PETRONAS antara 10 syarikat kepemimpinan terbaik di Asia

9:27 PG 0 Comments

MALAYSIA BOLEH...!!!!!!!!!!!

Siapa kata Syarikat Malaysia lopek... ni telah membuktikan bagaimana sebuah syarikat besar kebanggaan negara PETRONAS telah berjaya dinobatkan sebagai 10 Syarikat kepimpinan terbaik dan satu-satunya syarikat di Asia Tenggar yang berjaya.. BRAVO...!!!!!!!!!!


Ia berkongsi pencapaian itu dengan syarikat antarabangsa terkemuka lain seperti Coca-Cola, IBM, Nestle, Procter & Gamble dan Unilever.

Senarai itu hasil kajian kepimpinan tahunan ketujuh firma perunding pengurusan global, Hay Group bertujuan mengenalpasti 20 syarikat terbaik global serta 10 syarikat terbaik Asia dari aspek kepimpinan, selain mengkaji bagaimana syarikat memupuk bakat dan menggalakkan inovasi.


General Electric tahun ini mendahului senarai global, diikuti Procter & Gamble, IBM, Microsoft dan Coca-Cola. 



Kumpulan Samsung, Toyota Motors dan PETRONAS pula menerajui senarai di Asia. 



Lebih 250 pemimpin dari 15 negara termasuk Belanda, Brazil, Indonesia, Thailand dan China mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian selama sebulan itu. 



“PETRONAS diiktiraf sebagai sebuah organisasi berbeza dengan ciri-ciri tersendiri,” demikian mengikut kaji selidik yang diumumkan Pengarah Urusan HayGroup Bagi Rantau Asia Selatan, Asia Pasifik dan Afrika, Tharuma Rajah di Kuala Lumpur. 
Tharuma juga mendedahkan pelbagai penemuan penting dalam kaji selidik syarikat terbaik dalam kepimpinan itu. 



Mengikut kaji selidik berkenaan, peserta telah mewujudkan persekitaran tempat kerja dan proses yang membolehkan inovasi berkembang. 



Ia juga mendapati 10 syarikat terbaik Asia adalah didorong keperluan pelanggan masa depan bukan kepada pelanggan sedia ada semata-mata. 



Malah, 90 peratus daripadanya melaporkan bahawa kakitangannya sentiasa membincangkan keperluan masa depan pelanggan, berbanding hanya 56 peratus di kalangan syarikat Asia lain. 



Bila berdepan kesukaran pula, 10 syarikat terbaik Asia itu bersedia menangguhkan keuntungan jangka pendek untuk terus melabur dalam inovasi (71 peratus) dan menganggap maklum balas negatif dan kesukaran prestasi sebagai peluang untuk belajar (77 peratus), berbanding 53 peratus dan 56 peratus masing-masing dalam syarikat lain - BERITA HARIAN




































Semoga kejayaan ini tidak berakhir disini dan banyak lagi syarikat-syarikat di Malaysia terus maju dan menjadi lebih hebat dari PETRONAS.. :)

p/s: dah mula berangan nak jadi PR kat PETRONAS.. HAHAHAHAHHA...

sumber: billyinfo

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: