Bersyukurkah kita?



Teringat kenangan ketika aku menganggur lepas habis degree kerja part time sebagai cashier. Masa tu rasa down sgt sbb yela duit tak ada, apply kerja x dpt2.. apa boleh buat jadi cashier je..

Tapi ada satu benda yang berlaku membuatkan aku tersedar dan terus berasa bersyukur atas nikmat Allah.

Selama aku jadi cashier aku selalu nampak mamat-mamat Nepal ni beli satu kampit beras dan bawang dalam kuantiti yang banyak.

Satu hari, terdetik hati aku utk bertanya kat mereka semasa mereka sedang membuat penbayaran kat kaunter aku. Beli beras dan bawang je ke? Mereka pun jawab ya..

Aku tanya lagi, Takkan makan ni je?" aku mcm tak percaya. Dan mereka mengangguk.

Lebih menyayat hati, semasa pembayaran mereka keluar duit sikit-sikit kumpul ramai2 kemudian baru bayar.

Terdiam aku seketika mengenangkan nasib.. kenapa aku masih boleh mempertikaikan kesusahan dalam mencari rezeki sedangkan lebih ramai yang kurang bernasib baik.

sekurang-kurangnya sepanjang aku part time jadi cashier tak adalah aku sampai tahap makan nasi dengan bawang je.. at least ada la gak ikan, ayam, daging dan sebagainya..

Bila fikir balik rezeki Allah itu Maha luas.. InsyaAllah setiap pemberiannya berhikmah..

Ada apa dengan Diplomasi Panda?


Setelah setahun lebih Panda Xing xiang (Fu Wa) dan Liang liang (Feng Yi) Berhijrah ke Zoo Negara Malaysia, ia merupakan satu berita baik apabila panda berkenaan melunta Dromedarykan anak panda pertama di Malaysia.

Diplomasi Panda bukanlah sesuatu yang asing untuk China sejak enam dekad yang lalu:

1957 : Mao Tse-Tung menghadiahkan seekor panda kepada Rusia sebagai tanda penghargaan kepada Moscow yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat.

1972 : China menghadiahkan Ling-Ling dan Hsing-Hsing kepada Amerika Syarikat semasa Presiden Richard Nixon melakukan lawatan rasmi ke Beijing sebagai permulaan hubungan diplomatik kedua-dua Negara

1974: Sepasang panda, Chia-Chia dan Ching-Ching dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri United Kingdom Edward Heath ke China pada 1974.

Manakala

1) Sejak 1973 Kanada telah mula melobi China bagi mendapatkan sepasang di Zoo Toronto dan Calgary. Setelah 39 tahun penantian akhirnya 8-11 Februari 2012 kunjungan PM Kanada Stephen Harper ke Beijing, Guangzhou dan Chongqinq. Akhirnya Kanada telah mendapat peminjaman panda selama 10 dengan sewaan US$ 1 Juta setahun. 

2) Pada 2005 Taiwan telah ditawarkan hadiah sepasang panda. Namun mendapat tentangan politik dimana mungkin hadiah ini menjadi penyatuan dengan tanah besar Cina. Secara rasmi pada 2006 mereka telah memutuskan untuk membiarkan Panda yang diihadiahkan hidup di habitatnya. Namun pada Julai 2008 mereka menukar semula keputusan dengan menerima pengimportan panda di bawah syarat-syarat “sepsis perubatan herba tradisional dan kebaikan untuk perdagangan.

Di Malaysia pula kita ditawarkan peminjaman panda melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Sepatutnya panda tersebut tiba pada 15 April tetapi ditangguhkan ekoran tempias kehilangan penerbangan MH370. Tetapi pada Mei 2014 pasangan panda tetap diberikan kepada Malaysia sebagai sambutan ulang tahun ke 40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Bei­jing.

Adakah diplomasi ini merugikan?

Untuk menilai perkara ini mari kita lihat fakta kes dari mereka yang menerima panda seperti Malaysia:

1) Panda di National Zoo Washington DC disewa dengan kos RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih hasil daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

2) Panda di Zoo Toronto, Kanada menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo tersebut dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

3) Zoo Edinburgh,UK merekodkan jualan tiket melebihi 50% kebiasaan sejak kedatangan panda pada 2011. Jumlah pendapatan zoo tersebut meningkat tiga kali ganda daripada RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

Malah persoalan lebih penting jika Pasangan Panda ini merugikan kenapa zoo Atlanta,USA kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk mendapatkan panda dan Zoo San Diego pula terpaksa berbelanja RM16 juta bagi kempen mendapatkan panda?

Tambahan pula, pembiayaan haiwan istimewa di Zoo Negara kebanyakkannya memiliki Sponsor mereka yang tersendiri seperti Harimau Malaya ditaja oleh Maybank sejak 1997, Unta Dromedary oleh Ambank Group sejak 1985 dan Panda ini pula oleh 1MDB sejak 2013 (persediaan dari awal)

Malahan konteks pelaburan dan keuntungan yang Malaysia bakal peroleh melalui diplomasi panda ini sudah pasti menjangkau perbelanjaan penjagaanya yang di RM25 Juta. Penjelasan lebih lanjut mengenai kesan pelaburan perniagaan melalui diplomasi panda  boleh baca lebih lanjut disini (diplomasi panda rm25 juta vs rm258 billion

Kita kena faham yang setiap perniagaan pasti memerlukan modal. Tetapi sejauh mana anda menilai modal yang dikeluarkan itu mampu memberi pulangan yang baik sudah pasti ia satu perniagaan yang baik. Maka jangan membuat pernilaian terlalu kecil pada dasar modal yang dikeluarkan sahaja. Kita perlu menilai pada konteks yang lebih besar, dimana kelahiran anak panda ini sudah pasti memberikan reputasi perdagangan yang lebih baik kepada Malaysia. InsyaAllah

#Peace #NoNegative

Kronologi Penuh ‪#‎MH370‬




8 Mac 2014


12.41 pagi: Pesawat MAS Boeing 777-200ER berlepas dari KLIA ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru.


1.19 pagi: "Goodnight Malaysian three seven zero" - ayat terakhir daripada kokpit MH370 kepada bahagian kawalan udara KLIA.


1.21 pagi: Transponder MH370 yang bertindak balas kepada radar awam dimatikan. Pesawat hilang daripada daripada kawalan trafik udara (ATC) dan gagal mendaftar masuk dengan ATC Vietnam.


2.15 pagi: Radar tentera mengesan pergerakan tidak dikenali (kemudiannya disahkan MH370) pada kedudukan 322km ke barat laut Pulau Pinang.


6:30 pagi: MH370 gagal mendarat di Beijing seperti yang dijadualkan..


7:24 pagi: MAS mengumumkan penerbangan MH370 hilang dari kawalan.


8:11 pagi: Satelit data menjejaki menerima isyarat terakhir daripada MH370. (Berdasarkan maklumat yang diperolehi kemudian, pesawat itu terbang sama ada di sepanjang koridor utara dari Thailand ke Kazakhstan, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan selatan India.)


1:41 petang: Laporan media Vietnam menyatakan bahawa pesawat itu terhempas ke dalam laut berhampiran pulau Tho Chu; ternyata kemudiannya bahawa ia adalah laporan palsu.


2.40 petang: Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.


6.28 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA.


7.05 malam: Najib mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.


9 Mac 2014


9.05 pagi: Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).


3 petang: Azaharuddin berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.


* Azaharuddin mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.


* Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.


*Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.


10 Mac 2014


* Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang ditemui dijangka akan diperoleh.


* Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.


* Keputusan ujian makmal ke atas tompok minyak di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370.


11 Mac 2014


* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delvar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.


14 Mac 2014


* Hishamuddin berkata, usaha mencari MH370 terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke lautan Hindi.


15 Mac 2014


* Najib mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing. Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan sewaktu berada dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor itu adalah koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.


16 Mac 2014


* Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.


* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.


17 Mac 2014


* Operasi pencarian mutinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.


20 Mac 2014


* Satelit Australia mengesan dua objek, dengan satu daripadanya bersaiz 24 meter di Lautan Hindi dianggap petunjuk baharu dan kukuh yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.


* Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Najib pada pukul 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.


22 Mac 2014

* Satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.



23 Mac 2014


* Polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga termasuk keluarga juruterbang MH370.



24 Mac 2014


* Pada pukul 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.


25 Mac 2014


* Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkan pesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB


* Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.


* Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan.


* Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.


26 Mac 2014


* Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.


* Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.


27 Mac 2014


* Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.


* Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.


28 Mac 2014


* Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.


* Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."


29 Mac 2014


* Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi. Beliau turut menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.


30 Mac 2014


* Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.


* Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.


31 Mac 2014


* Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.


* Transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong", dikeluarkan.


* PM Australia menyokong pandangan Datuk Seri Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.


1 April 2014


* Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan radiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.


* MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.


2 April 2014


* Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.


* Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.


* Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370 bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.


* Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Najib untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.


3 April 2014


* Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.


* Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur akan dihentikan mulai 8 April.


* Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.


* Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.


* Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.


4 April 2014


* Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad meminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.


* Australia berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.


* Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.


* Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.


5 April 2014


* Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370. Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.


* Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.


* Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.


* Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.


6 April 2014


* Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.


* Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01


* Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370.


28 Ogos 2014


* Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa Australia dan Malaysia menanggung kos fasa baharu pencarian yang dianggarkan bernilai sehingga RM153.28 juta


29 September 2014


* Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan fasa carian di bawah air baru.


31 Oktober 2014


* MAS melihat tuntutan mahkamah yang pertama berkaitan dengan penerbangan MH370 hilang difailkan oleh anak-anak penumpang Jee Jing Hang, 41. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Imigresen, Panglima Tentera Udara dan Kerajaan.


1 Disember 2014


* Mahkamah Tinggi KL mengarahkan MAS dan empat defendan yang lain unto memfailkan pernyataan pembelaan mereka sebelum 15 Disember.


18 Disember 2014


* Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata carian di bawah air boleh selesai pada Mei 2015.


29 Januari 2015


* Azharuddin mengisytiharkan kehilangan penerbangan MAS MH370 sebagai “kemalangan”. Ia membuka jalan bagi syarikat penerbangan itu untuk membayar pampasan kepada waris dan ahli keluarga mangsa. Bagaimanapun pencarian pesawat yang hilang itu akan terus dijalankan.


17 Februari 2015


* Mahkamah Tinggi KL mencadangkan bahawa MAS, Kerajaan dan keluarga penumpang MH370 Jee Jing Hang mendapatkan penyelesaian untuk menyelesaikan saman itu.


2 Mac 2015


* Kerajaan Australia mengumumkan bahawa carian akan terus dijalankan. Setakat ini yakin bahawa sebanyak 40 peratus kawasan carian utama selesai.


6 Mac 2015


* Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pakar akan melakukan penilaian data dan angka untuk memberi panduan sekiranya MH370 tidak dapat dikesan di zon yang ditetapkan menjelang Mei.


18 Jun 2015 


* Pencarian MH370 di Lautan Hindi diperluaskan ke zon tambahan meliputi 60,000 Kilometer persegi


29 Julai 2015 


* Komponen sayap dipercayai flaperon ditemui di persisiran pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi, dikaitkan dengan MH370 oleh sekumpulan penyelidik ekologi


31 Julai 2015


* Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777


6 Ogos 2015


*Pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra kira-kira jam 1.45 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan hasil siasatan pakar penerbangan bahawa ‘flaperon’ yang ditemui itu adalah milik pesawat MH370.


* “Hari ini selepas 515 hari pesawat itu hilang, dengan berat hati saya harus mengumumkan yang sepasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan dengan pasti bahawa serpihan pesawat ditemui di Pulau Reunion adalah daripada pesawat MH370,” katanya.

Biasiswa Bagi Lepasan STPM/Matrikulasi


Kepada mereka yang mempunyai kenalan atau saudara mara yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Universiti pasti permohonan biasiswa penting kepada mereka.

Maka disini ada beberapa senarai link biasiswa yang boleh dimohon bagi melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/

MARA: http://www.mara.gov.my/

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=30

Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/

UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html

Sime Darby: http://www.simedarby.com/

SCM: http://www.sc.com.my/

TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/

TM: http://ytm.tm.com.my/

PNB: http://www.pnb.com.my/

Shell: http://www.shell.com.my/

Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/

JAKIM: http://www.islam.gov.my/

Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

Tolong hebahkan informasi yang berguna ini kepada mereka yang mencari biasiswa dalam lanjutan pelajaran ke universiti. 

Good Luck =)

Melayu dan Amuk.



Tahukah anda?

Istilah Amuk tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia kecuali dunia Melayu. Mengikut kajian Perubatan Amuk mula dikesan berlaku dalam masyrakat Melayu sehinggakan Istilah ini telah dipinjam dan di English kan sebagai Amok.

Menurut orang Melayu atau Indonesia, mengamuk telah berakar umbi dalam kepercayaan kerohanian yang mendalam . Mereka percaya bahawa mengamuk disebabkan oleh belaan hantu atau merupakan semangat harimau jahat yang masuk ke dalam tubuh seseorang yang disebabkan oleh perbuatan keji.

Tetapi mengikut kajian perubatan sindrom "Amuk" terdapat di dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V TR) dimana ia merupakan sesuatu tindakan yang liar di luar kawalan atau menyebabkan kegilaan. Terdapat dua jenis Amuk dalam perubatan psikatri yang digariskan bermula 1849 iaitu:

1) Beramok - kemurungan dan kesedihan akibat kehilangan
2) Mengamok - kemarahan , penghinaan , atau dendam terhadap seseorang , masyarakat, atau objek untuk pelbagai sebab.

Namun sebenar kefahaman mengenai Amuk berpunca daripada sifat Melayu yang terlalu mudah menjaga hati dan beralah sebenarnya telah menjadikan kita seorang yang pemendam sehingga satu tahap dimana kita telah ditindas melebihi batas maka disitulah baru wujudnya Amuk dimana ia satu tindakan yang sukar dibendung.

Adakah Insiden di Low Yat boleh dikaitkan dengan perkara ini? Kerana setelah sekian lama mereka memendam dan memerhati tindakan perniaga yang cuba menipu dalam perniagaan di Low Yat akhirnya telah mewujudkan semula amuk dikalangan mereka.

p/s: Elakkan isu perkauman. Mungkin ini merupakan revolusi suara pengguna dimana kuasa pengguna juga perlu dijaga daripada sebarang penipuan dalam perniagaan.