Secret Recipe Haram ke?




Semalam kecoh di lama sosial mempersoalkan sama ada Secret Recipe sebuah cafe kek yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia telah di tarik semula sijil Halal oleh Jakim. Maka persoalan mula timbul adakah Secret Recipe Haram??? Adakah eksiden seperti Cadbury akan berulang?

Sebelum kita terjah kepada konklusi molek rasanya kita faham dahulu bagaimana pengerakkan JAKIM dalam menentukan Sijil Halal di Gantung Sementara atau di Tarik Semula.

Sijil Digantung Sementara

Bagi Tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya apabila premis meeka kotor atau terdapat bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasaannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.

Sijil Ditarik Balik

Merupakan hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.


Perasan tak contoh terbaik bagi kes Sijil Digantung Sementara ialah Cadbury dimana DNA babi dijumpai melalui sampel yang duji oleh Kementerian Kesihatan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.

Maka oleh sebab itulah JAKIM mengambil langkah mengantung sementara dan menjalankan uji kaji makmal sebelum memutuskan sesuatu keputusan dan akhirnya semua stok Cadbury yang telah diuji kaji tidak tercemar seperti sample yang diuji oleh pihak Kementerian Kesihatan. Untuk makluman lanjut baca ni Kenyataan Media JAKIM mengenai isu Cadbury

Manakala bagi kes Secret Recipe ini Sijil mereka ditarik semula atas sebab melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius. Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff penarikan itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Menurut beliau juga pihak Jakim telah memberikan tempoh masa kepada Secret Recipe sehinggalah Sijil Halal mereka bakal ditarik semula berkuat kuasa 7 Mei ini. Namun begitu tindakan ini tidak menghalang semula Secret Recipe bagi memohon semula sijil halal di bawah penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas ISO (Standard Malaysia): 1500:2009 dan manual prosedur persijilan Halal Malaysia 2014.

Maka jelas yang Secret Recipe ditarik semula sijil halal kerana gagal mengikut piawaian kebersihan. Maka salah ke JAKIM bertindak tegas demi kesejahteraan Masyarakat Islam di Malaysia?

Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran kepada anda dalam gerak kerja JAKIM menentukan pengiktirafan sesuatu Sijil Halal.

Sumber:
1) Hab Halal
2) MalaysiaKini
3) AstroAwani

p/s: Kadang kadang tak faham rakyat Malaysia ini jika JAKIM terlalu tegas mereka marah, jika JAKIM terlalu bertoleransi pun mereka marah. Buat apa pun tak boleh.. fuhhh.. kenalah boikot Chocolate Indulgence sementara waktu.. huhu~

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: