5 Negara paling murah di dunia.!

8:07 PTG 0 Comments

Aku pasti semua pihak mesti tak berpuas hati dengan harga pasaran sekarang yang semakin naik.. Aku pun jujur tak puas hati tapi nak buat macam mana memang satu dunia terkena kesan inflasinya.. huhu~

Tapi bukan itu tajuk post kali ni.. hari ni aku nak kongsi fakta mengenai 5 negara yang termurah di dunia.. haha.. kalau rasa-rasa dah tak mampu duduk Malaysia.. ayuhlah kumpul duit banyak-banyak dan berhijrah ke negara-negara ni.. CONFIRM JADI ORANG KAYA..!! hahaha..... 



Nombor 1
Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.


Nombor 2
Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.

Argentina

Nombor 3
Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh  didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.


Nombor 4
Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.


Nombor 5
Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!

Macam mana?? BEST kan.. hehehe... tapi kena ingat yang ekonomi negara ini tak stabil dan pendapatan rakyat mereka lagi sedikit dari kita.. sebab tu harga sangat murah..

Apa-apa pun jom kumpul duit pergi sana untuk jadi orang kaya.. hehehe.. :P

sumber: mialiana

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: