10 SUKA DUKA 2010.

10:29 PG 11 Comments

Dah lama rasanya tak update blog.. macam biasa internet buat hal sebab lupa nak bayar bil... lagi pun sekarang ni  tengah pokai sebab duit banyak nak pakai  untuk masuk universiti... ALHAMDULLILAH.. aku berjaya sambung dalam course Mescom... (cuak laa dengar cerita result muet keluar 3 januari ni..hayoo!!)

Sempena tahun baru sedang mendatang... maka sesuai la aku memberikan 10 rangking peristiwa suka mahupun duka dalam hidup  aku sepanjang 2010 ni... ayuh kita lihat carta-cartanya... hehe....

10

tempat yang kesepuluh ialah kisah aku menguruskan BAJU KOPORAT untuk budak-budak Pre-law... ialah selaku Bendahari dalam kelab Pre-law maka aku pun bercadang untuk memberikan kelainan kepada ahli kelab... iaitu menwujudkan BAJU KOPORAT.. sebab selama ini prelaw hanyalah memakai baju T-Shirt club yang sangat membosankan iaitu warna hitam...TATTT.....


maka hasil aku bertungkus lumus mencari designer, mencari supplier, mengumpulkan wang pelajar prelaw yang berlambak... melayan karenah serta tomahan yang tak sudah-sudah menhentam... AKHIRNYA aku dapat juga mewujudkan sebuah tradisi baru di Pre-law iaitu baju rasmi ini... 

fuhh.. sumpah penat... namun semuanya berbaloi.. selepas hari pertama baju ni sampai aku dah bersorak kegembiraan.. kemudian pada keesokkan harinya aku melihat semua pelajar pre-law mula memperagakan  baju ni.. sumpah dorang nampak sungguh bergaya.. DAN PADA SAAT ITU AKU HAMPIR MENITISKAN AIR MATA... hehe... akhirnya baju rasmi ini telah menjadi tradisi dan sekarang ni pun junior-junior aku di PRELAW sedang meneruskan kelangsungan baju ini.. 

aku harap budaya ini boleh kekal lama.. tak kisah la kalau dorang nak tukar design lain janji akulah orang pertama yang menjadi pencetus kepada kewujudan baju koporat dalam ASASI PRELAW DI KEDAH.. hehe.....

RELATED STORY..

9
Kisah yang berjaya menduduki tempat ke sembilan ini ialah memori dimana aku dan beberapa rakan-rakan yang lain dalam misi memecahkan rekod MALAYSIA... untuk berdebat dalam pelbagai bahasa dalam tempoh 111jam tanpa henti di PWTC... hehe...

aku sangat berbangga sebab menjadi salah satu komuniti dalam mejayakan program yang berprestij ni... maka  kami pun gigih la tidur dan berdebat di PWTC... hehe.. ini buktinya...
Sumpah bangga.. buat pertama kalinya dalam hidup aku memegang rekod MALAYSIA... hehe.. lihat la rambut aku sebab tak cukup tidur bertambah tension sebab kena berdebat tanpa henti.... ini lah hasilnya... MACAM ALBERT EINSTEIN..!!! hehe..

sama tak... hehe.... sebenarnya dalam masa yang sama.. tempat kami menjalankan program memecah rekod kebangsaan ini juga telah berlangsungnya PESTA BELIA DI PWTC... so dah alang-alang aku dapat tiket free aku pun masuklah pertandingan PUBLIC SPEAKING CORNER... hehe inilah aku...


hebat tak??? malangnya aku kalah.. wahaha..  tak pe tak penting pun menang kalah yang penting pengalaman.. hehe...

8
kisah yang menduduki tangga seterusnya ialah...(ala-ala anugerah plak.. hehe)... kisah aku memenangi pertandingan DEBAT VC CUP... bukan johan tapi naib johan.. wahaha..!!  tapi aku tak kisah pun sebab itulah buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku dapat berjaya berada di atas pentas FINAL bagi pertandingan debat... jujur aku katakan sepanjang hidup aku bermula daripada FORM 2 aku meceburi dunia perdebatan aku tak pernah capai tahap sampai ke pentas FINAL... jadi berdiri dan berhujah di hadapan semua orang memanglah sangat-sangat mengharukan... huhuh...
walaupun kalah tapi still bangga.. hehe.. nampak tak hadiah yang aku pegang tu.. sebenarnya dalam tu dapat KAMUS BAHASA INGGERIS...(what the kerk!! aku pun tak tahu motif debat bahasa melayu bagi kamus.. hehe...) aku memang mengakui ramai lagi penghujah diluar sana berkali-kali ganda lebih hebat dari aku.. jadi memori sebegini mungkin akan jadi yang terakhir bagi ku.. huhuh.....

7
kisah ke tujuh ialah kisah pertama kalinya aku pergi ke KONSERT dan MINAT BOLA... wahahah!!! macam kelakarkan.. tapi bagi budak skema dan baik macam aku..(perasan..) buat pertama kalinya dalam hidup aku merasai benda ni... hehe....

SHOUT AWARDS... 
macam inilah meriahnya konsert tu... tapi please laaaa.. jatuh darjat aku berdiri dan terlompat-lompat macam dorang ni.. hehe.. aku dapat tiket untuk duduk di bahagian atas.. yang bestnya aku punya tempat betul-betul bahagian tengah jadi view nya sangat cantik.. hehe.. macam2 peristiwa yang aku saksikan.. tapi memang gempak laa.. dan sekarang aku dalam perancangan nak cari tiket AJL plak.. hehe.. yang penting aku dapat tiket... FREE..!!!
JANGAN JEALOUS...!!! hehe....

dalam masa yang sama aku sudah mula berminat dengan pemain bola MALAYSIA.. hehe..
semua ini berlaku apabila aku secara tidak sengaja menyaksikan perlawanan bola bagi SUKAN ASIA diantara Malaysia vs China... mungkin bagi kalian setakat minat bola apa yang menariknya.. tapi bagi aku sangat ganjil sebab selama ni aku anti giler bola.. aku tak suka sebab aku mengakui aku kaki bangku dan aku fobia nak main bola.. so pasal bola memang aku tak ambil tahu.. tapi sekarang macam dah kena anjakan paradigma dan aku mula pula menyukai bola.. lagi-lagi bola tempatan.. hehhe.. HIDUP MALAYSIA..!!!

apatah lagi baru-baru ni MALAYSIA berjaya menundukkan GARUDA INDONESIA... yang propa jer lebih.. huhu.. suka aku.. melompat-lompat aku tengok bola... (bagi aku itu sangat pelik sebab sebelum ni aku tengok bola tertidur jer.. huhuh) SYABAS BUAT MALAYSIA... (hasilnya hari ini cuti umum.. hehe)

RELATED STORY.

6

SETERUSNYA ialah kisah dinner aku.. hehe.. macam-macam yang terjadi semasa dinner ni dan aku klasifikasikan inilah DINNER terbaik  dalam hidup aku... sebab aku rasa TERHARU sangat dengan majlis  ni kerana kami akan keluar daripada Asasi... huhuh.. dan bagi aku inilah DINNER yang telah menghargai jasa aku sebagai BENDAHARI KELAB... aku tak pernah terasa  terharu macam ni sekali... I LOVE PRELAW SO MUCH!!!!

BACALAH KISAH DINNER DI SINI.. hehe....

5
BAIK LAH.. kini kita akan melihat pula kisah top five dalam carta 10 kisah aku sepanjang 2010.. hehe..(over jer..!!) kisah seterusnya ialah detik dimana saat-saat akhir aku ingin meninggalkan UiTM Kedah.. aku megakui inilah tempat terbaik pernah aku menuntut ilmu selama aku hidup di dunia ni.. keadaan Kedah yang permai.. kawan-kawan yang baik dan ceria serta segala suka dan duka membuatkan aku sayang sangat UiTM ni.. rasa macam tak nak pergi.. tapi nak  buat macam mana .. kehidupan perlu diteruskan.. huhu..(menulis sambil mata berair..serius!!)

INILAH PRESENTATION TERAKHIR AKU...

SAHABAT HICOM(high community) PRELAW CLUB...
HARI MALANG YANG PALING MENARIK DI KEDAH..
ROOMMATES TERSAYANG..!!
THE BEST FOOD COURT IN THE WORLD..!!! hehe..
MASJID TEMPAT AKU BERIBADAH..
ANTARA BAGUNAN TEMPAT AKU MENIMBA ILMU.. huhu
TEMPAT AKU MENGISI AIR..
DAN JUGA
TEMPAT AKU BUANG AIR..
wahahaha!!!
LIBRARY TEMPAT AKU MENCARI SUMBER ILMU..
huhu...
 SELAMAT TINGGAL...!!!!!

RELATED STORY..
4
tempat ke empat pula ialah kisah aku dan rakan-rakan di kelas... sumpah banyak suka duka yang kami lalui selama setahun setengah sebagai classmates.. memang aku sayang sangat-sangat semua classmates aku.. pada semesta pertama aku telah dilantik mejadi ketua kelas... dan semesta seterusnya aku meletak jawatan sebab telah memegang jawatan BENDAHARI  dalam Prelaw Club.. 

INILAH KISAH KAMI...
BANYAK PERKARA YANG KAMI LAKUKAN BERSAMA...
1. BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA.
2. ROMBONGAN KE BUKIT MERAH.
3. KONGSI NOTA BERSAMA-SAMA..(masa aku jadi ketua kelas aku yang memulakan budaya ini.. aku mewajibkan semua orang bayar duit photostat nota.. so aku akan edit nota diberikan oleh lecture kemudian copy untuk satu kelas... Alhamdullilah.. budaya ini diteruskan sampai habis belajar di Uitm Kedah.. hehe)
4. MENGAHADAPI PEPERIKSAAN DAN UJIAN BERSAMA
5. BELAJAR SERTA MELAYAN KARENAH LECTURES YANG PELBAGAI.. hehe

dan banyak lagi... kalau aku cerita boleh buat  novel 7 siri..(kalah HARRY POTTER.. heehe) yang penting dengan motto kelas 

GENIUS, GORGEOUS AND GLAMOROUS

KELAS 
PL G

AKAN SENTIASA DI HATI...!!!
RELATED STORY...
3
kisah ketiga ini memang agak malang sedikit bagi aku... namun aku ambil peristiwa ini sebagai pengajaran yang paling berharga... kisah aku di tipu sebanyak RM 550.. dalam sekelip mata sahaja ia terjadi.. hanya kerana termakan kata-kata dia yang manis serta sikap aku yang terlalu mudah mempercayai orang.. telah menyebabkan aku di rompak tanpa ku sedari....

peristiwa ini baru terjadi...dan sampai sekarang aku masih di dalam FOBIA..!! maka selepas ini aku takkan lagi mudah untuk mempercayai orang, lagi-lagi soal duit.. dan aku akan cuba lebih BERHATI-HATI...

MORALNYA: jangan mudah mempercayai orang yang tidak kita kenali..(aku sungguh kecewa kerana wujudnya orang-orang macam ini yang telah memburukkan persepsi orang untuk membantu orang lain selepas ini... maka hasilnya manusia tidak akan lagi ada sikap bantu-membantu kerana lahirnya sifat was-was dia atas kejujuran seseorang...)

RELATED STORY...

2
kisah yang menduduki tempat kedua ini ialah kisah aku menyertai sebuah program yang dikenali sebagai ASEAN LOGICS..
program ini mengumpulkan beberapa remaja dari setiap negara di Asia Tenggara untuk menjalankan research tentang community development... so senang cerita ini ialah sebuah program antarabangsa yang sangat-sangat berprestij malah susah sebab kena buat reseach bagai nak rak... yang penting aku adalah peserta termuda dalam program ni.. hehe.. (mesti korang tertanya-tanyakan kenapa aku dapat masuk program macam ni?? bukan senang ok.. jawapannya.. ketua fasilitator bagi program ni ialah kawan aku.. dan ada kekosongan peserta dari Malaysia lagipun dia kata aku agak layaklah sebab boleh tolong jadi translator kepada peserta luar negara.. hheee.. maka aku yang tak mahu melepaskan peluang keemasan ini pun terus jelah  setuju.. huhu)

banyak perkara yang aku belajar dalam program ni.. AKU BUAT RESEARCH MEGENAI SUSTAINABLE OF ECO-TOURISM...misi kita orang nak melihat bagaimana sesebuah tempat itu boleh maju tanpa menyentuh atau mengubah pun flora dan fauna.. (macam susahkan.. tapi di selepas menjalankan research di sabah aku rasa perkara ini tak mustahil dan seriously Malaysia berjaya melakukannya...)  

SELAIN itu juga banyak pengalaman budaya yang aku belajar dari kawan-kawan aku dari  negara lain seperti orang SINGAPURA, INDONESIA, VIETNAM, FILIPINA , BRUNEI dan sebagainya...

INILAH CEBISAN CERITA TENTANG KAMI...
MUKA AKU FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG..
INILAH KAMI.. DARI PELBAGAI NEGARA MENJADI SATU..
hehe...
DISAAT AKU MEMAKAI BAJU ORANG LAUT...
hehe.. suku bangsa laut ni ada bahasa sendiri ok..
aku pun tak faham.. hehee.. kawan aku dari kemboja tanya..
"what they are talking about?"
aku  jawab..
"I don't know because we never study such that language in school..hehe"
malu jer aku.. huhuhu...
SAAT MENAIKI SAMPAN DI SUNGAI KINABATANGAN...(ada banyak buaya ok..)
AKU BERPAKAIAN TRADISIONAL VIETNAM..!!
 NI PULA PAKAIAN TRADISIONAL YANG TELAH DI MODENKAN DARI KEMBOJA...
FULL SUTERA OK.. MAHAL NI..
(selamba jer aku pakai baju sutera.. tak pelah nak try sekejap jer..)
SAAT AKU PAKAI TANJAK ORANG INDONESIA..
hensem gak.. wahaha!!!
AKU BERSAMA GADIS LAOS...
HOT KOT... hehe...!!!
ITU DIA KETUA KUMPULAN KAMI SEDANG MEMBENTANGKAN HASIL RESEARCH..
DIA BUKAN ORANG MALAYSIA YEE...
ITU DIA ORANG KAYA BRUNEI.. wahaha!!!

banyak lagi sebenarnya kisah kami... malangnya tak mampulah nak cerita semua.. yang penting inilah pengalaman yang best sekali because sampai sekarang aku masih lagi contact dengan kawan-kawan dari negara-negara lain.. inilah yang penting.. SEMANGAT REMAJA ASEAN...!!!! (masa ni Malaysia jadi tuan rumah jadi next Asean LOGICS Vietnam pula akan jadi tuan rumah.. so siapa nak pergi boleh tanya aku sebab orang yang uruskan program di sana is my friend gak.. hehee...)

1
NO 1 IALAH....
bukan satu malaysia lah.. no satu kisah aku dalam tahun ni ialah MUET..!!!!! (Malaysia University English Test..) sumpah sampai mati aku kan ingat memori ini sebab kerana MUET lah masa depan aku kini penuh dengan onak dan duri serta diberikan pelbagai pilihan....
SEBELUM AKU MASUK ASASI PRELAW AKU SUDAH PUN DIUJI UNTUK MEMILIH ANTARA BIASISWA PERAKAUANAN TELEKOM ATAU PERUNDANGAN DI UITM.. aku mula membuat pilihan apabila aku kemas buku sekolah rendah aku dan aku terjumpa.. yang masa kecil aku bercita-cita untuk menjadi peguam... maka aku dengan yakin pun mengambillah perundangan dan menolak biasiswa yang telah ditawarkan bulat-bulat....

NAMUN, syarat untuk sambung Degree Perundangan iaitu band 4 untuk MUET telah menjadi batu penghalang kepada perjalanan  aku menjadi seorang peguam.... maka kini harapan aku ialah keputusan MUET ke 3 aku yang akan keluar 3  haribulan januari ini......

GEMENTAR, TAKUT, SEDIH, KECEWA, BERBELAH BAGI... bercampur aduk  dalam perasaan aku kini... maka aku memutuskan.....

PLAN A: dapat  Band 4 aku buat rayuan untuk ambil Undang-Undang....
PLAN B: dapat Band 3 aku akan stay dalam MESCOM dan membuktikan aku still boleh berjaya in the other track.... 
 
RELATED STORY..

MAKA ITULAH KATA PUTUS AKU... INILAH MUET TERAKHIR AKU.. DAN AKU YAKIN KEPUTUSAN MUET INILAH YANG AKAN MENENTUKAN ARAH MASA DEPAN KU.. dan aku sebagai insan biasa akan terus berusaha walaupun dimana sahaja jalan yang diberikan Illahi.....


MAKA SEKIAN KISAH 
SUKA DUKA 
FARIZ RAZALI
2010..
 
AZAM BARU...
"ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI"

11 ulasan:

PERSEDIAN PERKEMPEN.....

9:13 PG 0 Comments

OK... aku berdebar-debar sebab undian akan bermula esok... tapi malangnya... internet rumah aku tiba-tiba lembab... macam mana nak berkempen ni... AAAAA!!!!!

BERDOA JER LAAA......................

SELAMA SEJAM AKU MENG"EDIT" GAMBAR NI UNTUK DIGUNAKAN SEMASA BERKEMPEN.. OK NAMPAK MACAM SIMPLE.. tapi mungkin disebabkan aku yang lembab dan bodoh meng"edit" gambar tu yang jadi sampai sejam.. hehehe....

TADA..!!! ini hasilnya...!!!!

KEPADA SEMUA PARA SAHABAT, SAUDARA-MARA, KENALAN MAHU PUN TAK KENAL SILA LA AJAK RAMAI-RAMAI UNDI AKU NI.........

jujur aku tak letakkan harapan tinggi tapi aku buat sedaya upaya sebab aku usha blog2 lain yang juga berjaya jadi TOP 50 semua hebat2...... blog berkali2 ganda lebih cantik dan menarik dari aku.. yang penting followers ada yang dah cecah 1000 ORANG!!!!!

MAK OIT!!!!! aku baru nak cecah 200... BOLEH KE LAWAN MEREKA YANG 5 ATAU 6 KALI GANDA LEBIH HEBAT....??? berserah jelah... hehee....

OK GOOD LUCK!!!! FARIZ.... (wish diri sendiri... hehee...)

0 ulasan:

200 followers..!!! OOO~!!!

9:37 PG 3 Comments

TAK SAMPAI SETENGAH TAHUN PUN AKU BERBLOGGING.. AKU DAH BERJAYA BERKAWAN DENGAN 200 ORANG LEBIH.. TERIMA KASIH PARA SAHABAT....
 
MEMANG AKU TAK SANGKA BUAT BLOG INI MEMANG BEST..!!! DAPAT BERKONGSI IDEA SERTA PERSEPSI.. MENGETAHUI PELBAGAI BERITA LUAR ATAU PUN DALAM NEGARA... hehe.... 

AKU HARAP LEBIH BANYAK LAGI PARA SAHABAT BLOGGER YANG SUDI FOLLOW BLOG AKU YANG TAK SEBERAPA NI... hehee...

p/s: semalam aku try nak tukar template blog baru.. sebelum ni pun dah try.. tapi tak ada satu pun template yang sepadan dengan kehendak aku... (emm macam mana ni..) bila aku tengok blog orang lain warna-warni rasa jealous plak.. namun bila fikir-fikir balik tak mengapalah... aku rasa blog aku sekarang dah ok kot.. walaupun simple giler.. hehe... BIAR SIMPLE JANJI BERILMU..!!! hehee... ok siapa rasa blog aku hodoh bagilah tahu tak kisah pun.. hehehe...

3 ulasan:

PENGAKUAN ORANG CINA..(COO)

3:39 PG 3 Comments

Malaysiakan memang kaya dengan pelbagai bangsa. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya..
Bangga aku melihat gambar ini yang melambangkan kepelbagaian Malaysia yang wajar dibanggakan oleh semua. Namun biasalah manusia tidak sempurna dan walaupun negara kita sudah hidup bersatu-padu dan aman damai. Masih lagi ramai diluar sana tidak berpuas hati dengan keadaan negara... Jadi ayuh mari kita dengar beberapa rintihan atau suara yang diberikan oleh warga Cina tentang negara kita yang tercinta ini...

PENGAKUAN PERTAMA...

Seorang perempuan cina di Melaka yang sudah berumur 50an.. melalui cara percakapan dia kita boleh tahu yang dia ini ialah seorang yang terpelajar. Dia memang seorang yang aktif dalam perkembangan politik semasa dalam negara dan selalu menghadiri pelbagai ceramah bagi mengambil tahu perkembangaan semasa.(bagus ada orang cina macam ni sebab mereka sayang dan ingin tahu pasal negara)..

Tapi dia rasa kurang berpuas hati dengan pemerintahan yang di tunjukkan oleh kerajaan kerana katanya kerajaan kini sudah terlalu selesa. Kerana sudah memegang tampuk pemerintahan selama 50 Tahun maka banyak perkara yang penting sudah dipandang remeh oleh mereka...

Dia kata keadaan Melaka sangatlah teruk.. kerana selaku kawasan yang bersajarah malah menjadi TAPAK WARISAN DUNIA.. kerajaan seharusnya membaik pulihkan kemudahan yang sedia ada dengan sebaik mungkin seperti jalan raya, tandas awam dan sebagainya.. namun kerajaan sibuk membazirkan duit ke arah perkara yang tidak sepatutnya... Katanya kerajaan bercadang membina Monoreal..
Tapi kawasan yang hendak dibina itu tidak strategik dan menyesakkan lagi kawasan Melaka.. Tambah dia lagi banyak kerosakkan yang berlaku tetapi tidak diambil peduli.. Maka selaku rakyat yang prihatin dia agak kecewa dengan sikap kerajaan yang sambil lewa itu..  MAKA HARAP PIHAK KERAJAAN BOLEH MENGAMBIL PERHATIAN.. KALAU TAK( faham2 jelah...)

PENGAKUAN KEDUA...
Ini pula ialah pengakuan seorang lelaki cina yang boleh dikira berumur pertengahanlah... dalam linkungan 40an.. Katanya dia pernah bekerja di luar negara sebagai MANAGER... kini dia kembali ke tanah air bekerja sebagai MANAGER juga... dia cakap kat aku ramai kawan-kawan dia yang belajar di luar negara tidak mahu pulang ke tanah air seperti dia.. malah kawan-kawan dia tidak mengalakkan dia bekerja di dalam negara... KENAPA??????



dia kata kerana penerimaan yang ditunjukan kepada negara seakan-akan tidak menghargai golongan seperti mereka..?? (AKU DAH PELIK... penghargaan macam mana yang mereka nak??) dia kata kalau diluar negara tiada sebarang sistem keistimewaan akan dijalankan... SIAPA YANG BERUSAHA LEBIH DIA YANG AKAN DAPAT LEBIH...(nak cakap pasal hak keistimewaan orang melayulah ni..) dia mengakui memang orang cina boleh terus hidup dan survive cuma dia rasa usaha mereka bertungkus-lumus memajukan negara seakan-akan di anak tirikan... orang lain yang dapat lebih.. dia kata dia tak kisah kalau orang melayu dapat lebih janji orang melayu tu berusaha lebih... (ZAASSSS!!!!!)

JADI JELAS DAH KENAPA RAMAI WARGANEGARA TEMPATAN YANG BELAJAR DI LUAR NEGARA TAK NAK BALIK MALAYSIA..!!!

aku tanya dia.. jadi kenapa dia balik Malaysia...??? dia jawab...

DIA SAYANGKAN NEGARA INI... DAN DIA SAYANGKAN KELUARGANYA DISINI.. DIA KATA DIMANA SAHAJA BUMI DI PIJAK DISITU LANGIT DIJUNGJUNG... (tengok siapa kata orang cina tak ada semangat patriotik..hehe.. dia anggap diri dia sebagai orang Malaysia bukan orang cina..)

PENGAKUAN KETIGA...

Yang ni menarik sikit.. dia ni pak cik cina yang tinggal di Perlis.. seorang perniaga... dan sudah berumur dalam 60 an... dia kata dia sangat sayangkan negara ni sebab aman dan damai.. dia memang seorang yang peramah.. penat layan dia.. TAPI BAHASA MELAYU DIA NOT SO BAD LAA..... 

PESANAN DIA KEPADA SEMUA: JAGALAH NEGARA KITA BIAR KEKAL AMAN DAN DAMAI DAN BERPEGANGLAH KEPADA PERJANJIAN NENEK MOYANG DALAM KONTRAK SOSIAL KERANA HIDUP INI PERLULAH ADA TOLERANSI MAA.... hehehe


PENGAKUAN KEEMPAT..

Ni pula ialah kisah seorang pemuda cina di Terenganu.. mula-mula aku dengar suara dia aku ingat orang melayu sekali minta nama cina rupanya...hehehe...

Dia dan family menjalankan perniagaan di pasar Terenganu.. dah lama dah dia kata ayah dia berniaga.. dah makan berpuluh-puluh tahun.. tapi biasalah lumrah berniaga di pantai timur ni berdepan dengan musim tengkujuh... jadi banjir itu sudah menjadi perkara biasa saban tahun..

NAMUN... bagi perniaga kecil macam dia dan keluarga manalah mampu membeli sampan untuk berniaga ketika musiam banjir tak pun untuk menyelamatkan barang perniagaan.. namun yang menyedihkan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berniaga mereka masih tidak mendapat sampan daripada kerajaan tetapi perniaga yang baru sebulan perniaga di pasar itu sudah mendapat sampan...(WHAT THE KERK!!!) 

nak buat macam mana.. tetapi dia kata akhirnya dia dan family dapat juga sampan yang dijanjikan walaupun lambat... cuma dia agak kecewa dengan sikap kerajaan yang PILIH BULU UNTUK MEMBANTU ORANG..!!! hish2...

PENGAKUAN KELIMA...

SETERUSNYA, seorang lelaki muda berbangsa cina di KUALA LUMPUR... kota metropolitan dunia ni... untuk pengetahuan semua.. nak dapat orang yang bagi  kerjasama tak kiralah bangsa cina ke, melayu ker, india ker memang susah... semua orang Kuala Lumpur sombong.. (tak tehttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=720972101416796104rmasuk aku.. hehehe)

tiba-tiba aku buat panggilan dapat seorang cina yang memang fasih nak mampus bahasa melayu... cara dia cakap dengan  slang dia memang melayu habis...!!! (BAGUS!!!) aku tanya dia kenapa slang dia macam melayu dia kata sebab dia ada banyak kawan melayu jadi dia dah biasa cakap melayu.. kemudian aku bagitahu dia nak buat research...

BELUM SEMPAT TANYA DIA SETUJU NAK JAWAB KE TAK DIA KATA... 

"BAIKLAH TERUSKAN SAHAJA... SAYA JAWAB APA YANG SEMAMPU.. LAGI PUN KALAU KAT LUAR NEGARA MEMANG DAH BIASA DAH ADA SURVEY-SURVEY BERTANYAKAN PANDANGAN RAKYAT NI...."

suka aku dengar jawapan dia ni.... jadi kepada respondent-respondent telefon aku yang sombong-sombong tu buka la mata sikit yang kita ni buat untuk negara bukan untuk sesiapa.. hehehe.... kalau kat  luar  negara tu orang dah biasa dah jawab-jawab survey macam ni... 

maka aku punya survey dengan dia pun berjalan dengan lancar... dia siap bagi tahu lagi yang dia bekerja sebagai ENGINEER  DI RUSSIA... adushh... pandai bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina kerja kat russia mesti pandai cakap bahasa russia gak... bapak hebat..!!! 

Kalau semua orang cina macam ni kan bagus senang sikit nak buat kerja.. hehehe....

MAKA KONKLUSI AKU......
SEMUA BANGSA SAMA SAHAJA....
KITA BERDEPAN DENGAN PELBAGAI CABARAN...
APATAH LAGI CABARAN MENJAGA SEBUAH NEGARA...
DAN...
PERLU DIINGATKAN.. BAHAWA SEGALANYA..
TIDAK SEMPURNA...
JANJI KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA...
PERLU 

TOLERANSI

BARULAH NEGARA KITA KEKAL AMAN DAN DAMAI..
AMIN..!!!

RELATED STORY..

3 ulasan:

TOP 50..!!!

10:19 PG 7 Comments

OK AKU AMAT TERKEJUT... tapi dalam masa yang sama ingin mengucapkan Alhamdullilah yang tidak terhingga... kerana aku telah berjaya dinobatkan sebagai TOP 50 BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA... bayangkan.. ada 300 lebih blog yang bertanding.. aku dapat jadi TOP 50... aaaaa!!!!

JUTAAN APRISIASI... JUTAAN TERIMA KASIH SERTA JUTAAN KASIH SAYANG.. AKU NAK BAGI KEPADA SEMUA PENGUNDI YANG TELAH MENGUNDI BLOG AKU HINGGA BERJAYA MENJADI TOP 50...!!!
INI DIA CIUMAN SAYANG YANG TAK TERHINGGA...
HEHEHE.....
Pelbagai cara telah aku lakukan untuk memancing undian ni... meh la sini aku kongsi sedikit tips macam mana aku meraih undi.....

PERTAMA: aku blogwalking ke blog2 orang sambil meminta tolong mereka mengundi aku.. dalam masa yang sama nak up traffic blog gak.. so  ada lah juga hasilnya sedikit... dalam sepuluh blog yang aku minta tolong Insyaallah 1 akan mengundi....

KEDUA: sebarkan di laman sosial seperti facebook, twitter and sebagainya... kalau facebook tu memang aku post dimana-manalah.. di page aku, di page orang, group aku dan sebagainya... hehehe yang penting jangan post sesuka hati minta izin tuan rumah dulu.. hehe

KETIGA:  aku mendapatkan rakan-rakan serta orang kuat dibelakang aku untuk membantu menyebarkan maklumat serta memancing pengundi... hehee.... (aku tak nak lah sebut nama sebab takut kalau ada yang terlepas mesti kecil hati jadi nak jaga hati semua pihak biar semua rahsia... janji aku memang sayang pihak2 ini yang telah membantu aku... tq very much!!!!)

MAKA HASILNYA.....


 JADI DENGAN BANGGANYA AKU INGIN BERKONGSI KEJAYAAN INI DENGAN ANDA..!!!
YEEEEAAAHHH!!!! KALIAN BOLEH TENGOK LINK NI KALAU NAK TAHU PASAL KEPUTUSAN  BLOG AKU....    KEPUTUSAN TOP 50..!!!

ramai bertanya kepada aku..??? kalau menang kau dapat apa??? hadiahnya apa??? 

Untuk pengetahuan semua pertandingan ini tidak menjanjikan apa-apa hadiah.. namun sebenarnya hadiah yang diberikan ialah...
TIADA HADIAH DUIT ATAU SEBARANG HARTA MEWAH PUN MENANDINGI BENDA NI... dan yang penting juga pertandingan ini membantu aku membuka jaringan blog aku dengan lebih luas malah akan lebih dikenali umum... sumpah aku suka menulis tetapi aku tak pakar dalam dunia blog ini.. jadi pertandingan inilah yang akan menjadi madah aku untuk terus maju jaya dalam dunia penulisan....

MAKA... JANGAN LUPA UNTUK UNDI AKU DALAM UNDIAN KEDUA..!!!! 

p/s: mampukah aku jadi TOP 10??? kalau ada rezeki InsyaAllah... manalah tahukan.. hehe

update:  selesai sahaja aku post entri ni... ada orang bagi aku awards!!! Alhamdullilah.. nilah first awards yang pernah aku dapat... terima kasih banyak2  KAY YEA..  ni awardsnya...

7 ulasan: