Sembah Jesus di Masjid..!

2:27 PG 0 Comments

Amboi tajuk tak nak kontroversi pulak aku bulan2 ramadhan ni.. hehe... 

Apa khabar semua dah lama tak updated blog biasalah busy semester terakhir aku sebagai pelajar UiTM ='( lepas ni aku akan memasuki dunia pekerjaaan (praktikal) kemudian bermulalah langkah aku sebagai seorang pekerja bukan mahasiswa lagi.. #sodeh ='( 

Oklah selesai sessi mukhadimah.. sebenarnya sempena ramadhan ni aku nak cerita sebuah pengalaman aku yang aku rasa sangat bernilai untuk dikongsi bersama kalian di bulan yang mulia ni.. =)

Kisah bermula ketika aku berumur 19 tahun (bajet skrg dah tua sgt.. 3 tahun lepas jorrr) hehe.. semasa aku menyertai ASEAN LOGICS di UIAM sebagai wakil Delegasi dari Malaysia bersama para pelajar seluruh Asia Tenggara..






Perkara yang paling menarik, aku ialah peserta paling muda.. haha.. memang banyaklah perkara yang aku belajar dan kerana menyertai program nilah aku FRIST TIME dapat naik kapal terbang pergi ke Sandakan Sabah hu~ nk harapakan duit sendiri.. erkkk x mampu lagi time tu.. huhu~

Baik nak dijadikan cerita!!! 

Pada satu hari sedang kami berkursus di UIA sebelum dihantar ke Site masing-masing untuk membuat kajian (aku dapat Sandakan Sabah) masuklah waktu solat Zohor.. so aku seperti biasa pergilah ke masjid UIA yang sangat cantik tu...

Lepas ambil wuduk kat tingkat bawah aku pun naiklah ketingkat atas tempat solat. Tiba-tiba aku ternampak ada kelibat seorang pelajar Arab sedang marah-marah atau bising-bisinglah dekat kawan-kawan aku peserta kursus ni.. aku kenal pun sebab dorang pakai baju oren sama macam aku.. baju program kan...

So aku pergilah kat mamat arab ni yang bising2.. aku tanya "What happen?" 

Then mamat arab pelajar UIA ni cakap "They are your friends? What they are doing?"

Aku pun mula pelik then aku tengoklah.. kawan2 aku dari Filipina ni dua orang sedang duduk ala2 mcm ni...


Aku pun macam #ERkkkkkkk speechless... then dan dan aku tengok dorg dalam beberapa minit dorang pun selesai sessi sembahyang mereka kemudian bangun dan tersenyum kat aku.. siap salam kami berdua kemudian berlalu je macam tak buat salah... 

Aku dan mamat arab tu just berpadangan.. kemudian aku tanya "Do you like to salat together?" kemudian dia angguk and aku terus qamat...

Hati aku masih tak tenang lepas solat tadi so aku terus kembali ke dewan dan cari dorang.. masa ada peluang aku terus menuju ke dua orang Filipina ni nak tanyakan soalan.. aku tahu dorang Kristian tapi kenapa dorang sembahyang kat masjid????

Then bila aku tanya soalan "What do you guys actually doing in mosque before? 

Salah seorg jawab "Oh tq Fariz bacause help us.. that man try to interrupt our prayers. He is the one, that ask us to pray together. then, when we're start to pray, he start to be angry," jawab budak tu tanpa rasa bersalah... 

Aku dah mula tahan gelak... haruslah~ dah muka kau sebijik macam orang melayu tiba-tiba mamat arab tu ajak jemaah ko g buat sembahyang lain.. tak terkejut beruk mamat tu.. hehehe... aku try explain kat dia perkara sebenar.. then aku tye dia lagi kenapa dia nak sembahyang and sembah Jesus kat masjid...

Dia jawab, "So where else, we can get Church in here. I don't see any problem for us to pray in there. Plus, mosque is God house. So we also can pray for God over there." sambil tersenyum...

Aku hanya mampu tersenyum.. walaupun kami berbeza pandangan dan pegangan agama tapi aku belajar sesuatu dari jawapan dia tu.. walapupun dia BUKAN ISLAM...

Korang perasan tak macam mana dia nampak Masjid tu mulia? Korang perasan tak macam mana dia  bersungguh nak cari tempat sembahyang juga walhal kita???? 

Serius aku rasa sangat bermotivasi lepas dengar jawapan budak tu.. kalau bukan kita nak mengimarahkan Masjid siapa lagi? lagipun kita ni selalu sangat bagi alasan tak ada tempat solatlah so dan dan nak buat JAMAK TAKYAH... hehe.. sudah2lah sempena Ramadhan ni sama-samalah kita mengimarahkan Masjid dengan solat terawih dan janganlah kita sekali-kali meninggalkan solat fardu...

sekian.. salam ramadhan...

p/s: cuak gak post ni boleh jadi kontroversi menghina sensitiviti agama.. hehe.. harap post ni dianggap positif dan I tak der niat ye nak hina mana-mana agama.. =) *Agama mu agama mu, Agama ku agama ku......

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: