PERSEPSI YANG BUAT ANDA TERTEKAN.

3:21 PG 11 Comments

PERNAH TAK ANDA RASA TERTEKAN???


Kita semua manusia biasa.. tekanan pasti mejadi perkara biasa dalam rutin harian hidup kita.. namun apakah puncanya yang menyebabkan kita tertekan???

Aku tak naklah cerita dari segi saintifik sebab aku ni pelajar MASSCOMM jer... bukannya budak sains.. dulu masa zaman sekolah pun jadi TOP 30 BUDAK TERCOROT SAINS.. wahaha... jadi hari ni aku just nak berkongsi sedikit pandangan aku yang menyebabkan kita tertekan tanpa kita sedari... dan semua ni berpunca daripada....

PERSEPSI.
 
Samalah macam gambar di atas.. kalau perempuan kurus dan ramping jer cantik... kalau gemok gedempol sahaja buruk...sedangkan kalau kita meletakkan minda kita ke arah yang positif semua orang cantik dalam caranya yang tersendiri... macam iklan dulu...

 KECANTIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN.

DAH LAA.. cukup2 la mukadimahnya..hehe.. sebenarnya dah lama aku tak updated blog kan... dah jadi macam sarang burung dah aku tengok blog aku ni.. hehee... BURUNG MERPATI... I LIKE..

CERITA BERMULA... apabila semenjak dua menjak tiga menjak (dah2 la tu...hehe) aku asyik tertekan jer.. mungkin orang tak perasan.. sebab aku ni memang tak suka menunjuk yang aku tertekan.. so bila dan tertekan mulalah aku merapu dan buat lawak bangang.. last2 semua orang gelak dan aku pun dapatlah release tension... hehehe.... macam tulah cara aku hilangkan tekanan.. nampak macam sempoi kan... and seriously it's work.. sebab lepas dah bergelak ketawa kacau orang mesti kita rasa bahagia dan lupakan sebentar tekanan kita.... 

KETAWA KUNCI TEKANAN..

Selepas dah tak tertekan.. aku mula terfikir balik....KENAPA AKU TERTEKAN TADI???
 
FIKIR PUNYA FIKIR BARU AKU MENGERTI...!!!


Semua salah persepsi dalam minda kita... biar aku cerita satu persatu baru kalian faham.. macam ni...

PERTAMA.. bila kita berada di tempat baru kita akan mula membandingkan tempat baru kita dengan tempat lama.. tak kisahlah keadaan yang kita nak bandingkan baik ataupun buruk.. tetapi MANUSIA.. biasanya hanya akan melihat kepada perkara yang negatif... lalu kita akan tertekan sebab tempat baru tidak mampu memberi kebaikan yang ada pada tempat yang lama.. walaupun keburukan itu sikit.. tapi yang sedikit itulah yang akan kita lebih fokuskan hingga menutupi semua kebaikan yang ada pada tempat baru... TEMPAT yang aku maksudkan menyeluruh.. tak kisahlah sama ada kawan2 ker, mungkin cara pembelajaran, geografi sekeliling mahupun tempat tinggal dan kos sara diri.. hehe.. pandai2lah kalian fikir-fikirkan....


KEDUA.. apabila kita terdedah dengan perkara baru kita pasti akan mencari lubuk atau keburukan tentang perkara itu.. dan hasilnya kita membangkang membabi buta tanpa kita menyedari apakah hikmahnya perkara baru berkenaan.. ataupun kita memiliki ego yang menyatakan perkara yang kita selalu buat sahaja betul.. tanpa menberi ruang kepada orang lain untuk membuat pembaharuan..  hasilnya KONFLIK terjadi dan kita terus di dalam tekanan.. huhu

KETIGA.. apabila kita terlebih semangat dalam sesuatu perkara.. tak salah untuk bersemangat waja dalam melakukan kerja.. memang amat digalakkan.. tapi ada tahap-tahapnya yang tertentu kerana setiap perkara perlu dilangsaikan atau dilakukan dengan bijak mengunakan MINDA bukan EMOSI.. kebanyakkan daripada kita terlalu mengejar material hingga lupa kepada pengalaman yang lebih berharga.. hasilnya kita akan menjadikan sesuatu PERKARA YANG MUDAH MENJADI RUMIT.. bukannya nak suruh ambil mudah terhadap semua perkara, cuma lakukanlah sesuatu dengan lebih tenang.. sebab dengan tenang kita mampu menyelesaikan sesuatu dengan lebih baik berbanding gelojoh yang mengundang TEKANAN..!!

KEEMPAT.. ni memang selalu terjadi apabila kita merasakan yang kita banyak kerja.. sedangkan kita tidak..!!!
MINDA kita selalu memikirkan untuk menjadikan semuanya SEMPURNA.. hinggakan kita lupa untuk meletakkan PRIORITY dalam melakukan sesuatu kerja...  HASILNYA SAMA.. iaitu kita akan rasa tertekan hingga kita tiada masa dalam melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.. dan tanpa kita sedari kerja yang kita lakukan akan bertambah rumit kerana sikap kita yang terlalu berhati-hati hingga kesalahan kecil menjadi besar.. SETERUSNYA SATU KERJA MENJADI DUA ATAU TIGA KERJA SEBAB KITA DOK ULANG BUAT BENDA YANG SAMA HINGGA SEMPURNA SEDANGKAN SEMUA PERKARA TIDAK SEMPURNA...

 INILAH YANG KITA PANGGIL..

JADI BILA FIKIR-FIKIR KEMBALI.. kenapa kita perlu TERTEKAN??  

SEDANGKAN KITA SENDIRI YANG MELETAKKAN TEKANAN ITU... memang setiap daripada kita tidak pernah terlepas daripada masalah.. tapi cara kita mengatasinya mengunakan minda itulah kunci untuk menyelesaikannya... BUKAN ORANG YANG BUAT KITA TERTEKAN.. TAPI KITA YANG BUAT DIRI SENDIRI TERTEKAN...

TAPI INILAH YANG SELALU TERJADI.. SEBAB MANUSIA NI KAN..  SELF BIAS..
MAKA ORANG LAIN SAHAJA YANG SALAH DAN DIRI SENDIRI SAHAJA YANG BETUL... 

harap sama2lah kita belajar.. kerana tekanan boleh menjadi POSITIF jika kita pandai mengunakannya untuk kebaikan namun boleh menjadi NEGATIF jika kita gagal mengawalnya dan akhirnya memakan diri...!!!


Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. AKU TERTEKAN KEMBALI KERANA ORANG KATA AKU GEMOK..!!! WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! HEHE...

    BalasPadam
  2. Hahaha sengal apa pasal yang kau gemuk last ni. :DD (aku pun tension pasal tu) -___-

    Yang lain semua aku agree.

    BalasPadam
  3. aku tertekan enter lps tu masuk blog kau.cmne tu?

    BalasPadam
  4. FS.. mmg aku gemnok kan.. sumpah mmg tension.. tapi tension gediks2.. jer.. wahahaha

    BalasPadam
  5. pizul aku taw kenapa kau tension.. sebab ko dok duduk jer kat depan laptop n tak nak buat benda lain.. kuar la dari bilik.. be alive.. wahahaaha mcm ko mati jer kan.. hehe

    BalasPadam
  6. dia suruh ko baca blog aku la ellena oit!!!

    BalasPadam
  7. weyyyyy!! kne aku sentap bila aku bace entry ni??? hahahahahahahahhaha
    adakah mknne nye aku perfectionism??? prasan jap kn~

    BalasPadam
  8. hehehe... spe makan garam dia rasa masinnya, spe makan gula dia rasa manis nya, spe makan asam dia rasa masam yer dan siapa makan CILI dia rasa pedas yer... hehehehehehe... bukan ko lah.. aku buat general jer kot...

    BalasPadam
  9. yup,sumenya bergantung pada mindset je..hu3

    BalasPadam