Kisah Syiling dan Batu.

TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh
simen.
Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak
menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam
poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki
itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan
dengannya.
Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak
lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun
sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya
daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki
itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di
kawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan
harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. Mudah-mudahan, dapatlah
dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih
belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan
terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu
kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya
bagi menyampaikan pesanan.
===========
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar
tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering
menjatuhkan 'syiling' sebagai lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak
terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu
panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur
dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas
sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu'
yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,
barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang
Maha Pencipta kita.
p/s/s: sentap tak cerita ni??? jadi nak dekat raya ni kalian nak raya untuk dapat keredhaan Allah atas kejayaan mengerjakan bulan Ramadhan atau nak DUIT RAYA????
best.. :)ibrah yg sangat baik.
BalasPadam