Fakta mengenai PTPTN yang perlu anda tahu..!

12:42 PG 15 Comments

Assalamualaikum.. dah lama aku biarkan blog ni berhabuk. namun demi perjuangan Agama Bangsa dan Negara (ABATA) kini aku aktif kembali sebab nak kongsi dengan kalian semua benda yang sangat penting sebelum kita hadapi PRU nnt.. aku tak ada mslh korg nk sokong siapa tapi aku tak nak korg tersalah pilih dimasa depan.. bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudia sudah tidak berguna..

Ok la habis sessi aku bermukhadimah.. nah inilah dia Fakta mengenai PTPTN yang korg perlu tahu.. dah lama aku diam dan analisis isu ini.. wajarkah ptptn dimansuhkan dan diberikan pendidikan percuma kepada semua?? kini selesai analisis aku dan aku sendiri telah cuba dapatkan sumber fakta ni dari PTPTN sendiri dan KPT.. kalau tak nak percaya juga korg g la kaji sendiri.. jangan kutuk je pandai.. =P



Fakta-faktanya...

PTPTN menyediakan akses yang besar untuk pengajian tinggi

  • Tahu tak sebelum PTPTN ditubuhkan pada 1997 hanya 26,000 mahasiswa sahaja yang mampu kerajaan beri biasiswa dalam masa setahun.. tak caya tanya mak cik pak cik abg kakak korg.. senang ke dapat biasiswa masa dulu??
  • Sebabkan jumlah biasiswa yang terhad ramai pelajar yang berpotensi tak dapat meneruskan pembelajaran terutamanya yang miskin 
  • Setelah PTPTN diwujudkan akses ke pengajian tinggi pada tahun 2011 sahaja dah mencecah ke 277,209 yang mengunakan PTPTN untuk pengajian ke universiti termasuk aku... bayangkan kalau PTPTN tak ada..? bukti nyata tanya sekeliling anda berapa ramai yang mengunakan PTPTN untuk survive di universiti?
Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
  • INI IALAH FAKTA.. sesiapa yang berjaya tamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dapat pengecualian bayar balik pinjaman PTPTN.. kiranya automatik jadi biasiswa.. bukankah ini satu motivasi dan medium yang baik kepada orang2 yang gagal dapat biasiswa tapi belajar rajin-rajin and tukar PTPTN jadi biasiswa.. aku salah seorgnya dan serius aku belajar penat-penat for achieve this thing.. tapi yang sibuk buat demo tu kenapa tak study betul2 untuk jadikan benda ni PERCUMA???
  • Satu lagi fakta pengecualian ini tidak terhad sehinggakan 31 Disember 2011 seramai 11,764 pelajar telah diberikan pengecualian dan pelupusan ini berjumlah RM339.07 juta..! jangan tanya bangsa mana yang paling memanfaatkan benda ni.. kalau tak sedar juga tak tahulah siapa yang mengambil peluang and siapa yang nk buang peluang keemasan ini..
PTPTN berperanan sebagai bantuan sara hidup
  • Bagi pelajar IPTA hanya 30% sahaja duit PTPTN digunakan untuk pembayaran yuran (kalau UiTM lagi rendah) manakala selebihnya 70% boleh digunakan untuk sara hidup seperti sewa rumah, makan minum, buku dan sebagainya
  • pelajar IPTS plak 70% digunakan untuk yuran manakala 30% pula digunakan untuk kos sara hidup
  • sekarang bayangkan tak ada PTPTN..???


Faedah dalam PTPTN ditanggung oleh kerajaan
  • Ini yang paling ramai mempertikaikan.. so untuk pengetahuan korang mcm mana PTPTN dapat dana ialah melalui pinjaman bank atau institut kewangan dan faedah yang dikenakan ialah sebanyak 4% ke 5% setahun
  • jumlah kadar faedah ini untuk tempoh 2004 ke 2011 sebanyak RM3.62 billion yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
  • Dan anda diminta bayar balik kaedah berapa peratus? 1% sahaja dan ini pun bukan hukum riba yang diharamkan dalam Islam tetapi hukum ujrah yang digunakan dalam sistem kewangan islam bagi menangung kos pengurusan wang pinjaman anda.. kalau semua nak free tanya diri sendiri sanggup tak anda kerja FREE uruskan proses pinjaman dalam PTPTN???
Prestasi bayaran pinjaman semula dalam PTPTN
  • Ada rumors kata yang tak ramai org mampu bayar PTPTN dan PTPTN ni membebankan.. ok itu rumors.. buktinya pula sehingga 31 Disember 2011 seramai 742,924 iaitu 83% telah mula membuat bayaran semula pinjaman
  • Jumlah bayaran yang telah diterima sehingga 31 Disember 2011 ialah RM2.96 billion (55%) dari jumlah yang patut dibayar iaitu RM5.41 billion
  • Jumlah bayaran ni pun tak strict melihat kepada kedudukan ekonomi peminjam.. gaji besar bayar banyak gaji sikit bayar sikit je dulu.. taklah kejam sangat.. tak percaya tanya org yg dah habis belajar?
Subsidi kerajaan dalam pengajian IPTA
  • tak tahulah kalau korg perasan ke tak yang di IPTA kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 85% hingga 95% bergantung kepada bidang. Cth kalau ambil kejuruteraan di UKM kena bayar yuran pengajian sebanyak RM5,600 bagi tempoh pengajian 4 tahun berbanding harga pengajian sebenar iaitu RM61,200. Dalam erti kata lain kita hanya bayar 9.2% sahaja dan baki 90.8% DIBIAYA OLEH KERAJAAN..
  • Sehingga 31 Disember 2011 seramai 508,256 orang dari pelbagai bidang pengajian di IPTA mendapat subsidi ini... mungkin anda juga salah seorangnya?


maka renung-renungkan.. anda ingin merebut peluang untuk pendapat pendidikan percuma dengan adanya PTPTN atau anda pendidikan percuma dengan cara menghapuskan PTPTN?? saya cabar mahasiswa yang matang dan intelek keluarkan fakta apa mekanisme terbaik selain sistem PTPTN ni? jangan hanya pandai berjuang untuk hapuskan sesuatu sedangkan benda itu banyak manfaat kepada kita.. nantikan kupasan aku mengenai PENDIDIKAN PERCUMA YANG SEBENAR NANTI.. tengah masih mengkaji..

p/s: cakap guna akal.. bukan guna emosi... =) tata titi tutu....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

15 ulasan:

  1. facts dh ader,ssh puak2 ni nk prcaya..mcm dh kena nasi kangkang hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3. macai2 ni buat tutp mata jer....usah la nk menipu rakyat lagi, rakyat makin bijak..

      Padam
  2. Point penting ialah, dia taknak bayar balik sesen pun.. Tu sebab 'berjuang' utk education free.. Tak mahu berhutang.. Tapi nak gaji tinggi.. Insaflah wahai umat.. Free education doesn't guarantee a free and intellectual mind..

    BalasPadam
  3. ramai2 yg dok mintak mansuh PTPTN ni sebenarnya mereka yang tak score dlm studies.. student yg score x ambik port pun sebab mereka tau mereka dah nampak free.

    BalasPadam
  4. mereka cadangkan ptptn mansuh tapi digantikan dgn pendidikan percuma...=)

    BalasPadam
  5. saya ni dah bekerja walaupun gaji tak seberapa, saya tetap boleh bayar..kan boleh je bayar sikit2..paling minima pun RM50...takda benda free dalam dunia ni..nak masuk jamban pun kena bayar tauu..

    BalasPadam
  6. yesss!! like berjuta2 kali. suke entry ni. but then ckpla smpai berbuih, tp mereka2 diluar sana tu takkan pernah bersyukur,ade je yg x kena. tp klu bab2 dpt BBIM,BRIM,BLIM, diorg beratur dulu..zzzzz pelik2 perangai

    BalasPadam
  7. nasi Kangkang buatan Anwar Ibrahim...

    BalasPadam
  8. bley x saudara fariz bg link2 berkaitan??agak menarik pe yg saudara cuba sampaikan..
    wt saudara cahaya mata...pe nk dipelikkan??2 duit sumber dari rakyat jgk yg dok bayar cukai setiap tahun..peduli pe amik jela undi lain cte..kdg2 konsep bersyukur 2 da disalahguna da..asal lawan je kte x bersyukur..cbe wt hujah bagus sket..

    BalasPadam
  9. oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum semua...
    pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada fariz kerana dah banyak entry kat blog ni sejak akhir-akhir ni. walaupun nampak lagi fariz masih belajar, namun ayat-ayat yang disusun fariz agak kemas dan berfakta.

    mengenai isu ptptn, isu bayar cukai, isu pendidikan percuma. tak ramai rasanya dapat duduk di tempat pemimpin negara malahan nak jadi tauke kedai pon tak ramai yang mampu. isu ni berkait rapat dengan ekonomi. berapa orang yang pandai buat forecast secara tepat mengenai ekonomi dalam dunia ni untuk kita merancang perbelanjaan? walaupun ada yang sebut pasal rakyat pembayar cukai, namun cukup ke cukai yang kamu bayar untuk pembangunan negara Malaysia ni? kerajaan dah memperuntukkan pembelanjaan untuk pendidikan adalah kedua terbanyak selepas ketenteraan (untuk mempertahankan negara daripada penceroboh seperti yang berlaku di lahad datu).

    mohon maaf jika ada perkara yang dinyatakan tidak jelas. harap semua bole berdebat secara berhema

    BalasPadam
  11. Org msia ni pelik gak bila aku pikir lama2...

    Bila pru, si A bg la manifesto dia, cthnya,
    " kita akan bagi seringgit pada setiap rakyat"

    Si B Cakap, " kita akn bg 10 rggit pd setiap rakyat"

    Pastu penyokong si A cakap, mana boleh bg 1 ringgit, bankrup la... Si B pon bg la mekanisma cna nak dapatkan 10 ringgit setiap sorg...

    Last2 x caya, kata tipu... Tutup crita la. Baik xyah pertikai klu xmau truih. Cakap ja camni, kami ni sokong si A ' dulu kini selamanya'... Biarla kamo dapat singgit. Kami lg suka...

    Minta penulis kaji sama berapa duit setiap kali bajet dibentangkan dihabiskan pada benda2 yang tak perlu... Kita ni bukan nal semua, tapi, biar la kerajaan bg yg lebih penting dulu pd rakyat. Wat apa sibuk buat pebangunan besor2, tapi rakyat malaysia bwrhutang berpuluh2 ribu....???

    Tapi, saya suka org umno ug berhujah,
    berbndg yg main video lucah....:-)

    BalasPadam
  12. brader, kalau betul PTPTN tu niatnya nak tolong pelajar dan kalau dah namanya pun pinjaman pelajaran, maka tak perlu diwujudkan faedah. Saya tak sokong pn PR nak hapuskan ptptn tapi faedah tu memang tak patut ada. Dah macam kerajaan nak buat bisnes plak. Mana boleh. Cuba tanya diri sendiri institusi mana lagi yg bg pinjaman pelajaran dan mengenakan faedah (kecuali bayar lambat lain cite ler)? The Kuok FOundation yg pengasasnya org bukan islam pun tau tak perlu kenakan faedah.

    fikir-fikir kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ptptn ada tu da kira tolong orang laa tu.. kalo pendidikan percuma di bagi, x merasa laa aku masuk U... nnti penuh dgn kroni ja kat dlm tu (true story).. sbb hanya sekumpulan org yg terpilih je dpt masuk. at least ada ptptn ni, boleh jg aku merasa kehidupan kampus. faedah ptptn tu utk bantu mengurangkan beban kerajaan dlm mbayar faedah yg d kenakan oleh institusi kewangan yang lain. dah tu kos pengurusan plak mmg daa tmasuk dalam faedah. ni kire cam win-win situation laa... tolong-menolong. dah laa ptptn bagi kite pinjam duit. ada plak yg tolong kira, tolong kemaskini, tlg urus ptptn kite.. tu semua anggap laa mcm kite bayar staff ptptn dgn faedah 1% tu.. aku blum start bayar ptptn lg.. padahal dah 2 thn grad. apply keja kerajaan dr abes form5 still x dpt.. xtaw laa apa salah aku kat kerajaan. ohya, utk penulis.. bkn senang nak dpt ijazah kelas ptama. tahniah laa awk dpt.. kat fakulti kteorg (IPTA ye), seramai 500 org, hanya sorg je yg dpt ijazah kelas pertama. nak kata yg lain bodoh, x juga.. mmg susah laa kot nak dpt ijazah kelas ptama. fakulti lain hampir 20 org... tp mmg fakulti mcm kmi ni susah nk dpt ijazah kelas ptama.. kalo laa ptptn bole consider kan sket kan ke bagus..huhuhu

      Padam

  13. Hi, I have a question.
    So my dad refused to help me with my PTPTN loan while my mom unable to help me since she's not a Malaysian :(
    What should I do? :(
    Kindly reply please.
    Thanks.





















    free music downloads

    BalasPadam