Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)
Berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian
tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri telah
melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan
meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.
Kira-kira 1.5 juta pelajar
institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus
untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan
Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan
diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
(KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa
pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara
automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank
Rakyat.
Info Kad Diskaun Siswa
1Malaysia (KDS1M) :
Dikeluarkan Bank Rakyat
Diberi percuma
Diskaun 5 hingga 60%
Disertai 51 syarikat
Secara automatik, tidak perlu
pohon
p/s: tak sabar nak dapat.. yang penting nak 60% diskaun printing dan makan..!!!!!!
sumber: page FB YAB Dato Najib
makan kfc n mcd dapat diskaun, aku org pertama twit najib ckp terima kasih...haha
BalasPadamAlhamdulillah. Bestnyaa ! Buka sem baru terus dapat ka? Haha.
BalasPadamalhamdu lillah :)
BalasPadambila boleh dapat?
BalasPadambuka semester depan... :)
Padam