PERSEPSI YANG BUAT ANDA TERTEKAN.

PERNAH TAK ANDA RASA TERTEKAN???


Kita semua manusia biasa.. tekanan pasti mejadi perkara biasa dalam rutin harian hidup kita.. namun apakah puncanya yang menyebabkan kita tertekan???

Aku tak naklah cerita dari segi saintifik sebab aku ni pelajar MASSCOMM jer... bukannya budak sains.. dulu masa zaman sekolah pun jadi TOP 30 BUDAK TERCOROT SAINS.. wahaha... jadi hari ni aku just nak berkongsi sedikit pandangan aku yang menyebabkan kita tertekan tanpa kita sedari... dan semua ni berpunca daripada....

PERSEPSI.
 
Samalah macam gambar di atas.. kalau perempuan kurus dan ramping jer cantik... kalau gemok gedempol sahaja buruk...sedangkan kalau kita meletakkan minda kita ke arah yang positif semua orang cantik dalam caranya yang tersendiri... macam iklan dulu...

 KECANTIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN.

DAH LAA.. cukup2 la mukadimahnya..hehe.. sebenarnya dah lama aku tak updated blog kan... dah jadi macam sarang burung dah aku tengok blog aku ni.. hehee... BURUNG MERPATI... I LIKE..

CERITA BERMULA... apabila semenjak dua menjak tiga menjak (dah2 la tu...hehe) aku asyik tertekan jer.. mungkin orang tak perasan.. sebab aku ni memang tak suka menunjuk yang aku tertekan.. so bila dan tertekan mulalah aku merapu dan buat lawak bangang.. last2 semua orang gelak dan aku pun dapatlah release tension... hehehe.... macam tulah cara aku hilangkan tekanan.. nampak macam sempoi kan... and seriously it's work.. sebab lepas dah bergelak ketawa kacau orang mesti kita rasa bahagia dan lupakan sebentar tekanan kita.... 

KETAWA KUNCI TEKANAN..

Selepas dah tak tertekan.. aku mula terfikir balik....KENAPA AKU TERTEKAN TADI???
 
FIKIR PUNYA FIKIR BARU AKU MENGERTI...!!!


Semua salah persepsi dalam minda kita... biar aku cerita satu persatu baru kalian faham.. macam ni...

PERTAMA.. bila kita berada di tempat baru kita akan mula membandingkan tempat baru kita dengan tempat lama.. tak kisahlah keadaan yang kita nak bandingkan baik ataupun buruk.. tetapi MANUSIA.. biasanya hanya akan melihat kepada perkara yang negatif... lalu kita akan tertekan sebab tempat baru tidak mampu memberi kebaikan yang ada pada tempat yang lama.. walaupun keburukan itu sikit.. tapi yang sedikit itulah yang akan kita lebih fokuskan hingga menutupi semua kebaikan yang ada pada tempat baru... TEMPAT yang aku maksudkan menyeluruh.. tak kisahlah sama ada kawan2 ker, mungkin cara pembelajaran, geografi sekeliling mahupun tempat tinggal dan kos sara diri.. hehe.. pandai2lah kalian fikir-fikirkan....


KEDUA.. apabila kita terdedah dengan perkara baru kita pasti akan mencari lubuk atau keburukan tentang perkara itu.. dan hasilnya kita membangkang membabi buta tanpa kita menyedari apakah hikmahnya perkara baru berkenaan.. ataupun kita memiliki ego yang menyatakan perkara yang kita selalu buat sahaja betul.. tanpa menberi ruang kepada orang lain untuk membuat pembaharuan..  hasilnya KONFLIK terjadi dan kita terus di dalam tekanan.. huhu

KETIGA.. apabila kita terlebih semangat dalam sesuatu perkara.. tak salah untuk bersemangat waja dalam melakukan kerja.. memang amat digalakkan.. tapi ada tahap-tahapnya yang tertentu kerana setiap perkara perlu dilangsaikan atau dilakukan dengan bijak mengunakan MINDA bukan EMOSI.. kebanyakkan daripada kita terlalu mengejar material hingga lupa kepada pengalaman yang lebih berharga.. hasilnya kita akan menjadikan sesuatu PERKARA YANG MUDAH MENJADI RUMIT.. bukannya nak suruh ambil mudah terhadap semua perkara, cuma lakukanlah sesuatu dengan lebih tenang.. sebab dengan tenang kita mampu menyelesaikan sesuatu dengan lebih baik berbanding gelojoh yang mengundang TEKANAN..!!

KEEMPAT.. ni memang selalu terjadi apabila kita merasakan yang kita banyak kerja.. sedangkan kita tidak..!!!
MINDA kita selalu memikirkan untuk menjadikan semuanya SEMPURNA.. hinggakan kita lupa untuk meletakkan PRIORITY dalam melakukan sesuatu kerja...  HASILNYA SAMA.. iaitu kita akan rasa tertekan hingga kita tiada masa dalam melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.. dan tanpa kita sedari kerja yang kita lakukan akan bertambah rumit kerana sikap kita yang terlalu berhati-hati hingga kesalahan kecil menjadi besar.. SETERUSNYA SATU KERJA MENJADI DUA ATAU TIGA KERJA SEBAB KITA DOK ULANG BUAT BENDA YANG SAMA HINGGA SEMPURNA SEDANGKAN SEMUA PERKARA TIDAK SEMPURNA...

 INILAH YANG KITA PANGGIL..

JADI BILA FIKIR-FIKIR KEMBALI.. kenapa kita perlu TERTEKAN??  

SEDANGKAN KITA SENDIRI YANG MELETAKKAN TEKANAN ITU... memang setiap daripada kita tidak pernah terlepas daripada masalah.. tapi cara kita mengatasinya mengunakan minda itulah kunci untuk menyelesaikannya... BUKAN ORANG YANG BUAT KITA TERTEKAN.. TAPI KITA YANG BUAT DIRI SENDIRI TERTEKAN...

TAPI INILAH YANG SELALU TERJADI.. SEBAB MANUSIA NI KAN..  SELF BIAS..
MAKA ORANG LAIN SAHAJA YANG SALAH DAN DIRI SENDIRI SAHAJA YANG BETUL... 

harap sama2lah kita belajar.. kerana tekanan boleh menjadi POSITIF jika kita pandai mengunakannya untuk kebaikan namun boleh menjadi NEGATIF jika kita gagal mengawalnya dan akhirnya memakan diri...!!!


APRISIASI BESDAY.

DENGAN INI SAYA NAK MENGUCAPKAN...
PULUHAN
RATUSAN 
RIBUAN
JUTAAN
BILLION 
TRILION 

INFINITI...!!




KEPADA SEMUA YANG WISH BESDAY SAYA...!!
SANGAT TERHARU DAN SAYANG KALIAN SEMUA.......

KEPADA SEMUA FASILITATOR UITM YANG MENYANYIKAN HAPPY BESDAY MASA MEETING..(serius nak menangis)

KEPADA SEMUA RAKAN SEKELAS MC222 1B NYANYI LAGU BESDAY MASA KAT RUMAH PROF. BUKHORY DAN KITA KAREOKE BERSAMA( sangat seronok)

KEPADA SEMUA YANG WISH DAN BELANJA AKU.. TERIMA KASIH..
KREDIT KEPADA ANDA:
ANAM
SHARIZAT
AZIM TAM TAM
SABRINA
SUHADA
ZAINAB
(SEDAP SANGAT... TERIMA KASIH!!)

KEPADA SEMUA WISH DEPAN2 AKU.. AKU TAK INGATLAH SIAPA..??(banyak sangat kot.. hehehe.. perasan laa aku ni..)

KEPADA SESIAPA YANG SANGGUP MENALIFON AKU DAN MEMBERIKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN JUGA NYANYI UNTUK AKU.. huhu.. terharu...
FARHAN ZAFRY AND ROOMATES..
HAKIM  AND ALL ROOMATES...
FADZILI..
(ini yang paling terharu sebab kau sanggup call aku dari NEW ZELAND.. ohh.)

SETERUSNYA KEPADA SEMUA YANG SANGGUP SMS UCAP SELAMAT HARI JADI KEPADA AKU..
aku kira2 dalam 10 orang.. terima kasih.. aku sanggat menghargainya...

KEPADA RAKAN-RAKAN YANG WISH DILAMAN WEB SOSIAL 
DI FACEBOOK DALAM 200 LEBIH..
(tak mampulah aku nak sebut nama sorang-sorang)
DI TWITTER 5 ORANG...
(twitter aku masih baru.. hehe memang laa.)
DI BLOG PUN 5 ORANG...

TERIMA KASIH SEMUA... YANG TAK WISH PUN KALAU MACAM PERASAN PUN AKU NAK UCAP TERIMA KASIH...
KALAU TAK PERASAN HARI JADI AKU PUN NAK UCAP TERIMA KASIH JUGAK LAA
hehee....


YANG PENTING IMPIAN AKU NAK MAKAN KEK CHEESE CHOCOLATE TERLAKSANA..

KISAH AKU DAN KEK...!!

 BERSEDIA...!!!
 INILAH KEK NYA SEDAP YER.. LIHAT KETEBALANNYA PULAK..

WAH..!! PENUH DENGAN CHEESE... SEDAP SANGAT!!!!

JOM, MAKAN...!!!!!!!!!

EEEMMMM... SEDAP TAK TERHINGAA..!!

MARI KITA LIHAT AIR PULAK.. COFFEE YANG SUNGGUH SEDAP..!!


SEDAP GILER NI... KALAU LIHAT JELAH.. JOM RASA SIKIT..
TAKUTNYA NAK RASA... TIBA2!!! 
PAHIT...!!!
KENA TAMBAH GULA....


BARULAH SEDAP NAK MINUM.. DAH SECUKUP RASA...
hehe....  sambung makan balik...

EEMMM SEDAP YER..!!

ALAMAK COMOT PLAK...!!

ALAMAK TAK CUKUP LAGI.. ADA SERPIHAN KEK TERJATUH...

TAK BOLEH MEMBAZIR NI.. DAH LAA SEDAP..!!

PANDANG KANAN.. OK CLEAR!!

PANDANG2 PULAK WAITER NI.. DAH2 G JAUH2.. AKU BAYAR KOT KEK NI..
OK DIA DAH BLA... LINE CLEAR MAKA KITA TERUS!!!

hehe... makan!!!!

SEDAP PUNYA MAKAN 
AKHIRNYA...!!

TINGGAL POTONGAN TERAKHIR...
OH BAHAGIAN YANG PALING BANYAK CHIPS..!!

JANGAN JEALOUS KERANA INI POTONGAN TERAKHIR..

NAK KER????


TAK BOLEH...!!!!

jangan marah... gurau2 jer... hehee.....

SEBELUM...

SELEPAS...

KREDIT DIBERIKAN KEPADA SECRET RECIPE.. 
KERANA MENCERIAKAN HARI JADI KU.. hehe.... 
(secret recipe kena bayar aku ni sebab promote kot.. hehee...)

CRAZY MONTH.

SUMPAH BULAN INI
IALAH

CRAZY MONTH...!!!!


Kisah bermula apabila SEKATAN INTERNET telah terjadi... WAAA!!!!!...


BROADBAND ROSAK..!!!

TAK SAMPAI SEBULAN PUN PAKAI.. TAK GUNA PUNYA DIGI..!!!

Sebab terlalu sibuk maka sampai seminggu lebih aku tak online... sim card elok.. oleh itu terpaksalah aku pinjam modem roomate aku sebab sim card dia pon dah abis kuota.. maka kuota aku yg tak bersentuhan ni bagilah dia pinjam..(pemurahkan aku.. tapi ada sebab.. sebab aku nak guna modem dia hehe.. tak ikhlas..) pada satu hari aku pon g la SACC MALL untuk check apalah masalah dengan modem aku ni setelah sekian lama meminjam modem orang.. setiba sahaja disana.. ada upacara BINTANG POPULAR plak.. so sebab dan ready bawak camera aku pun.. SNAP,SNAP, SNAP la gambar artis yang ada.. memang penuh giler orang.. sebab nak tengok artis punya pasal.. eish2!!

