Pengakuan si PONDAN..!

9:24 PG 2 Comments


Nasib Baik Saya Tak Jadi Potong!
Panggillah mak nyah, pondan, lembut atau apa-apa pun, golongan ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling ketara bijak mengatur bicara dan menghiburkan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan mereka.
Begitu juga Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is. Kemesraan diberikan membuat penulis rasa begitu selesa sepanjang pertemuan malam itu. Meskipun baru kali pertama bertemu, Kak Is tidak lokek bercerita apa sahaja dan teruja menunjukkan koleksi gambar lama yang penuh nilai sentimental buatnya.
Menyelusur kembali detik masa, anak kelahiran 1971 ini memulakan bicara dengan memetik kenangan zaman kecil. Segala-galanya bermula apabila dipakaikan pakaian kakak walaupun lahir sebagai lelaki. Sehinggakan ketika naik darjah satu, Kak Is meminta uniform murid perempuan untuk dipakai.
Dek kelembutannya yang ketara, ejekan Mail Pondan menjadi santapan harian. Dia lebih selesa berkawan dengan perempuan berbanding lelaki yang dirasakannya kasar dan tidak sensitif perasaan orang lain.
Mahu jadi Rozlina

Apa juga tanggapan orang lain, itu tidak jadi kudis buat Kak Is. Apatah lagi keluarganya tidak endah dengan kelainan ditunjukkan asal tidak keterlaluan. Bergaya dengan mengenakan pakaian uniseks, Kak Is mula bekerja sebagai budak pejabat pada usia belasan tahun.
“Masa itu tak ramai golongan macam saya. Sungguh pun begitu, ada hospital kerajaan boleh melakukan pembedahan jantina.
“Ketika usia 17 tahun, saya buat keputusan sendiri tanpa diketahui keluarga. Diam-diam saya daftar untuk ‘potong’ bahagian bawah agar dapat jadi macam wanita sejati kononnya,” kata Kak Is.
Sebelum menjalani pembedahan tersebut, Kak Is perlu mengambil pil hormon setiap hari. Kemudian setiap bulan, dia dikehendaki berjumpa doktor untuk memeriksa tahap hormon dan kesihatan keseluruhan.
Kesan daripada pengambilan pil berkenaan, fizikal Kak Is semakin menyerupai kaum hawa sebenar. Di sebalik ejekan daripada masyarakat, lebih banyak lagi pujian mengembangkan hati diterima.
Malah di tempat kerja, Kak Is sangat popular dan mempunyai ramai peminat. Popularitinya meruah sampaikan kutipan dana dilakukan bagi membantu menjayakan hasrat menjalani pembedahan menukar jantina.
Setelah setahun melalui rutin menelan pil yang cuma akan hilang pahitnya di lidah selepas dua jam, tiba saat dinanti-nantikan Kak Is. Dia dimasukkan ke wad perempuan sebelum menanti masa menjalani pembedahan.
“Masa di wad itu tak ada sesiapa pun yang perasan saya sebenarnya lelaki. Perasaan takut dan berdebar ada.
“Tapi saya nekad sebab fikir ini saja caranya untuk jadi macam perempuan betul. Nama pun sudah disediakan. Saya dah berangan akan tukar nama kepada Rozlina,” imbau Kak Is.
Kerja halal

Pendirian itu bagaimanapun goyah selepas Kak Is melawat seorang kawan yang terlebih dahulu menjalani pembedahan itu di hospital sama.
Seksa! Itu istilah paling tepat apabila melihat keadaannya yang sentiasa berkerut kesakitan.
“Aku menyesal. Baik kau jangan bedah. Nak kencing setitik pun sakitnya Tuhan saja yang tau,” rintih kawannya itu.
Plop! Sekelip mata angan-angan menjadi Rozlina berkecai. Apa tergambar di fikiran Kak Is hanyalah kerut seksa pada wajah kawannya yang asyik meracau sakit. Tanpa berfikir panjang dia angkat kaki meninggalkan katil hospital.
“Tapi ada baiknya saya tak jadi bedah. Semua yang buat menyesal tak sudah! Itu belum masuk kesan sampingan lain.
“Ramai jadi ‘tingtong’ atau tak berapa betul lepas bedah. Mungkin sebab ada saraf tertentu terpotong sekali atau disebabkan emosi terganggu kerana bayangan dosa, tak pastilah pula,” ujar Kak Is.
Tambahnya, ada juga yang mengalami tekanan perasaan berat sampaikan bermimpi setiap malam ‘anu’ yang dipotong datang mencari minta ditanam dengan sempurna. Pendek kata, kebanyakan terlibat pasti sedikit sebanyak merasakan penyesalan.
“Tapi kebanyakan pondan baru sekarang bukan nak dengar nasihat orang lama. Ada tu baru umur 15, 16 sudah pandai ke Thailand untuk ‘potong’ sebab tak boleh lakukannya di sini.
“Kalau setakat ambil pil, esok lusa kalau nak bertaubat dan tinggalkan pil tu, bahagian yang membesar akan kecut semula.
“Paling ralat sudahlah dapat dosa sebab bedah tang situ, buat pula kerja tak elok menjual diri,” selarnya.
Tingkatkan kemahiran

Bagi Kak Is, golongan lembut yang menjual dirilah punca mak nyah lain mendapat pandangan jijik masyarakat. Sedangkan di luar sana, ramai lagi yang menyandang jawatan hebat dan berjaya dalam karier.
“Kak Is selalu nasihatkan mereka, kalau tak ada pelajaran tinggi pun buatlah kerja halal. Jual minyak wangi di pasar raya pun tak apa daripada mengharap duit makan daripada sumber haram.
“Percayalah, hidup tak ke mana sudahnya nanti,” ujar Kak Is yang bersyukur kerana pernah mengambil kursus solekan dan dandanan ketika berusia awal 20-an.
Menggunakan kelulusan berkenaan, Kak Is membuka perniagaan andaman malah pernah bergelar jurusolek terkenal satu ketika dulu. Antara artis yang sering mendapat khidmatnya ialah model dan pelakon, Nasha Aziz.
“Waktu muda ramailah yang nak kat kita. Tapi tanpa kerja tetap atau kemahiran untuk meraih pendapatan, lama kelamaan pasti tersungkur.
“Masa tu menyesal pun dah tak guna,” tutur Kak Is yang kini menjalankan perniagaan di rumahnya yang terletak di Subang Jaya, Selangor. (AIDA AZURA, Sinar Harian)
p/s: sebuah kisah yang baik and wajar dijadikan pedoman oleh semua tak kira pondan atau tidak.. mereka tetap juga manusia biasa dan berhak untuk mendapat peluang untuk melalui ujian yang Allah berikan kepada mereka.. INGAT! Ujian Allah kepada hambanya berbeza-beza dan pasti ada hikmahnya.. maka jika kita berjaya melaluinya mengikut apa yang disyariatkan.. InsyaAllah.. Allah Taala lebih mengetahui segalanya :)

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Hye..boley x I dptkn mklmt ckit tntg kak is..no fon r email?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf boleh refer kepada wartawan sinar yg sye tenterakan dekat akhir artikel =)

      Padam