Bersyukurkah kita?



Teringat kenangan ketika aku menganggur lepas habis degree kerja part time sebagai cashier. Masa tu rasa down sgt sbb yela duit tak ada, apply kerja x dpt2.. apa boleh buat jadi cashier je..

Tapi ada satu benda yang berlaku membuatkan aku tersedar dan terus berasa bersyukur atas nikmat Allah.

Selama aku jadi cashier aku selalu nampak mamat-mamat Nepal ni beli satu kampit beras dan bawang dalam kuantiti yang banyak.

Satu hari, terdetik hati aku utk bertanya kat mereka semasa mereka sedang membuat penbayaran kat kaunter aku. Beli beras dan bawang je ke? Mereka pun jawab ya..

Aku tanya lagi, Takkan makan ni je?" aku mcm tak percaya. Dan mereka mengangguk.

Lebih menyayat hati, semasa pembayaran mereka keluar duit sikit-sikit kumpul ramai2 kemudian baru bayar.

Terdiam aku seketika mengenangkan nasib.. kenapa aku masih boleh mempertikaikan kesusahan dalam mencari rezeki sedangkan lebih ramai yang kurang bernasib baik.

sekurang-kurangnya sepanjang aku part time jadi cashier tak adalah aku sampai tahap makan nasi dengan bawang je.. at least ada la gak ikan, ayam, daging dan sebagainya..

Bila fikir balik rezeki Allah itu Maha luas.. InsyaAllah setiap pemberiannya berhikmah..

0 ulasan:

Ada apa dengan Diplomasi Panda?


Setelah setahun lebih Panda Xing xiang (Fu Wa) dan Liang liang (Feng Yi) Berhijrah ke Zoo Negara Malaysia, ia merupakan satu berita baik apabila panda berkenaan melunta Dromedarykan anak panda pertama di Malaysia.

Diplomasi Panda bukanlah sesuatu yang asing untuk China sejak enam dekad yang lalu:

1957 : Mao Tse-Tung menghadiahkan seekor panda kepada Rusia sebagai tanda penghargaan kepada Moscow yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat.

1972 : China menghadiahkan Ling-Ling dan Hsing-Hsing kepada Amerika Syarikat semasa Presiden Richard Nixon melakukan lawatan rasmi ke Beijing sebagai permulaan hubungan diplomatik kedua-dua Negara

1974: Sepasang panda, Chia-Chia dan Ching-Ching dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri United Kingdom Edward Heath ke China pada 1974.

Manakala

1) Sejak 1973 Kanada telah mula melobi China bagi mendapatkan sepasang di Zoo Toronto dan Calgary. Setelah 39 tahun penantian akhirnya 8-11 Februari 2012 kunjungan PM Kanada Stephen Harper ke Beijing, Guangzhou dan Chongqinq. Akhirnya Kanada telah mendapat peminjaman panda selama 10 dengan sewaan US$ 1 Juta setahun. 

2) Pada 2005 Taiwan telah ditawarkan hadiah sepasang panda. Namun mendapat tentangan politik dimana mungkin hadiah ini menjadi penyatuan dengan tanah besar Cina. Secara rasmi pada 2006 mereka telah memutuskan untuk membiarkan Panda yang diihadiahkan hidup di habitatnya. Namun pada Julai 2008 mereka menukar semula keputusan dengan menerima pengimportan panda di bawah syarat-syarat “sepsis perubatan herba tradisional dan kebaikan untuk perdagangan.

Di Malaysia pula kita ditawarkan peminjaman panda melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Sepatutnya panda tersebut tiba pada 15 April tetapi ditangguhkan ekoran tempias kehilangan penerbangan MH370. Tetapi pada Mei 2014 pasangan panda tetap diberikan kepada Malaysia sebagai sambutan ulang tahun ke 40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Bei­jing.

Adakah diplomasi ini merugikan?

Untuk menilai perkara ini mari kita lihat fakta kes dari mereka yang menerima panda seperti Malaysia:

1) Panda di National Zoo Washington DC disewa dengan kos RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih hasil daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

2) Panda di Zoo Toronto, Kanada menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo tersebut dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

3) Zoo Edinburgh,UK merekodkan jualan tiket melebihi 50% kebiasaan sejak kedatangan panda pada 2011. Jumlah pendapatan zoo tersebut meningkat tiga kali ganda daripada RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

Malah persoalan lebih penting jika Pasangan Panda ini merugikan kenapa zoo Atlanta,USA kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk mendapatkan panda dan Zoo San Diego pula terpaksa berbelanja RM16 juta bagi kempen mendapatkan panda?

Tambahan pula, pembiayaan haiwan istimewa di Zoo Negara kebanyakkannya memiliki Sponsor mereka yang tersendiri seperti Harimau Malaya ditaja oleh Maybank sejak 1997, Unta Dromedary oleh Ambank Group sejak 1985 dan Panda ini pula oleh 1MDB sejak 2013 (persediaan dari awal)

Malahan konteks pelaburan dan keuntungan yang Malaysia bakal peroleh melalui diplomasi panda ini sudah pasti menjangkau perbelanjaan penjagaanya yang di RM25 Juta. Penjelasan lebih lanjut mengenai kesan pelaburan perniagaan melalui diplomasi panda  boleh baca lebih lanjut disini (diplomasi panda rm25 juta vs rm258 billion

Kita kena faham yang setiap perniagaan pasti memerlukan modal. Tetapi sejauh mana anda menilai modal yang dikeluarkan itu mampu memberi pulangan yang baik sudah pasti ia satu perniagaan yang baik. Maka jangan membuat pernilaian terlalu kecil pada dasar modal yang dikeluarkan sahaja. Kita perlu menilai pada konteks yang lebih besar, dimana kelahiran anak panda ini sudah pasti memberikan reputasi perdagangan yang lebih baik kepada Malaysia. InsyaAllah

#Peace #NoNegative

0 ulasan:

Kronologi Penuh ‪#‎MH370‬




8 Mac 2014


12.41 pagi: Pesawat MAS Boeing 777-200ER berlepas dari KLIA ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru.


1.19 pagi: "Goodnight Malaysian three seven zero" - ayat terakhir daripada kokpit MH370 kepada bahagian kawalan udara KLIA.


1.21 pagi: Transponder MH370 yang bertindak balas kepada radar awam dimatikan. Pesawat hilang daripada daripada kawalan trafik udara (ATC) dan gagal mendaftar masuk dengan ATC Vietnam.


2.15 pagi: Radar tentera mengesan pergerakan tidak dikenali (kemudiannya disahkan MH370) pada kedudukan 322km ke barat laut Pulau Pinang.


6:30 pagi: MH370 gagal mendarat di Beijing seperti yang dijadualkan..


7:24 pagi: MAS mengumumkan penerbangan MH370 hilang dari kawalan.


8:11 pagi: Satelit data menjejaki menerima isyarat terakhir daripada MH370. (Berdasarkan maklumat yang diperolehi kemudian, pesawat itu terbang sama ada di sepanjang koridor utara dari Thailand ke Kazakhstan, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan selatan India.)


1:41 petang: Laporan media Vietnam menyatakan bahawa pesawat itu terhempas ke dalam laut berhampiran pulau Tho Chu; ternyata kemudiannya bahawa ia adalah laporan palsu.


2.40 petang: Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.


6.28 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA.


7.05 malam: Najib mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.


9 Mac 2014


9.05 pagi: Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).


3 petang: Azaharuddin berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.


* Azaharuddin mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.


* Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.


*Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.


10 Mac 2014


* Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang ditemui dijangka akan diperoleh.


* Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.


* Keputusan ujian makmal ke atas tompok minyak di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370.


11 Mac 2014


* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delvar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.


14 Mac 2014


* Hishamuddin berkata, usaha mencari MH370 terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke lautan Hindi.


15 Mac 2014


* Najib mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing. Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan sewaktu berada dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor itu adalah koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.


16 Mac 2014


* Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.


* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.


17 Mac 2014


* Operasi pencarian mutinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.


20 Mac 2014


* Satelit Australia mengesan dua objek, dengan satu daripadanya bersaiz 24 meter di Lautan Hindi dianggap petunjuk baharu dan kukuh yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.


* Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Najib pada pukul 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.


22 Mac 2014

* Satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.



23 Mac 2014


* Polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga termasuk keluarga juruterbang MH370.



24 Mac 2014


* Pada pukul 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.


25 Mac 2014


* Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkan pesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB


* Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.


* Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan.


* Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.


26 Mac 2014


* Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.


* Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.


27 Mac 2014


* Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.


* Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.


28 Mac 2014


* Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.


* Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."


29 Mac 2014


* Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi. Beliau turut menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.


30 Mac 2014


* Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.


* Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.


31 Mac 2014


* Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.


* Transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong", dikeluarkan.


* PM Australia menyokong pandangan Datuk Seri Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.


1 April 2014


* Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan radiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.


* MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.


2 April 2014


* Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.


* Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.


* Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370 bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.


* Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Najib untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.


3 April 2014


* Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.


* Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur akan dihentikan mulai 8 April.


* Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.


* Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.


* Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.


4 April 2014


* Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad meminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.


* Australia berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.


* Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.


* Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.


5 April 2014


* Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370. Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.


* Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.


* Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.


* Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.


6 April 2014


* Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.


* Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01


* Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370.


28 Ogos 2014


* Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa Australia dan Malaysia menanggung kos fasa baharu pencarian yang dianggarkan bernilai sehingga RM153.28 juta


29 September 2014


* Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan fasa carian di bawah air baru.


31 Oktober 2014


* MAS melihat tuntutan mahkamah yang pertama berkaitan dengan penerbangan MH370 hilang difailkan oleh anak-anak penumpang Jee Jing Hang, 41. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Imigresen, Panglima Tentera Udara dan Kerajaan.


1 Disember 2014


* Mahkamah Tinggi KL mengarahkan MAS dan empat defendan yang lain unto memfailkan pernyataan pembelaan mereka sebelum 15 Disember.


18 Disember 2014


* Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata carian di bawah air boleh selesai pada Mei 2015.


29 Januari 2015


* Azharuddin mengisytiharkan kehilangan penerbangan MAS MH370 sebagai “kemalangan”. Ia membuka jalan bagi syarikat penerbangan itu untuk membayar pampasan kepada waris dan ahli keluarga mangsa. Bagaimanapun pencarian pesawat yang hilang itu akan terus dijalankan.


17 Februari 2015


* Mahkamah Tinggi KL mencadangkan bahawa MAS, Kerajaan dan keluarga penumpang MH370 Jee Jing Hang mendapatkan penyelesaian untuk menyelesaikan saman itu.


2 Mac 2015


* Kerajaan Australia mengumumkan bahawa carian akan terus dijalankan. Setakat ini yakin bahawa sebanyak 40 peratus kawasan carian utama selesai.


6 Mac 2015


* Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pakar akan melakukan penilaian data dan angka untuk memberi panduan sekiranya MH370 tidak dapat dikesan di zon yang ditetapkan menjelang Mei.


18 Jun 2015 


* Pencarian MH370 di Lautan Hindi diperluaskan ke zon tambahan meliputi 60,000 Kilometer persegi


29 Julai 2015 


* Komponen sayap dipercayai flaperon ditemui di persisiran pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi, dikaitkan dengan MH370 oleh sekumpulan penyelidik ekologi


31 Julai 2015


* Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777


6 Ogos 2015


*Pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra kira-kira jam 1.45 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan hasil siasatan pakar penerbangan bahawa ‘flaperon’ yang ditemui itu adalah milik pesawat MH370.


* “Hari ini selepas 515 hari pesawat itu hilang, dengan berat hati saya harus mengumumkan yang sepasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan dengan pasti bahawa serpihan pesawat ditemui di Pulau Reunion adalah daripada pesawat MH370,” katanya.

0 ulasan:

Biasiswa Bagi Lepasan STPM/Matrikulasi


Kepada mereka yang mempunyai kenalan atau saudara mara yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Universiti pasti permohonan biasiswa penting kepada mereka.

Maka disini ada beberapa senarai link biasiswa yang boleh dimohon bagi melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/

MARA: http://www.mara.gov.my/

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=30

Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/

UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html

Sime Darby: http://www.simedarby.com/

SCM: http://www.sc.com.my/

TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/

TM: http://ytm.tm.com.my/

PNB: http://www.pnb.com.my/

Shell: http://www.shell.com.my/

Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/

JAKIM: http://www.islam.gov.my/

Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

Tolong hebahkan informasi yang berguna ini kepada mereka yang mencari biasiswa dalam lanjutan pelajaran ke universiti. 

Good Luck =)

0 ulasan:

Melayu dan Amuk.



Tahukah anda?

Istilah Amuk tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia kecuali dunia Melayu. Mengikut kajian Perubatan Amuk mula dikesan berlaku dalam masyrakat Melayu sehinggakan Istilah ini telah dipinjam dan di English kan sebagai Amok.

Menurut orang Melayu atau Indonesia, mengamuk telah berakar umbi dalam kepercayaan kerohanian yang mendalam . Mereka percaya bahawa mengamuk disebabkan oleh belaan hantu atau merupakan semangat harimau jahat yang masuk ke dalam tubuh seseorang yang disebabkan oleh perbuatan keji.

Tetapi mengikut kajian perubatan sindrom "Amuk" terdapat di dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V TR) dimana ia merupakan sesuatu tindakan yang liar di luar kawalan atau menyebabkan kegilaan. Terdapat dua jenis Amuk dalam perubatan psikatri yang digariskan bermula 1849 iaitu:

1) Beramok - kemurungan dan kesedihan akibat kehilangan
2) Mengamok - kemarahan , penghinaan , atau dendam terhadap seseorang , masyarakat, atau objek untuk pelbagai sebab.

Namun sebenar kefahaman mengenai Amuk berpunca daripada sifat Melayu yang terlalu mudah menjaga hati dan beralah sebenarnya telah menjadikan kita seorang yang pemendam sehingga satu tahap dimana kita telah ditindas melebihi batas maka disitulah baru wujudnya Amuk dimana ia satu tindakan yang sukar dibendung.

Adakah Insiden di Low Yat boleh dikaitkan dengan perkara ini? Kerana setelah sekian lama mereka memendam dan memerhati tindakan perniaga yang cuba menipu dalam perniagaan di Low Yat akhirnya telah mewujudkan semula amuk dikalangan mereka.

p/s: Elakkan isu perkauman. Mungkin ini merupakan revolusi suara pengguna dimana kuasa pengguna juga perlu dijaga daripada sebarang penipuan dalam perniagaan.

0 ulasan:

#SayaFariz vs #SayaZahra


‪#‎SayaFariz‬ Pada tahun lepas aku baru gradusi dan jujur semasa belajar aku selalu berimpikan yang kehidupan selepas belajar pasti menjanjikan peluang pekerjaan dan kehidupan yang membahagiakan. Alhamdulillah setelah seminggu graduasi aku mendapat peluang bekerja disebuah syarikat yang boleh dikira popular dan besar.

Namun apakan daya baru 3 bulan aku bekerja dan cuba meniti kehidupan aku telah diberhentikan kerja atas alasan syarikat tidak stabil. Punah Impian dan cita cita aku pada saat itu hanya Allah je yang memahami. Sedih dan Down sangat.

Oleh kerana terlalu tertekan Kawan Baik aku ajak aku bercuti di Krabi kerana masa itu AirAsia tengah buat promosi Free Seat. Maka tanpa berfikir panjang aku terus membeli tiket atas alasan mungkin percutian pertama kali ke Thailand ini akan menaikkan semula semangat aku.

Malang tidak berbau sehari sebelum terbang ke Krabi selepas sahaja aku menukar duit Bath sebanyak RM500, wallet aku telah hilang ketika menonton wayang. Tak tahu macam mana berlaku sama ada orang sebelah ambil atau aku terjatuh.

Sekali dalam wallet aku selain duit untuk percutian, semua IC lesen dan termasuk telefon bimbit aku hilang sekelip mata. Sungguh gelap dunia aku masa tu. Hanya satu je aku fikir.. Tak boleh ke Ya Allah bagi aku peluang nak pergi juga bercuti untuk mengubat luka hati aku yang lara ini?

Alhamdulillah walaupun aku kehilangan satu satunya duit simpanan yang aku dah reserve untuk percutian selepas diberhentikan kerja tu Allah tetap membuka jalan.

Beberapa jam sebelum bertolak tuan rumah sewa aku sempat bank in kan aku duit deposit rumah sebanyak RM300 dan seorang kawan aku rela hati pinjamkan aku RM200. Tambahan pula untuk pergi keluar negara hanya perlu memakai Passport maka kehilangam IC masih boleh cover dengan polis report je.. lega hati aku.

Sampai di Krabi aku cuba lari dari segala masalah. Aku cuba gembirakan juga hati aku walaupun jauh dibenak hati aku masih lagi sedih dan tak tahu apa arah tuju aku selepas habis percutian ini.

Dipendekkan cerita aku dan kawan baik aku ambil peluang untuk pergi Snorkeling. Walaupun agent tu kata sekarang ini musim hujan mungkin aktiviti snorkeling akan dibatalkan tapi aku redah juga. Alhamdulillah dengan kuasa Allah masa saat snorkeling tu walaupun kaji cuaca kata akan hujan tapi terang benderang cahaya matahari. Memang hikmah Allah. 
Aku pun apa lagi terjun laaa hehe

Sedang aku snorkeling aku cari mana ikan ikan yang menarik. Malang sekali bila aku nak dekati ikan je semua berenang lintang pukang. Bengang gak aku. Takkan nak Snorkeling batu karang je kan. Bosan hehe

Tiba tiba sedang aku khayal snorkeling kejar ikan aku terlanggar seorang mamat ini. Punyalah aku kelam kabut I'm sorry segala bagai rupanya mamat itu orang utara Malaysia hehe. Dia terus tegur aku.

"Hang nak tengok ikan tak? Hang tadah tangan tengok semua ikan mai!" cerita dia excited.

Aku macam tak percaya je. Tapi lepas tu aku cubalah tadah tangan dalam air. MasyaAllah berduyun duyun ikan datang. Seronok bukan kepalang aku masa tu!

Tiba tiba saat aku memerhati semua ikan tu aku terlihat tangan aku sendiri. Aku tadah tangan ini sama macam aku BERDOA!

Ya Allah masa tu aku menangis dalam laut sebab tak sangka mungkin inilah mesej Allah. Disaat aku sedih ditimpa ujian berat menghadapi kehidupan selepas gradusi sebenarnya Allah sentiasa ada dan nak kita selalu berdoa kepadanya.

Balik dari snorkeling tu aku terus rasa bersemangat dan yakin rezeki Allah pasti ada di mana mana selagi kita sentiasa berdoa dan meminta kepadanya.

Setelah balik ke Malaysia aku bermula dengan kerja part time cashier. Walaupun masa tu ada kawan kawan yang dah berjaya kerja tegur aku kata Kau inikan budak ANC cemerlang siap masuk surat khabar lagi tetapi kenapa keje cashier? Perghhh pedih hati aku

Tapi aku tetap kuatkan pendirian yakin rezeki Allah Maha luas Insyaallah pasti ada jalan untuk aku.

Alhamdulillah kini aku dah dapat kerja tetap dan sikit demi sedikit melangkah mengharungi kehidupan yang memang banyak ujian di kiri dan kanan. Cuma aku yakin sesuatu peluang sebenarnya ada cuma terletak pada kita bagaimana caranya untuk kita membawa diri.

Yang penting kita perlulah sentiasa berusaha, Doa dan terus bertawakal jangan pernah mengalah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah

p/s: Harap perkongsian cebisan pengalaman aku ini dapat dijadikan pedoman dan muhasabah kepada diri sendiri dan rakan rakan. Insyaallah

0 ulasan:

Bumi Bonus Sesaat!

7:52 PTG , , 0 Comments


Tahukah anda hari ini Bumi akan menerima bonus 1 saat. Maksudnya masa untuk kita pada hari ini ialah 24 jam 1 saat.

Hal ini terjadi kerana berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan. Kadar putaran bumi antara lain, dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.

Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi,

Manakala International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

Walaupun hanya sesaat tapi ia juga masih memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi

Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, juga ada menyatakan yang telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol. Maksudnya telefon kita akan set sendiri nanti semua cepatkan sesaat,

P/s: Maka gunakan kelebihan satu saat hari ini dengan sebaiknya! =)

Sumber: Berita Harian

0 ulasan:

Makna Sebenar Iftar Bersama Anak Yatim

Azib yang berjubah putih tu.
'Alhamduillah, pada 24 Jun 2015 yang lalu aku berpeluang menyertai Majlis Iftar bersama Anak anak Yatim di Baitul Ehsan Al Khairi anjuran Najib Razak Club (NRC).

Program bermula pada jam 5.30 petang dimana kami bersama sama anak anak yatim menyediakan juadah ringkas unuk berbuka puasa sekali.

Setelah selesai segala persediaan juadah dihidang aku pun mengambil peluang ini untuk berkenalan dan bertegur sapa bersama beberapa anak anak yatim. Kerana apalah maknanya jika aku iftar bersama mereka tapi gagal merebut peluang untuk mengenali mereka.

Pertamanya aku berkenalan dengan seorang budak ini, dia kata nama dia Azib. Aku pun macam dah pelik sebab first time aku dengar nama Azib. Mula-mula aku ingat Adib. Maka aku cakap kat dia, biar abang tengok ye apa makna nama kamu.

Lalu aku mengambil telefon dan search nama Azib di Google:

Azib : Sabar dan Gigih.

Tersenyum dia bila dapat tahu nama dia sabar dan gigih. Aku pun pujilah yang dia ini mesti seorang yang tak mudah putus asa dan sentiasa bersabar walaupun apa sahaja rintangan yang melanda.

Kemudian Azib pun tanya aku, Nama abang siapa?

Aku jawaplah nama aku Fariz.

Tanpa perlukan bantuan google mahupun telefon terus dia jawap. 

Oh maknanya Penungang Kuda dan Satria.

Tergamam sebentar aku. Begitu tepat dan cepat dijawab. Maka aku pun tanyalah tahu bahasa Arab ke?

Dengan ceria dia jawab mereka memang pelajar Tahfiz maka tahu serba sedikit mengenai bahasa Arab. 

Terasa diri kecil pula nak dibandingkan dengan aku. Terpaksa mengunakan teknologi berbanding Azib mampu terus memberi jawapan walaupun baru berusia 11 tahun.


Inilah dia Abdul Karim
Selepas itu aku menegur pula seorang lagi anak yatim dihadapan Azib. Nama dia Abdul Karim, juga 11 tahun. Pemalu orangnya tapi bila aku ajak berborak baru dia rasa selesa dan ceria.

Aku tanyalah dia, Cita cita nak jadi apa?

Dia jawab Polis dengan penuh semangat.

Wah bagus cita-cita. Aku tanya kenapa nak jadi polis.

Dia terangkan yang dia benci orang jahat jadi dia nak jadi polis nak tangkap orang jahat.

Bagus sangat jawapan dia. Maka aku pun tanya lagi. Karim kampung halaman kat mana?

Tiba-tiba dia macam tunduk, nampak kelihatan sedikit sayu.

Aku dah mula rasa bersalah. Alamak aku tersilap bagi soalan ke?

Kemudian dia menjawab yang dia berasal daripada Myanmar.

Terkejut aku. Maka aku mula memujuk dan bertanya ada keluarga tak di Malaysia?

Dia jawab tiada, tapi keluarga dia di Myanmar masih ada. Cuma tak tahu khabar berita.

Dalam keadaan beberapa minit lagi nak berbuka tu aku hanya mampu menahan air mata dan mula bercerita kisah lain untuk meenceriakan balik anak anak yatim disekeliling aku.

Walaupun aku rasa sedih dengan cerita Karim tapi aku tak nak nampak sedih dihadapan dia biar dia rasa sedikit ceria agar dapat terus kuat.

Dalam momen yang ringkas bersama anak yatim tu dapat aku simpulkan yang Anak Yatim ini merupakan insan yang terpilih oleh Allah. Walaupun mereka tiada nikmat seperti anak anak yang lain iaitu kehadiran ibu bapa mahupun keluarga. Namun kekuatan dan kecekalan yang diberikan oleh Allah kepada mereka menjadikan mereka insan yang lebih istemewa berbanding kanak kanak biasa.

Malangnya berapa ramai daripada kita begitu menghayati momen iftar bersama anak yatim dalam mengenali mereka lebih mendalam sebagai muhasabah diri kita kembali. Jangan kerana kita terlalu asyik nak menyalurkan bantuan kepada mereka tapi gagal memperoleh nikmat yang sebenar bersama mereka.

Ramai yang mampu menderma wang ringgit tapi tak ramai yang mampu menderma masa dan tenaga.

p/s: Jadikan cerita ini sebagai muhasabah kepada diri aku sendiri dan rakan rakan yang lain. InsyaAllah.

0 ulasan:

Pendakwah Islam Murtad.



Tahukah anda Muhammadiyah merupakan pertubuhan atau organisasi Islam yang terbesar di Indonesia yang telah diasaskan oleh seorang pendakwah terkenal K. H. Ahmad Dahlan. 

Tujuan utama Muhammadiyah diwujudkan adalah mengembalikan seluruh penyimpangan yang terjadi dalam proses dakwah di Indonesia. Penyimpangan ini sering terjadi kerana ajaran Islam telah mula di campur-baur dengan kebiasaan tradisi tempatan Indonesia tertentu dengan alasan adaptasi.

Kisah bagaimana Pendakwah K.H. Ahmad Dahlan telah menjadi pedoman sehingga ia telah di filemkan pada tahun 2010 dengan judul Filem Sang Pencerah.

Serius, secara peribadi filem ini merupakan salah satu filem dakwah yang menjadi kegemaran aku. Lakonan, plot serta pengajaran dalam cerita ini sangat menusuk khalbu. Kalau tak percaya saksikanlah sendiri filem penuh di sini.




Watak K.H. Ahmad Dahlan telah dilakonkan oleh seorang pelakon popular Indonesia iaitu Lukman Sardi, anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi.

Jika anda menghayati filem ini lakonan Lukman Sardi sememangnya menjadi dan wajar dipuji sebagai seorang pendakwah, tambahan pula dalam menyampaikan kisah penjalanan hidup seorang pendakwah yang terkenal.

Bukan itu sahaja malah beliau juga tampak hebat dalam banyak lagi lakonan filem terkenal yang aku minat dari Indonesia antaranya Soekarno, Merah Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga.

WALAUBAGAIMANAPUN!

Baru baru ini Luqman Sardi telah mengumumkan secara terbuka yang beliau telah keluar daripada Islam, Murtad dan memeluk pula agama Kristian.

Sudah pasti ini satu tamparan yang hebat kepada aku serta sesiapa yang meminati lakonan beliau dalam filem yang hebat ini. Sedih rasanya dalam bulan yang mulia ini dia boleh membuat keputusan yang membinasakan diri sendiri.



Terdapat beberapa kenyataan yang mengaitkan keputusan beliau untuk murtad kerana ingin mengikut isterinya Pricillia Pullunggono yang berkhawin bersamanya tanpa memeluk Agama Islam.

Tak tahu dah nak komen apa! Kerana walaupun selaku pelakon sahaja namun mesej lakonan yang dibawa oleh dia tetap boleh dikira sebagai seorang pedakwah, sayangnya dirinya sendiri gagal mendakwah iman di hati. MasyaAllah!

Ini adalah video pengakuan beliau https://www.youtube.com/watch?t=107&v=e2u6BFl04B4 bagi link je tak sanggup nak post video ini dalam blog ='(

Sumber:
1) Utusan
2) Wikipedia

p/s: susah nak percaya!! ada ke yang marah dengan judul post ini? hehehe ok bye!!

0 ulasan:

Pemimpin Bukan Seorang Hamba.



Pada 11 April 2015 yang lalu aku dan beberapa kawan kawan fasilitator UiTM berkesempatan menjadi fasilitator untuk Kem Kepimpinan SK Klang Gate. 

Seramai 85 pelajar yang comey omey terlibat sekali.. Memang Hyper budak budak ni biasalah budak sekolah rendah.

Cuma ada satu modul yang aku buat secara mass aku nak share bersama semua. Aku rasa modul ini sangat menarik dan berpengajaran.

Kami membahagikan kepada 6 kumpulan dan ketua setiap kumpulan diminta berkumpul di tengah bulatan besar bersama semua pelajar yang lain. Setiap kumpulan diminta sedekahkan 5 buah kasut jadi ada 30 buah kasut di tengah tengah bulatan.

Setiap wakil ketua kumpulan ditutupkan mata dengan kain dan 30 buah kasut tu ditaburkan dalam bulatan. Aku pun mula memberikan arahan kepada setiap ahli kumpulan dimana mereka diminta untuk menjerit beramai ramai mengarahkan ketua mereka mencari 5 buah kasut milik ahli kumpulan masing masing dalam keadaan semuanya serentak.

Setelah semuanya bersedia maka aku pun suruh ahli kumpulan memberikan arahan kepada ketua kumpulan. Bayangkan jelah ada 79 orang pelajar semuanya menjerit sekali memang bergegar dewan dibuatnya. hahaha

Memang kelam kabut masa tu sebab semua orang memberi arahan berbeza beza mengikut ketua kumpulan masing masing. Ketua setiap kumpulan pula pening kepala dibuatnya untuk mencari mana kasut ahli kumpulan mereka dengan arahan yang kucar kacir.

Setelah hanya tinggal satu ketua sahaja yang masih belum menjumpai kesemua kasut ahli kumpulanya. Aku menukar arahan dengan mengarahkan semua pelajar sekaligus membantu seorang ketua ini mencari kasut ahli kumpulannya. Maknanya semua pelajar memberi arahan yang sama pada seorang ketua.

Tak sampai 2 minit pun ketua tu berjaya mencari kasut tu setelah mendengar arahan yang satu dan jelas dari semua pelajar disekelilingnya. 

Selepas itu aku tanya kepada ketua kumpulan yang pertama sekali, apa perasaan dia mencari kasut ahli kumpulannya dalam keadaan yang huru hara kerana ada banyak arahan. Dia menjawab dengan jujur sangat susah untuk mencari kasut ahli kumpulannya sehingga dia kena fokus dengan bersungguh sungguh dan mengambil masa yang lama untuk menjumpainya.

Kemudian aku tanya pula ketua kumpulan yang terakhir dimana dia seorang sahaja ketua yang dapat merasa arahan yang satu dari semua pelajar. Jawapan dia dengan senang hati, sangat senang nak mencari kasut ahli kumpulannya dengan satu arahan dari semua pelajar sebab arahannya jelas dan masa yang diambil untuk mencari kasut juga pantas.

Konklusinya????

Melihat keadaan semasa kini masyrakat Malaysia terlalu galak ingin bersuara dan mengatakan pandangan mereka sehingga mereka sendiri tidak sedar yang pandangan mereka kadang kala lebih suda dari kuah. Dimana ia lebih menyusahkan sesuatu. Tidak salah untuk mengkritik namun biarlah kena pada tempatnya dan lebih berbentuk kritikan yang membina bukan hanya cemuhan yang lebih menanamkan kebencian sehingga merosakkan segalanya.

Kita kena faham menjadi seorang ketua bukan hanya satu permintaan sahaja yang perlu dilunaskan, malah permintaan itu datang dari pelbagai sudut sehingga menyukarkan kepimpinan jika setiap pihak dalam masyarakat tidak faham situasi kepimpinan sebenar dan hanya semudahnya menuding jari serta menuduh yang bukan bukan.

Ingat seorang pemimpin dipilih untuk manjadi wakil kepada masyarakat bukannya menjadi hamba. Maka sebagai wakil anda kerjasama dan perpaduan itulah kunci utama untuk kemajuan seseorang negara. Bukannya dengan menjadikan pemimpin sebagai hamba dan mengarah itu dan ini tanpa anda sendiri mengetahui mana yang baik dan buruk dalam kepimpinan tertinggi sendiri.

p/s: Harap ilmu kepada adik adik ini dapat difahami kelak bila mereka besar nanti.. Amin.

0 ulasan:

Natijah DAP keluar daripada Pakatan Rakyat.



Tergempar sebentar tadi dengan pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng yang menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur dimana ia menunjukkan tiada lagi kesepakatan dalam perikatan antara DAP dan PAS.

Namun persoalannya mula timbul apakah natijah yang bakal ditempuh apabila pepecahan ini berlaku?

Seperti yang diketahui umum negari yang berjaya dibawah naungan Pakatan Rakyat ialah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Maka sudah pastilah perpisahan ini akan memberi kesan kepada negeri pemerintahan mereka.

Cuma keputusan rasmi ini tidak diumumkan oleh Ketua Pakatan Rakyat sendiri iaitu Dato Seri Dr Wan Azizah yang diberitakan kini berada di Switzeland. 



Melihat kepada kerusi DUN di Kelantan dan Pulau Pinang sudah pasti najitah perpisahan mereka langsung tidak memberi kesan kepada pemerintahan negeri kerana kemenangan besar PAS pada Kelantan sebanyak 32 kerusi dan DAP, 19 kerusi pada Pulau Pinang masih mampu berdiri sendiri tanpa bantuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun persoalannya bagaimana pula dengan Selangor dimana PAS dan DAP masing masing memiliki kerusi sebanyak 15 dan jika PKR ingin terus memerintah mereka perlu memilih salah satu pihak sebagai sokongan untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Naib Presiden Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.



Maka sama samalah kita menanti keputusan PKR sama ada ingin meneruskan kerjasama bersama DAP ataupun PAS.

p/s: satu perkembangan politik yang menarik. Apakah keputusan PKR agak agaknya?

0 ulasan:

Malim Gunung Kinabalu adalah Hero.


Gempar satu Malaysia apabila berlakunya gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.

Berita yang menyayatkan hati ini telah disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya enam lagi masih belum dapat dikesan.

Kejadian Bencana Alam yang tidak disangka sangka ini merupakan sesuatu berita yang mengusarkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Sabah. Memang Sabah menjadi negeri kegemaran aku dimana terletaknya pemandangan yang cantik dan orang orang yang peramah dan baik. Malah Keluarga angkat aku yang berada di Kota Belud pun terkena kesan gempar bumi ini tapi Alhamdulillah tiada kecederaan teruk yang terjadi.

Nasib baik pihak kerajaan dibawah kelolaan Jawatankuasa Bencana Negara yang diketuai oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin mengambil langkah cepat mengendalikan bencana ini. Untuk pengetahuan korang Jawatankuasa ini telah secara rasmi wujud setelah insiden Banjir Besar di Semenanjung Malaysia tahun lepas. Alhamdullilah setelah jawatankuasa ini wujud masalah bencana akan dapat diselesaikan dengan cepat.



Perlu difahami sebelum ini Malaysia yang dikenali sebagai negara yang terlindung dari Lingkaran Pasifik yang tidak akan menerima sebarang bencana alam bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan. Makin lama semakin banyak ujian bencana yang diturunkan sebagai peringatan kepada kita,

Apa apa pun yang menarik perhatian aku bagaimana Malim Gunung Kinabalu yang telah menjadi penyelamat kepada mangsa pendaki Gunung Kinabalu. Baru tadi pagi dengar temuramah seorang Malim melalui radio Era dan nampak mereka ini memang seorang yang cekal dan berhati mulia membantu mangsa gempar bumi yang masih tersekat di pengunungan Kinabalu.

Malah tindakan Malim Gunung Kinabalu ini juga mendapat perhatian media antarabangsa:


Australian Broadcasting Corporation (ABC)

Menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.

Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.

“Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami,” katanya.


Cable News Network (CNN)

Para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.

Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: “Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu”.

Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana telah melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bungkahan batu melalui penggunaan tali.

“Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen,” katanya kepada CNN.


Sebagai rakyat Malaysia aku sangat berbangga dengan Malim Gunung Kinabalu! Teruskan perjuangan menyelamatkan mangsa semoga anda semua sentiasa diberkati Illahi. InsyaAllah.

Sumber: Wake Up Malaya

p/s: Jika ada peluang sukarelawan ke Sabah, InsyaAllah aku akan berebut untuk ke sana. Amin.

0 ulasan:

Asal Usul Perkataan 'OK'

Selama ini perkataan 'OK' telah digunakan secara lazim oleh semua orang diserata dunia. Tapi sedarkah kita dari mana asal usulnya perkataan 'OK' ni????

Sebenarnya OK berasal daripada ringkasan perkataan 'Ol Korrect' yang sebenarnya membawa maksud 'All Correct'. Mesti korang pelikkan sepatutnya kalau ringkasan mestilah jadi 'AC' bukan 'OK'??

Sebenarnya bermula pada tahun 1839 di Kota New York dan Boston telah mula mengunakan bahasa singkatan dan slank dalam perbualan. Antara perkataan wujud ketika itu ialah 'KY' (Know Yuse), 'OW' (Oll Wright), 'KG' (Know Go) dan 'NS' (Nuff Said). Tetapi dalam banyak banyak ringkasan perkataan itu hanya OK yang digunapakai sehingga kini.

Jika anda perasaan sebenarnya perkataan ringkasan berkenaan dibuat mengikut cara sebutan dan bukan ejaan dalam penulis sebab itulah All Correct dieja Oll Korrect dan menjadikan ringkasannya 'OK'.



Tambahan pula perkataan 'OK' mula menjadi popular pada tahun 1840 ketika Pilihanraya di New York dimana seorang calon yang bertanding iaitu Martin Van Buren mengunakan perkataan 'OK' sebagai slogan kempennya. 

Nama panggilan Van Buren ialah "Old Kinderhook"" sebab itulah dia mengunakan OK sebagai slogan ringkasan nama panggilannya dan menwujudkan 'O.K. Club sebagai kumpulan sokongan beliau. 

Antara sejarah lain yang mengupas mengenai asal usul "OK" adalah perkataan "Okey-Doke" yang pertama kali muncul pasa tahun 1932 dimana pada awalnya ia digunakan oleh kebiasaan orang British sebagai "Okie" tetapi disebabkan orang Amerika mempunyai slang versi "e'' yang lebih panjang sebab itulah wujudnya sebutan "Okey Doke" yang juga ada digunapakai sesetengah kita pada masa kini.

Selain itu, ada juga sejarah yang menyatakan sebaran pengunaan "Okay Boys" adalah melalui orang orang Yunani yang bermigrasi di Amerika kemudian apabila pulang semula ke tanah air mereka. Mereka mula mengadaptasi ucapan itu. Tapi kat Malaysia kita adaptasi jadi "Okey Bos" hehe...

 Akhir sekali, ada juga sejarah menyatakan yang ejaan awal OK sebenarnya 'Okeh' yang muncul pada 1919 merujuk kepada pengunaan bahasa orang Choctaw iaitu orang asli Amerika. Dimana "Okeh' bererti "It is so". Tetapi pada tahun 1929 ejaan itu telah diubah kepada "Oke'.

Sumber: BillyInfo

P/s - Menarikkan!!! patutlah ada banyak versi "OK" yang digunapakai oleh kita. Tapi apa salahnya kita kenal sesuatu ayat itu sebelum mengunakannya =) 

0 ulasan:

Mesin Syiling CIMB

7:25 PTG , , 0 Comments


Selalu mereka yang pengumpul duit syiling mempunyai masalah untuk mengunakan balik duit syiling berkenaan. Yela takkan nak bawa duit syiling berlambak lambak tu sampai nak terlondeh seluarkan? Kini CIMB telah mengeluarkan alternatif yang lebih baik dan efektif bagi pengumpul duit syiling menyalurkan syiling mereka ke dalam akaun CIMB.

Caranya sangat mudah tertera dalam gambar kat atas.

Antara tempat tempat yang mempunyai Mesin Syiling CIMB

Presint 1
Alamanda Putrajaya Shopping Centre (AmBank)
Blok E 16, Parcel E Presint 1 (Tabung Haji)


Presint 8
Jalan P8C/2, Presint 8 (Bank Rakyat)
Jalan P8C / 1, Presint 8 (CIMB)

Ampang
Jalan Pandan Prima, Dataran Pandan Prima (Tesco Hypermarket)

Bangsar
Bangsar Shopping Centre Office Tower, Jalan Maarof (RHB)

Bukit Bintang
Menara Genesis, Jalan Sultan Ismail (HSBC)

Cheras
Jalan Cerdas Taman Connaught (AmBank)
Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai (OCBC)
Jalan Mutiara Timur Satu, Taman Mutiara (CIMB)

Taman Maluri
Jalan Perkasa 1, Cheras (CIMB)
Jusco Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka (AEON-Jusco)

Danau Kota
Starpac Point, Jalan Genting Klang (BSN)

Desa Pandan
No. 33 & 35, Jalan 1/76 (Bank Rakyat)

Jalan Ampang
Menara Citibank (Citibank)
Jalan Memanda 7, Taman Dato Ahmad Razali (RHB)
Wisma Selangor Dredging (Al-Rajhi)
Wisma BSN Jln Ampang (BSN)

Jalan Imbi
Berjaya Times Square 1 (AmBank)

Jalan Pinang
Tower 1, MNI Twins 11 (Kuwait Finance)

Jalan Raja Chulan
Bangunan Ambank Group (AmBank)
Menara Affin (Affinbank)

Jalan Raja Laut
Podium Block, Medan MARA (Bank Islam)
Menara Bumiputra Commerce (CIMB)

Jalan Sentul
Sentul Raya Off Jalan Sentul (Public Bank)

Jalan Tuanku Abdul Rahman
Cawangan Utama (Maybank)

Jalan Tun H.S. Lee
Plaza First Nationwide (Public Bank)

Jalan Tun Perak
Menara Maybank (Maybank)
RHB Centre (RHB)

Jalan Tun Razak
Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak (Tabung Haji)

Jalan Tun Sambanthan
Wisma Koponas (CIMB)

Kepong
Jalan Ambong Kiri 2, Kepong Baru (AmBank)
Jalan Desa Jaya, Pekan kepong (CIMB)

Leboh Ampang
Bangunan HSBC 2 (HSBC)

Mid Valley
The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra (RHB)

Mont' Kiara
Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara (Public Bank)

Sentul Raya
The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A (CIMB)

Setapak
Jalan Genting Kelang (Affinbank)

Taman Melawati
Taman Melawati, Jalan Bandar 12 (Muamalat)

Wangsa Maju
Jalan Wangsa Delima 11, D'Wangsa KLSC Wangsa Maju (Maybank)

Ampang
Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda (Public Bank)
Jalan Wawasan 2/2, Bandar Baru Ampang (Affinbank)
Taman Ampang Utama, Jalan Ampang (UOBM)

Balakong
Wisma Pauson, Jalan Taming Kanan 1, Taman Taming Jaya (CIMB)

Bandar Cheras Selatan
Jusco Taman Equine Store (AEON-Jusco)

Bangi
Jalan 6C/7 (Bank Islam)
Jalan 6C/16 Seksyen 16 (Maybank)
Jalan 8/1, Seksyen 8 (Affinbank)
Kompleks Diamond, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi (Tabung Haji)

Banting
Jalan Besar (CIMB)
Jalan Sultan Abdul Samad (Bank Rakyat)

Batu Caves
Jalan Prima SG 5, Prima Sri Gombak (Maybank)
Bandar Baru Selayang (Maybank)

Cheras
Jalan Kijang 1, Taman Suntex, Batu 9 (RHB)

Damansara
Leboh Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama (AEON-Jusco)

Damansara Perdana
Mutiara Damansara (Maybank)
Perdana The Place, Damansara Perdana (Hong Leong)

Ijok
Pusat Perdagangan Alam Jaya Bandar, Puncak Alam (UOBM)

Kajang
Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko (Agrobank)
Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih (Al-Rajhi)
Kajang Prima, Off Jalan Semenyih (Maybank)

Kelana Jaya
Jalan SS6/14, Kelana Jaya (CIMB)

Kinrara
Taman Kinrara, Section 1, Batu 7/12,Jalan Puchong (Affinbank)

Klang
Jalan Batu Tiga Lama, Kampong Bukit Kuda (Citibank)
Wisma Sh Ng, Persiaran Sultan Ibrahim (AmBank)
Wisma Palmbase,Persiaran Raja Muda Musa (AmBank)
Jalan Kepayang (Standard Chartered)
Jalan Stesen (RHB)
Wisma Esther Robert, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi (CIMB)
Lorong Kasawari 4B (Alliance Bank)
Bangunan TH, Jalan Kapar (Tabung Haji)

Pandan Indah
Jalan Pandan Indah 4/34 (CIMB)

Petaling Jaya
Jalan SS21/60, Damansara Utama (Public Bank)
Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway (Public Bank)
Dataran Sunway, Kota Damansara (Al-Rajhi)
Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin (Maybank)
Jalan PJS11/28A, Bandar Sunway (Maybank)
Wisma BU8, No 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama (CIMB)
Jalan Sultan (HSBC)
Jalan SS 2/55 (Alliance Bank)
Bangunan UOB, Jalan Othman (UOBM)
Jalan PJU 7/4, Mutiara Damansara (Tesco Hypermarket)
Jalan 52/2, Section 52 (CIMB)

Puchong
Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri (Public Bank)
Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri (AmBank)
Jalan Tk1/11a, Taman Kinrara, Seksyen 1, Batu 7 1/2 (AmBank)
Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong (Standard Chartered)
IOI Boulevard Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya (RHB)
Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya (CIMB)

Rawang
Jalan Pusat Bch 1a, Bandar Country Homes (AmBank)
Jalan Rawang 1, Bandar Baru Rawang (Muamalat)
Jalan Maxwell (RHB)
Jalan Bandar Rawang 2, Bandar Baru Rawang (Maybank)
Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang (CIMB)

Seri Kembangan
Jalan Perusahaan 2 (Public Bank)
Jalan Perusahaan 2, Off Jalan Kolej, Taman Jinma (AmBank)
Persiaran Akademi Perdana, Taman Equine, Bandar Putra Permai (Maybank)
Jalan Sungai Besi Indah 1/21, Taman Sungai Besi Indah (Alliance Bank)

Shah Alam
Jalan Sepadu B25/B, Taman Perindustrian Axis, Section 25 (Public Bank)
Wisma PKNS (BSN)
Laman Seri Business Park, No. 7, Jalan Sukan, Seksyen 13 (Muamalat)
Jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16 (RHB)
Medan Setia Alam, Persiaran Setia Impian, Precinct 8 Setia Alam Seksyen U13 (RHB)
Persiaran Perbandaran Section 14 P.O Box 7109 (Maybank)
Jalan Pinang B18 /B, Seksyen18 (CIMB)
Jalan Pelabur B/23B Seksyen 23 (Bank Rakyat)
Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/D, Seksyen 9 (Hong Leong)
Wisma Sunway Mas, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9 (UOBM)
Jalan Plumbum S7/S Pusat Komersial Seksyen 7 (Kuwait Finance)
Jalan Aerobik 13/43 (Tesco Hypermarket)

Subang Jaya 
Jalan SS17/1A (Al-Rajhi)
Jalan USJ10 /1G (Maybank)
Jalan SS19/6 (Hong Leong)
Persiaran Subang Permai, USJ 1 (Mydin)

Sungai Besar
Jalan Menteri (Bank Rakyat)

Johor Bahru 
Bangunan City Plaza, Jalan Tebrau (Citibank) 
Jalan Persisiran Perling,Taman Perling (Public Bank) 
Jln Harimau Tarum, Taman Century (Standard Chartered) 
Johor Bharu City Centre, Jalan Wong Ah Fook (Maybank)
Jalan Molek 2/2, Taman Molek (Kuwait Finance)

Kluang 
Jalan Dato' Haji Hassan (OCBC)

Kota Tinggi 
Jalan Niaga 2,Pusat Perdagangan Kota Tinggi (Agrobank)
Jalan Ahmad Ujan Taman Kota Besar (Hong Leong)

Masai 
Jalan Permas Jaya 10/2, Bandar Baru Permas Jaya (Alliance Bank)

Muar 
Jalan Maharani (OCBC)
Pusat Dagangan Bakri, Jalan Bakri (Hong Leong)

Parit Jawa 
Jalan Dahlia 1/1, Taman Dahlia, Jalan Abdul Jabbar (BSN)

Pasir Gudang 
Jln Mawar 1, Taman Mawar (Hong Leong)

Pontian 
Jalan Delima 2, Pusat Perdagangan Pontian (Bank Rakyat)
Jln Delima Pusat Perdagangan Pontian (Hong Leong)

Segamat 
Jalan Genuang (Hong Leong)
Skudai Jalan Nakhoda 1, Taman Ungku Tun Aminah (AmBank)
Jalan Perwira 17, Taman Ungku Tun Aminah (Maybank)

Tangkak 
Jalan Muar,Tangkak (RHB)

Yong Peng 
Jalan Besar Taman Sembrong Baru (Bank Rakyat)

Jasin
Bandar Baru Jasin (BSN)

Melaka
Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah (RHB)
Graha Peladang, Jalan Hang Tuah P.O. Box 173 (Maybank)
Jalan Munshi Abdullah (Maybank)
Jalan Ong Kim Wee (Hong Leong)
Bangunan TH, Jalan Banda Kaba (Tabung Haji)
Mydin Mall MITC, Hang Tuah Jaya Ayer Keroh (Mydin)

Kuala Kelawang
Jalan Pertang (Agrobank)

Nilai
Jalan BBN 1/2F, Bandar Baru Nilai (Bank Rakyat)

Seremban
Jalan Rasah (Public Bank)
Jalan Dato' Lee Fong Yee (Public Bank)
Jalan Dato Bandar Tunggal (BSN)
Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya (AmBank)
Wisma Great Eastern, Jalan Yam Tuan (Muamalat)
Jalan Dato Sheikh Ahmad (Bank Islam)
Jalan Dato' Bandar Tunggal (Maybank)
Jalan Dato' Bandar Tunggal (Hong Leong)
Wisma Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal (CIMB)

Bentong
Jalan Loke Yew (UOBM)

Kuantan
Jalan Bank (BSN)
Jalan Tun Ismail (Agrobank)
Lorong Pandan Permai 2/2, Pandan Permai, Jalan Gambang (Maybank)
Bangunan BCB 32 Jalan Bank (CIMB)

Raub
Jalan Dato Abdullah (Bank Rakyat)

Butterworth
Prangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong (CIMB)

Georgetown
Jalan Sultan Ahmad Shah (Citibank)
Jln Macalister (BSN)
Jalan Jelutong (Maybank)
Jalan Perusahaan Auto-City (Hong Leong)

Prai
Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih (Maybank)

Ipoh
Persiaran Bercham Selatan 2 (Public Bank)
Jalan Silibin, Jelapang (Public Bank)
Jalan Sultan Idris Shah (Public Bank)
Pusat Perdagangan Greentown, Persiaran Greentown 5 (Agrobank)
Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Bank Islam)
Jalan Silibin (Maybank)
Susuran Stesen 18 (Maybank)
Persiaran Greenhill (HSBC)
Jalan Canning Estate (CIMB)

Taiping
Jalan Berek (OCBC)

Tanjung Piandang
Jalan Piandang 1, Taman Piandang Indah (BSN)

Teluk Intan
Jalan Intan 5, Bandar Baru (Bank Rakyat)

Kangar
Jalan Indera Kayangan (Agrobank)

Alor Setar
Jalan Sultan Badlishah (BSN)
Jalan Tunku Ibrahim (RHB)
Jalan Sultan Badlishah, P.O Box 82 (Maybank)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim (CIMB)
Jalan Sultan Badlishah (Hong Leong)

Baling
Bangunan UMNO, Pekan Baru (Bank Rakyat)

Gurun
Jalan Sg. Petani (Bank Rakyat)

Langkawi
Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah (Maybank)

Sik
Jalan Tunku Ibrahim (Public Bank)

Sungai Petani
Jalan Legenda 1, Legenda Heights (Maybank)
Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights (Affinbank)
Jalan Legenda 10, Legenda Heights (Hong Leong)

Kota Bahru
Jalan Kebun Sultan (Public Bank)
Jalan Pintu Pong (BSN)
Bangunan Yakin, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian (Agrobank)
Jalan Raja Perempuan Zainab, Bandar Baru Kubang Kerian II (Bank Islam)
Jalan Mahmood P.O. Box 108 15710 (Maybank)
Wisma Square Point, Jalan Pengkalan Chepa (CIMB)
Jalan Padang Garong, Section 12 (Hong Leong)

Tanah Merah
UMNO Building (Jalan Dato' Nik Mustapha) (Maybank)
Bandar Tanah Merah (Bank Rakyat)

Kemaman
Jalan Kubang Kurus (Bank Rakyat)

Kuala Terengganu
Jalan Padang Hiliran (Bank Islam)
Taman Tanjung Permata,Kampung Gong Badak, Jalan Batu Rakit,Gong Badak (Bank Rakyat)
Jalan Sultan Ismail (CIMB)
Jalan Sultan Mohamad (Mydin)
Jalan Sultan Ismail (UOBM)
Jalan Sultan Ismail (Maybank)

Marang
Pekan Bukit Payong (BSN)

Paka
Jalan Besar, Pusat Niaga Paka (Maybank)

Beaufort
Lo Chung Park (Public Bank)

Inanam
Phase 1, KK Taipan (Hong Leong)

Kota Belud
Kompleks Centenary Jalan Sabar (Public Bank)

Kota Kinabalu
KK Taipan Inanam, New Township, Jalan Tuaran (Public Bank)
Menara MAA Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre (Public Bank)
Jalan Centre Point City Parade Centre Point Sabah (Public Bank)
Alamesra Plaza Utama Kuala Menggatal (BSN)
Lintas Station Complex, Jalan Lintas, Luyang (RHB)
Beach Street P.O. Box 10862 (Maybank)
Harbour City Jalan Pantai Baru, Sembulan (Bank Rakyat)
Hongkong Bank, Jalan Gaya (HSBC)
Block K, Sinsuran Complex (Alliance Bank)
Block 3, Lorong Api-Api 2, Api-Api Centre (Hong Leong)
Jalan Pantai, Locked Bag (Hong Leong)

Papar
Jalan Besar, Pekan Papar (Public Bank)

Penampang
Donggongon New Township, Jalan Tapikong (Public Bank)
Kota Sentosa
Blok 233, Kuching North Land District, Cinmuk Commercial Centre (BSN)

Kuching
Stutong Parade, Jalan Setia Raja (Public Bank)
Jalan Kulas (RHB)
Wisma Satok, Jalan Satok P.O. Box 1963 (Maybank)
Bangunan Binamas, Jalan Padungan (HSBC)
Jalan Satok, K.T.L.D Jalan Satok (Kuwait Finance)

Sri Aman
Jalan Hospital (Bank Rakyat)

p/s : Selamat mecuba!!!

0 ulasan: