Kisah RM1.00 dan RM100.00

Wang RM 100
& RM1.00 telah sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama
dicetak & diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah
dari Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara
tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit
tersebut terjadilah percakapan.
Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa
badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"
RM1.00 menjawab, "Kerana
Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa
beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis"
Lalu RM1.00
Bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih
bersih?"
Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus
disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall &
juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari
dompet"
Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau
singgah di tempat ibadah?"
Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00
pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu
singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur
kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah
manfaat"
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dengan
kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa
bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan
bukanlah utk kesombongan!!
p/s: Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..
itu dia cerita pasal duit!! XD
BalasPadamhttp://justbemaself.blogspot.com/