Pencuci Tandas Peroleh Ijazah

9:18 PTG 0 Comments

Sekarang ni di UiTM sedang sibuk dengan Convocation... Tahniah kepada mereka yang berjaya mengakhiri pembelajarannya dengan cemerlang.. hehehe...

Tapi kat sini aku ada cerita.. cuba bayangkan.. Cleaner UiTM yang selalu membersihkan tandas kita, menyapu dan mengemop lantai kita dapat GRADUATE dengan keputusan CEMERLANG.. kira macam first class degree?????

BAYANGKAN.....!!!!!!


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.

Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.

Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.

Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.

Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.

Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.

Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi
sumber kosmo

JADI... lepas ini jangan pandang orang disekeliling kita sebelah mata ok.. ntah2 mak cik2 yang jadi cleaner ker, pak cik2 yang jadi pak guard and kerja Contractor tu lagi pandai dari kita KALAU DIBERI PELUANG....

Maka hargailah peluang yang anda ada sekarang.. bukan semua orang bertuah seperti anda.. sekian... 

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: