APAKAH PILAHAN ANDA..??

11:38 PG 18 Comments

BAYANGKAN....

Ada sebuah kelas di sekolah yang diduduki oleh majoriti pelajar melayu kemudian diikuti oleh pelajar cina dan india. pelajar melayu telah telah dipilih menjadi ketua kelas dan penolong ketua kelas oleh kerana undian majoriti pelajar ketika itu bersetuju untuk memilih pelajar melayu sebagai tampuk kepimpinan.(sepanjang itu pemerintahan berjalan dengan lancar ramai pelajar melayu yang majoritinya ketinggalan telah berjaya dinaikkan taraf dan keseluruhan pelajar kelas tak kira melayu, cina dan india hidup dengan harmoni dan membangun sedikit demi sedikit)

pada satu hari  , satu pertelingkahan telah terjadi diantara ketua dan penolong kelas.. hasilnya penolong kelas telah di pecat oleh ketua kelas oleh kerana beberapa faktor yg tertentu.. oleh kerana tidak berpuas hati dan demi untuk menegakkan keadilan(bagi pihak penolong kelas) maka dia serta beberapa ahli kelas dalam kalangan pelajar melayu telah mula bersatu untuk menentang ketua kelas.. dalam masa yang sama bekas penolong kelas juga telah mula mencari beberapa sokongan dalam kalangan pelajar cina dan india yang juga ingin menuntut bela bagi ketidakpuasan hati mereka dengan kepimpinan ketua kelas..  

tentangan yang hebat dari penolong kelas telah serba sedikit mengangu-gugat tampuk pemerintahan ketua kelas(yang selama ini baginya berjalan dengan lancar).. oleh sebab risau dengan ancaman daripada penyokong bekas penolong kelas, ketua kelas telah mengunakan pelbagai cara untuk cuba meraih semula sokongan para pelajar kelas untuk tetap setia menyokongnya.. kerana jika ancaman ini berterusan ia mampu mengangu-gugat kelancaran ketua kelas untuk mentadbir dan juga risau yang tampuk pemerintahannya bakal hilang.. tanpa disedari.. keadaan ketua kelas yang terlalu terdesak itu telah mengakibatkan dia telah melakukan pelbagai cara yang positif mahupun NEGATIF untuk menyuntik semula sokongan para pelajar di kelasnya... 

pelbagai tohmahan serta prasangka yang buruk telah dilontarkan kepada bekas penolong kelas sehingga terjadi kacau-bilau di kelas... para pelajar kelas kini telah terbelah dua.. ada yang menyokong ketua kelas dan ada juga yang menyokong bekas penolong kelas... bekas penolong kelas telah cuba mencari medium lain untuk menegakkan semula segala tohmahan yang dilontarkan oleh ketua kelas.. dia mula mengunakan INTERNET sebagai medium utama untuk melawan semula ketua kelas... ramai pelajar mula mengetahui banyak keburukan yang dibuat oleh ketua kelas sepanjang ketua kelas memegang tampuk pemerintahannya.. namun tidak semua input yang diberikan oleh penolong kelas mempunyai sumber autoriti yang tepat ataupun dengan kata lain kebanyakkannya andaian.. namun ia tetap logik dan berjaya mempengerahui serba sedikit sokongan para pelajar...

Tetapi dalam kumpulan yang menyokong bekas penolong kelas mereka tidak mempunyai pengalaman mahupun kapasiti yang terlalu baik untuk memegang tampuk pemerintahan di dalam kelas.. mereka semua masih baru dan motto serta misi kumpulan mereka masih belum jelas.. kredibiliti mereka untuk memimpin kelas masih lagi diragui oleh beberapa ahli kelas.. oleh itu terdapat beberapa pelajar yang masih tidak mempercayai kemampuan mereka untuk mentadbir kerana mereka telah merasakan yang kepimpinan ketua kelas telah mencukupi dan memuaskan hati mereka...

kadang-kala para penyokong bekas penolong kelas juga suka menlontarkan kata-kata provokasi dan hentaman terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh ketua kelas walaupun perkara berkenaan ialah perkara yang positif.. kelas mula menjadi hingar-bingar dengan pergaduhan diantara penyokong ketua kelas dan penyokong penolong kelas.. masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikan sendiri untuk dilantik memegang tampuk pemerintahan...


OLEH SEBAB.. keadaan kelas yang sudah tidak terkawal akhirnya cikgu pun menyuruh mereka semua mengadakan undian untuk memilih siapakah yang mereka sokong untuk menjadi ketua kelas... selaku orang yang tulus cikgu pun mengutip setiap kertas undian yang dibuat oleh para pelajar...

MAKA SELAKU SALAH SEORANG PELAJAR(tak kisah bangsa apa sekali pun) SIAPAKAH YANG BAKAL ANDA PILIH DAN KENAPA ANDA PILIH PIHAK BERKENAAN???

NYATAKANLAH DENGAN JUJUR... dan samakan situasi ini dengan keadaan negara kita.. sekian... 

p/s: saya cuba membuat suatu situasi yang natural tidak menyebelahi mana2 pihak sebab saya ingin tahu dengan lebih jelas kenapa anda pilih sesuatu pihak?? (ini adalah untuk pengetahuan kita bersama)... harap maklum    

18 ulasan:

I'M MUSLIM.(COO)

10:52 PG 10 Comments

BAIKLAH.... aku nak sambung lagi kisah aku sebagai operator yang menjalankan research survey mengenai keadaan politik negara.. tapi kata orang sambil menyelam minum air kan.. so ada laa beberapa cerita kisah masyarakat yang berjaya aku korek.. sambil tu boleh laa aku kongsi kepada semua sebagai panduan kita di masa depan.. InsyaAllah...

Sekarang aku  nak sambung kisah mengenai...

CONFESSION OF OPERATOR.(COO)


Kisah bermula apabila aku cuba menalifon number telefon rumah di area Kuala Lumpur.. faham jerlah orang KL mcm manakan.. sombong tahap maksimum punya.. dah la kalau call asyik tak dapat jer.. sebab dorang kan busy mencari duit seharian.. hish2..

so sedang aku mendail akhirnya dapatlah panggilan daripada seorang pak cik ni... dia bagi salam Assalamualaikum.. aku pun jawap la Waalaikummussala..(wajib jawab..hehe) maka seperti biasa aku pun introduce diri aku dan kata yang aku nak temu bual pasal keadaan politik negara.. habis selesai kerja aku.. aku pun tanyalah butir-butir tentang pak cik ni.. dia keje apa, nama dia apa, berapa gaji dia.. biasalah nak tahu demography's respondent... 

maka dia pun mula lah bercerita..

Saya ni sebenarnya ialah orang india..(terkejut aku coz slang tak macam india.. susah la nak detect bangsa kalau dengar suara jer) dulu saya memeluk agama hindu.. hidup saya ok jer tak der masalah.. cuma saya bukanlah seorang yang kuat dalam beragama... saya sering mencari apalah objektif saya hidup di dunia ini..keluarga saya orang yang sederhana sahaja.. tapi ayah saya seorang yang kuat dalam agama hindu.. dia sering mengajar saya dan adik-adik tentang betapa pentingnya menjaga kesucian agama..

saya sering mendengar kata-kata ayah saya.. tidak pernah pun saya ingkar tentang arahan agama.. saya telah berjaya memilki sebuah perniagaan di masjid india dan juga memilki isteri serta anak-anak yang baik.. tiba-tiba pada satu hari saya terdengar laungan azan di masjid india ketika sedang berniaga...

pada ketika itu terdetik di hati saya untuk mengenal AGAMA ISLAM... sebab setiap kali mendengar laungan azan di masjid berkenaan saya mula berasa tenang.. dan setiap hari  jumaat pasti saya akan mendengar khutbah yang cuba disampaikan oleh imam di masjid berkenaan.. khutbah yang diberikan dalam bahasa tamil.. maka serba sedikit saya memahami tentang intipati yang cuba disampaikan..

"DI MASJID INI LAA HATI SAYA MULA TERBUKA UNTUK MENGENALI ISLAM"

Semakin hari semakin kuat rasa ingin tahu saya kepada agama Islam.. hinggalah satu hari kedai saya di masuki oleh seorang imam berbangsa india.. maka saya pun mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan kepada beliau mengenai agama islam.. dengan lembut dan hati terbuka beliau mengajar saya serba sedikit tentang agama islam yang suci ini.. hinggalah saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam...

Maka bermula pada saat itulah hidup saya mula berubah.. apabila ayah saya tahu yang saya sudah memeluk agama Islam beliau cukup marah.. sehinggakan dia mengambil parang untuk membunuh saya.. seluruh keluarga menjadi kelam-kabut.. mereka semua marah sebab saya memeluk islam... isteri saya menuntut cerai jika saya tidak mahu kembali ke agama asal... anak-anak saya mula takut untuk mendekati  saya.. kerana mereka telah dihasut oleh ahli keluarga yang lain untuk membenci saya... pada ketika itu hanya Allah sahaja yang mampu memahami apa yang saya rasa..(berair mata aku dengar dia cerita part ni)

 "AYAH SAYA SANGAT MARAH SEHINGGA BELIAU SANGUP MENGAMBIL PARANG UNTUK MEMBUNUH SAYA"

Oleh kerana saya terlalu mencintai AGAMA ISLAM, maka saya mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga dan berpindah ke tempat lain untuk keselamatan saya.. saya menumpang rumah imam yang telah mengajar saya mengenal Islam.. hanya beliau sahajalah tempat saya mengagih kasih ketika itu.. jika saya tidak mengenal iman sudah pasti saya membunuh diri... tak lama kemudian isteri saya  menghantar surat cerai dan membawa kes ini kepada mahkamah.. hasil perceraian kami isteri saya mendapat hak penjagaan anak dan juga kedai kami kerana modal perniagaan datang daripada keluarga isteri saya...

Hilanglah segala aset yang saya ada di dunia ni.. bukan setakat anak dan juga isteri malah seluruh keluarga saya meninngalkan saya.. dan kini saya tiada sumber rezeki lagi.. oleh itu dengan iman yang tabah saya mula mendekatkan diri dengan Allah sepenuh hati.. hanya itu sahajalah yang saya mampu lakukan untuk menyejukkan hati yang lara.. saya sentiasa berpegang kepada prinsip  setiap perkara  yang berlaku pasti ada hikmahnya.. 

Bermula daripada hari itu saya mula berniaga kecil-kecilan di Masjid India untuk menyara hidup.. malang tidak berbau.. pada satu hari sedang saya sibuk menjaja ditepi jalan.. ada sebuah kereta secara tidak sengaja melanggar saya.. hasilnya.. kini kaki saya lumpuh dan tidak dapat berjalan..(oh my Allah.. sungguh besar ujiannya kepada pak cik ni.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul).. selepas kejadian itu saya tidak mampu lagi untuk berniaga..

"OLEH KERANA KEMALANGAN ITU SAYA LUMPUH DAN TIDAK MAMPU LAGI  BERNIAGA.."

DAN KINI.. saya menjadi imam di masjid india dan mengajar orang ramai mengenai Agama Islam dan mengaji.. saya tidak menyesal dengan hidup saya, sebab saya rasa saya berada pada landasan yang benar.. walaupun jauh di sudut sanubari ini.. kadang-kala saya teringat tentang keluarga dan anak-anak saya.. namun perjuangan terhadap  Islam ini tidak akan pernah luntur.. saya kini hanya mengharapkan elaun kerajaan untuk menyara diri.. Alhamdullilah.. segalanya mencukupi...

SELESAI SAHAJA TEMU-BUAL DENGAN PAK CIK TU, AKU TERUS MENILAI DIRI INI.. siapalah aku disisi Allah..?? harap kalian juga mengambil ini sebagai tauladan.. ingat setiap ujian ada hikmahnya.. maka marilah kita beringat.. aku cakap bukan hanya untuk kalian sahaja.. malahan untuk diri aku sendiri juga yang tidak sempurna... 

tiba-tiba aku terjumpa artikel pasal SHAH RUKH KHAN..

   

10 ulasan:

KENAPA TAK NAK...??(COO)

10:35 PG 1 Comments

SEDIH, KECEWA, HAMPA, MARAH, PELIK DAN PELBAGAI LAGI PERASAAN NEGATIF AKU RASA BILA ADA JUGA MANUSIA-MANUSIA YANG MASIH TAK SEDAR DIRI....!!!!!


DENGAN SIKAP SERTA PERSEPSI SEGELINTIR MASYRAKAT MALAYSIA YANG LUPA AKAN.....

TANGGUNGJAWAB...!!

AYUH LIHAT KISAH2 NYA....

KISAH PERTAMA


Sedang aku bersusah payah mendail mendapatkan respondent untuk buat kajian mengenai kerja aku yang duk bertanyakan orang ramai mengenai keadaan politik di Malaysia.. akhirnya aku dapatlah telefon seorang perempuan berumur lingkungan 30 tahun..(akhirnya dapat juga.. susah betul nak dapat talian semenjak du menjak ni) ini laa kisah perbualan aku dengan wanita berkenaan...

AKU: hello puan, nama saya FARIZ RAZALI saya telefon dari matrik research. kami sebenarnta sedang menjalankan tinjaun pendapat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat dengan keadaan poilitik semasa. boleh tak saya temu ramah puan sebentar.
PUAN:  baiklaaa..(dengan nada yang agak dingin)
AKU: puan ni warga negara malaysia pernah tinggal di luar negara tak dalam masa 2 tahun yang lalu?
PUAN: pernah.. kenapa tanya-tanya ni... (dah mula meninggikan suara)
AKU: tak de.. sebab kami kena tahu sama ada respondent kami ni mengetahui keadaan semasa atau tidak jika tinggal di luar negara dalam 2 tahun yang lepas..(jawab dengan baik sebab takut dia marah)
PUAN: baik laaa...(mcm tak ikhlas)
AKU: puan pengundi berdaftar kan???
PUAN: TAK.. SAYA MALAS NAK BERDAFTAR.. LAGI PUN MASALAH POLITIK NEGARA NI MANA ADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP SAYA...
AKU: baiklah.. kalau macam tu kami tak boleh temu bual puan sebab puan tak daftar mengundi dan duduk luar negara dalam dua tahun yang lalu.. terima kasih banyak2 laa yek...(aku ckp dengan baik wlpn dlm hati dah terbakar giler)
PUAN: ha..!! bagus sangat laa tu.. ok bye..!!!

SUMPAH SENTAP GILER..!!!
 TAK DAFTAR LAGI...!!! 
SEDANGKAN UMUR DAH 30..!!!

kalau orang kampung especially tinggal di sarawak or sabah yang tak berpelajaran tinggi atau mungkin tiada kemudahan untuk pergi mendaftar boleh dimaafkan lagi.. ni DAH CUKUP MATANG, TINGGAL DI BANDAR...!! malahan untuk pengetahuan kalian.. PUAN ini juga ialah PEMEGANG DEGREE DI UNIVERSITI TEMPATAN.. so tak tahu laaa dimanakah silapnya....!!!

*maka hilang laaa rezeki aku sebab tak dapat interview dia.....

KISAH KEDUA

Aku dapatlah menemu-bual seorang pak cik tua yang tinggal di KUALA LUMPUR... bukan senang ok.. heheh... bila dah nak habis menemu-bual pak cik ni dia pun cakap....

PAK CIK: anak dah daftar mengundi..???
AKU: belum lagi pak cik sebab saya belum cukup umur...(jujur ok.. coz aku SWEET 20 hehe....)
PAK CIK: oh yeker.. pak cik tengok berita ni ada dalam 3.2 juta lagi orang Malaysia yang tak daftar mengundi termasuk ANAK PAK CIK... entah apalah silap yerr....
AKU: kenapa anak pak cik tak nak mengundi?? (busy body)
PAK CIK: sebab dia kata dia malas nak fikir tentang SENARIO POLITIK sekarang.. penat dah pak cik nasihatkan tapi dia tak nak dengan pon...(cakap dia dengan kecewa)
AKU: itulaa pak cik orang muda sekarang ni MALAS NAK FIKIR PASAL MASALAH POLITIK NEGARA KITA NI.. SEBAB ITULAH MEREKA TAK NAK MENGUNDI.. TAPI SEBENARNYA JIKA MEREKA TAK PERGI MENGUNDI LAGI BANYAK MASALAH YANG AKAN TIMBULKAN..(pandai aku cakap..heheh)
PAK CIK: betul tu.. ini bukan sebab kerajaan atau pembangkang lagi.. tapi sebab TANGGUNGJAWAB.. kalau kat akhirat nanti ditanya macam mana..??

*HEHEE... AKU SUKA KATA-KATA TERAKHIR PAK CIK TU.. KESIAN ANAK DIA TAK PERGI MENDAFTAR.. ABIS NAK BUAT MACAM MANA.. DAH PENAT NASIHAT TAPI SEPERTI...


KISAH KETIGA

Aku dapat laa menemu-bual seorang perempuan muda yang umurnya 19 tahun.. sedang separuh jalan menemu-bual... tiba-tiba dia LETAK TELEFON..


dah separuh jalan kotttt...!!! mana boleh macam ni.. maka aku pun telefonlah dia berkali-kali nak sambung jawab soalan.. sebab selagi soalan tak habis maka tak dapatlah aku duit.. huhuhu~~~ (tapi sebenarnya bukan sebab duit sebab aku tak puas hati kenapa tak habis.. ni sebab self satisfaction not about money.. hehe) setelah berkali-kali call.. dia still tak angkat.. maka aku pun putus asa..

tapi esoknya aku call balik dia.. dan aku dapat laa balik cakap dengan dia...

AKU: CIK (dirahsiakan nama) sebenarnya kami kena habiskan soalan temu-bual dengan CIK (dirahsiakan nama) kalau tidak kita akan telefon lagi sampai CIK (dirahsiakan nama) habis jawab..(bukan satu permintaan tapi satu ugutan..hehehe)
CIK (dirahsiakan nama): tapi saya ni bawah umur laaa..(marah giler)
AKU: tapi soalan kita ni untuk orang yang berumur 18 tahun keatas.. walaupun belum daftar mengundi tapi orang yang berumur 24 tahun tetap layak mejawab soalan-soalan ini...(tetap tak puas hati.. aku nka dia jawab juga.. bukan susah.. just bagi nombor jerr..)
CIK (dirahsiakan nama): SAYA TAK NAK LAH AMBIL TAHU TENTANG SEMUA INI.. SAYA TAK MINAT LANGSUNG PASAL POLITIK NEGARA.. SAYA TAK NAK MENGUNDI, TAK NAK AMBIL TAHU.. DAN SAYA TAK NAK JAWAB......!!!!

tuttttttutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt(talian putus)

*sentap jer.... huhuhu.... nak buat macam mana.. dah tak ada rezeki...

JADI INI PEASANAN AKU KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TAK PERGI MENDAFTAR MAHUPUN MENGUNDI....

1 ulasan:

HAPPY FATHER'S DAY.

9:52 PG 2 Comments

BAIK LAAA WALAUPUN TELAH TERLEPAS BEBERAPA MINIT.. AKU TETAP NAK WISH JUGAK..!!!(hehe... dah terlepas tarikh sebenar coz dah lebih pukul 12.00 dah pon)


kepada ayah ku... RAZALI BIN MOHD THANI... hehehe... tak tahu nak bagi hadiah apa.. ni jer laa termampu coz mana dapat lagi duit gaji nak beli hadiah sedangkan duit tambang aku pergi balik keje pun pakai duit BELIAU... hehehehe.....

APA AKU NAK CERITA PASAL AYAH AKU NI KAN...?? mmmm ayah aku ni seorang yang sangat COOL... beliau tak suka pun marah-marah.. selalunya ibu aku jer yang bising-bising.. hehehe..... abah aku pulak suka senyap jer.. tapi bila cakap jer mesti ibu aku kalah.. hehehe...(dah kata suami)

AKU INGAT LAGI... hukuman yang paling berat aku pernah kena ialah...


HEHEHEHE.. masa tu aku kecil lagi dan belakang rumah lama kami abah aku ada beli beberapa ekor ayam... dan kejadian berlaku sebab aku dan ABANG LONG aku bergaduh besar... semua salah dia(tak nak mengaku salah) sebab tu aku tak puas hati.. walaupun kami telah di cubit dan di pukul supaya tak bergaduh.. tapi kami tetap gaduh gila-gila...!!(masa kecik.. gaduh baling bantal jorrr...)

SEBAB dah tak tahu nak buat apa.. kami berdua pun di kurung sehingga kami berhenti bergaduh... heheheehehe.... lawak giler bila kenang balik aku duduk dengan ayam dah macam ANAK ANAK SIDEK PLAK... (rse yerrr abah aku ikut cerita tu laa kot.. heheh)

UNTUK PENGETAHUAN KALIAN.. ayah aku dulu ialah seorang perniaga.. masa aku kecil kami sekeluarga ada sebuah kedai runcit.. rasa nya masa aku darjah empat kot.. kedai kami DI ROBOH KAN OLEH KERAJAAN..

saja jer nak bagi gempak..

SEBENARNYA... kawasan kedai kami hendak dibesarkan jalan raya hingga menjadi HIGHWAY.. sekarang ni kalau nak pergi GENTING HIGHLAND akan lalu laa HIGHWAY yang telah meranapkan kedai runcit kami.. huhuhu..(tapi tak per dapat pampasan..)

