Sinopsis novel nukilanku REVOLUSI

8:39 PG 5 Comments

HAI SEMUA...!!!!!!!!!!

OFFICIALLY aku nak announced yang aku dah berjaya hasilkan sebuah novel yang aku bagi judul REVOLUSI... hehehhe... 


Alkisahnya......

Aku mula mendapat idea untuk buat cerita ni masa aku tingkatan 3 (zaman kanak-kanak ribena lagi..) masa tu aku mandi kat bilik air lepas tu aku terjatuh.. kemudian aku terfikir macam manalah kalau kita koma lepas tu bangun-bangun dah masa depan??? mesti best kan?? hahaha.. ia bermula dengan angan-angan...

Lepas tu aku ni masa zaman sekolah pengawas (ala2 bajet baguslah) jadi aku kena jaga satu dorm junior tingkatan satu.. tidur dengan mereka.. best kot boleh buli budak.. hahahaha... tapi aku ni senior kegemaran dorang sebab dorang kata aku suka bercerita.. (-__-') sekarang siapa buli siapa daaa???

Jadi satu hari mereka minta aku bercerita sebab besok hari ahad so cuti jadi mereka semua nak tidur lambat.. yelah duduk asrama bukan ada televisyen macam kat rumah jadi mulut aku nilah jadi hiburan dorang.. ala-ala macam bed time story.. teruk betul budak-budak tu buli aku.. tapi aku suka.. hahaha...

JADI!!! dengan spontan aku bercerita pasal cerita REVOLUSI ni dari pukul 11.00 malam sehingga 1.00 pagi.... SERIUS NI...!!! non stop...!!! budak-budak sampai lentok dengar aku cerita dengan semangat... ala2 macam penglipur lara dah aku.. abih jugaklah satu botol air mineral aku teguk sebab nak bercerita dengan dorang punya semangat... akhirnya mereka dengar sampai habis dan kata cerita aku BEST... daaa~ spontan laaa... tapi aku ingat semua yang aku cerita.. aku pun tak sangka mampu cerita selama itu.. rasa masa berlalu cepat jer kan.. hehehhee...

Selepas aku berpindah ke MRSM masa tingkatan 4 kami telah diberikan tugas untuk membuat projek dalam kumpulan atau individu untuk hasilkan sesuatu yang akan dibentangkan pada akhir tahun... projek tu dikenali sebagai SEM.. entah aku tak ingat dah stand for what?? 

By the way para cikgu MRSM galakan pelajar buat projek dan kajian sains.. malangnya kalau aku dah tak suka sains buat apa aku nak paksa dirikan??? jadi aku berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan aku untuk buat novel.. Malangnya kawan aku tak setuju sebab dorang kata kalau kau nak buat novel baik kau buat sorang-sorang... jadi aku pun terfikir.. BAIK AKU BUAT SORANG2.. hehhe...

Aku punya projek masuk dalam ketegori penulisan am dan mendapat guru pakar Bahasa Melayu MRSM aku jadi penasihat.. bangga lol! and guess what??? AKU MENANG NO 1 sebab cikgu impress aku mampu buat novel sorang-sorang plus mcm biasa laa zaman sekolah kau kena letak latar tempat laaa, sinopsis laaa and bla bla bla... hehehe and aku buat semua tu and present depan PENGETUA SEKOLAH ok.... hehee...

And i ENJOY HAMPER BESAR SORANG-SORANG.. hehehe... tapi tu semua zaman sekolah....

kalau korang tengok gambar kat atas tu, itulah novel yang aku tulis 72 muka surat jer and binding macam biasa and just letak gambar yang telah diedit oleh kawan aku pakai adobe photoshop lama punya edition.. masa tu aku bodoh giler internet.. taip pun pakai komputer besar MRSM.. hehee... tapi berjayalah...

Selepas habis sahaja zaman sekolah aku terus bernekad nak PUBLISH jugak buku ni bermula dari umur 18 tahun selepas habis SPM sehingga kini 21 tahun baru berjaya taip balik.. HAHAHAHAHA WHAT THE LOSER..!! 4 TAHUN TU...!!!

sebabnya! aku baru jer dapat laptop akhir umur aku 19 tahun.. so sebelum tu aku dapat mula sikit-sikit jer.. bermula dari tahun lepas aku dah mula giat taip balik.. lepas tu aku punya soft copy hilang plak..!! kena virus.. terus aku feed up nak pakai PENDRIVE..!! serius sampai sekarang aku tak ada pendrive.. tertekan kot...!!!!!

AKHIRNYA BERJAYA JUGA...!! siap tiapkan dalam 300 + + muka surat... aku taip balik pun sebab hasil kajian aku buat novel paling common kena 250 muka surat ke atas.. dan ayat aku masa zaman sekolah NAUZUBILLAH...!!! TEROK NAK MAMPUS..!! nampak sangat Bahasa Melayu sekolah aku teruk... HAHAHAHA.....

OK laaaa... dah habis aku membebel mengenai latar belakang novel ni.. ini dia sinopsisnya.. sorry tak boleh bagi semua.. hehe.. HARTA INTELEK katanya.. tapi aku akan bagi sesiapa yang suka giler baca novel soft copy kepada sesiapa yang terpilih jer.. sebab aku nak tahu feed back gak.. so siapa nak sila tinggalkan komen.. ;)

INI DIA SINOPSIS NOVEL REVOLUSI...

         Fizo ialah anak emas kepada Dato Razali dan Datin Norlela. Selaku anak tunggal kasih sayang yang diberikan tidak berbelah sehingga melebihi daripada apa yang sewajarnya. Segala yang dihajati pasti akan dicapai tidak kira di rumah mahupun disekolah. Dirinya sentiasa disanjungi dan dipuji. Ditambah pula dia merupakan pelajar harapan bukan sahaja di sekolah malah di peringkat kebangsaan.

            Atas segala sanjungan yang sentiasa diterima, Fizo menjadi seorang yang sangat riak dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Walhal kawan baiknya sendiri pun dikenakan bagi mencapai apa yang dihajati. Kelakuannya itu telah menyebabkan ramai menyimpan dendam kepadanya. Namun detik revolusi kehidupannya mula berubah apabila Fizo dilantik menjadi ketua pengawas sekolah.

            Satu kemalangan tragis yang telah mengemparkan Malaysia telah menimpa dirinya. Sehingga dia  koma dan tidak sedarkan diri sehingga 20 tahun lamanya. Setelah pulih hasil dari rawatan yang diterima Fizo yang masih mempunyai rupa fizikal seperti dulu telah menempuhi saat malang dalam hidupnya.

Kini putaran hidupnya telah bermula, dia tidak lagi di sanjungi malah sentiasa dikeji, tiada lagi orang yang disayangi hanya penuh dengan orang yang membenci, segala kebahagiaan yang pernah dikecapi kini bertukar menjadi derita yang dikesali.

Mampukah Fizo menghadapi onak dan duri dalam menempuhi dunia masa hadapannya? Masih adakah cahaya untuknya kembali ke puncak kejayaan seperti dulu? Segalanya akan dirungkai dalam REVOLUSI….

Biarlah dosa lama disimpan dalam hati
Tiba satu ketika revolusi bakal terjadi
Kau akhirnya terkena dosa yang kau lakukan
           Barulah kau tersedar dari mimpi REVOLUSI 

p/s: apa komen korang ok tak???

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Best3,mcm penah dgr cite ni,hehe,cayok fariz-akifsis,

    BalasPadam
  2. 20 tahun koma....xlogik....buat research dlu wei....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah baca novel ini baru anda akan faham dimana logiknya... novel ialah sebuah karya rekaan fantasi dan bukannya sebuah buku fakta.. kalau ada fakta pun mungkin dah jadi bibilografi... harap mengerti.. tq for your consent =)

      Padam
  3. nk jugak......nti sy kongsi novel sy sme. tp..msih dlm pmbikinan

    BalasPadam