MESCOM...(fullstop)

Terlalu ramai orang menyerang facebook aku bertanyakan soalan yang sama iaitu....

"FARIZ MACAM MANA??? SAMBUNG BELAJAR KAT MANA?? KOLEJ APA???"
bla, bla, bla, bla.... penat aku nak jawab benda yang sama... tapi tak pelah.. bila ramai tanya macam ni maksudnya  ramailah prihatin dengan aku.. hehehe(perasan!!)

MEH AKU BAGITAHU... yang aku telah berjaya diterima dalam jurusan MESCOM(media dan komunikasi) ambil spesifik PERHUBUNGAN AWAM... kalau bahasa inggerisnya... PUBLIC RELATION..
untuk jawapan kolej mana yang aku akan duduk.... AKU AKAN DUDUK KOLEJ JATI..,.. alhamdullilah... aku memang nak kolej tu.. sebab kolej tu dekat luar bukan kat dalam UiTM.. plus.. dekat dengan tempat makan dan stesen bus.. nak pergi melahap dan berjalan pun senang.. hehehe...
NAMPAK TAk??? tak pelah.. yang bold warna biru tulah kolej aku.. hehee....

Seterusnya soalan common yang orang pasti tanya ialah.. Bila nak daftar??? yang aku dengar semua pelajar baru  daftar 27 hari bulan... tapi adakah aku ini di kenali sebagai pelajar baru juga??? dalam internet tertera pendaftaran terakhir  internet 28 hari bulan dan kuliah pertama bermula 3 hari bulan januari... JADI????

BILA DAFTAR MASUK KOLEJ??? ADA OREINTASI KER TAK??? kelam-kabut betul.. aku pun tak faham.... pening2..!!!


KALAU DAFTAR ONLINE... DAH!!!

KALAU BAYAR YURAN... belum lagi... hehe.. jap2 nak korek tabung...

BACA SYARAT KOLEJ DAN PENDAFTARAN... DONE!!!

cuma sekarang tak tahu jer tarikh tepat untuk daftar secara fizikal..means betul2 pergi sana... nasib baiklah Shah Alam tu memang dekat sekangkang kera... hehe
SELAIN ITU, aku nak berkongsi juga masalah server kat UiTm ni.... ada gak beberapa orang rakan-rakan aku yang masih tidak mendapat tawaran.. sedangkan mengikut firasat aku.. macam lagi sepuluh hari je nak berdaftar... kalau dapat lambat.. maca mana nak get ready... ADUSH!!! HARAP2 UITM BOLEHLAH MENGAMBIL LANGKAH PRODUKTIF.... aku fahamlah mungkin ada banyak sangat students yang nak diuruskan... maka carilah pekerja yang ramai gak... macam kerajaan tak mampu.. betul tak??? entahlah.. aku malas nak komen masalah dalaman ni lebih-lebih... siapa yang makan gula dia rasa manisnya, kalau makan garam dia rasa masinnya, kalau makan cili dia rasa pedasnyanya,, kalau makan KFC... dah2 melalut pulak.. ok... babai....
 
p/s: tarikh mengundi BLOG PILIHAN MALAYSIA dah tutup.. tq for anyone that vote for me.. and doakan lah aku berjaya amin... (memang penat berkempen..kalah pilihan raya umum.. hehe) 

UNDILAH SAYA...!!

UNDI UNTUK APA????
sebenarnya aku telah memasuki satu pertandingan yang berprestij diantara semua blogger baru di Malaysia . dan pertandingan ini diberi nama....
untuk pengetahuan kalian... aku telah dicalonkan sebagai antara 300 blogger yang berjaya di senarai pendekkan untuk menyertai pertandingan ini...(banyaknya persaing.. tak pe yang penting dapat jadi top 300..hehe) dan para pemenang akan dipilih top 5 dalam 10 senarai di beri... dan semua top 5 akan bergabung menjadi top 50.. maka undian kedua akan dibuat dan pemenang akan diumumkan dalam top 10... (boleh ker menang ni...)

lantaklah.. menang kalah adat pertandingan.. janji usaha..bak kata mahatma gandhi.."orang yang menang ialah orang yang berusaha.." (kelas berpuitis pulak kau!!) jadi kepada semua pembaca blog, sahabat handai, kenalan, mahupun orang yang tak kenal dan sesiapa sahajalah... DISARANKAN MUNGUNDI AKU.. YANG DI SENARAIKAN SEBAGAI.. BLOG 113 (SENARAI KE-3)

JADI... kalian perasan tak application kat atas entri aku ni... apa tunggu lagi share la di FACEBOOK ker, TWITTER ker, dan di mana sahaja rangkaian sosial untuk menyokong nombor aku....

"SILA UNDI SAYA 113"





TAPI... tempat undi belum di buka... akan diberi tahu di mana tempatnya tepat jam 7 pagi esok..... kali ni aku hanya nak maklumkan jer supaya kalian bersiap sedia untuk mengundi aku... hehee.....
NAMPAK!!!!!
KITA HANYA ADA 4 HARI SAHAJA UNTUK MENGUNDI.. JADI PANGGIL ADIK , ABANG, AKAK, MAK, AYAH, SERTA SAUDARA MARA YANG JAUH MAHUPUN DEKAT SERTA RAKAN HANDAI YANG KENAL MAHUPUN TAK KENAL UNTUK UNDI AKU... hehee.....

SEMOGA AKU BERJAYA...!!!! AMIN!!!!! 

TEMPAT UNDI TELAH DIBUKA..!!! 
sila undi ke...

PERHATIAN.. KINI AKU TELAH BERADA DI TANGGA YANG KE 7 DALAM SENARAI KE 3.. UNTUK LAYAK PERGI KE PUSINGAN SETERUSNYA AKU PERLU DAPAT TOP 5... jadi please vote me.. I really begging you... 

cara mengundi senang jer.. kalian pergi ke url kat atas ni tekan no 113 di senarai 3.. dan vote button kat bawah.. selesai... terima kasih kepada yang sudah mengundi...

BODOHNYA AKU..!!!

kalau kalian perasan apa yang tertera di kertas yang aku pegang tu ialah.... REPORT POLIS... (apa yang terjadi?? aku masuk lokap ker??)

semuanya bermula semasa aku dalam perjalanan pergi ke kerja. aku telah melalui lorong bawah tanah di LRT MASJID JAMEK untuk membuat pertukaran train bagi menuju ke PWTC... sedang aku menaiki escalator tiba-tiba aku ditegur oleh seorang lelaki melayu yang berpakaian kemas.. dia menunjukkan aku name tag kerja dia dan dia kata dia bekerja di 8tv sebagai pengurus drama.  Maka aku pun seperti excited la ialah dia kata dia sedang menguruskan drama yang diarahkan oleh kak emma.. 

dia bertanyakan aku, ada tak bank RHB dekat-dekat kawasan tu.. aku kata tak ada sebab setahu aku CIMB je yang ada. maka dia pun ceritakan masalah dia kat aku iaitu card bank dia dah kena telan dengan atm. dan sekarang ni office dia sedang nak transfer kan duit RM 2000 ke dalam akaun.. tapi macam mana dia nak ambil duit tu.. oleh itu dia meminta tolong aku untuk transfer duit itu ke dalam akaun aku buat sementara waktu dan nanti keluarkan bagi dia...

aku agak risau juga dengan tawaran dia.. tapi bila dia pujuk merayu aku rasa sempati pula... tambahan pula dia sedang sibuk menalifon kawan dia untuk meminta bantuan tiba-tiba dia tunjukkan bateri telefon dia tinggal sikit dan terpadam betul-betul di depan mata aku.. jadi aku pun rasa kesian pula maka beri pinjam telefon bimbit aku dan bagilah no.akaun bank aku kalau-kalau dia nak transferkan duit. 

kemudian dalam masa menunggu kawan dia transfer duit dari pejabat dia pun berceritalah dengan aku yang baru-baru ni kerajaan telah mengeluarkan dasar bahawa pelajar yang meyimpan wang dalam akaun mana-mana bank lebih daripada RM500 akan dapat bonus.. (sumpah aku tak pernah dengar) kemudian aku pun macam percayalah kata-kata dia dan aku kata nampaknya aku tak dapatlah bonus tu sebab dalam bank aku tak ada sampai RM500 pun... aku bagitahu dia dalam bank islam aku ada RM200 manakala kat Maybank ada RM350..

tiba-tiba dia kata yang sebenarnya dia nak guna duit cepat.. dalam RM550 untuk bayar loan..(ok sumpah aku pelik dan aku tak mempercayainya..) tiba-tiba kawan dia call dan dia kata kat kawan dia yang aku tak percaya dan dia sekarang dah rasa malu..(sumpah lakonan dia mantap) selepas itu dia ajak aku pergi cucuk duit aku kat atm.. sumpah masa tu aku macam blur..tak tahu apa nak kata dan aku tak tolak arahan dia.. siap dia tekankan nombor duit yang hendak dikeluarkan kat atm aku.. tapi aku tak bagi lagi duit kat dia.. aku simpan kat dalam wallet aku.. sebab dia bagitahu yang dia suruh aku ikut dia bayar ke bank..(ini alasan bagi mendapatkan kepercayaan aku) ---yang aku pelik aku tak fikir apa-apa pun masa tu.. ikut jer arahan dia..(pelik)

dia ajak aku naik atas lif... sampai di tingkat atas aku berborak dengan dia dan sambil berbual-bual.. aku temankan dia merokok.. dan dalam masa ni aku nampaklah perilaku dia macam mana.. mukanya macam mana tapi yang pelik aku tak tanya pun nama dia..kitaorang berborak macam dah kenal lama.. tiba-tiba telefon aku berbunyi..

dia angkat dengan kelam-kabut.. kami menuju ke lif dan dia kata kawan dia dah masukkan duit.. jadi nak ajak aku cucuk.. sementara tunggu lif terbuka dia arahkan aku serahkan duit RM550 kepada dia.. tanpa sempat berfikir panjang aku terus bagi dan dalam masa yang sama pintu lif terbuka.. aku pun masuk lif dan aku ingat dia akan masuk sekali....

TETAPI..!!! dia tidak masuk sekali.. dan belum sempat aku keluar semula pintu lif sudah tertutup.. sebaik sahaja pintu lif tertutup itulah aku macam baru tersedar... "WEI BETAPA BODOHNYA AKU BAGI DIA DUIT MACAM TU SAHAJA!!!" aku terus tekan lif naik keatas semula dan sebaik sahaja aku sampai di atas aku dapati dia sudah hilang daripada pandangan.....

 AAAAAAAA!!!!!
sumpah buat masa itu darah aku seakan-akan nak bunuh orang..!!! (aku tak pasti kena tipu atau pukau) MAKA HILANGLAH GAJI PERTAMA AKU KERJA DI KUALA LUMPUR BEGITU SAHAJA!!!!

aku berlari kesana-kesini mencari dia.. tapi nampaknya sudah tiada harapan.. sebab tak tahu nak buat apa aku terus call mak aku dan mak aku suruh aku buat report polis di mana balai polis yang terdekat.. maka aku pergilah ke pondok polis di masjid jamek untuk buat report.. mula-mula ada seorang polis wanita india yang dengar kes aku.. kemudian semua polis disitu takrifkan kes aku sebagai kes tipu..(aku dah cuak dah kalau kes tipu tak payah siasat ker) maka bila aku tanya apa beza kes tipu dan curi? mereka bagitahu yang kalau curi dia akan ambil duit aku tanpa aku izinkan dan dalam kes ni aku bagi duit tu  bukannya dia ambil secara paksaan... ok faham...!!

kemudian polis wanita melayu pula yang uruskan kes aku..(mungkin polis wanita india tu dah habis shift kot.. ) polis wanita melayu tu pun tulislah report aku.. kemudian aku cakap kat polis wanita tu boleh tak saya baca kes report yang dia tulis.... kemudian dia pun bagi... sebaik sahaja aku baca.. CARA PENCERITAAN DIA SANGAT TAK TRAGIS.. AYAT YANG DIA GUNA BIASA SANGAT DAN BANYAK KESALAHAN GRAMMAR... CHOI.. BAHASA MELAYU KOT..(polis bukan pandai sangat mengarang...) maka aku gunakanlah bakat menulis yang aku ada untuk edit report dia bagi lebih tragis dan nampak macam kes ni perlu diambil tindakan dengan segera...

YANG PENTING PADA BAHAGIAN TUJUAN AKU KATA.."SAYA MELAPORKAN KES INI ATAS ALASAN DITIPU DAN MENURUT LAPORAN YANG DIBERIKAN OLEH ORANG AWAM KEPADA SAYA KES SEDEMIKIAN RUPA ACAP KALI BERLAKU DI KAWASAN YANG SAMA.." (aku ada bukti ye kata macam tu.. sebab sebelum tu aku dah minta tolong orang minta sedekah disitu ada tak dia nampak abang bodoh, babi pikumak tu... tapi dia kata tak ada dan dia mengakui bahawa kes macam aku ni sudah banyak terjadi...)

sebaik sahaja dia hantar kes aku ke IPD... terus kes aku dipanggil untuk disiasat oleh inspektor Rayner.. maka aku pun berlarilah ke IPD DANG WANGI yang tak jauh dari pondok polis tu... terus direct  berjumpa dengan inspektor muda berbangsa IBAN tu... SELAMA 2 JAM AKU BERSOAL JAWAB DENGAN DIA PASAL KES BERKENAAN... dan yang penting dia ada tanya aku..???

"DEKAT KAWASAN KEJADIAN ADA CCTV TAK" dan aku kata.. "ADA, DI LIFT, DI LORONG BAWAH TANAH YANG KAMI JALAN, DI ATM TEMPAT AKU CUCUK DUIT MALAH ESCALATOR TEMPAT AKU BERJUMPA DENGAN DIA PUN ADA.." alhamdullilah.. atleast aku ada bukti nak tunjukkan dia muka si LELAKI MELAYU BABI TU....

dalam perbualan kami tu dia tanyalah juga latar belakang aku.. dan aku katalah yang aku ini pelajar undang-undang di UITM... maka dia mulalah pursue aku untuk jadi pendakwa raya.. kerana katanya pendakwa raya inilah akan membuat benda yang benar... aku tanya dia balik.. kalau pihak lawan yang benar pula macam mana... dia jawab.."POLIS TAKKAN TAHAN ORANG TANPA SEBAB YANG MUNASABAH.. DAN ORANG TAKKAN LAPORKAN KEPADA POLIS KALAU PERKARA ITU TAK BENAR-BENAR TERJADI.. NAMUN SEBAB TAK ADA BUKTI SIKIT SAHAJA.. MEREKA TERLEPAS TIDAK BERSALAH.. DAN KES AWAK NI PUN BOLEH JADI SEBEGITU.."

TERSENTAP AKU!!!! bila aku fikir balik kata-kata beliau masuk akal juga.. sebab kalaulah aku jadi lawyer kepada pencuri duit aku tu.. aku akan kata bukti yang ada tidak mencukupi...

INI SENARAI BUKTI YANG AKU ADA....

1. CCTV DI SEMUA KAWASAN KEJADIAN..(tapi cctv ni akan hanya menunjukkan yang aku ada dengan dia masa kejadian dan dia juga ada bersama dengan aku semasa keluarkan duit... namun tak ada bukti aku serahkan duit kepada dia dalam keadaan tidak sedar sebab aku bagi duit tu dihadapan lif bukan dalam liff...AAA)

2.NOMBOR TELEFON YANG AKU RECEIVE DAN DIA DAILLED SEMASA MENGUNAKAN TELEFON AKU..(sebelum report polis aku dah try telefon semua nombor-nombor itu tetapi hamba.. lagipun nombor sahaja hanya mampu menjadi bukti yang dia pinjam telefon aku.. tapi tak mampu menjadi bukti dia ambil duit aku secara tipu..hurmmmm)

3. AKU INGAT RUPA DIA DENGAN TELITI.. DALAM 70% DAN AKU PERASAN YANG DIA PAKAI GELANG BESI YANG TERTERA "ZAFA" ...tapi tak sure itu namanya atau tak..( macam aku katakan ini hanyalah bukti aku pernah bersama dengan dia namun bukan bukti dia ambil duit aku...)
DAN BILA AKU JADI LAWYER DIA AKU AKAN KATA YANG PLANTIFF(iaitu aku) CUBA MENFITNAH ANAK GUAMNYA(si pencuri)....

nampak tak??? maka aku hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T sahajalah semoga pencuri tu insaf dan kembali ke jalan yang benar.... (selama dua hari aku sedih.. hingga nak update blog pun tertekan) tapi bila mak aku kata duit boleh dicari janji pengalaman ini yang mengajar kita supaya jadi lebih dewasa...

MAKA PANGAJARAN KEPADA AKU DAN JUGA KALIAN.. JANGANLAH MUDAH MEMPERCAYAI ORANG YANG TIDAK KITA KENALI... inilah cubaan bekerja di BANDARAYA KUALA LUMPUR...

APAKAH SALAH ANAKKU??? (COO)

mesti  kalian tertanya-tanyakan apa maksud "COO" ditajuk entri inikan??? sebenarnya aku nak sambung cerita mengenai kerja aku sebagai operator disebuah pusat kaji selidik. jadi "COO" membawa maksud CONFESSION OF OPERATOR... huhu...

sebelum tu aku nak bagi tahu entri kali ini aku tak boleh nak letak gambar banyak-banyak sebab internet aku ni tersangat la lembab kerana kouta broadband dah habis... hehee... jadi harap cara penceritaan aku tanpa gambar masih memberi impak kepada kalian.. (dahlah membebel jer orang tak sabar nak dengar cerita ni...) 

Begini kisahnya, dalam sebuah keluarga punjabi yang masih berpegang kuat kepada kepercayaan mereka dan sentiasa pergi ke kuil untuk beribadah tinggal seorang wanita yang berhati cekal yang diberi nama Vina(bukan nama sebenar). 

Vina ialah seorang wanita yang pandai. Dia telah berjaya belajar hingga berjaya memiliki MASTER IN THE BUSINESS STUDY DI UPM..(school of business in UPM is the one of the best business school in the world.. nak masuk private ye bukan kerajaan punya)

NAMUN, kata orang perempuan belajar tinggi mana-mana pun akhirnya tempatnya di dapur juga, sebaik sahaja habis belajar beliau sudah berkhawin dengan seorang lelaki punjabi yang juga seorang perniaga yang ternama di KEDAH. Maka dia pun tidak bekerja mana-mana hanya menjadi suri rumah yang setia dirumah menlayan suaminya yang dicintai dengan penuh kasih sayang.

MALANG mula menimpanya apabila beliau disahkan tidak dapat mengandung. Kerana kesedihan tidak dapat melahirkan zuriat. Suaminya telah membawa Vina pergi melancong di Sri Lanka dan dalam masa yang sama suaminya melebarkan empayar perniagaannya. Mungkin semasa percutian suaminya lebih sibuk menguruskan urusan perniagaan maka Vina telah pergi berjalan-jalan melihat Sri Lanka yang bukanlah sebuah negara yang serba moden seperti Malaysia, malah penuh dengan kesempitan hidup yang menyebabkan banyak rakyatnya hidup melarat. 

TIBA-TIBA semasa sedang berjalan-jalan Vina terjumpa seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun menarik-narik bajunya meminta sempati untuk membelikannya sekeping tosai buat pengalas perut. Kerana terlalu sempati Vina telah membawa budak berkenaan ke penginapannya dan memberi makanan yang secukupnya. Melihat kanak-kanak itu makan dengan berselera menyentuh naluri keibunya untuk mengambil budak berkenaan sebagai anak angkat. 

Apabila suaminya pulang dia pun meminta izin untuk mengambil kanak-kanak berkenaan sebagai anak angkat, diizinkan tuhan suaminya bersetuju kerana budak itu tidak memilki keluarga kerana telah ditinggalkan begitu sahaja. Maka setelah melalui beberapa procedure di Sri Lanka Vina pun berjaya membawa budak yang malang itu ke Malaysia. Bertapa gembiranya jiwa keibuannya hanya tuhan sahaja tahu kerana berjaya memilki anak walaupun bukan berasal dari darah dagingnya.

Sebaik sahaja balik ke Malaysia, Vina ditimpa masalah. Dia cuba mendaftarkan anaknya di sekolah Malaysia namun Jabatan pelajaran tidak menerimanya kerana kanak-kanak berkenaan masih belum mendapat kelulusan untuk menjadi warganegara Malaysia. Maka ibu yang gigih ini pun pergi ke Jabatan kebajikan untuk meminta sempati agar anak angkatnya ini diberikan status kewarganegaraan Malaysia. Atas alasan sempati Jabatan kebajikan memberikan peluang kepada Vina untuk mendapatkan status warganegara kepada anaknya dengan syarat anak berkenaan mesti tinggal bersama dengannya selama 3 bulan di Malaysia. Namun Visa untuk anaknya terus tinggal di Malaysia hanya tinggal lagi seminggu sahaja.

Maka Vina pun menuju ke Jabatan Imigresen untuk melanjutkan tempoh masa visa anaknya supaya dia dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan. Namun Jabatan Imigresen tidak mengesahkan permohonan Vina kerana alasan mereka, mereka tidak pernah menguruskan kes anak angkat. TERKEJUT VINA DIBUATNYA KERANA VISA ANAKNYA TIDAK BOLEH DILANJUTKAN!!!

oleh kerana kecewa dengan sistem perundangan negara yang kucar-kacir kerana ada pihak yang mengizinkan manakala pihak yang lain tidak mengizinkan. Vina pun mengupah seorang peguam untuk menuntut keadilan. Dia begitu sedih untuk meninggalkan anak angkatnya itu kerana sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dalam masa yang sama anak angkatnya itu sudah mula meyukai Malaysia dan sudah pandai memakan nasi berbanding hanya memakan tosai sebagai pengalas perut..

oleh itu hanya pada tuhan di kuil sahajalah Vina sentiasa memohon agar ditunjukkan jalan. Dalam masa yang sama Vina sebenarnya ialah orang yang kuat dalam kuil berkenaan. Dia dianggap sebagai srikandi yang paling berjasa di dalam kuil punjabi itu. Dia sentiasa aktif memberikan sumbangan tak kira dari segi mata wang mahupun tenaga. Mengemas, memasak dan pelbagai aktiviti sanggup dia lakukan demi menjaga kuil kesayangannya itu.. 

Namun apa yang menyedihkan hatinya, selaku ketua wanita dalam kalangan punjabi berkenaan dia sentiasa memberi idea untuk membaik pulihkan kuil kesayangannya itu. Tetapi mugkin sudah mentaliti lelaki yang ego menyebabkan semua ideanya ditolak bulat-bulat tanpa sebarang kompromi. Dia berasa sangat kecewa kerana minda cetak wakil-wakil lelaki di kuilnya menyebabkan mereka sering megetepikan hak wanita yang juga mahu menyumbangkan idea bagi membangunan kuil.

MAKA DENGAN AZAM YANG KUAT  VINA MULA MEMENDAM CITA-CITA UNTUK BANGKIT MENJADI WANITA CONTOH DAN MEMBUKTIKAN YANG WANITA JUGA MAMPU HARUNGI PELBAGAI HALANGAN DAN AKHIRNYA MENJADI SEORANG TOKOH YANG DISENGANI....

SEBENARNYA DALAM DIAM DIA MEMENDAM IMPIAN UNTUK MENJADI SEORANG DATO SATU HARI NANTI... tunggulah masa membuktikan segalanya....

BAGAIMANA DENGAN ANAK VINA????

Aku hanya berbual dengan dia dalam masa sejam. Jadi aku tak tahulah apakah kesudahannya. Kalau melihat kepada potensi rasa macam tiada harapan kerana ditambah pula denga procedure court yang sudah semestinya lembab mana mungkin dia sempat.. apa-apa pun kita doakan jelah dia berjaya melalui semua dugaan ini..AMIN!! walaupun kita berbeza agama namun kita tetap saudara.. 1 MALAYSIA!!!!

RELATED STORY...
CONFESSION OF OPERATOR..(COO)
PENGAKUAN ORANG CINA..(COO)
I'M MUSLIM (COO)
KENAPA TAK NAK..?? (COO)
I WANT TO BE PRIME MINISTER..!!

TIDUR SEMASA KERJA.

Siapa yang kata tidur semasa kerja ialah salah????

ayat yang akan selalu kita dengar.. bila kita selalu tidur di tempat kerja orang akan cop kita PEMALAS, TAK PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA dan sebagainya yang negatif....
namun.. TAHUKAH ANDA????

mengikut sumber kajian daripada NANCY COLLOP, PRESIDENT-ELECT OF THE AMERICAN ACADEMY OF SLEEP MEDICINE, kebanyakan manusia perlukan masa selama 8 jam untuk tidur.. namun kebanyakkan mereka juga gagal dapat memenuhi julat masa berkenaaan(termasuk aku..hehe). Jadi menurut beliau cara  terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan tidur ini ialah dengan tidur sekejap di siang hari.. orang putih panggil.. NAPS...hehe

berdasarkan kajian berkenaan juga.. antara kebaikan yang dapat diperolehi jika kita tidur seketika semasa waktu siang atau waktu bekerja ialah MENINGKATKAT KEPEKAAN, MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MENYEMBUHKAN BEBERAPA PENYAKIT RINGAN. jadi kalau setakat pening sikit-sikit tu tak payah la nak ambil Panadol(ada kesan sampingan kepada tulang).. just tidur sebentar dah boleh sihat.. menjimatkan duit dan juga mengelakkan kesan sampingan.

JANGAN TERKEJUT... kalau syarikat-syarikat besar seperti BRITISH AIRWAYS, NIKE, PIZZA HUT DAN GOOGLE menyediakan sebuah bilik khas kepada para pekerja untuk tidur sebentar semasa waktu bekerja... ni contohnya...
NI CONTOH BILIK TIDUR YANG DISEDIAKAN OLEH GOOGLE KEPADA PEKERJA-PEKERJANYA.. 

mewahkan... kaya betul GOOGLE ni.. siap ada akuarium, kerusi tidur yang selesa dan alunan muzik yang menyenangkan.. aaa!!! best yer tidur... TAPI KENAPA MEREKA SEMANGAT SANGAT NAK BUAT SEMUA INI????

hal ini kerana, mereka amat menjaga kebajikan para pekerja.. kerana tidur sebentar ini mampu meningkat mutu pekerja mereka sekali gus meninggkatkan produktiviti syarikat.. menurut NANCY COLLOP lagi.. 

"If you're sleep deprived, you're going to be moody. And if you have to interact in meetings, or if you're a marketing person and have to convince someone to buy your product, that's going to create a problem."

maka untuk memastikan kualiti pekerjaan terjamin.. memang kemudahan bilik tidur ini amat membantu.. hehe..

TAPI PERLU DIINGATKAN... TIDUR SEKEJAP JER.. menurut Archives of Internal Medicine in 2007 kita hanya perlu tidur sekejap dalam 20 ker 30 minit jer.. bukannya berjam-jam.. hehe.. walaupun sementara namun kesannya untuk selamanya.. (wah ayat nak power)

JADI.. KALAU ANDA TIDUR SEBENTAR KETIKA BEKERJA.. DAN BOS MARAH.. suruh bos anda baca artikel aku ni.. hehee... tambahan lagi menurut Sara Mednick, an assistant professor of psychiatry at the University of California-San Diego and author of Take a Nap! Change Your Life. 

"People are starting to see how beneficial napping is—and how easy and affordable, the most important thing is let everything go, take care of yourself, and surround yourself in a cocoon."  

SELAMAT TIDUR....!!