HARI MALAYSIA...

8:15 PG 9 Comments

Sebenarnya dari  zaman sekolah lagi sejak belajar sejarah aku dah pelik... kenapa MALAYSIA sambut merdeka pada 31 OGOS dan bukannya 16 SEPTEMBER...????


Kalau kita belek2 balik buku sejarah masa kita belajar dekat sekolah dulu.. katanya kita memperolehi kemerdekaan daripada British ialah pada tanggal 31 Ogos... namun kemudian TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ.. dapat cadangan nak mengabungkan tanah melayu semenanjung dengan SINGAPURA, SARAWAK, BRUNEI DAN SABAH....


NAMUN.... Brunei tak mahu berganbung dengan Malaysia.. manakala Singapura pula keluar dari Malaysia kerana berlakunya beberapa konflik diantara kaum... JADI... lahirlah Malaysia kini yang mengandungi Tanah Melayu juga Sabah dan Sarawak....

Tak perlulah aku cerita lebih lanjut... sebab aku rasa semua orang dah tahu macam mana susahnya nak membentuk Malaysia... bermula daripada Tentangan dalaman hinggalah Tentangan dari negara2 luar(INDONESIA dan FILIPINA)...

Kalaulah kita ada pada saat itu bolehlah kita rasa betapa hangatnya konflik yang berlaku dalam membentuk Negara Malaysia yang tercinta kini.....

OLEH ITU, sebenarnya aku sangat setujulah dengan sambutan HARI MALAYSIA ini... kerana takkanlah kita tak nak sambut hari dimana kita bersatu... kita sibuk menyambut kemerdekaan sahaja tapi kita lupa saat di mana Malaysia bergabung dengan dua negeri yang banyak memberi impak positif kepada negara dari segi pelancongan, ekonomi, budaya serta adat resam....


Dalam artikel ini DATUK SERI NAJIB mengumumkan dekat DEWAN RAKYAT yang 16 September akan menjadi cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut  Hari Pembentukan Malaysia....

TAMBAHAN LAGI BELIAU BERKATA..

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,”


Selain itu, beliau juga berkata....

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,”

NAMUN... belaku beberapa isu... apabila pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M), Chandra Muzaffar pada Rabu lalu memberi cadangan agar Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun digantikan dengan Hari Perpaduan Nasional 

Naib presiden PKR, Jeffrey Gapari Kitingan menentang keras cadangan itu.... cadangan ini juga mendapat tentangan keras daripada rakyat Sabah juga Sarawak...

Beliau mempersoalkan tentang HAK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK...


"Selepas sekian lama berjuang dan bersusah-payah bagi mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan persekutuan untuk hari Malaysia, mengapa harus kita korbankan semua itu untuk kepentingan pihak lain,”

NAK DIRINGKASKAN CERITA.... 

Sebenarnya aku pun pelik dengan polisi kerajaan mengenai 1 Malaysia... YES!! aku setuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib untuk menyatu-padukan kaum dengan konsep 1 Malaysia... tapi bagi aku konsep 1 Malaysia yang ingin dibawa terlalu GENERAL... sehinggakan AHLI POLITIK  sendiri terkeliru diantara sambutan Hari Bersejarah dengan sambutan Perpaduan... memang tak salah nak mengadakan program perpaduan sebab kita nikan negara berbilang kaum jadi harus mempunyai perpaduan bagi mencapai kejayaan... NAMUN... jika nak kaitkan semua program kerajaan perlu berlandaskan 1 Malaysia dan hanya melihat kepada perpaduan kaum sahaja.... MAKA AKU RASA SAMBUTAN HARI BERSEJARAH INI AKAN LENYAP KERANA DI TUTUPI OLEH SAMBUTAN PERPADUAN....

SEHARUSNYA.. pihak kerajaan tidak harus mengaitkan segala perkara dengan polisi politik... kerana ada sesetangah benda kita perlu lakukan untuk negara.. tapi bukan kerana nama... sekian...

CONCLUSION...

AKU HARAP KITA DAPAT SAMBUT HARI MALAYSIA INI
DENGAN SEMANGAT PATRIOTISME YANG TINGGI...
SEMOGA SEJARAH INI MENJADI PEDOMAN KEPADA KITA...


p/s: kalau korg ada sebarang pendapat tentang kenyataan aku ni.. just comment jela.. aku nak tahu gak apa pandangan korg pasal 1 Malaysia...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. aku setuju.tapi aku rasa mungkin kerajaan aplikasi kan perpaduan untuk tarikh ni sebab kalau untuk sejarah aje,negeri2 semenanjung mungkin tak rasa impak nya sgt sbb negara dah merdeka dulu.16 september ni bukan merdeka,tapi PENUBUHAN Malaysia.So mungkin kerajaan rasa lagi elok kalau gunakan perpaduan sebagai medium kot,supaya boleh dirayakan di negeri2 lain pulak.kalau nak berdasarkan sejarah je,sabah dan sarawak jela yg layak nak sambut 16 september ni.aku la rasa mcm tu.lagipun dah jadi cuti umum kan.kira diambil kira jugak la.so elok la mcm tu.

    BalasPadam
  2. yek ko.. org semenanjung pun rasa laa.. takkan kita dorang je nak sambut nampak macam diorang yang terhegeh-hegeh nak masuk malaysia.. kerana gabungan ini lah membentuk malaysia ssekarang jadi kita kena lah hargai sejarah ni... mmg x salah nak sambut perpaduan namun pihak kerajaan kita terlalu sibuk dengan 1 malaysia hingga benda sejarah macam ni pun nak 1 malaysia lagi... nampak sangat polisi diorang 2.. macam nak ambil perhatian....

    BalasPadam
  3. ahahahaha ye ke?manade terhegeh.baca la blog aku.yg post 16 september tu.secara konklusinya kita ade dua birthday!ngeh ngeh

    BalasPadam
  4. ok... yg terbaru x baca agi.. gtapi masa ko tukar background 2 aku ada baca la.. hehehe

    BalasPadam
  5. Minta maaf mencelah, ini pandangan aku sahaja..

    1. Penduduk Malaysia kena ingat, Sabah, Sarawak dan Singapura tidak "menyertai" @ "join" Tanah Melayu, tetapi lebih kepada "bergabung" @ "merge" dengan Tanah Melayu.

    "The days of imperialism are gone and it is not the intention of Malaya to perpetuate or revive them. When the Borneo territories become part of Malaysia, they will cease to be a colony of Malaya, they will be partners of equal status, no more and no less than the other States" (Straits Times, 2nd October 1962).
    Note: The “other States” refer to the entities of Malaya, Singapore and Sarawak.

    2. Sabah merupakan satu entiti, Sarawak merupakan satu entiti, dan Tanah Melayu (Gabungan Negeri2 Melayu Semenanjung) merupakan satu entiti.

    Disebabkan itu lah Sabah mempunyai 20-points agreement dan Sarawak 18-points agreement. Kedua-dua entiti ini tidak boleh disamakan dengan negeri2 yang berada dinaungan Tanah Semenanjung kerana Sabah dan Sarawak merupakan Negeri yang TELAH MERDEKA sebelum tertubuhnya Malaysia.

    Fakta 1: 31 August 1963, Sabah gained independence and from then on it ruled as a sovereign nation for 16 days.

    Fakta 2: 16 September 1963, the Federation of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore were the four signatory territories to the formation of Malaysia.

    3. “To foster unity, we must recognise that there are three regions in Malaysia. Not two out of the 14 states. If we understand that, I think a closer relationship can be built much faster,”
    Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Datuk Seri Dr James Jemut Masing.


    kepada Miss Potato, silalah baca sejarah penubuhan Malaysia dengan lebih teliti kerana buku sejarah di sekolah memang hanya akan mengagung-agungkan kewujudan sebuah parti politik yang sedang memerintah negara ini.

    BalasPadam
  6. thanks for ur opinion mr zaimz.tapi tadi tu pandangan saya.and saya pun nak tanya awak balik.
    1)apa bezanya menyertai dan bergabung?kalau awak nak definasikan benda tu sbgai dua perkara berbeza,terangkan

    2)mungkin awak rasa saya ckp seolah2 sabah dan swak terhegeh2 nak masuk msia.tak mcm tu.saya ckp mungkin 16 sept lebih dirasai oleh penduduk sabah dan swak sbb itu la tarikh penggabungan mereka.tapi cuma tahun ni kerajaan mahukan seluruh negara juga merasai kenikmatan kemasukan sbah dan swak.jadi baguslah satu malaysia menyambut 16 sept.harap jgn salah faham.

    2)parti politik dalam buku sejarah tu la pencetus sejarah negara,jadi apa masalahnya ia termaktub dalam buku?saya tak nampak apa2 masalah pun.kita lihat penubuhan parti politik tu sbagai asas penubuhan sebuah kerajaan dan bangsa.kalau itu tiada,apa yg kita nak belajar dlm sejarah.

    saya mengaku yg saya tersilap pasal 16 sept tu.bukan sabah dan swak saje patut menyambutnya dari segi sejarah,tapi semua negeri di malaysia juga.itu la kalau awak baca blog saya lps post fariz ni,saya ckp tak kisah la nak sambut.cuma pandangan saya,kerajaan lebih tekan kan konsep perpaduan untuk 16 sep ni sbb ia brkait dgn gabungan sbah dan swak.gabungan=perpaduan.bagi saya.thanks for sharing ur opinion tho.

    BalasPadam
  7. oh minta maaf jika disalahtafsir pandangan saya sebelum ni Miss Potato, the comment that i've made was general and it wasn't a direct reply to u except for the last part, it was just an advice..nothing personal.

    in my opinion, i'm okay if the history books praise the work done by any party, but not to the level that they worship them as a savior or some sort. History should be taught without it being biased to any side. as the proverb goes, "anak-anak adalah ibarat kain putih". they absorb anything that they were taught.

    a couple of things to ponder about if our history books were unbiased,

    1)the 16th sept 1963 occurrence would be mentioned as much as the 31st aug 1957 occasion in the textbook wouldn't it?
    2)the 20points agreement that had been made by our fore fathers beforehand would have been highlighted, as this agreement was the core foundation of the merger between the entities mentioned. ask some random kids these days if they know about it. i bet only a few would know and that big percentage would be those who are from sabah and sarawak.

    the younger generation nowadays wouldn't be deprived of the real information and instead were given the half truths that they blindly memorize.

    as for the concept of unity should be emphasized during the celebration of 16th sept, i can only half agree, it should be highlighted but not emphasized. the government should be educating the public on the meaning of this day. there are many in public that are still oblivious with the sudden holiday that was given. it shouldn't be overshadowed by the government's polisi perpaduan. it's already wrong that for 47 years, we as a nation never celebrated the formation of the nation itself.


    lastly here's my own definition of
    menyertai@join
    - di bawah payung sesebuah organisasi @ going under an establishment or organisation
    - saya telah menyertai kelab fotografi, dengan ini saya tertakluk kepada syarat yang telah diberikan oleh presiden kelab.

    bergabung@merge
    - bercantum atau bersekutu @ federate or converge
    - syarikat A telah bergabung tenaga bersama syarikat B untung menjalankan projek tersebut. Ini tidak bermakna syarikat A akan berada dibawah pengurusan syarikat B.


    apa-apa pun, tujuan comment saya hanyalah untuk share ilmu sedikit yang saya perolehi agar rakyat negara ini tidaklah menjadi ignorant terhadap sejarah negara sendiri.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. both of u have the good opinion......

    apa2 pun.. hopefully we can learn better after this and appreciate our country... whether on 31 august or 16 September.. both of these date are valuable to us... as MALAYSIAN....

    saya nak petik sikit kata2 GEORGE SANTAYANA..

    "SESIAPA YANG TIDAK MEMPELAJARI SEJARAH.. SUDAH PASTI AKAN MENGULANGINYA SEMULA"

    so, if we love our country we should learn history and learn from our past mistake..

    BalasPadam