TAPI SEKARANG ABAH AKU MENJADI PERNIAGA KERIS YANG BERJAYA... banyak keris yang di buat oleh abah aku digunakan dalam industri hiburan.. contohnya...

drama ni ada banyak beli keris ayah aku.. hehehe... bagus2..!!


keris kecil ni paling susah nak buat taw... aku nampak ayah aku asah keris ni kat rumah..
tiba2 masuk filem.. bangga giler... hehe..
aku tengok cerita ni kat pawagam kot.. sebab nak SUPPORT keris ayah aku... 
wahahahaha!!!!!!

SILA TENGOK NI.. VIDEO KERIS AYAH AKU...!!


SEKARANG MARI TENGOK SERBA SEDIKIT GAMBAR KERIS2 ABAH AKU YANG HEBAT..!!!






AKU SUKA KERIS NI... CANTIK..!! (NI KERIS JAWA)

NI GUNA KAMERA DIGITAL JER... KALAU PAKAI DLSR LAGI CANTIK.. bila nak beli ni???



SAAT AKU MENGEDIKSS DENGAN KERIS PLAK..
HEHE....

NI KERIS ARJUNA OK... hehehe....

KERIS HIJAU... omA..!! buruk yer muka aku...

NI PEDANG SAMURAI....

OH.. THIS IS MY FAVOURITE.... KERIS JAWA....

NI KERIS YANG PALING UNIK SEKALI... BEKAS KULIT TU DI PERBUAT DARIPADA KAYU  BURUK YANG TELAH DIMAKAN ANAI-ANAI... BILA ABAH AKU DAH CANTIKKAN.. APA YANG ANAI-ANAI MAKAN TU JADI CORAK.. NICE!! NATURAL DESIGN...!!

AKHIR KATA... AKU NAK CAKAP...


2 ulasan:

AKU TERLEWAT..!!!

12:05 PTG 1 Comments

Ok sekarang aku baru ada mood nak updated blog yelah semenjak dua menjak ni busy nak uruskan adik aku yang tiba2 dapat masuk Matrikulasi last minit... tahu pagi Jumaat tu dan-dan hari Jumaat tu jugak daftar.. kalau tak daftar hari tu maka tak kan dpt masuk matrik... jadi kami pun kelam-kabut laaa daftar sebab tarikh daftar pon dah terlewat... huhuhuh.. Alhamdullilah dapat juga dia masuk matrik.. bukan senang.. hehehe....

TAPI SEKARANG BUKAN NAK CERITA PASAL DIA LEWAT...
TAPI
NAK CERITA PASAL AKU YANG LEWAT...!!!!

LEWAT APA????? tunggu......!!!!!! sebelum tu macam biasa aku nak mengarut sikit yang hari ni semua orang dok menatap result.. tapi aku plak... Alhamdullilah... bersyukur dapat ok.. tapi aku tak kisah sangat sebab prinsip aku telah bertukar yang result bukan penentuan di masa depan tetapi kepuasan hati dalam kehidupan itu lebih utama.. yang penting sentiasa MENGINGATINYA YANG SATU..(ALLAH TAALA) nombor bukan mengukur kehidupan tetapi bagaimana kita bawa kehidupan itu lebih utama.. jadi aku takkan biar nombor bawa haluan kehidupan aku.. hehehe... (kan kehidupan ini penuh dengan nombor seperti keputusan peperiksaan, duit dan etc etc)

Baik dah selesai mari  kita menghayati kisah ini... hehehe...(mesti korang bengang kan tengok aku merapu dan merapan)....

NI LAA muka aku yang letest... panjang lorr rambut.. dah sampai ke mata..!!

Sebenarnya aku nak kongsi cerita semasa aku belajar degree... banyak yang terjadi tapi tak ada masa nak updated kat blog.. biasalah orang busy.. hehehe(perasan) ok... macam ni... masa awal SEMESTER.. memang aku heaven giler coz aku asyik dapat group yang last2 jer yang nak kena present chapter subjek kat dalam kelas... hingga tibalah satu hari dimana.. aku and the geng kena....!!!!



Pada permulaannya.. pada minggu sebelumnya itu aku amat busy sebab sibuk buat preparation untuk presenting....



Baru jer dapat email sijil, wakil UiTM lagi..... tapi tak leh lah post kat sini.. nnt korg curi plak sijil ANTARABANGSA ni.. hehehe... untuk pengetahuan korang juga hujung minggu itu juga aku pergi USM untuk present pasal POLISI PERKAUMAN kat sana... jadi sebaik sahaja aku balik ke Uitm pada hari ahadnya.. terus minggu depannya aku kena PRESENT untuk kelas plak... aku panggil minggu tu sebagai...

PRESENTING's WEEK..!!! 

KENAPA???? sebab hari ISNIN tak der apa2... ok laaa.. Alhamdulillah... esoknya hari SELASA aku kena present dua subjek (means 2 kelas yang betul-betul selepas kelas lagi satu) yang setiap satunya aku kena PRESENT SATU CHAPTER.. tak menangis... sebab chapternya mmg panjang.. and tambahan lagi aku baru nak mula baca hari AHAD TU(sebab baru sahaja penat2 balik daripada CONFERENCE...) esoknya pula hari hari RABU pula ada satu ASSIGNMENT yang perlu di present... fuhhhh.... memang nak naik giler...

MALANGNYA.... sedang sedap aku membaca chapter untuk di present pada hari selasa, pada awal pagi hari ISNIN semasa kelas PHOTO COMMUNICATION (baru nak mula baca sebab of course laa semalam baru balik dari penang mestilah aku terus membuta menghilangkan segala penat).... TIBA-TIBA kawan aku tegur...

"FARIZ GROUP KAU AKAN PRESENT TITAS KAN PETANG INI....!!!"  

OMA= OH MY ALLAH

Kelas dah laa abis pukul 12.. dan kelas Titas bermula pada pukul 4... yang giler yer.. aku ada TEST yang aku tunggakkan pada pukul 3 (tiba2 wujud test..hehe)... aku plan nak baca test before aku mulakan test tu.. walaupun aku dah baca masa before pergi conference tapi biasa laaa.. last revision.. MALANG yeerr.. aku terpaksa lupakan last revision tu.. and balik2 jer terus kelam-kabut pergi bilik study siapakan presentation TITAS...(LUNCH...lupakan jelah.. coz aku terus puasa makan hari tu.. adush!!!).. membebel-bebel aku marah geng aku kenapa tak bagi tahu ada presentation TITAS hari isnin.. dia boleh kata.. "AKU PUN  TAK TAHU.." 

TATTTT..!!! kalau aku tak tahu standard laaa sebab aku tak datang kelas coz  g conference seminggu.. yang kau plak datang kelas tapi tak tahu...tatttt!!!!! malas nak marah-marah... so kami buat sama-sama selama dua jam.. terus siap... hehehe...!!! (buat apa yang termampu jer.. yang penting copy and paste dari internet.. jgn bagi tahu ustazah.. hehehe)

KEMUDIAN lagi sejam tu terus naik bus g bilik lecture sebab nak amik test.... masa sejam dalam bus pon aku gunakan untuk last revision.. tuhan jer yang tahu macam mana aku fokus... hehehe (perjalanan dari kolej aku nak pergi fakulti sebenarnya tak sampai pun 15 minit.. tapi nak tunggu bas bergerak dah dekat 30 minit.. choi punya bus..!!) Alhamdulliah.. aku berjaya menjawab test dengan jayanya....

YANG BENGANGNYA.... tiba-tiba bila kelas TITAS projector rosak.. so selama sejam laaa tunggu technician tu baiki.. jadi terus kelas sejam jer.... maka satu group jer yang sempat present and guess what..!! 


PENAT jooorrrr  kelam-kabut.. so lepas habis kelas TITAS baru laa aku mula balik baca dua chapter yang nak kena present keesokkan harinya... oh Ya Allah sempat ker... dengan sepenuh keringat yang ada.. akhirnya aku berjaya juga laaa habiskan dalam pukul 10.00 malam tu.. nasib baik semua geng presentation aku untuk keesokkan harinya ialah lelaki.. so malam tu juga kami berkumpul di bilik study untuk siapkan dua slide yang memang panjang menjela....

NASIB BAIK satu subjek tu kawan aku dah siapkan separuh.. so senang laa sikit.. dan diringkaskan cerita kami pun berjaya siapkan dua-dua slide dengan jayanya dalam pukul 3.30pagi... kawan aku sampai dan merah biji mata.. tapi nak buat macam mana.. dah LAST MINUTE..!!! hehee(aku tak pe.. sbb mmg dah biasa.. hehe)

SEBAIK SAHAJA BALIK KE BILIK MAKA AKU PUN TERUS MEMBUTA... GOOORR(berdengkur sebab penat nak mampos seharian buat keje)...

BANGUN2 JER TIDO... 



AKU PUN TENGOK JAM DENGAN MAMAI...

"ALAH BARU PUKUL 9.30.. HARI INI KAN HARI RABU JADI KELAS MULA PUKUL 10.30"

tiba2 bila aku fikir balik... BETUL KER HARI INI HARI RABU.... 


HARI INI HARI SELASA LA BONGEK..!!! KELAS AKU MULA PUKUL 8.30 PAGI.. DAN DAH LAAA AKU KENA PRESENT UNTUK KELAS PAGI TU...!!!!! 

BILA AKU BUKAK HANDPHONE.. DAH BERPULUH-PULUH MISSED CALL MASUK.. AND KAWAN AKU ANTAR SMS...

WAAAA..!!! (memang dah nak menangis) AKU TERUS CAPAI BAJU APA YANG TERMAMPU.. GOSOK GIGI.. BASUH MUKA .. CAPAI BEG.. PAKAI KASUT.. TERUS LARI KELUAR BILIK.. dalam masa yang sama aku pegang MP3 aku di tangan sedang kelam kabut nak turun tangga sambil membetulkan kasut SEKALI...!!!

MP3 AKU JATUH...!!!  
FUUU... 
(dari tingkat empat hingga tingkat satu siap langgar tepi2 tangga lagi)

WAAAA..!! sekali lagi aku menjerit dan dah nak menangis.. hayooo... maka tanpa melihat MP3 aku terus ambil letak dalam poket and sambung berlari... sampai kat tepi jalan.. sebaik sahaja aku nak melintas... SEKALI...

bus meluru jer jalan... WAAAAA..!!!

tanpa berfikir panjang aku pun terus pergi ke tempat teksi untuk naik teksi sebab aku tahu kalau aku tunggu bus memang sejam lagi laa aku sampai fakulti... aku terus panggil pak cik teksi kata nak masuk UiTM sekali dia kata.. "KALAU MASUK DALAM RM 5 TAW DIK," can u imaging kalau aku naik bus RM1 jer.. ni naik teksi 5 kali ganda.. yahooo... tapi tak per laaa... kalau pak cik tu charge aku RM50 pun masa tu aku sanggup.. sebab dah terdesak ni.....

SAMPAI SAHAJA DI FAKULTI AKU TERUS BERLARI SELAJU YANG BOLEH.. memang semua orang yang disekeliling dok padang aku laaa.. coz memang kelam-kabut giler.. sampai jer kat pintu kelas aku terus rempuh dan semua orang dalam kelas terkejut...!!!

DENGAN KEADAAN COMPANG-CAMPING DAN TERMENGAH-MENGAH AKU PUN TENGOK YANG KAWAN2 AKU DAH PRESENT SEPARUH.. DENGAN MUKA SEPOSEN AKU MINTA MAAF KAT LECTURE.....


nasib baik...madame tak kisah... dia suruh aku pergi tandas basuh muka dulu.. and bila patah balik.. geng aku dah present separuh.. jadi yang lagi separuh tu aku sambung.. nasib baik aku dapat present dengan baik.. huhuhu.....

SELEPAS KELAS.. baru aku perasan yang MP3 AKU DAH ROSAK.. SKRIN PECAH TERUS.. huhuh...(sampai sekarang rosak... sedih aku tak dapat dengar lagu,. huuhh) 

MAKA AFTER LUNCH KAMI PUN MASUK KELAS SETERUSNYA.. YANG AKU AND THE GENG AKAN PRESENT LAGI... kali ni memang aku dah bersedia giler... siap semangat ni.. masuk kelas awal2.. dan dah siap BUKA SLIDE KAT PROJECTOR... heehehe..(tak nak lambat lagi..)

SEKALI AKU DAPAT SMS DARIPADA LECTURE....!!!



WAH... meeting kat FINAS tuuu.... hehehe.. sekali aku terfikir... 

"KALAU KELAS CANCELLED MAKSUD YER....."


MAKA AKU PUN BALIK LAAA KE KOLEJ DALAM KEADAAN HAMPA... DAH DUA PRESENTATION DI ANJAKKAN KE MINGGU DEPAN.. NASIB BAIK BESOKNYA ADA PRESENTATION.. IF NOT.. MMG AKU MEROYAN... apa2 pun ada hikmahnya juga kelas cancelled coz aku terus balik membongkang tidooorrr... hehee...

NASIHAT KEPADA RAKAN-RAKAN... LAIN KALI KALAU NAK AMIK TURN PRESENTATION JANGAN LETAK SEMUA SUBJEK LAST2 MACAM AKU... PANDAI2 LAA ARRANGE BAGI TAK SERENTAK SEMINGGU MACAM AKU..hehe.. YANG PENTING.. JANGAN BUAT LAST MINUTE...!!! hehehee.. memang nak pengsan....!!!

1 ulasan:

SALAH KER BERTUDUNG?

7:53 PG 6 Comments

SALAH KER KALAU KITA NAK BERTUDUNG...????

Ala2 mcm ni... hehehe.. memang salah kalau aku yang pakai.. hehehehehe!!!!

HEHE,, INI HANYA GURAUAN BUKAN BETUL2... SEPATUTNYA AKU PAKAI NI,..hehe.. baru nampak macam USTAZ...!!!

Tinggi tak songkok aku..!! Ni khas daripada Mekkah taw... heheheehe....

OK selesai sessi mengarut dan mencarut kini tiba isu yang lebih serius... sebenarnya aku tak puas hati tahap CRAZY dengan FIFA yang tidak membenarkan pemain BOLA SEPAK WANITA IRAN untuk memakai tudung ketika bermain bola....!!!

Aku tahu tentang perkara yang sedih ini melalui  berita TV3 semalam.. so aku terus laa kaji.. awat laa kejam sangat tak nak bagi mereka ni peluang... sekali search punya search aku jumpa laa artikel pasal benda ni kat url ni...


Kalian bacalah sendiri berita tentang perkara ini... yang penting aku pelik... apalah salah yer pakai tudung.. bukan mengangu pemain lawan pun.. malahan mereka pakai tudung pun dengan kerelaan diri.. tak terasa beban pun.. malah lagi bangga kerana bermain mengikut landasan ISLAM yang tercinta... kalau nak lebih terperinci tentang perkara ni kalian tengok la video berita ni....


Aku tengok kalau pakai tudung mcm lagi selesa nak main.. daripada rambut mengerbang ke kiri dan kanan bila nak berlari.. APA DAAAAA!!!!!

UNTUK PENGETAHUAN KALIAN.. cara bertudung untuk bermain bola sepak ni telah dicipta khas oleh dorang.. ni gambarnya.. kreatif kan dorang....so tak ada alasan la lepas ni nak main bola tak tutup aurat.. hehe


Alasan utama FIFA mengharamkan pengunaan tudung ni sebab dia kata nak menjaga keamanan.. kaitan keamanan dengan pakai tudung ketika bermain bola????? peliksssss aku...!! KATA NAK JAGA HAK ASASI MANUSIA.. TAPI BILA MANUSIA NAK IKUT CARA ISLAM TAK KASI.. MANUSIA NAK JADI PONDAN KASI..??? HAYOOO!!!!

aku dah penat laaa melayan karenah orang kafir yang memang sengaja nak menjatuhkan Islam.. namun aku harap kita sebagai umat Islam tak mudah melatah.. tapi kita perlu kuatkan semangat untuk terus berjuang ke jalan ALLAH TAALA dan inilah yang kita panggil FISABILILLAH...!!!!!!



6 ulasan:

TANDAS NAIK HARGA.

10:58 PTG 5 Comments

Kisah ni bermula apabila aku nak balik ke Kuala Lumpur daripada Kelantan gan mak cik aku semalam. Kami punya tiket bas janji naik pukul 10.30 tapi tunggu punya tunggu akhirnya bus sampai pukul 3.30...

tak berangin aku gan mik cik aku..!!! selama 5 JAM menanti baru bas sampai.. ni yang aku nak cakap...!!!


Malas aku nak bagitahu jenama bus apa yang aku naik tu.. coz aku tak suka memburukkan orang..(nama bus seperti yang tertera diatas..hehe) maka perjalanan yang sepatutnya sampai dalam pukul 5 or 6 petang berlanjutan hingga pukul 10.30 malam.. baru sampai KL.. saborrr jelahh..!!!

Untuk pengetahuan korang bus dari kelantan nak balik KL or dari KL nak g kelantan hanya berhenti di satu stesen jer... maka perjalanan yang mengambil masa lebih 7-8 jam ni kena  tahan nak buang air (either besar or kecik) untuk satu perhentian saja... SABOR JELAH.... 

setelah lama aku menahan.. hehehe.. maka bus pon berhenti di satu perhentian yang hanya ada sebuah kedai makan, tandas pondok dan juga surau yang ok  laaaa...!! nak tak nak memang terpaksa turun kat situ laaa kalau tak... macam mana nak buang air kan.. sebab lepas ni dah tak berhenti...

MACAM NI TANDAS PONDOKNYA.. CANTIKK TAK?? hehe...

Disebabkan bus yang berhenti punya banyak dan org yang nak MEMBUANG pun ramai.. maka nak masuk tandas pun kena laaaa... LINE UP panjang2... waaaa!!!(dah tak tahan)

LEBIH KURANG MACAM NI LAA... HEHE.. (hanya gambar hiasan)

Dah laa masa tu tengah mamai(baru bangun tidur) maka aku pun keluar mcm tu jelah tak bawak wallet.. sampai sahaja turn aku.. sekali kena bayar RM0.30 daaaa... aku punya la korek punya korek..(dah tak tahan ni..) ada laa beberapa syiling RM0.20 jeerrr.. maka aku buat muka kesian kat kakak tu.. and dia buat tak tahu jer..(berharap yang dia simpati malangnya aku yang malu sendiri..huhuh)

kakak yang memang tak ada perasaan aku dah tak tahan ni.. dia bleh buat tak tahu jer.. ERRR!!!

Dengan muka yang pasrah pun aku pun kuar laa dari barisan.. penat jer.. beratur punya panjang akhirnya tak dapat masuk tandas.. aku pun patah balik bas dan amik wallet dan terpaksalah beratur balik nak masuk tandas..!!! Waaaa!!!!!

Semasa tengah beratur balik tu aku nampak laa dekat tandas tu tertera yang...


Dalam hati aku.. apasal dulu 20 sen sekarang 30 sen.. selepas membuang apa yang perlu aku pun tertanya-tanya kenapa NAK MASUK TANDAS PUN HARGA NAIK???? kalau nak kata naik sebab harga minyak naik..?? memang tak masuk akal..

TAKKAN KAU CUCI TANDAS GUNA MINYAK PETROL KOT..!! 


ATAUPUN 
TANDAS DIA TANDAS EMAS..!!
 SAMPAI NAK KENA KILATKAN PAKAI MINYAK PETROL...!!!


Tension aku.. sebab benda keperluan macam ni pun orang nak ambil kesempatan.. nasib baik dia tak buat masuk surau kena bayar... KALAU TAK..!! DAH LAMA AKU TEMBAK KEPALA PEMILIK KEDAI NI..!!

 
Cuba bayangkan betapa banyaknya dia untung.. kalau sorang bayar 30sen lepas tu  satu bus lebih kurang ada 40 orang tak termasuk driver.. lepas tu bus yang berhenti bukan satu tapi banyak.. so kalau 100 orang masuk tandas dia.. dia dah boleh dapat RM30... tu pun paling minimum.. kalau 1000 dia boleh dapat RM300.. sehari jer... tak ker banyak...!!

Dah laa nak tak nak macam mana teruk pon tandas dia org terpaksa masuk..(takkan nak kencing kat tepi jalan kan..) masa aku tu  lebih kurang ada 7 bus berhenti kat situ.. kalau satu bus 40 orang.. jadi semua orang 280 orang mungkin masuk tandas.. jadi setiap sorang bayar 30sen dia dapat RM84 dalam satu masa... best tu... memang MASYUK kan... walaupun bagi kita 30sen jer.. dush!!!

sampai sekarang aku pelik kenapa laaa kena bayar duit nak masuk tandas.. sedangkan kalau nak ikut bayar untuk cleaner pon tak laaa sebanyak tu.. lain laa kalau tandas dia betul2 CLEAN..!!! 

jadi aku harap lepas ni kalau nak masuk tandas tolong laa bagi free.. cuba bayangkan kalau korg tumpang tandas umah org lepas tu orang tu minta bayar.. tak ker ko rse macam org tu pelik!!! 

YANG AKU LEBIH PELIKKSSSS!! ADA TANDAS YANG LEBIH MAHAL DARI 30SEN!! WAAA!!!!

Tak ker kalau orang yang dah terdesak.. nak kena lari ke level lain.. akhirnya tercirit di tengah jalan.. oppsss!! hehe..

APA PUN.. AKU HARAP KUALITI TANDAS DI MALAYSIA NI BOLEH DI PERTINGKATKAN.. SAMA MCM LAGU NI.. hheehe.. layan gak...

5 ulasan: