Perempuan Macam Mana Ada Dalam Neraka?
Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.
Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.
Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.
“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian dihulurkan ular dan kalajengking.
“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
“Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Rasulullah S.A.W.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;
“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan tidak mahu mandi wajib.
“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
Oleh: NAIMAH SHAARI
astafirullah hal azim .. moga kaum kerabat ,sahabat sahabat dan diri ak dijauhkan dr balasan sedemikian .. amin
BalasPadamtakper...sementara kita masih ada masa, kesihatan, kelapangan utk mendoakan bagi mereka yg terlupa dan lalai....selagi umat Muhammad saw bertaubat, selagi itu Allah swt sayang....Allah sayang pada manusia 70x ganda drp sayang nya seorg ibu kepada anaknya....rahmat allah swt jauh lebih luas drp kemurkaan nya...kita perlu sentiasa berdoa utk sekelian umat memohon hidayah allah swt...insyallah
BalasPadamada seorg ibu yg tergamam bila anak bujangnya di sahkah pengidap penyakit AIDS kerana tanpa pengetahuan ibunya anaknya adalah gay yg terang2 berblogging and femes antara gays di malaysia. Anak gay itu tadi mendapat hidayat dan bertaubat setaubat taubatnya dgn bimbingan mak pak saudaranya...dlm keadaan dia sakit tenat, dia rajin menunaikan serta menqhada' amalan2 yg tertinggal...dia tenat dlm ICU...selama seminggu dia meraung2 kesakitan tidak lagi kenal ayah dan ibu...cumer kesakitan meminta tolong! tolong!...sakit! sakit!...ttp dia sangat kenal pada sepasang ibu bapa saudara yg membimbing dia ke jalan taubat....akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir.....ibu bapanya berasa sesal dan malu kerana anak mereka ninggal disebabkan AIDS berikutan gayahidup gay. Pada malam kematian, ibu saudaranya yg membimbing ke pintu taubat telah bermimpi akan si mati itu tadi berjubah putih bersih dgn wajah berseri tersenyum gembira.....sekurang2nya ada la petanda bahawa apabila manusia itu berdosa sebanyak mana pun ttp apabila mendapat peluang utk bertaubat dgn penuh penyesalan, Allah swt masih menyayangi dan tidak mensia-siakan hamba nya yg tersangat lemah. Insyallah...sentiasa la bersangka baik sesama mahkluk. Selain drp Allah swt sumer adalah mahkluk... Insyallah
terima kasih diatas perkongsian yang berguna ini :)
Padam