ISU SEBENAR PEGAWAI KESELAMATAN DATO NAJIB DI MAKKAH..!

12:09 PG 47 Comments


WAH...!! kalau anda tengok sahaja gambar ini terus akan bermain di minda anda.. "Eh siapa Dato Najib ni, ingat bagus sangat nak dapat layanan VVIP kat Makkah.. semua orang sama di sisi Allah.. Bla Bla Bla.." banyak laa lagi tangapan negatif mempertikaikan ibadah suci beliau di sana... 

Tambahan lagi.. tengok keratan yang ditulis oleh seorang blog pembangkang...

Najib, Rosmah dilindungi lebih 10 “bodyguard” semasa bertawaf
SEKIAN lama menunggu, akhirnya sekali lagi dalam tahun ini rakyat Malaysia berjaya menyaksikan Rosmah Mansor menutup kepalanya.
Rosmah terpaksa meninggalkan tabiat biasa beliau yang gemar menayangkan“jambul ayamnya” ketika melakukan tawaf kerana terpaksa memakai telekung. Alhamdulillah.
Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf.



Pengawal-pengawal VVIP “bodyguard” Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata.
Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa.
Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usahamenaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalaman kampung dan Felda.
Majlis pernikahan itu akan berlangsung sebaik sahaja Rosmah dan Najib pulang dari Mekah. Selepas itu barulah pembubaran parlimen dilakukan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke 13.
ReJaM© “Di padang Mahsyar nanti tiada lagi perkhidmatan kawalan VVIP…” 

SUDAH BANYAK SANGAT KER PAHALA KITA UNTUK MENILAI IBADAH SESEORANG...???

Meh sini aku cerita perkara sebenar... 

Bab kawalan keselamatan di Tanah Suci Makkah sebenarnya  dibawah tanggungjawab Arab Saudi. Siapa saja yang pergi buat haji mereka akan menjadi tetamu Allah s.w.t di masa yg sama mereka adalah tetamu Arab Saudi selaku tuan rumah.

Tugas jaga keselamatan dan kelancaran ibadat haji mahupun umrah ini prioriti paling wajib bagi kerajaan Arab Saudi. Mereka tak sediakan kawalan keselamatan kepada Najib, Rosmah atau mana-mana VIP hanya untuk  saja suka-suka.
Selain ianya adalah satu prosedur & protokol dalam menghormati pemimpin-pemimpin negara lain ia juga salah satu cara bagi Arab Saudi mengekang keadaan tak terkawal andai kata wujud segelintir jemaah yg bersesak-sesak utk bersalaman dgn mana-mana VIP yg mereka kenal.
Malas aku nak cerita panjang-panjang.. kang orang cakap aku PROPA jer.. so tengok laa sendiri gambar-gambar... so kalau anda nak tuduh benda tak baik juga tak tahu laa....
Presiden Iran diiringi anggota keselamatan Arab Saudi.
Presiden Iran dipagari pengawal keselamatan sewaktu mengerjakan haji di Mekah.
Perdana Menteri Pakistan turut dikawal oleg anggota keselamatan sewaktu mengerjakan umrah.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas sewaktu di hadapan Hajar Al Asward turut dikawal anggota keselamatan 
INI SEMUA GAMBAR AHMADINEJAD LAGI...!!
SIAPA KAT SEBELAH BELIAU TU..??? kan sama dengan Dato Najib...hish2
p/s: jadi berfikirlah dengan akal dan bukannya dengan nafsu.. jangan terlalu mudah mempercayai fitnah.. yang penting siapakah kita nak mempertikaikan Ibadah orang.. biar kita berfikiran baik.. daripada berfikiran buruk memberi dosa yang besar kepada diri sendiri.. MasyaAllah....
sumber: xpressminda

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

47 ulasan:

  1. BAGUS...ckap ada fakta..keep it up faris..

    BalasPadam
  2. very very very good :)

    BalasPadam
  3. Haih macam ni la orang. Buat apa pun semua salah. Pergi haji pun still ada orang nak mengata.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah saudara...

    terima kasih atas maklumat nie, mohon salin untuk di beri penerangan kepada orang ramai yang dah tersalah anggap...

    BalasPadam
  5. sebab gambar lah orang pakat main cakap je...bukti adalah gambar yang telah diubah suai dah...jadi kalau ada gambar yang tunjuk pekara sebenar orang akan berpaling tadah pulak...terima kasih atas maklumat anda...

    BalasPadam
  6. Wah... bagusla... suka post ko ni.. tepat lagi benar..

    BalasPadam
  7. rizwan: sebarkan laa.. jgn lpe credit..

    BalasPadam
  8. ubi masam: sebab tu laa kte tak boleh mudah sahaja senang2.. kita kena selidik dulu perkara sebenar.. byk lagi propaganda lain.. tapi aku post pasal ni sebab aku rse terlalu malampau kita nak fitnah org sedang buat ibadah... hish2..

    BalasPadam
  9. Suatu kebenaran yg harus diketahui umum. Kegiatan menyebar fitnah ini seakan menjadi tabiat dan amalan dalam kancah politik negara. Masyarakat tak harus dibiar dalam pemikiran secara persepsi semata. Terima kasih kerna berkongsi fakta..teruskan usaha

    BalasPadam
  10. salam. cuma ingin berkongsi, kalau pemimpin sekali pun, mengapa perlu dikawal? adakah matlamat haji tercapai jika sebegitu? matlamat haji adalah untuk menyama ratakan seluruh umat islam. biar pemimpin ataupun rakyat. sebab tu lah semua pakaian berwarna putih. kalau dah macam ni, tak lengkap tujuan haji. tak sampai maknanya. wallahualam.

    BalasPadam
  11. azhar: a good arguement, aku sokong. tapi kena ingat, matinya Najib tak sama dengan matinya aku, kau atau penulis blog. erti kata lain, apa2 benda berlaku dekat pemimpin sangat berbeza implikasi terhadap negara/umat berbanding kita yang rakyat biasa ni.

    bukan aku nak cakap pemimpin lebih superior, najib tu bagus ke apa. tapi ingat bila perang nabi kita pun dilindungi sahabat, takut2 apa2 terjadi. ok situasi berbeza, nabi pergi perang najib pergi haji je. pendek kata, pegawai keselamatan tu hanyalah langkah berjaga-jaga. bukan suka2.

    akhir kata. husnuzon jelah. lagi elok bersangka baik. pahala pun dapat, betul atau salah apa yang pemimpin kita lakukan, itu terserah kepada Yang Esa untuk menilai

    BalasPadam
  12. kalau PM pegi atas undangan memang akan disediakan bodyguard semua, melainkanlah dia pergi sendiri, meang x ada bodyguard.

    even wartawan tv3/ dr2 yg ada misi, dijemput ke sana juga diberikan layanan yg serupa bukan? Wallahualam..

    BalasPadam
  13. melalui sumber yang satu tahu langkah ni sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan sebarang kesesakan atau pun berlaku sebarang kemungkinan.. dah memang prosedur nya mcm tu.. kang kalau berlaku apa2 kepada pemimpin negara kita bukankah akan memburukkan reputasi arab saudi sebagai tuan rumah.. namun ibadah yang dijalankan oleh Dato Najib tetap sama mcm rakyat biasa.. beliau juga kena tawaf dan sebagainya.. kita doakan jer laaa kesejahteraan beliau...

    selaku muslim kita kena hormat pemimpin kita selagi beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang tak mengikut syariat Islam.. Wallahualam...

    BalasPadam
  14. bgslah ada yg ulas...penat tgk org share & post lepas tu hentam itu ni.

    suke btl cari yg slh dulu kan

    BalasPadam
  15. Setuju dgn tasha.. Lbh byk kte memburukkan org smkn jelas keburukkan kita.. Astaufiruallah alazim...

    BalasPadam
  16. Semoga apa yang betul akan terbukti kebenarannya, anyway,
    Beliau dh ada layanan seperti Rasulullah (dilindungi sperti ad dlm hujah2 di atas),
    Semoga dalam pentadbiran pun dapat dijalankan seperti Rasulullah did sewaktu masa Baginda memerintah.(Al-Quran dan Sunnah) so that tidak sia-sia layanan yang diberi tu.. Amin..

    BalasPadam
  17. haha. alahhhh. biarlah si najib tu. dia buat dosa ke pahala ke. urusan dia dengan tuhan. tak payah nak pamerkan kebaikkan dia ke. keburukkan dia ke. hal diri sendiri jaga dulu!. haishhh!

    BalasPadam
  18. bgs2...atleast ad yg ulas dgn betol,nie rmai yg dok maki hamun ntah pape..yg penting niat...

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah...Satu penerangan yg agak lengkap...namun gambar2 seumpama ini x tersebar & diberi penerangan secara meluas...yg tersebar meluas kini adalah gambar yg menarik tanggapan negatif rakyat, lbh2 lg menjadi slh satu isu pd kacamata pembangkang...jd diharapkan kpd semua yg sdh tahu ni dpt menyebarkan perkara ini kpd insan yg lain sedaya mampu seperti mana gambar & penerangan negatif yg tersebar meluas kini...wassalam...

    BalasPadam
  20. kenapa pertikai dan mempersoalkan samada Rosmah Mansor bertudung atau tiddsak. Kalau dia berdosa adakah orang yang selalu membangkit perkara ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti? Yang nak kena jawab nati adalah Najib, Suami dia. Yang oran2 yang tidak berkenaan kenapa dok sibuk2 mengumpat sana sini. Lebih baik tengok kiri kanan adakah kaum kerabat orang penyibuk ini sudah menutup aurat mereka dengan sempurna atau tidak.

    BalasPadam
  21. bro,mintak izin share dkat facebook.tq.

    BalasPadam
  22. Mencari salah dan memaki lagi senang dari mencari rational dan logik..
    Lumrah manusia suka buat perkara yg senang..

    Keep it up Fariz..

    BalasPadam
  23. pak jib kalau tak berubah2 jugak aku tak tau lah..hahaha..

    BalasPadam
  24. ermmm...good post...

    *jgn nilai org cpat sangat....
    x baekkk..

    BalasPadam
  25. Salam fariz,
    lama xdengar khabar.
    sihatkah?
    nice ulasan
    jom kita sama2 renungkan kata2 yang ustaz aku share dalam perjumpaan kami y lepas
    `Jangan pernah kamu nak mengutuk/memfitnah orang lain jika kamu xpernah nak solat/doakan supaya dia kembali kepada Islam`
    wallahu`alam
    (aku bukan penyokong najib)
    haha
    :)

    BalasPadam
  26. sngt bagus....sbb skrg org yg buat ibadah pun org dah berani fitnah..

    BalasPadam
  27. semoga Allah tunjukkan kebenaran sbgai kebenaran n tunjukkan kebatilan sebagai kebatilan


    Aku nak tegakkan Islam
    Amin.

    BalasPadam
  28. tegakkan Islam menjadi tanggungjawab semua Norabella... hehe.. ayuh kita sama2 tegakkan Islam walaupun kita berbeza ideologi politik namun Agama Islam tetap utama dihati..

    Betul kata ustaz Bella.. tak salah kita nak berpolitik.. namun setiap perkara ada batasnya.. sampai tahap ibadah pun nak fitnah itu sudah melampaui batas.. so kalau nak jadi pembangkang ker kerajaan ker.. janji kita tahu batas2 agama....

    Kita pun manusia biasa tak layak untuk menghukum.. yang penting kita doakan org lain mendapat hidayah supaya mereka dan kita sama-sama tergolong dlm org2 yang beriman.. Amin..

    BalasPadam
  29. Bermulanya nak tegakkan Islam, kenali agama itu dulu
    sejauh mana aku kau dan mereka mengenali Islam?
    aku sendiri masih kabur dalam mendalami agamaku sendiri.
    sejauh mana aku kau dan mereka mengenali Allah?
    sejauh mana aku kau dan mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat?
    di mana aku kau dan mereka meletakkan Al Quran dan Sunnah?

    bila fariz mengatakan, kita berbeza ideologi politik. saya nak tanya, apa agenda politik anda?

    aku hanya mengikut mereka yang meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai tunjang utama.
    itu adalah wasiat terakhir Kekasih aku

    dan semestinya
    bukan UMNO dan BN
    :)

    BalasPadam
  30. keep it up fariz..ko sntiasa kwn yg ku knl mase pre law dlu..xknl aku da kot..haha..

    BalasPadam
  31. thankyou fariz! appreciate it bro! alotsa!(:
    sory, i dah share ur article yang ni for almost on 6 walls sebab before this i ada posting about the picture yang kondem our pakjib.
    nak clarify balik with them :)

    #thankyou.may Allah bless and keep it up! followed:D

    BalasPadam
  32. manusia ada satu tabiat... iaitu 70% pandangan pertama adalah negatif... sbb tu lah orang cpt trma perkara ngtive berbnding postve... huhuhu... kita xperlu nak menghukum seseorang. dia bt so dia yang dapat... n kita bt kita dapat.. hajikan rukun islam yang ke-5 yang mampu je buat.. xmampu xperlu buat... walau kita mampu sekalipun jika Allah xjemput kita ke sana xkan sampai..... sepatutnya kita berdoa agar Allah beri kita peluang untuk ke sana n jemput kita kesana untuk beribadah.. so pasal pemimpin if xde orng jaga jadi apa2 akan melibatkan dua negara... so if berlaku benda buruk kan nanti krjaaan m'sia cakap kerajaan arab saudi xmenitik brtkan kslmtn pemimpin ngra lain... kan x psl2 gaduh lak dua ngra.... ha isu kecik tmbh bsr...

    BalasPadam
  33. n psal ade bodyguard tu anggap je lau orang islam lain yng xde bodyguard tu lg byk phla berbnding yang berbodyguard..... mkn bsr ujian Allah mkn Sayang Allah kat umatnya itu... heheheh... so Allah nak bg pahala lebih lah tu... so pilih nak bodyguard ke nak nak pahala lebih.. heheh...:) sori lau gurauan nie kasar...

    BalasPadam
  34. Bella sahabatku,

    Makna "KITA" itu lebih general.. sye tak maksudkan hanya aku dan kau.. tetapi kita semua.. walaupun kita memiliki berbezaan ideologi politik namun ia tidak menjadi penghalal cara untuk menfitnah dan melakukan sesuatu luar daripada batasan Islam.

    Ingat: MATLLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...

    sejujurnya saya tak ada AGENDA POLITIK langsung... kalau saya ada sudah pasti saya akan menunjukkan keburukan pembangkang dan menunjukkan kebaikan kerajaan.. pada post ni sye menunjukkan kebenaran yang berlaku.. sebab saya tak nak orang salah anggap...

    soalan saya .. bagaimana anda boleh soal post ini mengenai agenda politik?? apa pula agenda politik anda utk persoalan anda itu..??

    kouta= "dan semestinya bukan UMNO dan BN"

    disini bukan saya nak ajak anda berdebat parti mana yang lebih baik, cuma saya cuba memberi anda pandangan saya supaya kita sama2 boleh membuka minda supaya tidak senang mempercayai sesuatu perkara tanpa asal usul periksa...

    BalasPadam
  35. mengenai agama bagus untuk kita menegakkannya.. cuma nasihat saya.. KITA TEGAKKAN LAH ISLAM KERANA SAYANG DAN KASIH KEPADA ALLAH.. BUKAN KERANA PARTI...

    tak kisah mana parti pun ISLAM TETAP BOLEH DITEGAKKAN...

    Islam agama yang syumul ia bukan diukur melalui parti... maka ayuh laa kita sama2 mengenali Islam dengan lebih baik dan mengamalkannya sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat..

    maaf kan saya sahabat ku Bella kalau saya ada terkasar bahasa...

    BalasPadam
  36. terima kasih kepada semua yang sudi baca.. dan sebarkanlah kebenaran ini...

    BalasPadam
  37. sebagai renungan n nak buka mata orang muda
    zaman sekarang manusia hanya islam di kad pengenalan
    xcondemn ko pon
    lebih kepada nak bg kesedaran pada diri dan mereka y membawa
    ambil y jernih buang yang keruh

    menegakkan islam bukan kerana parti
    tapi melalui parti
    sebab itu masyarakat khususnya siswa/siswa kena ambil tahu isu2 semasa
    jagn jadi lemau
    :)

    ko xyahlah nak jaga hati aku
    haha
    :)

    BalasPadam
  38. well org melayu mmg sensitif bile disentuh hal ploitik atau agama.tp bg aku post ni sbnrnye takde kaitan dgn unsur2 politik pun.bukan niat dia nk bersihkan nama sesiapa.dy cuma post atau bg kite bukak mata pasal apa yg betul apa yg salah. sbb aku tgok kebanyakan org yg berckp buruk psl org lain or pikir negatif semuanya bercakap mengikut hati dan perasaan bukannya ikot fakta. telinga tu sedap je dgr bnda tak baik.asal la?membaca taknak,surat khabar tak bace.selalu tgok drma tu pasal jd mcm tu. sorry la,pendapat aku je.bersgka baik kn lebih bagus.

    BalasPadam
  39. setuju dengan belle.. baguslah at least benda ni boleh membantu dlm memantapkan lagi pemikiran kritis kita...

    BalasPadam
  40. ya lah.. betul semua nyer sama kan, CUMA mane Isteri-Isteri Dia org?? hmmm??

    Hmmmm ah... paham... Rosmah yg PM sebenar nyer.... ok ok ok paham... terima kasih

    BalasPadam
  41. Anonymous, kau ni jangan cari salah orang kalau tak tahu apa yang sebenarnya.

    BalasPadam
  42. great post. tapi malangnya pakcik makcik kt kampung yg pegi ceramah PAS takkan tahu hal sebenar, asyik dengar fitnah. auta yg bukan fakta.

    BalasPadam