingan ekonomi di antara negara-negara European Union (EU). Kita selalu mempertikaikan tahap ekonomi ASEAN ketinggalan dengan EU, tetapi kini dengan perlaksanaan GST sebenarnya kita sudah setapak menjadi seperti mereka dari segi ekonomi.
 
Di Eropah peniaga dinagara lain pun boleh menuntut GST dari Negara lain dan ini mengalakkan lagi peningkatan pasaran bagi rantau Eropah. Kini selain Malaysia hanya Brunei dan Myanmar sahaja yang masih belum laksanakan GST. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan laksanakannya dan tak mustahil seluruh ASEAN boleh melaksanakan system seperti EU yang akan mengalakkan pasaran dan ekonomi kita meningkat bersama Negara serantau =)
 
2) Pernah tak pergi shopping kat Singapore? langsung tak ada barang seludup di Singapura salah satu sebabnya kerana ada pelaksanaan GST yang sistematik dan baik. Untuk pengetahuan kalian, GST pun boleh mengurangkan atau menghapuskan aktiviti penyeludupan, kerana sebelum ini kebanyakkan peniaga mula memilih untuk mendapatkan barangan seludup bagi mengelakkan bayaran gandaan cukai yang membebankan mereka.
 
Tetapi bila sudah ada GST peniaga tidak akan lagi terbeban dengan gandaan cukai tetapi hanya perlu membayar cukai Value Added yang dilakukan dan claim cukai yang dia kena dari peniaga sebelumnya. Tetapi claim berkenaan hanya boleh dilakukan jika dia menunjukkan Invois pembelian di peniaga yang sah yang akan dikenalpasti oleh pihak kastam pada pembayaran produk akhir GST.
 
nak tak nak ini akan memaksa perniaga untuk membeli di tempat yang betul dan bukan seludup kerana mereka akan senang kantoi dan lebih merugikan sebab tak boleh claim GST yang bukan hanya boleh dituntut hasil bebanan pada perniaga sebelumnya malahan juga pada barangan yang 0%  pada kos input pernigaan seperti air, elektrik dan sebagainya. Maka dapatlah kita kurangkan aktiviti penyeludupan =)
 
3) GST juga dapat mengurangkan manupulasi harga oleh peniaga. Tahukah anda kebanyakkan peniaga sebenarnya ambil kesempatan dengan memiliki dua syarikat iaitu pembekal dan perniaga. system SST yang hanya menuntut cukai pada pembekal jadi pembekal akan meletakkan harga yang murah pada barangan dia supaya dia hanya kena cukai pada tahap yang rendah. tetapi apabila dia menjualkan barangan itu kepada pengguna dia meletakkan harga yang berbeza iaitu lebih tinggi.
 
Kesan ini sukar dikenal pasti oleh pihak Kastam kerana mereka hanya berkuasa pada pembekal tetapi tidak pada produk akhir. jadi sebab itu GST sangat wajar dilaksanakan supaya bidang kuasa Kastam lebih diperluaskan dan mengelakkan dari manipulasi ini berlaku. kerana apabila kita meletakkan cukai pada produk akhir ia akan membuatkan pembekal meletakkan harga yang sebenar kerana harga akhir akan disemak oleh Kastam bagi meletakkan cukai GST sebelum memberi mereka claim cukai.
 
KONKLUSINYA.....
 
 
p/s: harap perkongsian ini membantu anda mengenal apa itu GST.. saya galakkan kalian research la gak pasal GST untuk pemahaman lanjut. bukankah ada 160 lebih Negara yang melaksanakannya.. so kita ada banyak successful model untuk study... GOOD LUCK  :) tatatititutu.....

sumber:
1) http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx
2) #knowGST - twitter
3) banyak lagi sampai aku lupa kat mana dapat link tu.. sorry~

46 ulasan: