KOLEJ JATI UiTM TERBAKAR..!!

5:49 PG 6 Comments

MAAFLAH KALAU LAMBAT UPDATED PASAL BENDA NI.. huhuh....

Aku dah tahu berita mengenai perkara ini pagi tadi tapi sebab kelas penuhkan jadi tak sempat nak curi masa updated... ni pun aku nak rush ada Kelas Silat.. ok laaa begini kisahnya...

Semalam tepat pukul 3 pagi macam tu Satu Kebakaran telah berlaku di BLOK C kolej jati UITM yang berada di seksyen 2... untuk pengetahuan kalian tempat kebakaran itu ialah blok dan aras yang sama aku duduk kat kolej jati last sem... Alhamdullilah aku tak dapat Kolej Jati this sem aku pindah Kolej Teratai rupanya ada hikmah disebaliknya... hish2...

INI GAMBAR KEJADIAN....


MANAKALA INI VIDEO KEBARAKARAN ITU YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH BEBERAPA PELAJAR DI BLOK BERSEBELAHAN....


Untuk pengetahuan kalian... sebenarnya yang terbakar tu ialah terowong sampah Kolej Jati.. mengikut pengalaman aku yang pernah duduk Jati.. kat Jati ada satu terowong yang membolehkan kita buang sampah dari tingkat lima terus gelonsor ke bawah yang disediakan satu bilik sampah yang kecil..

Jadi menurut VC UiTM iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menyatakan punca kebakaran ialah daripada putung rokok yang mungkin dibuang oleh seseorang melalui terowong berkenaan hingga menyebabkan beberapa sampah di bilik kecil tu terbakar dan akhirnya merebak membakar blok berkenaan.. tak caya tengok ni....



Dengar cerita ada lima orang pelajar yang cedera dan tiada kematian.. Alhamdullilah... Kita doakan semoga pelajar yang tercedera mungkin kerana melecur, sakit kaki sebab lompat bagunan untuk menyelamatkan diri dan sebagainya pulih seperti sedia kala dengan secepat mungkin..... Amin....

p/s: Inilah dia padah merokok... sekarang ni pihak Uitm tengah cari siapa gerangan perokok berkenaan.. habis laa~~

UPDATED...!!

Astaufiruallah alazim.... sungguh tak sangka salah seorang rakan kita yang menjadi mangsa kebakaran kolej Jati telah menghembuskan nafas terakhir... 

Inilah buktinya...












TAKZIAH di ucapkan kepada keluarga mendiang Roger Rajis... semoga eksiden ini boleh menjadi pedoman kita bersama.....

p/s: aku pernah tinggal di bilik berlakunya kebakaran itu.. tak dapat aku bayangkan jika aku juga menjadi mangsa.. pasti trauma.... semoga mangsa lain pulih seperti sedia kala...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. Terkejut aku bila Anam bagi tau. Teruk jugak haa terbakaq!

    BalasPadam
  2. FM tak tahu ni laa aku bagi tahu.. hehe

    BalasPadam
  3. teruk laa gak azira... hanya kerana sebatang rokok api merebak sampai ke atas.. lagipun terowong sampah tu plastik.. kalau tak silap aku laa......

    BalasPadam
  4. AesyaZealous malas nak login28 September 2011 8:10 PTG

    adoi macam2..rokok punye pasal la ni.. ayokk nnt prof sahol cari..wakaka

    BalasPadam
  5. macam mana laa nak cari ni... hehehe...

    BalasPadam