Maksud lagu Gangnam Style...!!


Oppa Gangnam style!!!!! love it!!!

Dah nak dekat 70 juta penonton video sejak mula diletakkan di Youtube pada 15 Julai 2012. WAH GILER GEMPAK..!! memang satu fenomena yang diketahui umum...

Bagi mereka yang tidak memahami bahasa Korea, video muzik ini hanyalah video muzik yang kelakar atau video budaya kuning (sebab penyanyi ini ada pandang punggung perempuan seksi) hehe... atau just another youtube video yang catch and kelakar ala2 cartoon.

TETAPI..

Rupa-rupanya gaya Gangnam ini adalah merujuk kepada satu gaya hidup di tempat yang sangat mewah di Seoul yang mewakili $84 bilion kekayaan Korea Selatan pada 2010, mewakili 7% dari keseluruhan KDNK. Keluasan Gangnam ini cuma 15 batu persegi. (Ala2 Brevely Hills kat Amerika atau Bukit Antarabangsa kat Malaysia.. hahaha)

Muzik video ini merupakan satu kritikan sosial kepada gaya Gangnam yang mengejar kekayaan palsu. Di Korea Selatan, secara purata hutang kad kredit mencapai 155% disposable income dan setiap orang dewasa mereka mempunyai 5 kad kredit.

Antara lirik awal adalah merujuk kepada gaya hidup urban mengenai kopi. Lawak orang Korea antaranya adalah bagaimana wanita urban di Korea sanggup membelanjakan $2 untuk mi ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat seperti Starbucks... hehe 

Sama tak macam gaya KL? (sentap.. tatttt!!)

RM5 untuk nasi bungkus dan RM15 untuk menikmati Starbucks... daa~


INI DIA GANGNAM...


 

Dari sudut pemasaran, PSY Gangnam Style ini adalah sesuatu yang bersifat “purple cow”. Istilah yang digunakan oleh Seth Godin untuk sesuatu produk, servis yang remarkable.

Mereka yang suka cerita Korea, K-POP mesti sentiasa disajikan dengan watak-watak lelaki hensem, macho dan bergaya. Tiba-tiba muncul satu video Korea lain yang memaparkan seorang penyanyi yang secara fizikalnya tidak seperti artis Korea yang lain dengan gaya yang tidak macam KPOP. Jadi sebab itulah video ini lebih dikenali sebab kelainan yang cuba dibawakan.. GENIUS...!!!

Ingat lagu Asereje oleh Las Ketchup? Itu dulu, sekarang …

Oppa Gangnam Style!!!! 

Sumber: www.pakdi.net

Ini translation dalam bahasa Inggeris supaya kalian lebih mengerti....

lirik Gangnam Style


p/s: serius cannot stop repeating hear this song...!! kawan aku yang tak suka Kpop semua ske lagu dia.. faham yer ndak.. hehehe.. dah kali ni harap korg faham and ENJOY...!!!

Gambar-Gambar Percetakan Al-Quran Di Madinah Dengan Teknologi Canggih

Al-quran

Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibina untuk menjaga kemurnian kitab suci Al-Quran. Dengan pekerja berjumlah 1700 orang, setiap tahun, percetakan mampu mencetak 10 juta Al-Quran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset.


Proses pencetakan Al-Quran. Selain mencetak Al-Quran, Percetakaan Mushaf Al-Quran Kompleks Malik Fahd ini juga menetapkan pengedaran Al-Quran di seluruh dunia termasuk membagikannya ke masjid-masjid ataupun institusi pendidikan.


Proses pengisian suara untuk pembuatan Al-Quran digital (CD / Kaset).


Proses tashih (editing suara) untuk pembuatan Alquran digital (CD/Kaset).


Mesin cetak Alquran kini menggunakan teknologi canggih.


Masjid di pabrik pencetakan Alquran Madinah al-Munawwaroh.

sumber: MynewsHub
p/s: siapa kata Islam tak maju..... Alhamdullilah...

Sinopsis novel nukilanku REVOLUSI

HAI SEMUA...!!!!!!!!!!

OFFICIALLY aku nak announced yang aku dah berjaya hasilkan sebuah novel yang aku bagi judul REVOLUSI... hehehhe... 


Alkisahnya......

Aku mula mendapat idea untuk buat cerita ni masa aku tingkatan 3 (zaman kanak-kanak ribena lagi..) masa tu aku mandi kat bilik air lepas tu aku terjatuh.. kemudian aku terfikir macam manalah kalau kita koma lepas tu bangun-bangun dah masa depan??? mesti best kan?? hahaha.. ia bermula dengan angan-angan...

Lepas tu aku ni masa zaman sekolah pengawas (ala2 bajet baguslah) jadi aku kena jaga satu dorm junior tingkatan satu.. tidur dengan mereka.. best kot boleh buli budak.. hahahaha... tapi aku ni senior kegemaran dorang sebab dorang kata aku suka bercerita.. (-__-') sekarang siapa buli siapa daaa???

Jadi satu hari mereka minta aku bercerita sebab besok hari ahad so cuti jadi mereka semua nak tidur lambat.. yelah duduk asrama bukan ada televisyen macam kat rumah jadi mulut aku nilah jadi hiburan dorang.. ala-ala macam bed time story.. teruk betul budak-budak tu buli aku.. tapi aku suka.. hahaha...

JADI!!! dengan spontan aku bercerita pasal cerita REVOLUSI ni dari pukul 11.00 malam sehingga 1.00 pagi.... SERIUS NI...!!! non stop...!!! budak-budak sampai lentok dengar aku cerita dengan semangat... ala2 macam penglipur lara dah aku.. abih jugaklah satu botol air mineral aku teguk sebab nak bercerita dengan dorang punya semangat... akhirnya mereka dengar sampai habis dan kata cerita aku BEST... daaa~ spontan laaa... tapi aku ingat semua yang aku cerita.. aku pun tak sangka mampu cerita selama itu.. rasa masa berlalu cepat jer kan.. hehehhee...

Selepas aku berpindah ke MRSM masa tingkatan 4 kami telah diberikan tugas untuk membuat projek dalam kumpulan atau individu untuk hasilkan sesuatu yang akan dibentangkan pada akhir tahun... projek tu dikenali sebagai SEM.. entah aku tak ingat dah stand for what?? 

By the way para cikgu MRSM galakan pelajar buat projek dan kajian sains.. malangnya kalau aku dah tak suka sains buat apa aku nak paksa dirikan??? jadi aku berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan aku untuk buat novel.. Malangnya kawan aku tak setuju sebab dorang kata kalau kau nak buat novel baik kau buat sorang-sorang... jadi aku pun terfikir.. BAIK AKU BUAT SORANG2.. hehhe...

Aku punya projek masuk dalam ketegori penulisan am dan mendapat guru pakar Bahasa Melayu MRSM aku jadi penasihat.. bangga lol! and guess what??? AKU MENANG NO 1 sebab cikgu impress aku mampu buat novel sorang-sorang plus mcm biasa laa zaman sekolah kau kena letak latar tempat laaa, sinopsis laaa and bla bla bla... hehehe and aku buat semua tu and present depan PENGETUA SEKOLAH ok.... hehee...

And i ENJOY HAMPER BESAR SORANG-SORANG.. hehehe... tapi tu semua zaman sekolah....

kalau korang tengok gambar kat atas tu, itulah novel yang aku tulis 72 muka surat jer and binding macam biasa and just letak gambar yang telah diedit oleh kawan aku pakai adobe photoshop lama punya edition.. masa tu aku bodoh giler internet.. taip pun pakai komputer besar MRSM.. hehee... tapi berjayalah...

Selepas habis sahaja zaman sekolah aku terus bernekad nak PUBLISH jugak buku ni bermula dari umur 18 tahun selepas habis SPM sehingga kini 21 tahun baru berjaya taip balik.. HAHAHAHAHA WHAT THE LOSER..!! 4 TAHUN TU...!!!

sebabnya! aku baru jer dapat laptop akhir umur aku 19 tahun.. so sebelum tu aku dapat mula sikit-sikit jer.. bermula dari tahun lepas aku dah mula giat taip balik.. lepas tu aku punya soft copy hilang plak..!! kena virus.. terus aku feed up nak pakai PENDRIVE..!! serius sampai sekarang aku tak ada pendrive.. tertekan kot...!!!!!

AKHIRNYA BERJAYA JUGA...!! siap tiapkan dalam 300 + + muka surat... aku taip balik pun sebab hasil kajian aku buat novel paling common kena 250 muka surat ke atas.. dan ayat aku masa zaman sekolah NAUZUBILLAH...!!! TEROK NAK MAMPUS..!! nampak sangat Bahasa Melayu sekolah aku teruk... HAHAHAHA.....

OK laaaa... dah habis aku membebel mengenai latar belakang novel ni.. ini dia sinopsisnya.. sorry tak boleh bagi semua.. hehe.. HARTA INTELEK katanya.. tapi aku akan bagi sesiapa yang suka giler baca novel soft copy kepada sesiapa yang terpilih jer.. sebab aku nak tahu feed back gak.. so siapa nak sila tinggalkan komen.. ;)

INI DIA SINOPSIS NOVEL REVOLUSI...

         Fizo ialah anak emas kepada Dato Razali dan Datin Norlela. Selaku anak tunggal kasih sayang yang diberikan tidak berbelah sehingga melebihi daripada apa yang sewajarnya. Segala yang dihajati pasti akan dicapai tidak kira di rumah mahupun disekolah. Dirinya sentiasa disanjungi dan dipuji. Ditambah pula dia merupakan pelajar harapan bukan sahaja di sekolah malah di peringkat kebangsaan.

            Atas segala sanjungan yang sentiasa diterima, Fizo menjadi seorang yang sangat riak dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Walhal kawan baiknya sendiri pun dikenakan bagi mencapai apa yang dihajati. Kelakuannya itu telah menyebabkan ramai menyimpan dendam kepadanya. Namun detik revolusi kehidupannya mula berubah apabila Fizo dilantik menjadi ketua pengawas sekolah.

            Satu kemalangan tragis yang telah mengemparkan Malaysia telah menimpa dirinya. Sehingga dia  koma dan tidak sedarkan diri sehingga 20 tahun lamanya. Setelah pulih hasil dari rawatan yang diterima Fizo yang masih mempunyai rupa fizikal seperti dulu telah menempuhi saat malang dalam hidupnya.

Kini putaran hidupnya telah bermula, dia tidak lagi di sanjungi malah sentiasa dikeji, tiada lagi orang yang disayangi hanya penuh dengan orang yang membenci, segala kebahagiaan yang pernah dikecapi kini bertukar menjadi derita yang dikesali.

Mampukah Fizo menghadapi onak dan duri dalam menempuhi dunia masa hadapannya? Masih adakah cahaya untuknya kembali ke puncak kejayaan seperti dulu? Segalanya akan dirungkai dalam REVOLUSI….

Biarlah dosa lama disimpan dalam hati
Tiba satu ketika revolusi bakal terjadi
Kau akhirnya terkena dosa yang kau lakukan
           Barulah kau tersedar dari mimpi REVOLUSI 

p/s: apa komen korang ok tak???

Kisah RM1.00 dan RM100.00



Wang RM 100 & RM1.00 telah sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.


4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan.

Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" 

RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" 

Lalu RM1.00 Bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" 

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

 Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" 

Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. 

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!! 

p/s: Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

Fadhilat Ungkapan BISMILLAH!!



Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

6 kelebihan Bismillah ialah :

  • Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala.
  • Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian
  • Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya
  • Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya
  • Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh
  • Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam
  • Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal
2. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
3. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
4. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
5. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
6. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
7. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
8. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya.
9. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
10. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
11. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
12. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
13. Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tidak amalkannya..


p/s: amalkanlah bacaan Bismillahirahmanirahim.. bukankannya sukar malah membawa lebih banyak keberkatan.. salam ramadhan!