INDUSTRI PEMINTA SEDEKAH MALAYSIA.

NAMPAK MELETUP TAK TAJUK ENTRI AKU KALI INI... hehehe.....


sebenarnya aku nak bercerita mengenai budaya peminta sedekah di Malaysia ini... adakah wajar atau tidak..?? sebelum aku membebel panjang aku nak ingatkan yang aku tak ada niat langsung nak mengutuk mahupun menghina golongan peminta sedekah ini... cuma aku mahu berkongsi idea bagaimana kita mahu menghadapi fenomena ini... hish...hish..hish.. so aku harap tak ada la orang menghentam aku lepas ni.. kata aku ni tak berhati perut ke apa ker... sebab aku berhati perut la aku rasa usul ini patut dibincangkan supaya tiada  golongan peminta sedekah lagi di negara MALAYSIA tercinta ini.....

INI BEBERAPA CORETAN CERITA KISAH AKU DAN PEMINTA SEDEKAH....

PERTAMA....

Kisah ni berlaku semasa aku belajar di MRSM kat Nibong Tebal.. jadi kalau kami nak keluar bandar, pekan yang terdekat ialah Parit Buntar... nak dibuat cerita salah seorang rakan aku telah bertembung dengan seorang budak yang meminta sedekah sambil menghulurkan ayat-ayat Al-Quran... mungkin kerana sempati dengan budak tu yang nampak sangat daif... kawan aku pun bagilah duit sikit....

Seperti biasa kalau pelajar asrama keluar bandar mesti nak makan besar... jadi dia pun pergilah ke KFC.. selepas dia membeli makanan dan duduk di meja... di terpandang seorang kanak-kanak yang sedang makan KFC dengan rakan-rakannya yang lain... setelah ditatapi dengan betul rupanya kanak-kanak berkenaan ialah budak yang dia bagi duit sedekah tadi...


Oleh kerana rasa tertipu kerana budak tu boleh pula makan KFC... cakap miskin sangat.. kalau miskin makanlah apa yang termampu ni tidak lahap KFC yang sememangnya mahal siap bersama kawan-kawan lagi....Maka, untuk menegakkan keadilan kawan aku pun bangun dari bangku tempat duduknya dan terus memaki hamun budak tu kat dalam KFC gak... semua orang memandang kami... yang bertambah bengangnya... budak-budak berkenaan boleh buat muka tak bersalah dan membawa ayam mereka yang beli  tadi keluar daripada KFC tanpa sepatah bicara... bermula dari tu aku mula tak percaya dengan kanak-kanak yang meminta sedekah.....

KEDUA...

Ini ialah kisah yang diceritakan oleh ustaz aku... dia baik dengan aku.. jadi memang kami selalu berkongsi cerita sikit... katanya ketika dia makan di kedai ada seorang budak menghulurkan dia senaskah Yasin.. dan meminta sedikit sedekah.. Ustaz aku kesian tengok budak tu... lalu bertanya yang budak tu berasal daripada mana...

Maka budak tu pun menjawab yang dia berasal daripada sebuah sekolah pondak... jadi dia minta sedikit sedekah tu ialah untuk membantu  sekolahnya... disebabkan ustaz aku seorang ustaz..(ayat belit-belit..hehehe) jadi dia pun tanyalah apa nama sekolah pondok tu... manalah tahu dia kenalkan... sekali budak tu tak jawab.. muka dia terus bertukar pucat.. kemudian ustaz aku mula mengesyaki sesuatu... kemudian dia pun ajak budak tu makan sekali...

Bila roti canai sampai.. budak tu terus melahap roti berkenaan.. Ustaz aku pun bertanya... tak baca doa makan dulu ke??? dia dengan selamba menjawab yang dia tak tahu baca doa makan... terkejut ustaz aku medengar jawapannya.. kerana mengikut umurnya dia sudah darjah 4 atau 5.. dia kata bersekolah di sekolah agama... tapi tak reti baca DOA MAKAN..????? 


setelah didesak oleh ustaz aku... maka budak tu pun kata yang dia disuruh oleh sekumpulan lelaki yang menjadi sindiket peminta sedekah... mereka menyuruh kanak-kanak meminta sedekah dan akan mengambil hasil keuntungan daripada kutipan sedekah mereka... Ustaz aku terus bertanya ibu dan ayah budak itu dimana.. dia kata yang dia anak yatim... dan dia terpaksa ikut sindiket itu untuk selamat.... 

Setelah mendengar cerita jujur dari kanak-kanak berkenaan ustaz aku pun bercadang untuk membawa budak itu ke balai polis.. sementara ustaz aku membayar bil di kaunter setiba sahaja dia di meja semula budak berkenaan sudah melarikan diri.................

KETIGA....

Kisah ini memang berlaku kepada aku..... dan baru sahaja berlaku baru-baru ni... setelah penat balik berkawat aku dan rakan-rakan pun nak menjamu selera di FOOD COURT yang terletak di hadapan kolej kami... sedang aku mencari-cari lauk untuk dimakan tiba-tiba seluar aku ditarik-tarik....

TERKEJUT AKU.... kerana mendapati seorang kanak-kanak yang sangat kecil mungkin dalam 4 atau 5 tahun memberi aku Ayat Seribu Dinar sambil meminta sedikit duit.... sedih aku tengok budak tu... tapi aku pelik takkan dia datang sorang-sorang... maka aku tanya dia mana mak dia..... budak tu terus tunjuk kearah belakang aku.....


SEBAIK SAHAJA AKU MENOLEH.... AKU DAPATI.. MAK DIA TENGAH MELAHAP MAKAN NASI PUAS-PUAS... tak hirau pun dengan anak dia... terkejut beruk aku... takkanlah mak macam ni pun boleh ada kat dunia... jadi elok-elok aku kesian kepada budak tu terus jadi menyampah... maka aku suruh budak tu pergi makan dengan mak dia... budak tu tetap tak mahu pergi dia menarik-narik seluar aku lagi.. maka aku pun buat tak tahu sahaja sampai budak tu pergi cari orang lain pula.....

setalah habis membayar.. aku pun duduk di meja untuk makan bersama rakan-rakan.. sedang kami dengan selera menjamah makanan tiba-tiba budak tadi datang kembali... kali ini dia serang kawan aku.. sambil berkata..."Bang nak  tu..." dia tunjuk kat handphone kawan aku... maka kawan aku pun terus halau dan suruh pergi kat mak dia.... sakit hati aku tengok mak dia... kalau miskin sangat takkan sampai tak nak kongsi makanan dengan anak.... sebab aku tengok dari jauh... mak dia masih menjamah makanan dengan lahap... sedangkan anaknya pula di suruh pergi ke setiap meja makan minta sedekah....kesian aku tengok budak tu kecil-kecil sudah diajar meminta sedekah....Astaufirullah Alazim...!!

JADI BERDASARKAN PEMERHATIAN AKU DARI TIGA KISAH TADI AKU RASAKAN SEAKAN-AKAN BUDAYA MEMINTA SEDEKAH INI MACAM TELAH MENJADI TREND.. SELALUNYA AKAN CACAT, ATAU TAK PUN KANAK-KANAK DAN WANITA YANG MEMBAWA ANAK BERSAMA..... 

ADAKAH PEMINTA SEDEKAH TELAH MENJADI PROFESSION???

jadi aku bertanyakan soalan kepada seorang ustazah..
. "IKHLASKAH KITA JIKA KITA MEMBERI SEDEKAH KEPADA SESEORANG ATAS DASAR SIMPATI DAN SALAH TAK KALAU KITA CURIGA DENGAN PEMINTA SEDEKAH????

ustazah tu menjawab... sedekah ialah perkara sunat.. jadi tak salah kalau tak buat cuma lebih baik kalau dibuat.. menjawab soal ikhlas atau tak ikhlas bukan perbuatan yang menentukan tapi hati yang memberi yang menentukan... kalau kita beri kita rasa ikhlas maka ikhlaslah jadinya... kalau kita curiga atau tertanya-tanya... maka tak perlulah bagi... kerana kita tidak pasti, itulah tanda kita tidak ikhlas.....

MAKA NASIHAT AKU... KALIAN TAK PERLULAH TERTANYA-TANYA KE MANA DUIT ITU AKAN PERGI ATAU KENAPA DIA MINTA SEDEKAH.. YANG PENTING KALAU KALIAN RASA KALIAN IKHLAS UNTUK BERI, JADI BAGILAH... KALAU TAK, TAK MENGAPA KERANA TIDAK BERDOSA PUN... TENTANG DUIT ITU AKAN KE MANA... ITU URUSAN ALLAH S.W.T DENGAN MEREKA... JANJI KITA IKHLAS...

p/s: lepas ni aku kan cuba mengikhlaskan diri untuk bersedekah... hehe... kawan2 pun harap2 macam tu juga...

JALAN KU....

Dalam hidup ini kita sentiasa diberi pilihan... hidup penuh dengan onak dan duri hanya kesabaran sahaja yang menjadi penguat jiwa untuk terus melangkah menuju ke jalan yang ditetapkan oleh Ilahi...

sudah puas aku menangis... saban hari aku meniti penantian... menunggu jawapan yang ditentukan oleh Allah Taala... siapa dapat meneka masa depan.??... hanya DIA sahaja yang tahu... kita..?? terus tertanya-tanya...

semua ini kerana MUET.... hidup ku terpaksa menempuhi sebuah lagi ujian untuk memilih dua jalan.....

hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hati ku pasrah, kecewa, gementar, sedih dan pelbagai perasaan bercambur aduk.... oleh kerana aku tidak mahu kecewa dengan keputusan MUET yang mungkin tidak memihak kepada aku untuk mengambil LAW, maka aku telah memilih jalan MESCOM untuk permulaan...

tidak ku sangka fakulti MESCOM sangat menarik dan sangat sesuai dengan jiwa raga ku... rakan-rakan, pensyarah, mata pelajaran serta segalanya seakan-akan sesuai dengan gaya hidup ku... dan semangat aku untuk menjadi salah satu graduan MESCOM UiTM sangat berkobar-kobar.......

NAMUN..!!!

Dalam masa yang sama aku menanti keputusan MUET untuk merayu agar cita-cita pertama ku menjadi seorang peguam tercapai... sungguh tidak ku sangka penantian itu memedihkan..!!!

tiba-tiba, setelah habis kelas aku mendapat panggilan telefon daripada kawan... dia bertanyakan keputusan MUET ku berapa... dengan terkejut aku berkata yang aku tak mengetahuinya lagi kerana aku baru tahu yang keputusan MUET dah keluar... selepas itu dia memberi tahu ku yang dia berjaya.. kemudian dia terus meletak telefon dan berakhirlah perbualan kami setakat itu...(aku sedikit kecewa dengan cara kawanku itu kerana seakan-akan tidak memahami perasaan ku yang sedang bersedih dan dia menelifon aku hanya semata-mata  ingin mengetahui keputusan ku.. biasalah itulah realiti kehidupan dunia...)

SELEPAS ITU, aku mendapat banyak sms dan juga panggilan kawan-kawan yang lain.. yang juga ingin mengetahui keputusan ku.. tapi aku tidak tahu??? salah seorang kawan ku mengajar aku cara untuk melihat keputusan MUET melalui telefon... HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU BETAPA GEMENTARNYA AKU SAAT ITU...!!!!!

selepas aku berdoa dan bersedia maka aku pun menaip message.....

air mata aku sudah mula mengalir, bila aku medapat sms balas... dengan hati yang penuh gementar..!!! aku membuka........

"SORRY ENCODE... SERVER JEM..."

TERKESIMA AKU SEKETIKA.... rupa tak boleh check sebab server jem... berkali-kali aku hanta sms sampai  5 kali .... namun tetap gagal..... aku mula hampa.. kerana penantian aku masih belum berakhir dan kini.. keputusannya masih belum pasti.....

AAAAAA... Ya Allah beratnya ujian mu... disepanjang perjalanan aku pulang ke kolej aku tertanya-tanya...

"PERLUKAH AKU TUKAR COURSE LAW KALAU AKU DAPAT BAND 4???"

"PERLUKAH AKU STAY SAHAJA MESCOM WALAUPUN AKU DAPAT BAND 4"

"SEDIHNYA KALAU AKU DAPAT BAND 3..!!"

"AKU NAK JADI LAWYER KE PR???"


Fikiran ku bercelaru... tak tahu apa akan jadi dengan masa depan ku... sampai sahaja di kolej aku terus berlari menuju ke bilik kawan ku kerana mengetahui yang dia memiliki broadband jadi boleh check keputusan... 

sedang aku menanti untuk check di biliknya.. tiba-tiba tak boleh buka juga kerana jem...!!! 

AAAA!! 
APAKAH KEPUTUSAN KU..!!!!!

dalam masa yang sama... banyak berita yang menyinggah telinga ku berkatakan yang ramai rakan-rakan Pre-Law aku yang lain berjaya mendapat BAND 4...!!! mereka sudah mula bersorak kegembiraan kerana berjaya menyambung degree undang-undang... namun ada juga segelintir mereka yang kesedihan kerana gagal....

TAPI...
AT LEAST MEREKA TAHU KEPUTUSAN MEREKA....
AKU..???
TERUS MENJADI TANDA TANYA...!!!!!
RAMAI YANG BERTANYA.......
AKU SEMAKIN SENGSARA........!!!!!!
AAAAA..!!!!!

YA ALLAH BERIKANLAH KU KEKUATAN....!!
(aku tak menangis ketika itu.. tapi bila ku kenang kembali memang sedih sangat...)

TAK PE... aku yakin yang aku dah berusaha sungguh-sungguh... INSYAALLAH LEPAS... namun terdetik hati ini kata.. yang baik aku tak lepas kerana... AKU MULA MENCINTAI MESCOM..!!!....

aku sendiri keliru dengan hala tuju hidup ku.. apa yang aku nak jadi ni..???? seakan-akan kita sudah mencintai seseorang tapi ex-girlfriend kita nak kan kita kembali.. dan kini kita keliru nak pilih mana satu kerana dua-duanya kita minat... KENAPA AKU DI UJI BEGINI?????

MUNGKIN ALLAH ADA JAWAPANNYA...

selepas keluar bersama rakan-rakan untuk mendapat ketenangan... aku berbual meminta pandangan mereka mengenai jalan hidupku... seperti biasa tiada siapa yang dapat memberikan keputusan kerana ini ialah soal hidup ku jadi akulah yang tahu keputusannya....

TAPI AKU TAK TAHU... maka kawan aku berkata..

"DAHLAH FARIZ.. SEKARANG NI KITA TUNGGU SAHAJA KEPUTUSAN MUET.. KALAU KAU DAPAT BAND 4 KAU AMBILLAH LAW KALAU TAK.. KAU TERUSKAN MESCOM.. SENANG.."

memang senang untuk menunggu jawapan tapi bukan senang untuk terimanya.... aku tak tahu nak kata apa-apa.. seakan-akan aku meletakkan nyawa hidupku ke tangan orang lain.. biarkan ia menentukan sama ada aku akan terus hidup atau mati...
maka dengan perasaan gelisah.. aku suruh kawan aku meminta bantuan kawan aku yang duduk di MELAKA untuk menyemakkan keputusan MUET ku kerana kata dia internet di melaka laju....

sebaik sahaja aku masuk ke bilik kawan aku setelah keluar sebentar.. dia terus menutup mulut.. maka aku terus dapat hidu sesuatu.....

"KAU DAH TAHU KEPUTUSAN KE????" 

MAKA aku dengan pantas terus menarik laptop dan baca keputusan yang diberi... air mata ku tidak dapat lagi ditahan... dan aku terus menangis sepuas-puasnya..!!!!!!!!

HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU BETAPA PERASAAN AKU BERKECAMUK... ANTARA GEMBIRA ATAU SEDIH... KECEWA ATAU SUKA... DERITA ATAU BAHAGIA...... tapi aku tetap menangis kerana tak menyangka... begini jalan yang diberi olehnya.....

MAKA DENGAN SEMANGAT YANG BARU AKAN AKU TERUSKAN KEHIDUPAN INI MEMBUKTIKAN KEPADA DUNIA BAHAWA TAK KIRA DIMANA SAHAJA BIDANG AKU BERADA AKU AKAN TETAP MAMPU MENJADI YANG TERBAIK....!!!

HIDUP INI IALAH SEBUAH TANGGA DIMANA KITA MENDAKI UNTUK MEMBUKA PINTU DI AKHIRAT.. SAMA ADA SYURGA ATAU NERAKA KITA YANG AKAN TENTUKAN.. YANG PENTING KITA DI DUNIA TETAP BERUSAHA UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG BERIMAN... AMIN......

TERUSKAN HIDUP 
FARIZ RAZALI
UNTUK MENJADI 
PR
YANG TERBAIK...

FARIZ BERTUKAR WAJAH..!!!

INI BUKANLAH CERITA MITOS TETAPI KISAH BENAR YANG BERLAKU..!!!

SIAPA YANG TIDAK PERCAYA DENGAN KEWUJUDAN UFO...???

KINI ANDA YANG TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDANNYA PERLULAH MEMBUKA MATA SEMULA KERANA KISAH AKU KALI INI IALAH KISAH BENAR...!!!!

TIADA YANG BENAR SELAIN YANG BENAR BELAKA....PERCAYALAH..!!!!!

Pada satu hari yang dingin... ketika langit ditutupi awan... cahaya suria mula mengelap....
inilah keadaan langit ketika itu yang sempat aku tangkap mengunakan lensa kamera telefon... naluri hatiku meronta-ronta kerana aku  terasa akan berlaku sesuatu yang ajaib... eeee... apakah itu?????

tiba-tiba terpancar cahaya kearah muka aku... cahaya itu sangat pelik.. dengan muka yang pelik aku cuma melihat cahaya itu...
muka aku sungguh serius memandang cahaya berkenaan dengan penuh tanda tanya.... apakah itu??? kenapa cahayanya sungguh ganjil??? mana kah punca cahaya itu..????

TIBA-TIBA....!!!!

cahaya itu menembak aku... dan menukar muka ku menjadi.....!!!!!!

EH SILAP LETAK GAMBAR.... YANG NI COMEL SANGAT..... hehehe.......(maaf kesalahan taknikal..spoil cite jer...)

BERTUKAR MENJADI.....!!!!!

AAAAAA..!!! 
hilang kecomelan ku... hehehe....

sebenarnya cerita ini hanyalah mitos sahaja yang diciptakan khas oleh FARIZ RAZALI untuk memberi tahu kepada semua pembaca bahawa blog saya kini telah bertukar wajah... hehehe.....

AWARDS TAHUN BARU....

aku  tergamam buat  seketika kerana ada juga rakan-rakan blogger ni bermurah hati nak hadiahkan aku AWARDS... hehe.. sumpah teruja....
Powered by BannerFans.com

buat pengetahuan semua inilah awards ke dua yang aku dapat buat blog yang seberapa ini..... tak sangka suka suki je pun dapat awards.. Alhamdullilah..(nilah dikatakan rezeki...)

maka untuk menghargai kembali rakan baik Dhyra's Fairytale aku dengan segala hormatnya menjemput semua followers and rakan-rakan yang lain usha2 la blog dia.. hehe.. SHE HAS A NICE BLOG TOO... 

cerita yang paling hot bagi aku ialah BERITA KEMATIAN FAIZAL YUSUF... belum keluar berita lagi dia dah tahu ok... hehe.. aku tahu pun melalui blognya... apa-apa pun keep it up.. kita sama sahaja masih baru dalam dunia blogger yang penuh warna warni ni...(amboi membebel plak...)

MARI USHA BLOG ADIK COMEL NI....

CANTIKKAN... bukan macam blog aku.... hehe... 

untuk pengetahuan kalian dia bagi awards ni special kat aku seorang jer...hehe(bangga..) katanya special for the follower yang ke 60.... tak caye tengok ni....

dia kata blog dia baru berumur 17 hari... followers sebanyak ni dah kira gempak la wei... hehe.... ok laaa... jom melawat blog beliau SEKARANG..!!!!!

1.1.11

Masa bekerja tadi baru aku perasan.. hari ini ialah...!!!!


Semalam lepas aku balik kerja.. aku terus lepak KLCC.. giler bapak ramai nak mampos orang.. untuk pengetahuan korang itulah buat pertama kalinya aku menyambut TAHUN BARU... hehe..(sedihkan..!!) selalunya aku sambut tahun baru di rumah jer.. kalau tak pun tengok bunga api KLCC dari rumah aku...
boleh la gak tengok lepas panjat tiang elektrik... wahahaha!!!!

sedang aku melilau-lilau di KLCC menungu kawan-kawan aku... tiba-tiba aku tengok ramai giler orang masuk kedai kegemaran aku..(gemar jer tapi langsung tak pernah beli.. berangan beli jer pernah... hehe) 

