SELAMAT HARI GURU.

8:11 PG 4 Comments

Sempena hari guru yang mulia ni.. aku nak buat post khas untuk semua guru yang pernah berjasa kepada aku.. sesungguhnya jasa guru memang tak dapat ditandingi... dengan tema..

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..

Inilah sekolah-sekolah aku yang telah banyak berjasa kepada aku...

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG GATE...


ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG...


SMK METHODIST(ACS) KLANG....


MRSM TRANSKRIAN...


Pelbagai suka  dan duka semasa aku di sekolah telah banyak mengajar aku menjadi insan yang berguna hingga sekarang.. kalau nak cerita pengalaman di sekolah memang sampai bertahun2 rasanya takkan selesai... tapi aku ceritalah serba sedikit tentang hari guru yang aku dan rakan-rakan pernah sambut pada zaman sekolah dulu... huhuhu...

CERITANYA BERMULA... 

Masa aku Form 2.. masa tu belajar kat SMK Methodist (ACS), jadi aku dan rakan-rakan plan nak bagi hadiah khas sempena hari guru yang akan disambut keesokkkan harinya.. maka kami pun gigih laa membeli kertas warna, gunting, maker pen dan sebagainya.. nak buat kad hari guru.. (nak beli hadiah tak mampu.. hehehe)

setelah gigih membuat sama-sama..(aku tukang gam jer.. coz aku mmg tak kreatif bab2 nak buat kad ni..hehe) kami pun decide nak wish cikgu apa.. sebab kad yang kami buat ni terhad...(yelah zaman sekolah manalah ada duit sangat) kami pun bagi jelah cikgu2 kegemaran kita orang.. sekali ada lebih satu.. emm nak bagi siapa agaknya ni..???

FIKIR PUNYA FIKIR...???


tiba-tiba aku dapat idea nak bagi Cikgu Maths kami.. semua kawan-kawan aku buat muka..(sebab cikgu kami ni jenis yang bengis dan berangin sikit.. biasalah dia cikgu cina, so agak fussy laa sikit.. hehe).. dorang semua tanya ada tak cikgu lain.. fikir punya fikir macam dah tak da cikgu lain.. maka aku pun yakinkanlah dorang yang cikgu maths kami ni lah yang paling sesuai sebab dia dah ajar kami maths dua tahun berturut-turut dari form 1 hingga form 2 nanti dah masuk sesi pagi masa form 3 dah tak jumpa dia dah... akhirnya kawan2 aku pun setuju jer laaa.....

Tiba festival Hari Guru keesokkan harinya memang sangat meriah.. macam2 persembahan ada.. aku kan pengawas jadi kerja aku hanya membawa dulang hadiah bagi kat pelajar yang menang.. hehehe(suka buat kerja-kerja mencapap macam tu..) bila dah tiba masa memberi hadiah kepada guru.. kawan-kawan aku semua tolak aku.. suruh bagi kat cikgu maths kami..(choi..!! aku gak yang kena..) tapi aku tak nak bersendirian.. aku tarik gak seorang kawan aku temankan.. hehee...

"happy teachers day miss tuttt.."

maka kami dengn muka innocent pun datang kat dia dan bagi dia hadiah sambil cakap.."HAPPY TEACHERS DAY MISS tuttt (dirahsiakan)" masa kami bagi tu tak ada seorang pun bagi hadiah kat dia..kesian la plak.. huhu... Tapi dia dengan muka masam amik hadiah kami dan kata.. "Thank you boys.." tu jer.. lalu kamu pun pergi..

Kawan aku menyumpah-yumpah dia.. katanya "orang dah bagi hadiah pun tak nak senyum...teruk betul" aku plak hanya mendiamkan diri jelah.. huhuh..(rasa bersalah plak..) kawan-kawan yang lain plak dok mengenakan aku.. katanya cikgu maths tu mak aku laa.... and sebagainya.. yang paling best ada kawan aku kata "Patut laa jadi anak dara tua sebab tak pernah nak menghargai orang.. asyik masam jer" 

perggg!!! 


Jujur.. mulut kami memang panazz.. so hati2 jelah.. hehe... aku pon join jugak lah sesi mengumpat tu..(teruk tol zaman sekolah kan.. hehe.. sekarang macam dah tak plak.. hish2...) 

Nak dijadikan cerita pada satu hari, aku lambat menghantar kerja sekolah maths.. maka dia suruh aku hantar kat bilik guru atas meja dia bila dah siap.. (tu pun selepas kena marah... huhuh...) jadi selepas habis waktu sekolah aku pun pergilah bilik guru sebaik sahaja habis buat kerja dia.. masa tu dah pukul 6 petang lebih, so kebanyakkan guru sedang mengemas barang nak pulang ke rumah.. jadi sedang aku meletak buku di atas meja dia.. tiba-tiba aku TERNAMPAK..!!!


KAD KAMI TERGANTUNG DI LOKER MISS tuttt...!!!

Oh.. serius aku terharu... coz dia gantung cantik2 kat loker dia.. maka aku pun pulang nak bagi tahu kawan aku.. yang sebenarnya kami salah anggap.. (eee malu jer.. dah puas mengumpat.. hehee)

ITULAH KISAHNYA.. hari tu kami terserempak lagi dengan miss tutt... di shopping complex.. yang penting dia masih ingat kami.. hehe.. dan yang penting dia kata..." DON'T CALL ME MISS ANYMORE.." wahaahha... dia dah tak jadi anak dara tua.. hehehe....

SESUNGGUHNYA.. SEMUA GURU PASTI AKAN MENGHARGAI SEMUA PEMBERIAN KITA KEPADANYA.. CUMA ADAKAH KITA MENGHARGAI ILMU YANG MEREKA BERI...??? KERANA ILMU LEBIH BERNILAI DARI SEGALA-GALANYA... JUSTERU.. HARGAILAH MEREKA KERANA HANYA ITULAH SAHAJA CARA KITA MEMBALAS JASA MEREKA YANG TIDAK TERHINGGA....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan: