Ada Apa dengan GST?

8:34 PTG 46 Comments

 
Ini ialah tweet aku bersama Rafizi yang selepas pembentangan Bajet 2014 begitu semangat sekali dia menyampaikan kefahaman dia mengenai GST tetapi aku pelik macam ada beberapa penerangan yang dia bagi macam tak betul. jadi sebab sayang sesama muslim tak salahlah kan aku nak tegur untuk kurangkan potensi mendapat dosakan? tak kiralah ditanah suci ke kat mana-mana ke dosa memang sama tapi kalau orang tegur terimalah dengan terbukakan dan yang penting hormat Tanah suci.. =)
 
Selepas kejadian ini aku mula rasa terpanggil nak kupas mengenai GST. Dalam banyak-banyak intipati pembentangan Bajet 2014 aku rasa GST yang paling menarik untuk anda semua fahami. Kerana system pencukaian baru ini boleh mengubah Negara.. persoalannya? adakah berubah menjadi lebih baik atau buruk? JOM KITA SELIDIK!
 
Untuk pengetahuan semua,
 
GST (Government Service Tax) juga dikenali sebagai Value Added Tax(VAT) oleh sesetengah Negara. GST bukanlah system cukai tambahan tetapi ialah sistem percukaian yang akan mengantikan Sale and Services Tax (SST) yang diguna pakai sekarang. Sistem GST ini telah digunakan oleh lebih 160 Negara dari 193 Negara dibawah United Nations. Untuk maklumat lanjut tengok link ni Negara-negara GST 
 
Dalam senarai itu telah merangkumi Negara Maju, Negara membangun mahupun Negara kelas ketiga. jadi pertikaian kata Malaysia hanya boleh melaksanakan GST bila dah jadi Negara Maju terbatal dengan sendirinya.
 
Jadi bagi mudahkan penyampaian aku menganai GST ni aku lebih suka kalau buat dalam bentuk soalan. kerana jujur aku kata GST sangat ekonomi dan kalau cerita menjela-jela korang tak faham pun buat apa kan..
 
1. Apa beza GST dan SST
 
Korang kena faham system cukai yang kita pakai sekarang SST cukai diambil dari pengeluar, kilang dan senang cerita orang tengah sebelum sesuatu produk atau servis sampai ke pelanggan atau penguna akhir. Malangnya apa yang berlaku orang tengah memasukkan cukai kedalam kos barangan atau servis mereka menyebabkan pihak seterusnya terpaksa tanggung cukai dari pihak sebelumnya dan next dia pass kat pihak seterusnya lagi dengan jumlah 2 cukai iaitu cukai dia dan cukai pihak sebelumnya. Gandaan ini berterusan sampai ke pengguna dan natijahnya pengguna macam tanggung semua cukai tu dan sebab itulah harga barangan lebih mahal kalau lebih banyak orang tengah. ayat mudah ini punca GANDAAN CUKAI.
 
Sebab tu kalau korang perasan kenapa yek beli barang kat Tesco ke lebih murah dari kedai runcit atau mana-mana pasaraya kecil. sebab Tesco ambil barang direct dari pengilang kurang orang tengah dan kesan SST. begitu juga yang berlaku kat Low Yat kenapa boleh dapat harga elektronik lebih murah sebab dia kurangkan kesan orang tengah.
 
Tetapi bila ada GST gandaan ini dapat dihapuskan apabila orang tengah boleh claim cukai yang dia kena dari pihak sebelumnya. dan bayaran cukai dia hanya di kira dari VALUE ADDED barangan yang dia buat. kiranya pengiraan CORE BARANGAN tidak diusik atau ditambah-tambah oleh cukai pihak sebelum. hasilnya, tak adalah penguna atau kita tanggung cukai mereka, cuma kita bayar GST 6% yang dikenakan pada produk akhir.
 
Ayat senanglah kan. kalau sebelum ni kena kena tanggung cukai dari orang tengah yang tolak cukai ke kita, sekarang kita terus direct je bayar 6%. kalau ikut kiraan pun sebagai penguna kita lebih untung sebab taklah kita merasa lagi cukai berganda dan kita boleh dapat harga barangan yang standard dimana-mana. kesan ini juga lebih menyenangkan persatuan penguna ke nak semak harga barangan agar tidak dimanupulasi oleh perniaga. kalau tak harga barang setiap tempat berbeza-beza dan hanya menguntungkan sesetengah perniaga, tapi tak menguntungkan pengguna.
 
ini Gambaran mudah menjelaskan pengunaan GST:
 
  
 
 
 2. Jadi selepas laksanakan GST adakah harga barangan akan turun atau naik?
 
Aku rasa ini soalan FAVOURITE semua orang. aku tahu korang bukan kisah sangat pun cara pengiraan GST dan SST sebab benda tu complicated. Bagi orang-orang biasa macam kita memang nak terus lihat kesan akhir adakah ia membebankan kita atau tidak.
 
Jujur aku cakap, antara harga barangan boleh turun atau tidak aku tak pasti. Tetapi melihat kepada mekanisme perlaksanaan GST sepatutnya harga sesuatu barangan boleh jadi turun kerana SST yang sebelum ini dilaksanakan dalam 10%(sale tax) tetapi bermula tahun 2015 GST yang akan dilaksanakan 6%.
 
Kedua, makanisme perlaksaan dimana orang tengah dalam perniagaan boleh menuntut cukai yang terkena pada pihak sebelumnya dan hanya perlu bayar cukai VALUE ADDED dalam barangan berkenaan sahaja. ini juga sepatutnya boleh mnegurangkan harga bagi sesuatu barangan yang sebelum ini dikira sekali hingga menyebabkan GANDAAN CUKAI.
 
TETAPI
 
Melalui beberapa bahan bacaan yang aku buat mengenai kesan GST bagi Negara yang telah melaksanakan GST, pada tahun pertama perlaksaannya memang ada sedikit kesan dari segi harga barangan. Kesan ini pun terjadi kerana terdapat beberapa perniagaan akan cuba memanupulasikan harga kerana apabila system cukai baru dilaksanakan sudah pasti akan ada beberapa peniaga yang mengambil kesempatan keatas system baru yang masih belum stabil.
 
Antara kesannya:
1. Harga barangan akan dinaikan dengan alasan cukai 6% dibuat sebagai cukai tambahan, sedangkan dia claim cukai berkenaan kepada kerajaan. ayat senang kita bayar dia cukai dua kali.
2. Harga sesuatu barangan sepatutnya turun harga tetapi perniaga tetap mengekalkan harga barangan seakan-akan system GST tak dilaksanakan dan dalam masa yang sama dia tuntut claim cukai dari kerajaan. Jadi dia dapat untung lebih.
 
Kesan begini sebenarnya kita selaku PENGUNA tak boleh terus tunding jari kat kerajaan sebab ini memang perkara NORMAL yang bakal berlaku kepada mana-mana Negara yang pada tahun pertama melaksanakan GST.
 
JADI APA PATUT KITA BUAT?
 
Itulah bezanya penguna Malaysia dan Luar Negara terutamanya orang Eropoh atau Amerika. Kuasa penguna sangat digeruni oleh perniaga di sana kerana penguna akan terus ATTACK perniaga kalau didapati memanupulasi harga. TETAPI budaya Malaysia, harga naik salahkan kerajaan, tapi depan perniaga tu redha je beli harga mahal.. APAKAH???
 
Aku ada beberapa kawan telah usulkan permasalahan ini kepada pihak KASTAM untuk mengeluarkan senarai harga barangan yang bakal berlaku selepas GST dilaksanakan. Tapi senarai harga barangan ini tak akan berfungsi kalau kita sebagai penguna masih malas nak tuntut hak kita ke pihak yang sepatutnya. Harap dalam kita menjadi Negara maju 2020 kita juga boleh memajukan pemikiran dan tindakan untuk mengawal harga dipasaran, kerana jujur perlaksanaan GST itu secara dasarnya sudah bagus untuk membantu rakyat cuma ia takkan Berjaya kalau rakyat sendiri tak bantu diri sendiri. Jadi Ayuh kita jadi penguna bijak dan InsyaAllah harga barangan akan terkawal. kalau kita sentiasa membantu pihak Kastam untuk menangkap perniaga yang memanupulasi harga dipasaran pada awal perlaksanaan GST =)
 
3. Kenapa GST dilaksanakan 2015
 
Kita kena faham yang GST akan dilaksanakan secara menyeluruh dan kerajaan perlu memastikan semua perniaga mendapat pendedahan yang betul dan tepat untuk melaksanakan GST, begitu juga dengan kita sebagai rakyat. Perlukan masa untuk memahami GST supaya nanti taklah terkejut beruk.. hehe..
 
Tambahan pula, 2015 didapati tahap inflasi Malaysia akan berada pada tahap yang rendah berbanding tahun-tahun yang lain. Jadi ini juga salah satu usaha proaktif kerajaan nak pastikan kesan GST pada tahun pertama yang aku cakap tadi tidak terlalu membebankan rakyat. Cuma ia terletak di pemikiran kita sahaja mahu membantu kerajaan untuk membantu kita atau terus condemn dan merosakkan pelan ini. Tepuk dada Tanya minda, nak maju ke tak? =)
 
4. Kenapa GST perlu dilaksanakan untuk tingkatkan REVENUE kerajaan?
 
Persoalan ini sangat hangat diperkatakan sampai ada pihak yang memanupulasi kata kerajaan nak makan lebih banyak duit rakyat, bla bla bla... kalau macam tu ada 160 lebihlah Negara dan makan duit rakyat Negara dorang sampai ekonomi mereka stabil.. WAHHH bijak sangat.. huhu
 
Untuk pengetahuan kalian, revenue utama Malaysia buat masa sekarang ialah hasil Petroleum dan cukai pendapatan. Kita kena rasional yang Petroleum bukanlah hasil yang boleh diperbaharui dan satu hari nanti Petroleum dah tak boleh jadi sumber utama Negara. Maka satu system cukai yang sistematik perlu dilaksanakan agar revenue Negara kukuh untuk menjamin kestabilan Malaysia.
 
Dah la sekarang ni rakyat mula menuntut macam-macam dari pendidikan percuma sampailah penurunan harga kereta, minyak, barangan bla bla bla.. semua nak kalau boleh FREE! tapi mana nak dapat hasil untuk laksanakan semua itu?
 
 
 
Kita ambil contoh Switzerland sebuah Negara yang maju dan memberikan pendidikan percuma, air paip bersih sehingga boleh minum terus dan pelbagai lagi kebaikan kepada rakyat. Persoalan mula timbul kenapa Negara seperti Switzerland boleh laksanakan semua benda itu tetapi kita tak boleh? Jawapannya kerana mereka menuntut GST sebanyak 20% kepada rakyat bagi menjamin revenue banyak untuk menangung semua kebaikan yang rakyat nak, baru ada check and balance dalam ekonomi Negara...
 
Takkan kita nak jadi seperti Negara bankrap macam Greece yang tak stabil revenue mereka tapi bagi rakyat free sana free sini akhirnya Negara free free je MUFLIS.. lagi pun permulaan cukai hanya 6% antara yang terendah. jadi usahlah berfikiran terlalu stereotype dan prejudis sampai semua benda rasuah, semua benda ketirisan sampai apa sahaja dasar yang baik untuk rakyat tak dapat dilaksanakan.
 
Aku tak cakap rasuah dan ketirisan dalam kerajaan itu baik, cuma penilaian kita dengan bijak itu perlu dipaktiskan. Ini cukai untuk memastikan saluran duit rakyat dimanfaatkan dengan baik, bukankah ia juga satu usaha baik untuk kurangkan rasuah dan ketirisan? (-_-) renung-renungkan.
 
 
5. Kenapa GST diperkenalkan boleh membebankan semua rakyat tetapi Income tax dikurangkan?
 
 
Jawapan senang bagi persoalan ini kita nak menghukum mereka yang berbelanja lebih dalam kehidupan atau mereka yang berusaha lebih bagi mendapat pendapatan yang baik? Sudah pasti ketidakadilan berlaku kepada mereka yang bekerja keras tetapi perlu membayar cukai yang tinggi untuk hasil titik peluh mereka.
 
Kita jangan terlalu fokus adil itu hanya kepada golongan miskin sahaja, adil juga perlu dilaksanakan kepada semua pihak. Bezanya cuma orang yang berpendapatan tinggi tetap kena bayar cukai tambahan berbanding orang biasa terutamanya golongan yang miskin.
 
Tambahan pula, GST hanya bakal dilaksanakan kepada peniaga yang mempunyai jualan(sale) sebanyak RM500,000 sahaja bukan semua barangan yang digembar gemburkan. Kiranya mak cik jual nasi lemak tepi jalan atau kantin sekolah, mana ada kena GST. Dan selalunya mereka yang berbelanja di kedai-kedai yang dikenakan GST ialah golongan yang berada dimana mereka sebenarnya lebih terkesan kepada kesan GST ni ditambah pula income tax. maka ia tetap adil.
 
Bagi golongan sederhana, kita memang akan menghadapi GST tetapi perlu dijelaskan bukan semua barangan kerana barangan harian seperti makanan asas dan keperluan asas seperti pengangkutan, elektrik dan air semuanya dikecualikan oleh GST atau pun dikenakan GST 0%. Jadi bagi golongan sederhana yang terkesan dengan GST hanyalah mereka yang berbelanja boros ataupun menjaga standard hidup yang tinggi seperti minum kopi setiap pagi kat starbuck.
 
Persoalan kembali kepada golongan sederhana berkenaan, adakah kerajaan membebankan mereka dengan GST atau mereka yang memilih untuk membebankan diri????
 
Harap persoalan beban ini terjawab kerana kesimpulannya ia terletak kepada diri kita sendiri bagaimana kita berbelanja kerana GST hanya menghukum kepada mereka yang berbelanja lebih dan bukankannya kepada keperluan asas..
 
Tetapi kerajaan tetap tak meninggalkan golongan miskin kerana BRIM tetap dikekalkan dimana hasil Negara disalurkan terus kepada rakyat miskin berbanding memberi subsidi minyak tetapi yang paling banyak guna golongan berada yang memiliki kereta berbanding mereka yang miskin yang hanya memakai minyak dalam kuantiti sikit dengan motor atau pun tak ada langsung.  
 
Mesti anda tetap tak puas hati kan.. =P jadi adakah kita perlu laksanakan system membeli harga barangan mengikut pendapatan individu? kalau ada sesiapa yang boleh memperkenalkan system ini atau bagi contoh Negara mana yang dilaksanakannya aku excited nak tahu.. sebab obviously MUSTAHIL.. hahahaha....
 
6. Apa lagi kebaikan yang kita boleh dapat dengan GST? (soalan macam dah redha.. hahaha)
 
1)Tahukah kalian, yang semua Negara Eropah dah laksanakan GST cuma panggilnya sahaja yang berbeza. Mereka melaksanakan GST sebab mereka ingin meningkatkan persaingan ekonomi di antara negara-negara European Union (EU). Kita selalu mempertikaikan tahap ekonomi ASEAN ketinggalan dengan EU, tetapi kini dengan perlaksanaan GST sebenarnya kita sudah setapak menjadi seperti mereka dari segi ekonomi.
 
Di Eropah peniaga dinagara lain pun boleh menuntut GST dari Negara lain dan ini mengalakkan lagi peningkatan pasaran bagi rantau Eropah. Kini selain Malaysia hanya Brunei dan Myanmar sahaja yang masih belum laksanakan GST. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan laksanakannya dan tak mustahil seluruh ASEAN boleh melaksanakan system seperti EU yang akan mengalakkan pasaran dan ekonomi kita meningkat bersama Negara serantau =)
 
2) Pernah tak pergi shopping kat Singapore? langsung tak ada barang seludup di Singapura salah satu sebabnya kerana ada pelaksanaan GST yang sistematik dan baik. Untuk pengetahuan kalian, GST pun boleh mengurangkan atau menghapuskan aktiviti penyeludupan, kerana sebelum ini kebanyakkan peniaga mula memilih untuk mendapatkan barangan seludup bagi mengelakkan bayaran gandaan cukai yang membebankan mereka.
 
Tetapi bila sudah ada GST peniaga tidak akan lagi terbeban dengan gandaan cukai tetapi hanya perlu membayar cukai Value Added yang dilakukan dan claim cukai yang dia kena dari peniaga sebelumnya. Tetapi claim berkenaan hanya boleh dilakukan jika dia menunjukkan Invois pembelian di peniaga yang sah yang akan dikenalpasti oleh pihak kastam pada pembayaran produk akhir GST.
 
nak tak nak ini akan memaksa perniaga untuk membeli di tempat yang betul dan bukan seludup kerana mereka akan senang kantoi dan lebih merugikan sebab tak boleh claim GST yang bukan hanya boleh dituntut hasil bebanan pada perniaga sebelumnya malahan juga pada barangan yang 0%  pada kos input pernigaan seperti air, elektrik dan sebagainya. Maka dapatlah kita kurangkan aktiviti penyeludupan =)
 
3) GST juga dapat mengurangkan manupulasi harga oleh peniaga. Tahukah anda kebanyakkan peniaga sebenarnya ambil kesempatan dengan memiliki dua syarikat iaitu pembekal dan perniaga. system SST yang hanya menuntut cukai pada pembekal jadi pembekal akan meletakkan harga yang murah pada barangan dia supaya dia hanya kena cukai pada tahap yang rendah. tetapi apabila dia menjualkan barangan itu kepada pengguna dia meletakkan harga yang berbeza iaitu lebih tinggi.
 
Kesan ini sukar dikenal pasti oleh pihak Kastam kerana mereka hanya berkuasa pada pembekal tetapi tidak pada produk akhir. jadi sebab itu GST sangat wajar dilaksanakan supaya bidang kuasa Kastam lebih diperluaskan dan mengelakkan dari manipulasi ini berlaku. kerana apabila kita meletakkan cukai pada produk akhir ia akan membuatkan pembekal meletakkan harga yang sebenar kerana harga akhir akan disemak oleh Kastam bagi meletakkan cukai GST sebelum memberi mereka claim cukai.
 
KONKLUSINYA.....
 
 
p/s: harap perkongsian ini membantu anda mengenal apa itu GST.. saya galakkan kalian research la gak pasal GST untuk pemahaman lanjut. bukankah ada 160 lebih Negara yang melaksanakannya.. so kita ada banyak successful model untuk study... GOOD LUCK  :) tatatititutu.....

sumber:
1) http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx
2) #knowGST - twitter
3) banyak lagi sampai aku lupa kat mana dapat link tu.. sorry~

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

46 ulasan:

  1. Nampaknya saudara bangga untuk membayar cukai yg sememangnya haram dikutip atau bagi siapa yg mengutip cukai dalam islam. Kalau pun SST digantikan dgn GST, barang2 lain yang dulu nya takde SST, cth brgn mknn,brngn runcit di pasaraya akan dikenakan cukai. Adakah ini tidak akan membebankan penduduk m'sia yg rata2 berpendapatan sederhana. Tidakkah saudara lihat bagaimana PM kita yg suruh rakyatnya berjimat tetapi bil rumah nya sahaja mencecah ribuan ringgit sebulan? Kalaupun saudara tak rasa terbeban dengan GST fikirlah rakyat msia lain yang kurang mampu tapi perlu menyara anak2 mereka ke sekolah. Pemberian BRIM dalam masa seminggu boleh habis. Langsung tak relevan. Daripada bagi BRIM, baik tambah subsidi brg keperluan harian. Mereka yang makan duit berjuta2, tapi masih kekal memerintah disebabkan wujudnya golongan macam saudara yg sentiasa mem'backup' segala bentuk usaha dalam menindaskan lagi rakyat malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haram mengutip cukai? menarik jika saudari dpt jelaskan dlm hokum hakam yg sahih berbanding kata2 auta. salah menyampaikan boleh ddpt dosa =) saya rasanya dah jelaskan yg barang asas tak kena GST dan x perlulah saya nk jelaskan utk kali ke2. tuduhan keatas PM atau pemimpin tu saya nasihatkan saudari rujuklah diri dahulu sebelum menuduh tanpa asas. kerana menuduh sesiapa pun boleh buat tetapi dosa kita tanggung kembali.. ayuh kita berdiskusi dengan intelek bukan emosi =)

      Padam
    2. Betul tu msfaten....admin ni cuma membandingkan negara maju yang mengamalkan gst tapi dia tak membandingkan purata pendapatan rakyat malaysia ramai lagi dikalangan rakyat malaysia yang bergaji bawah rm1500...

      Padam
    3. Sory kalo ayat kasar skit harga brang tuu 100% trun kaa??? Kat Malaysia nie barang naik tu ada turun kaa atau Gula/Garam Saja Turun?? Kalo kita dok bayar bayar GST setiap Rm10 = 0.60 * 25M penduduk malaysia * 365hari = RM 5,475,000,000 setahun kalo kira Brim ala berapa juta jaa... tu xkira lagi budak2 sekolah kena bayar GST silap2 nak bagi bayi makan pun kena bagi kat GST... Maju2...

      Padam
    4. Peh, MSfaten ni pembangkang tegar ni. Susah dah kalau beremosi. BRIM tu nanti la, bila malaysia dah buat mcm negara maju, setiap bulan boleh beli barang asas ja. Guna kad siap ada catuan sebulan boleh amik berapa KG beras, tepung, gula etc.. Takde dah bagi duit macam sekarang. Bagi duit dok tukar sport rim motor, kereta,tengok wayang. Memang la tak cukup. Rakyat malaysia dah jauh dari sifat bersyukur. Entah2 MSFaten, income tax pun tak perlu bayar. Bising je lebih. Fahamkan dulu betul apa yang tuan blog nak sampaikan. Dia tak kira subsidi dalam pelajaran, perubatan (bayar RM1 je derrr), pertanian. Bila orang nak sembang, dia pun nak sembang. Sedih aku orang melayu jadi semberono macam ni.

      Padam
    5. teori dan realiti sangat berbeza. 5. Kenapa GST diperkenalkan boleh membebankan semua rakyat tetapi Income tax dikurangkan? tujuan income tax dikurangkan. ia bertujuan menggalakan orang berbelanja, bukan untuk menghukum atau untuk keadilan seperti yg dinyatakan di atas.

      Padam
  2. Saya bersetuju dengan dengan Fariz Razali. Masyarakat kita tiada pendedahan awal dan mereka ini masih jumud dan tidak memahami konsep SST sebabnya mereka tidak nampak aliran tunai yang mereka bayar untk SST siapa pula kata makanan barangan kat kedai tiada SST.Jangan ditanya tentang soal haram atau halal tanpa GST pun kalau SST masih ada ianya adalah cukai makna kata mungkin dari dulu lagi haram sudah kehidupan jadinya. Secara keseluruhan benar saudara fariz. terus sebarkan ilmu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saudara komen mengenai isu ini.

      Dulu tiada GST, tapi akan ada gst.


      GST punca kenaikan tarif elektrik

      KUALA LUMPUR 11 NOV : Rakyat Malaysia tetap berdepan dengan kenaikan tarif elektrik sebaik pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksana kerajaan pusat, berkuatkuasa 1 April 2015.
      Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata walaupun kerajaan pusat memaklumkan GST tidak akan dikenakan ke atas 200 unit (kWh) pertama iaitu RM43.60 sebulan), namun pengguna tidak boleh mengelak daripada membayar cukai jika penggunaan elektrik lebih daripada nilai terbabit.
      Katanya, pelaksanaan GST juga akan menjejaskan beberapa sektor lain seperti kesihatan iaitu klinik dan hospital, perniagaan industri, komersial serta sekolah.
      “Kenaikan tarif elektrik akan turut dirasai sektor lain contohnya hospital dan klinik. Bagaimana mereka dapat menampung kenaikan tarif elektrik termasuk bayaran cukai sebanyak enam peratus yang dikenakan kerajaan pusat.
      “Kerajaan harus kaji semula polisi ini kerana akan menjejaskan banyak pihak. Jika benar apa yang dikatakan ini, terbukti Barisan Nasional (BN) itu tidak lebih daripada slogan ‘Barang Naik’,” katanya dalam pada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

      Katanya, kenaikan tarif elektrik juga dijangka akan menjadi kenyataan apabila kerajaan pusat bakal mengurangkan subsidi bahan gas asli berikutan harga pasaran dunia yang tidak menentu.
      Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, kerajaan BN mula menekan rakyat dengan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter dan gula sebanyak RM0.34 sen, berkuatkuasa 26 Oktober lalu.

      Padam
    2. sst dulu banyak dikenakan atas brg-brg yang agak mewah & mahal jadi orang kebanyakan/rakyat jelata yg miskin tidak tanggung cukai ini. GST semua lapisan masyarat tanggung, tetapi tujuan adalah untuk ekonomi negara. itu saja

      Padam
  3. benar dan saya sgt bersetuju saya kira mereka ini jumad dan tidak berintelektual dalam memahami konsep ekonomi.

    BalasPadam
  4. Tak semua brg di kedai runcit brg asas. Dan sy tak mksudkan brg asas shj. Brg2 lain seperti buku, alat tulis, makanan snack, minuman, bukankah akan dikenakan GST? Mmg ia bukan keperluan utk hidup. Tapi sbg manusia yg sudah bekerja pagi ptg siang malam, tidakkah mereka ingin membeli lebih sikit utk keseronokan anak2 dirumah. Dengan gaji RM3000 average, harga minyak naik, harga rumah mahal, ni nak dikenakan GST lg, apa lah sangat yg tinggal untuk simpanan keluarga. Itupun kalau ada simpanan. Berbalik mengenai kutipan cukai yg dikatakan haram, ye sy naif. Tapi dari pembacaan sy, ada hadis ukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :

    “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

    Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

    “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

    Wallahualam. Sumber http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/2881-cukai-haram-di-sisi-islam

    Sy tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hadis tersebut. Sebab sy sendiri tidak belajar secara mendalam. Maaf kalau tersilap.
    Jujur sy ngaku sy antara yg memangkah lambang dacing ada PRU lps. Tp selepas apa yg terjadi lps pru, segala harga barang naik, sy menyesal teramat. Sblum PRU dijanjikan minyak semua tidak akan naik harga, tapi lihatlah lepas pru apa jadi? Mengenail bil tersebut, sy hanya membaca dari sumber internet. maaf skali lagi sbb bkn di luar pengetahuan sy. Dan walaupun sy masih belajar, pelajar uitm, mendapat tajaan JPA, tidak menggunakan kereta(jd tak terbeban dgn kenaikan harga minyak), makan masih dibawah tanggungan ibubapa, tapi sy bersuara bg mereka yang TERTINDAS. Harap maklum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pilih dacing..alhamdulillah tp pemimpin sangt teruk

      Padam
  5. http://cursingmalay.blogspot.com/2013/11/sebelum-dan-selepas-pilihanraya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FhYnWb+%28Cursing+Malay+%3A+Terus+Terang%29

    BalasPadam
  6. GST diperingkat awal tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara. tunggu 5 tahun akan datang baru ada perubahan kepada dasar ekonomi negara di mana banyak subsidi yang akan diperuntukkan kepada semua rakyat di malaysia.

    BalasPadam
  7. Isu GST ni mcm hudud. Perlu pemahaman yg jelas bukan sekadar menekankan kebaikan atau membesar2kan keburukannya. Utk jangka panjang GST mmg membawa faedah namun fasa skrg hingga implementasinya nanti pasti byk yg menentang.

    Sy pasti kemarahan rakyat bukan disebabkan GST saja. Ia lebih kpd tekanan yg dihadapi akibat kenaikan kos hidup yg tidak setimpal, kenaikan harga brg, dan kelemahan kerajaan dlm membanteras rasuah dan salah urus kewangan. Dengan kenaikan tarif elektrik dan tol yg hanya menanti masa, kesan kenaikan harga brg tidak dpt ditangani oleh kerajaan dgn berkesan kelak.

    Jika ada segelintir yg mengatakan perlaksanaan hudud memerlukan persediaan yg menyeluruh terlebih dahulu, maka pelaksanaan GST juga perlukn persediaan yg rapi sebelum ia diimplementasi.

    Kerajaan perlu tegas membanteras rasuah dan salah urus kewangan dahulu, barulah GST diimplementasi. Jika tidak, berapa byk pun hasil GST dikutip akan terus tiris dan bocor. Natijahnya tetap sama - kemarahan rakyat yg makin membuak dan segelintir pula akan terus menikmati hasil ketirisan yg lumayan.

    Wallahualam

    BalasPadam
  8. saya akui ada baiknya GST ni..setiap benda mesti ada baik buruknya..cuma saya ada 1 soalan? harap encik Fariz dapat jawab..

    barang asas macam gula beras memang dalam kadar 0% GST..tapi kalau kita lihat, beras dan gula pasti di proses di kilang..kilang akan ada schedule untuk maintenance machine mereka..ikut pengalaman saya dalam bidang manufacturing, certain company akan subcon maintenance untuk repair machine mereka..so, upah yg dianggap service ini akan dikenakan GST kan?

    bukan itu sahaja..nak packing beras itu sendiri perlu kan plsatik dan plastik itu di beli oleh company lain..ni pon ada GST kan? (betulkan saya kalau saya silap)

    so, kos pengeluaran beras akan naik bukan disebabkan GST, tapi semasa proses pengeluaran..prinsip org meniaga tak nak tanggung lebihan kos..nak tak nak mereka akan naikkan harga beras ini tadi..

    jadi en.Fariz, apakah usaha kerajaan dalam memastikan harga barang asas macam beras ni tak kan naik? adakah dengan menambah subsdi beras itu sendiri atau macam mana?

    saya suka membaca blog ilmiah en. Fariz..t.kasih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahan terkawal mana boleh naik harge sesuke hati

      Padam
  9. Thanks. Isu dan pengarapan yang bagus telah dikupas. Thumbs up!

    BalasPadam
  10. Salam. Saya pernah tanya dlm satu seminar gst, tlg berikan 1 shj contoh brg yang akan turun harga selepas gst dilaksanakan. Nganga je...tak berani jawab pun. Setuju spt disebut oleh anonymous, beras x kena gst...proses mengeluarkan beras sampai ke pengguna kena gst. Pengeluar akan pas kpd pengguna. Maaf saya masih berpendapat negara kita ini masih mempunyai sumber2 selain dr gst untuk menampong segala kos pentadbiran dan pembangunan negara, dengan syarat hentikan keborosan, elakkan ketirisan, benci pada rasuah dan punyai pentadbir yang ada integriti, jujur, amanah dan sedar bahawa ada hari pembalasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan encik. saya pernah menghadiri seminar GST di JKDM Pulau Indah. pegawai kastam tu sendiri yg kata , even kita pergi market, kita beli daging rusa or daging selain ayam, lembu dan kambing akan dikenakan GST. Comp saya sendiri akan dikenakan GST next year, tapi boleh claim balik kat Gov. tApi kita yg sbg pengguna ni, buta2 je kena bayar GST 6% kpd penjual . point saya adalah, peniaga/comp boleh claim 6% GST yg dia bayar kpd Gov, tapi kita sbg MARHEIN biasa ni tak boleh nak claim ape2 dari Gov. rasa macam tak adil. Encik Fariz yg ARIF TENTANG GST ni sila komen pls!

      Padam
    2. Aik kalau kita claim jugak gst, siapa yang pusing balik modal tu semua. Kita kan pembayar cukai, lagu tu lar tak boleh claim gst. Ke aku salah paham soalan hang ni, pelik aku.

      Padam
  11. Saya ada soalan. saya menjalankan perniagaan yang memberi perkhdimatan penyelenggaraan air compressor, air conditoner dan pembersihan bangunan dan kawasan. Adakah perlu syarikat saya berdaftar utk dengan GST?

    BalasPadam
    Balasan
    1. GST untuk Company adalah bila pendapatan company exceed than 500k per year.

      Padam
  12. Sungguh panjang penerangan anda,Namun bagi saya,apa2 keputusan kerajaan iaitu keputusan pemimpin tertinggi ahli politik yg menguasai kerajaan ada objektif tersirat.so anda
    sememangnya dipergunakan untuk menceritakn panjang lebar kebaikan GST ini.
    supaya objektif utamannya iaitu GST ini dapat diaplikasikan pada tahun depan.itu saja.

    BalasPadam
  13. Salam en.fariz,
    Mengikut perbincangan en.fariz,penjual mknan nasi lemak dan penguasaha kantin xbole mengenakan gst. Ya betul.tp saudara mungkin lupa minyak petrol dikenakan gst, yg kita semua tau bila minyak naik,harga semua brg akan naik.jd makcik penjual nasi lemak dan peniaga kantin terpaksa naikkan harga brg.
    Mungkin saudara bole fikirkan kesan gst kpd peniaga kecil spt peniaga psr mlm yg beli brg drpd kilang yg kenakan gst,ttp xdpt caj gst kpd pengguna (treshold kurang 500k). Nak xnak harga brg akan naik dan pengguna seperti saya yg merasa terkesan.jadi apa maksud saudara 'org yg mkn kfc' je kena gst?
    Pada saya,kalo niat xnak membebankan rakyat,sepatutnya cukai dikenakan pada brg2 mewah rm200 ke atas sahaja.
    Saya menyatakan pendapat bg golongan kurang mampu tanpa berpihak kpd mana2 parti politik.

    BalasPadam
  14. Saudara Rosli Taib, spot on. Seminar gst siapa bagi tu? Maybe diorang hafal je slide2 yang nak dipresent.
    Tentang pas kos pada pengguna tu, memang betul. Jom bagi pressure kat KPDNKK, diorang dok tido lagi tu. Hari2 tweet harga barang murah.
    GST satu cara tercepat untuk tambah pendapatan negara (bukan pendapatan kerajaan, diorang diamanahkan sahaja, but that's another story). Penting juga utk menutup lubang2 dalam SST yang towkay2 dah enjoy berkurun dah.

    My point is - bangkang GST? No... it's the way to go. Tapi bangkang certain features. Nak tau yang mana? Contact me.

    Anon - air compressor ke, apa ke, kalau your sales (bukan untung) melebihi RM500,000 dalam setahun (12 bulan berterusan, bukan tahun kalendar ye) - kena daftar.

    BalasPadam
  15. Salam, boleh saya tahu apa sumbangan GST kepada antarabangsa? Boleh jelaskan kepada saya? Terima kasih :)

    BalasPadam
  16. Jika kita buat baik, jujur dan ikhlas, InsyaAllah, Allah akan bantu. Jika buat dan niat yang buruk, InsyaAllah, Allah akan gagalkan. Serahkan pada Allah, Dia lebih mengetahui apa yang tersimpan didalam hati setiap hamba-hambaNya..

    BalasPadam
  17. Saya pun risau dengan GST. takut harga naik je dan tak cukup duit nak menyimpan. Saya ni bukan kaki minum starbuck pun atau jalani hidup mewah, tapi kos hidup sekarang memang tinggi. Harap banyak harga turun.

    BalasPadam
  18. sebelom komen lelebih nk tny la kan.. kita ni tak pandai sangat laa.. tpkan... GST tu bukan Good Service Tax ka??

    BalasPadam
  19. Roty gardenia pon naty naik arge....

    BalasPadam
  20. Kos hidup mewah pun ramai yg berlumba2 nak beli iphone 6 ... lepak dekat starbuck chilies n secret recipe n ramai lagi yg.beli gucci lv.... .org2 cam ni la selalu merungut xde duit...org miskin cam petani bersyukur jee ngan apa yg ade..Daripada beli brg mewah cam tu sumbang la sikit kpd negara... 6% je..
    nnt duit akan dtg balik kat kita melalui kemajuan negara..

    Tahap paling rendah dalam ukhwahfilillah adala husnuzon (sangka baik) Oleh itu marilah kita sangka baik terhadap kerajaan

    p/s : jganlah selalu berfikiran cetek...fikirkan masalah sekarang je...cuba fikiran jauh sikit..apa yg kita boleh buat pada masa akan datang...We can't gain something in future without LOOSE something...Fikir-fikirkanlah

    BalasPadam
  21. salam admin blog,
    saya ingin bertanya adakah syarikat enterprise juga akan dikenakan gst ?
    bagaimana pula dgn peniaga online ? website dll.

    saya terpikat dgn satu kenyataan admin dimana singapura tidak menjual barangan tiruan.
    apakah taraf kehidupan kita cukup bagus untuk memilik segala barangan original?
    dan adakah peniaga di malaysia ini cukup hebat dgn negara luar untuk berniaga barangan original ?
    terima kasih.

    BalasPadam
  22. good explain from writer.. yg ckp tak bagus 2 dia tak nak faham betul2 konsep gst. ada akal cari la ilmu sampai ke negeri china..

    BalasPadam
  23. ada sape boleh confimkan x dengan hasil kutippan GST betol2 smpai kpd rakyat? pada sy y marhean ni..lagi baik kawal kadar keritisan,rasuah,boros tu dulu n agih betol2 barulah rakyat percya.. =)

    BalasPadam
  24. Pantat ko la admin...ni lah pecacai umno yang bangang...cuba ko baca ni..aku nak bagi ko faham betul psl GST ni...

    Cuba ko baca sini

    https://www.facebook.com/muammarqaddafi/posts/719655681390487?fref=nf

    BalasPadam
  25. Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah “yang kurang mudarat dari dua mudarat” ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :-

    Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.
    Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.
    Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.
    Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka ‘terpaksa’ menghabiskannya kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah amanah.
    Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah. Wallahu’alam.



    Dr. Zaharuddin Abd Rahman

    BalasPadam
  26. nonsense..theoritically its look perfect..tp dgn perlaksanaan n penguatkuasaan yg makan rasuah nyer...mmg haram jadah la..betulkan yg asas (integriti) dulu bru cite nak tiru sana sini..

    BalasPadam
  27. saya dah baca semua komen dari pembaca..nampaknya en.fariz tak mampu nak jawab kemusykilan pembaca..sila terangkan apa yg kami tanya..

    BalasPadam
  28. salam.saya setuju dengan komen en rosli talib. berkenaan dengan kos rantaian pengeluaran produk yang tidak dikenakan GST (cth beras tadi). isunya adalah pengeluaran adalah dikenakan GST. ini bermaksud secara tidak langsung keberangkalian produk tidak akan dikenakan GST akan termasuk didalam kos GST juga.(tolong explain en fariz or en adhli). atau sekiranya pengguna membeli beras tersebut tanpa menggunakan plastik atau pakai baldi. .tapi itupun tk menusabah juga..sekiranya kenyataan ini meleset atau salah sy mintak maap..ini adalah realiti.. Selain itu, apa yang dilihat, mybe konsep GST ini hendaklah diterangkan secara jujur dengan masyarakat cth jumlah tax 6%. mengikut pemahaman saya konsep perlaksanaan GST adalah melalui 4 peringkat utama iaitu 1) perkilang 2) pemborong 3) peruncit 4) pengguna.. soalan saya adakah 4 peringkat ini akan dikenakan jumlah keseluruhan tax 6 % daripada harga barangan..atau setiap 4 peringkat akan dikenakan tax 6 % dan akhirnya berjumlah 24% yang akan ditangung oleh penguna?..tolong jelaskan...Bagi pendapat saya, perlaksanaan GST ini adalah sememangnyer terbaik tidak dinafikan. saya akui namun pro & kontra itu kena ade.. supaya bebanan tidak dirasai sahaja oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah.. sebagai contoh gaji minimum masyarakat perlulah dinaikkan supaya perlaksanaan GST ini agak kurang terasa.. sebagai contoh penjawat awam kenaikan gaji terakhir adalah pada 2007 zaman Pak Lah..rasenya. dan pihak swasta kenalah memberi gaji yang minimum berketepatan dengan perlaksaan GST..Merujuk kepada kenyataan BRIM saya berpendapat ia tidak relevan..kerana apa yang sy lihat ramai yang tidak sepatutnye menerima telah mendapat BRIM.. sebagai contoh seseorang yang berkerja sendiri tiada slip gaji namun mempunyai tanah yang berkeluasan 10 ekar disewakan (mybe harga sewaan RM 10 ribu sebulan ).menerima BRIM berbanding dengan perkerja sepenuh masa yang mempunyai pendapatan isirumah RM 5 ribu namun hanye mempunyai rumah teres berharga RM 200 ribu..adakah ini adil..adakah konsep semakan seperti ini dibuat?....Dan saya lihat sememangnya golongan sederhana yang paling tertekan (disebabkan kos harga barang naik dan BRIM tidak layak)..atau en ade penerangan lain?...sekian..terima kasih

    BalasPadam
  29. just wondering have you seen the GST system that is being implemented across the causeway?
    Singapore GST rate used to be at all time low of 4% but have since increase twice to 6% and more recently to 7%
    Do you think such movement will be seen in Malaysia soon after the implementation of GST?
    another issue that i still not happy with the GST is that
    WHAT IS IT FOR THE PEOPLE?
    foreign country do implement GST but the result can be seen on how the tax payer money being allocated on the nation structure or to reduce the people burden, yes the GST rate might be high but when you pay something you're expecting to get something in return. I get a feeling that i won't be getting much of the GST system and all of this is done to cover the government budget deficit.
    If this is the case that why should i be happy with the new system at all?

    BalasPadam
  30. Semua kat sini komen guna Anon. Tapi byk bunyi plak. Diri sendiri pon tak berani nak tonjol. FYI, sy undi BN PRU yg lps. tapi tengoklah sekarang, semua makin naik.. Well, we'll see je la PRU akan dtg cmne. Btw, just kesian dgn rakyat yg MAKIN DITINDAS. Yg SUSAH makin SUSAH. That's it!

    BalasPadam
  31. Salam, membayar cukai (GST) ada kah benar seperti Mufti Perak cakap hukumnya harus demi pembungan negara??? bukan kah membayar cukai, hukumnya sebagai pengkhianat negara dan cukai itu hukumnya haram? Terima kasih.

    BalasPadam
  32. 10% harga barang akan naik. 40% lagi akan tughun.... laaa iklan pon takdak dah. hahahahaha

    BalasPadam