yang ada ialah RAJA AZURA, LIYANA JASMIN, LINDA ONN and siapa ntah lagi aku tak kenal.. hehe.. yang penting raja azura memang kecoh giler.. gamat pentas dibuatnya.. hehe

lihat berapa ramai orang.. sampai aku nak amik gambar ni pun berhimpit-himpit..!!

maka aku pun teruslah menuju ke kedai digi.. siap bawak resit ni.. manalah tahu nak tukar modem baru ker.. setiba sahaja disitu promoter cina tu tanya aku bawak laptop ker tak.. jadi dengan pantas aku mengeluarkan laptop dan bagi dia.. dia terus terkejut bila desktop aku terpampang besar2 muka aku..

dia terus wish happy besday,, walaupun dah terlepas sehari.. hehe.. malu aku dibuatnya.. then dia terus cocok broadband aku and install broadband ni dalam laptop.. lepas tu terus boleh pakai.. terkejut beruk aku sebab sekejap sangat dia buat rupa2 nya aku tak install broadband kat laptop tapi kenapa sebelum ni pakai ok jer??? PELIK..!!

SETERUSNYA...!!!

aku paling bengang kalau ada program yang CLASH..!! kalaulah aku ni boleh mengaturkan semua perkara.. akan aku pastikan semua program yang berjalan mengikut jadual aku..(selfish giler).. tension kot.. tapi siapalah akukan.. hehe....


3 PROGRAM YANG PENTING CLASH SEKALIGUS.... iaitu MODUL KESATRIA(WAJIB), SUKAN ANTARA KOLEJ(tak wajib pun tapi aku nak sangat wakil kolej.. sebab nak dapat kolej next sem kan.. tambahan pula penat aku pergi saringan tiap2 petang selama seminggu dan akhirnya dapat juga wakil petanque) dan KEM TOT (wajib kalau aku nak jadi fasilitator UiTM. banyak kebaikan aku boleh dapat jadi fasi lagipun aku memang minat nak mati jadi fasi ni..)

HASILNYA..... aku pergilah kem TOT tu.... terpaksalah aku korbankan MODUL KESATRIA(doarang kata kena ulang next sem.. matilah aku) dan SUKAN ANTARA KOLEJ, segala penat lelah aku pergi saringan lawan dengan semua budak lain hilang begitu saja..!! waaaa!!!!!

KALAU SEKALI TAK PER.. NI MINGGU SETERUSNYA..!!


CLASH DIANTARA MODUL FAKULTI YANG MASUK MARKAH KEMAHIRAN INSANIAH SERTA AUDITION QUIZ SATU MALAYSIA(masuk rtm kalau berjaya).. minggu ni lagi pressure sebab MODUL tu betul2 wajib kalau tak pergi kena tatatertib.. oleh sebab program quiz tu pun under HEP.. maka aku mintalah pergecualian untuk pergi ke audition.. namun next sem wajib buat modul tu.. kiranya orang buat 2 modul setiap sem tapi aku next sem 3 MODUL..!! AAAA PECAH KEPALA!!!

KALAU 2 KALI TAK PER... MINGGU SETERUSNYA..!!! (muka dah lesu.!!)


NI YANG PALING  MALANG BAGI AKU... oleh sebab dah terlalu banyak minta pengecualian KESATRIA komander aku pun mintalah aku menyertai PERSAK iaitu pertandingan jalan lasak pada hari sabtu di tasik dan hari ahad di uitm.. maka aku dengan semangatnya nak minta  lari di tasik pada hari sabtu kerana ada peserta yang akan menaiki basikal(oh my favorite.!!) bermula dari hari isnin sampailah hari rabu kami berlatih lari tiap2 malam di sekitar UiTM.. memang nak patahlah kaki aku ni.. tapi dengan semangat waja nak mengharumkan nama company MASSCOMM yang memang dah sedia ada busuk.. hehee.. aku pun buatlah yang terbaik...

TIBA-TIBA..!!! aku dapat pula menyertai QUIZ 1 MALAYSIA.. aaaa gembiranya hati.. malangnya pengarah nak buat taklimat masa hari SABTU..!!! sama harinya dengan PERSAK..!! tak aku berangin.!!. jadi terpaksalah aku tolak PERSAK dan pergi ke TAKLIMAT tu.. aku ada request kat komander kalau2 aku boleh masuk PERSAK hari ahad punya.. malangnya tak boleh sebab kuota dah penuh.. huhuhu.....

BILA TAKLIMAT DIJALANKAN... PENGARAH KATA KUMPULAN AKU MENJADI RESERVE TEAM..!!!


KIRANYA... kalau ada kumpulan yang tiba-tiba tarik diri last minute baru dia panggil aku masuk pertandingan tu... kira peratusan aku nak masuk TV bagi pertanding quiz tu sangatlah tipis..!! tak ker nak menangis aku dibuatnya.. ingat dapat betul2.. aku dah canang kat semua orang kot.. last2 aku sendiri yang MALU..!!!

AAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!
BETUL LAH KATA PEPATAH...
"APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT, APA YANG DIKENDONG BERCICIRAN"

besok harinya, which is semalam aku tengok kawan-kawan aku yang masuk PERSAK dapat kupon tambahan iaitu warna biru.. persamaan mereka akan dapat markah lebih sebab wakil KESATRIA... tak lagi aku berangin... huhu.. nak buat macam mana..!!!

SEBAB ITULAH AKU RASA BULAN NI IALAH...

SWEET 20.. FARIZ RAZALI..!!

MARI NYANYI RAMAI-RAMAI...

(versi melayu)
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI....

"FARIZ RAZALI"

SELAMAT HARI JADI...!!!

(versi english)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO...

"FARIZ RAZALI"

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...!!!!

(versi china)
Zhu ni sheng ri kuai le
Zhu ni sheng ri kuai le,
Zhu ni sheng ri qin ai de....

"FARIZ RAZALI"

Zhu ni sheng ri kuai le...!!!!

(versi Tamil)
Iniya pirandha naal nalvaazthukkal,
Iniya pirandha naal nalvaazthukkal,
unake nalle naal valtukal..­ ­

"FARIZ RAZALI" 

Iniya pirandha naal nalvaazthukkal..!!!

 (versi arab)
عيد ميلاد سعيد لك
عيد ميلاد سعيد لك
عيد ميلاد سعيدإلى

"FARIZ RAZALI"

عيد ميلاد سعيد لك

 DAH PUAS MENYANYI... hehe.. penat aku nak translate semua bahasa.. hehe
yang paling penat sebenarnya nak posing gambar tu.. wahaha..!!!

OK LAAA SEKARANG KITA TENGOK KUCING NI NYANYI UNTUK AKU PULAK..!!


 COMEY YER..!!!

hehe... sempena hari jadi aku ni.. maka aku berharap dapat menjadi lebih matang dan diberkati di masa hadapan.. doakan untuk aku yek.. yang penting ini lah perkara yang aku nak buat semasa hari jadi aku nanti..!!!

1) NAK MAKAN CHEESE CHOCOLATE KAT SECRET RECIPE.. tadi dah usha.. nnt aku beli... eee.. best yer...

(yang ni hanyalah gambar hiasan.. hehe)

2) NAK PAKAI CARDIGAN FOREVER 21 MAN SERTA BAJU KEMEJA PUTIH YANG VOGUE... BARU BELI.. KHAS UNTUK HARI YANG BERTUAH NI.. waahaha!!

(tak boleh pakai lagi  kang hilang keistimewaan yer.. hehe)

DAN YANG PALING PENTING..!!!

 ESOK ADA TEST...!!!
  
MACAM MANALAH AKU NAK SAMBUT HARI JADI ESOK DENGAN BAHAGIA KALAU PENING KEPALA NAK TEMPUHI TEST... DAHLAH BUAT MASA MALAM... SO SEPANJANG HARI AKU AKAN ASYIK TERFIKIR PASAL TEST..!!!

aku dah try persuade rakan2 kelas nak minta anjak hari lain.. tapi semua tak nak.. tak pelah.. nak buat mcm mana.. aku tak boleh lah nak selfish..maka.. 

INILAH DIA NASIB BADAN..!!!

P/S: sila wish... siapa wish akan dapat jutaan terima kasih yang penuh dengan kasih sayang dari aku.. wahahaa...