Dah lama teringin nak ada sehelai jer pun jadi.. hehe.. cuba korang bayangkan sale nya sampai macam ini...!!!
RM 30(sehelai..)
RM 90..(sepasang)

AAAAA... bayangkan benda yang selalunya beratus-ratus sampai aku rasa tak masuk akal boleh jadi semurah itu... terus macam kedai borong dah aku tengok... terbeliak je mata aku lihat kasut cantik-cantik.. waaa!!!! bila aku buka jer wallet tengok dalam tu cuma ada RM 1... huhuhuhuuuu... (hamba.!!)

dah la tak bawa debit kad.. kalau bawa pun bukan ada duit.. huhu..(masa ni la aku teringat pencuri tu.. cis kalau dia tak curi duit aku maybe aku boleh beli..tatttt!!!!) maka terpaksalah aku keluar dengan hampa.. huhuh.....

Tak lama kemudian kawan-kawan aku pun sampai.. kami lepak dalam KLCC dulu.. dalam 10.30 pun kami pergilah ke taman.... boleh tak kami  sesat.. hehe.. dah sampai kami pun cari port.. aku agak mercun akan keluar dari tepi KLCC jadi kami pun duduk la di atas rumput yang menghadap KLCC.. 

WAAAA!!! mesti cantik kan... KLCC nampak sangat megah.. bangga aku jadi rakyat Malaysia.. hehe.. sementara tunggu tu aku lihatlah kawasan sekeliling.. banyak betul pelancong luar negara.. especially pak arab. orang negro dan tak lepas peluang orang indon.. huhu..

yang paling penting ada sepasang kekasih ni tengah bercerekarama macamlah dorang tu kat dalam bilik cium-cium pipi.. usap-usap.. over!!! yang penting.. time countdown!!! terus!!!

emmm.. apa nak jadilah kan.. yang penting ramai la gak aku tengok meneguk-neguk air arak(air kencing setan) tapi mereka bukan orang malaysialah.. namun bagi aku kau datang negara ni perlulah jaga sensitivity negara ni.... harap kerajaan boleh ambil tindakan sebelum KUALA LUMPUR di kenali sebagai SINS CITY.. hish hish hish..!!!

SEDANG KAMI COUNTDOWN... 10..9...8..7..6..5..4..3..2.......... 1

OPPSSSS... sekali bunga api keluar dari belakang... maka kelam kabut la kami cari port baru nak tengok bunga api yang sedang meriah keluar dari taman.. bukan dari KLCC... hehee...(nampak sangat first time sambut tahun baru di KLCC...) huhu.... yang tak best nya... ada pokok la yang menghalang pandangan kami.. aaaa!!!! lepas tolak-menolak... selit-menyelit maka dapat lah juga kami melihat bunga api....

OK.. AKU TERGAMAM BUAT SEKETIKA MENYAKSIKAN KEHEBATAN BUNGA API.. WAA!!! DAH LAH LIHAT DI DEPAN MATA AKU DENGAN DENTUMAN YANG KUAT.. AKU RASA SANGAT TERUJA.....!!!!!!!!

selepas tu selesai  menyaksikan bunga api di depan mata aku.. maka aku pun masuk balik KLCC nak naik kereta.. masa nak masuk balik KLCC punyalah susah.. kesian aku tengok ada mak cik tu kena himpit dengan PAK-PAK ARAB yang berbadan 3 kali ganda lebih besar daripadaku.. hish hish hish... tak boleh ke semua orang tu bersabar... huhuhu.....

lepas tu kami pun merempuh jalan jem... dan lepak ke KEDAI MAMAK.. sedang kami mencari parking... tiba-tiba kawan aku(dirahsiakan namanya..hehe) terlanggar kereta orang yang sedang parking.. bercalar dibuatnya.. huhuh... tapi aku syorkan kat dia supaya buat bodoh jer... sebab calar sikit jer lagipun tak ada sesiapa pun perasan.. plus salah orang tu yang parking teruk siapa suruh... hehehe....

MAKA ITULAH KISAH AKU MENYAMBUT TAHUN BARU NI... DENGAN KESEMPATAN INI AKU INGIN MENGUCAPKAN.....

P/S: tepat2.. aku abis tulis blog 11.11 MALAM 1.1.11  ................ hehee  1 MALAYSIA SANGAT..