50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
INILAH DIA ORANG
MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi
buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..
1. Ada sebab kenapa
saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja
kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK
BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (berkenaan know
who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang
politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;
banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa
rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga.
Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang
membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA
BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI
KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang
lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang
kekal.
5. Kita perlu
menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan
mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan
untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat
sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah
pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat
dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan
perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .
9. Tidak ada jalan
singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga
biasa kena tipu.
10. Saya pun suka
kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya
pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai
baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini
kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah
memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH
BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA
SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu
turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina
turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada;
kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN
DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA
MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada
itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena
keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama
yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah
kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor
Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti
mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang
lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak
buat apa-apa !
16. Saya ADA
EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik.
Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media
tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali
ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena
kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi
daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal
daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG
DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha
sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI
KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita
menolong orang.
19.KAYA ITU BUKANLAH
KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA
BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada
keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak
akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL.
Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus
mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.
22. Ada juga yang
saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi
masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai
kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI
KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG
.
.
23. Saya percaya
kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang
ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak
maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang
percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup
boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN
. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya
takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi
MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh
kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK
RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .
26. (perasaan setiap
kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai
pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan.
Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah
padan dengan badan.
27. Kesenangan yang
saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat
amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini
tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU
NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya
kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa
diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke
luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di
kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan
30. ……kalau tidak
mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT
KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal
saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada
diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI
TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA
KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA
PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak
sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok
belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34.KITA JANGAN CEPAT
PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK
BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG
APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya
tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya
saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada
cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini
sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai
Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa
saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab
kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa
pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam
semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia
tidak boleh berlaku.
38.KEJAYAAN DAN
KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA
BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA
MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA
ORANG MELAYU BERFIKIR .
39.TUHAN MEMBERI
PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya
usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama
mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak
usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi
negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan
bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta
mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41.ORANG MELAYU
SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .
42. Sikap merendah
diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan
dicapai.
43. Apa yang saya
buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. SAYA SENDIRI
BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU
HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun
mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja.
Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya
bersyukur.
46. Kalau kerana
sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih
baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH
BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.
47. Saya tiada minat
untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu
biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal,
biarlah orang ramai boleh pakai.
48.SAYA GEMBIRA DAPAT
MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya
tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya
mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.
Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya
ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru
warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN....
sumber:FB
menarik. mohon share ya. tq :)
BalasPadam