BR1M Mengecewakan?

12:10 PG , , , 0 Comments



Besok bakal bermulanya penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kedua. Banyak orang mempertikaikan yang BR1M ini dikatakan tidak effektif dan dianggap sebagai rasuah kerajaan kepada rakyat Malaysia. Namun begitu sebelum kita menyerang BR1M molek rasanya kita mengetahui dahulu kenapa BR1M ini diwujudkan dan kenapa sistem pemberiaannya dibuat 3 kali setahun secara berkala.

1) Kenapa BR1M diwujudkan?

Untuk Pengetahuan anda BR1M sebenarnya merupakan salah satu bentuk program yang diperkenalkan oleh Majlis Rasionalisasi Subsidi dalam mengubah sistem Subsidi Berpukal kepada Subsidi yang lebih bersasar. 

Jika sebelum ini Malaysia melaksanakan Subsidi berpukal menelan perbelanjaan sebanyak RM 47 Billion pada tahun 2013 dan kebanyakkan subsidi ini adalah daripada pemberian subsidi Gula dan Petrol, maka dengan penarikan subsidi berpukal pada Gula dan Petrol sekarang kerajaan telah dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi sebanyak RM 28 Billion.

Lagipun perbelanjaan subsidi pada Gula dan Petrol sebenarnya lebih menguntungkan pihak lain berbanding rakyat Malaysia. Ini jelas terbukti apabila pengunaan Gula oleh sebuah syarikat terkenal Nestle sahaja sudah melebihi pengunaan keseluruhan gula penduduk di Selangor. Begitu juga dengan Petrol dimana ketidakstabilan harga menyukarkan perancangan perbelanjaan subsidi yang lebih baik dan ia sebenarnya lebih menguntungkan penguna automobil yang lebih besar berbanding golongan susah. 

Maka atas sebab penarikan subsidi berpukal ia pasti akan menyebabkan inflasi dalam ekonomi meningkat kerana ini normal pada sesuatu ekonomi apabila memperkenalkan suatu sistem baru, termasuklah dengan perlaksanaan GST.

Jadi datanglah idea BR1M bagi mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dalam menghadapi kesan sampingan perubahan dalam sistem ekonomi yang baru ini.


2) Apakah kesan pemberian BR1M kepada perbelanjaan Rakyat?

Berikut disertakan analisis bagaimana pemberian BR1M membantu perbelanjaan rakyat kepada golongan berpendapatan Rendah dan Sederhana.

Perbelanjaan/Pendapatan seisi rumah sebulan

1) Golongan Berpendapatan Rendah:

RM 1385/1847 = 75%

Pemberian BR1M : RM900 / 12 = RM75

Maka beban perbelanjaan golongan berpendapatan rendah menjadi 70% sebulan.

2) Golongan Berpendapatan Sederhana:

RM 2190/ 4573 = 48%

Pemberian BR1M : RM750 / 12 = RM63

Maka beban perbelanjaan golongan berpendapatan rendah menjadi 46.5% sebulan.

Konklusinya pemberian BR1M dapat mengurangkan beban golongan susah sebanyak 5% dan golongan sederhana sebanyak 1.5% sebulan.


3) Tapi kenapa perlu bantu rakyat menghadapi Inflasi ekonomi dengan BR1M?

Satu fakta yang perlu difahami rakyat Malaysia BR1M merupakan satu bentuk inisiatif sementara bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi kesan inflasi pada sistem baru dalam ekonomi negara. Statistik kadar kemiskinan Malaysia telah berkurang daripada 49% pada tahun 1975 kepada kini 1.7%  dan penurunan ini berlandaskan sistem subsidi berpukal.

Memang benar sistem subsidi berpukal mampu juga membangunkan pendapatan rakyat akan tetapi cabaran ekonomi yang Malaysia hadapi kini bukan lebih tertumpu kepada pembangunan semata mata tetapi lebih kepada "Sustainability" dimana jika sistem subsidi berpukal dan sistem SST diteruskan ia akan menjatuhkan ekonomi negara dimasa hadapan.

Maka strategi pencegahan inilah yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan normal bagi sesuatu sistem baru menghadapi kesan samping. Perlu difahami antara kesan sampingan yang besar apabila sistem subsidi pukal ditarik ialah seperti Withrawal Symptom iaitu masyarakat akan berasa panik dan panik pada masyarakat bukanlah sesuatu yang baik dalam pertumbuhan sesebuah negara.

Jadi Pemberian BR1M merupakan ubat untuk mengurangkan kesan panik walaupun diakui tidak boleh mengubah persepsi serta merta namun kesan itu dapat juga membendung daripada kesan yang lebih buruk berlaku. Akan tetapi pengawalan panik ini masih terletak dibahu masyarakat sendiri untuk lebih matang dalam menghadapi cabaran kesan ekonomi kini.

Analogi yang mudah Seorang Perokok (Masyarakat) yang cuba berhenti daripada merokok (Rokok ialah subsidi pukal) pasti akan mendapat kesan sampingan iaitu kegelisahan dan ketakutan (Withrawal Symptom - panik), maka bagi mengurangkan kesan ini pengambilan Pil Nikotin (BR1M) yang diberikan oleh Doktor (Kerajaan) diperlukan bagi mententeramkan pesakit. Namun pengambilan dose berlebihan juga tidak baik kerana itulah pengambilannya perlu terkawal. Akan tetapi kesan akhirnya masih terletak dibahu perokok tegar itu sendiri sama ada untuk berubah demi kebaikan atau terus menerus mengalah. 

4) Apa kesan pemberian BR1M secara 3 kali setahun kepada rakyat? 

Strategi Kerajaan memberi BR1M sebanyak tiga kali iaitu pada Januari, Mei dan September bertujuan untuk mengekalkan momentum eknomi negara sentiasa rancak pada setiap suku pertama, kedua dan seterusnya. Sekaligus menarik minat pelabur apabila kuasa pembelian rakyat Malaysia sentiasa berada pada tahap yang baik.

Kesan ini juga baik kepada rancangan fiskal ekonomi negara berbanding subsidi pukal dimana wang berkenaan tidak ada pada tangan rakyat sendiri. Pemberian secara Cash ini juga boleh disamakan seperti pemberian bonus dimana implikasi bonus pada hujung tahun kepada kakitangan awam dan swasta menyebabkan pertubuhan GDP negara pada suku pertama 2015 adalah yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 6.5%  


5) Tapi tidakkah Sistem BR1M ini dilihat seperti Memberi Ikan berbanding memberi Joran demi masa depan rakyat?

Jika kita sedar sebenarnya telah banyak program "Pemberian Joran" dilaksanakan oleh kerajaan, seperti bantuan perniagaan, penyediaan peluang pekerjaan teknikal atau profesional, pengajian sama ada Vokasional mahupun pengajian tinggi dan sebagainya. Semua itulah sistem "Pemberian Joran" jika anda benar benar mengerti.

Jadi Sistem BR1M yang dikatakan seperti "Pemberian Ikan" ini sebenarnya bonus kepada rakyat Malaysia. Seperti serampang dua mata, Joran kita dapat Ikan juga kita dapat. Tetapi janganlah kerana kita salah mengunakan Joran kita menyalahkan kerajaan. Itu sesuatu hukuman yang tidak adil.

BR1M juga boleh dilihat sebagai pemberian ikan sementara didalam proses rakyat Malaysia beralih untuk menjadi pakar mengunakan joran bagi menghadapi sistem ekonomi yang baru. InsyaAllah. 


Konklusinya BR1M merupakan satu inisiatif yang tidak mengecewakan malah bagus untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah secara lebih bersasar. Sekian.

Sumber:
1) Dr Aznil Hashim
2) Jabatan Statistik Malaysia
3) Berita Harian

p/s: Pesanan kepada rakyat Malaysia, Positive anything is better than negative nothing. Jangan kerana marahkan Nyamuk habis satu Kelambu di bakar. Renung- renungkan dan selamat beramal. =)

0 ulasan:

Secret Recipe Haram ke?




Semalam kecoh di lama sosial mempersoalkan sama ada Secret Recipe sebuah cafe kek yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia telah di tarik semula sijil Halal oleh Jakim. Maka persoalan mula timbul adakah Secret Recipe Haram??? Adakah eksiden seperti Cadbury akan berulang?

Sebelum kita terjah kepada konklusi molek rasanya kita faham dahulu bagaimana pengerakkan JAKIM dalam menentukan Sijil Halal di Gantung Sementara atau di Tarik Semula.

Sijil Digantung Sementara

Bagi Tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya apabila premis meeka kotor atau terdapat bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasaannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.

Sijil Ditarik Balik

Merupakan hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.


Perasan tak contoh terbaik bagi kes Sijil Digantung Sementara ialah Cadbury dimana DNA babi dijumpai melalui sampel yang duji oleh Kementerian Kesihatan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.

Maka oleh sebab itulah JAKIM mengambil langkah mengantung sementara dan menjalankan uji kaji makmal sebelum memutuskan sesuatu keputusan dan akhirnya semua stok Cadbury yang telah diuji kaji tidak tercemar seperti sample yang diuji oleh pihak Kementerian Kesihatan. Untuk makluman lanjut baca ni Kenyataan Media JAKIM mengenai isu Cadbury

Manakala bagi kes Secret Recipe ini Sijil mereka ditarik semula atas sebab melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius. Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff penarikan itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Menurut beliau juga pihak Jakim telah memberikan tempoh masa kepada Secret Recipe sehinggalah Sijil Halal mereka bakal ditarik semula berkuat kuasa 7 Mei ini. Namun begitu tindakan ini tidak menghalang semula Secret Recipe bagi memohon semula sijil halal di bawah penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas ISO (Standard Malaysia): 1500:2009 dan manual prosedur persijilan Halal Malaysia 2014.

Maka jelas yang Secret Recipe ditarik semula sijil halal kerana gagal mengikut piawaian kebersihan. Maka salah ke JAKIM bertindak tegas demi kesejahteraan Masyarakat Islam di Malaysia?

Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran kepada anda dalam gerak kerja JAKIM menentukan pengiktirafan sesuatu Sijil Halal.

Sumber:
1) Hab Halal
2) MalaysiaKini
3) AstroAwani

p/s: Kadang kadang tak faham rakyat Malaysia ini jika JAKIM terlalu tegas mereka marah, jika JAKIM terlalu bertoleransi pun mereka marah. Buat apa pun tak boleh.. fuhhh.. kenalah boikot Chocolate Indulgence sementara waktu.. huhu~

0 ulasan: