Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam

6:23 PG 1 Comments


Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam
BBC menerima kecaman selepas menyiarkan sebuah sitcom mengenai keluarga Islam dalam Citizen Khan yang disifatkan sebagai menghina dan memalukan umat Islam.
Sebaik sahaja siri pertama sitcom itu disiarkan, BBC telah menerima 200 aduan.
Program berkenaan juga menunjukkan tanggapan sterotaip mengenai Asia dan tidak menghormati Al-Quran.
Salah satu aksi yang membangkitkan kemarahan umat Islam ialah apabila anak perempuan Mr Khan yang bermekap tebal, tiba-tiba berlari ke bilik dan memakai hijab sambil berpura-pura membaca Al-Quran, ketika bapanya memasuki rumah.
Rancangan enam siri arahan Adil Ray itu disiarkan pertama kali oleh BBC1, Isnin lalu pada 10.35 malam.

Sitcom berkenaan dibintangi bekas pelakon My Family, Kris Marshall sebagai pengurus sebuah masjid manakala Shobu Kapoor pula melakonkan watak isterinya.
Ia menerima kritikan kerana mengulangi banyak adegan sterotaip melibatkan keluarga Islam di Britain termasuk masalah ketika mengatur perkahwinan untuk anaknya, Shazia.
Dalam pada itu, jurucakap BBC ketika mempertahankan sitcom berkenaan berkata, karakter dalam rancangan itu direka sebagai watak komedi dan tidak mewakili mana-mana masyarakat.
“Pertama kali disiarkan, ia berjaya menarik 3.6 juta penonton dan mewakili 21.5 peratus slot rancangan malam,’’ katanya.

Ini ialah episod pertama rancangan ini...


p/s: aku dah tengok cerita ni.. bagi aku untuk hiburan cerita ni best laa sbb aku akuilah mmg akan ada keluarga beragama islam yg lawak sebegini.. tetapi apabila dijadikan sitkom and menjadi tatapan umum memang sangat tak wajar sebab macam nak tunjukkan ajaran Islam tak baik plak... bagi akulah.. komen anda bagaimana pula???

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Sesudahnyer...manusia zaman sekarang memang sedemikian rupa... tepuk dada tanya selera... Pandai-pandailah berfikir mana yang baik diujadikan tauladan dan yang tak elok dijadikan sempadan... Manusia memang suka berbuat kejahatan tetapi tidak mahu mengaku diri sendiri...

    BalasPadam