Pembetulan dalam PERIBAHASA MELAYU..!!
Pernah tak korang terfikir betapa peliknya peribahasa melayu yang berbunyi.. "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" dan "SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA" ??
Macam tak logik jer kan..?? harapkan pagar, pagar makan padi.. gila ker apa pagar makan padi.. dan yang tambah peliknya mana ada orang buat pagar kat sawah padi yang berbendang-bendang tu... besar kot.. kalau buat pagar pun macam lebih menyusahkan...
Kalau peribahasa seperti melepaskan BATUK di tangga pula bermaksud buat kerja separuh jalan..?? kenapa BATUK?? apa kaitan batuk dengan tangga???
Memang masa belajar peribahasa ni zaman sekolah dulu aku pun pelik jer... tanya cikgu, cikgu jawab dah memang zaman dulu macam tu kita ikut jer laaa...?? (lagi tambah musykil aku dibuatnya)
Alhamdullilah....
Pada suatu hari aku terjumpalah sebuah blog iaitu Kisah seorang Budak U yang menerangkan dengan jelas tentang peribahasa yang salah ini... AYUH KITA BAIKI BERSAMA....
mengenai peribahasa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" sebenarnya bukan pagar tapi PEGAR, sejenis burung yang berfungsi untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi.. tetapi disebabkan zaman dahulu kita mengunakan tulisan jawi jadi bila di rumi kan berlaku sedikit kesalahan.. sebab ejaan pagar dan pegar sama dalam jawi.. huhu~~
Ni laaa dia Burung Pegar tapi kalau di tanah melayu kita panggil Ayam Pegar.. hahaha...
Seterusnya "SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA", laaaaa... kenapa kalau lepas batuk kat tangga di kaitkan dengan buat kerja separuh jalan.. habis kalau buat kerja kat tanah rata terbatuk dan terberhenti buat kerja, tak jadi buat kerja separuh jalan ker??? pelik bin benar.. tapi inilah hakikatnya...
Sebenarnya bukan BATUK tetapi BATOK iaitu sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Ingat tak zaman-zaman dahulu tak pun kat cerita P.Ramlee pun ada orang melayu dulu-dulu kalau sebelum masuk rumah dorang basuh kaki kat tepi tangga rumah.
Jadi SEPERTI MELEPASKAN BATOK DI TANGGA maksudnya lepas basuh kaki kat tepi rumah kita campak BATOK tu kat tangga rumah bukan nak letak balik kat tempatnya.. sebab itu perbuatan itu dikaitkan dengan buat kerja separuh jalan.. betul tak???
NI laaa dia BATOK...
Rasa menarik dan terujakan bila dah tahu perihal peribahasa yang sebenarnya kan..?? hehe.. ok aku kaji lagi pembetulan peribahasa yang tersalah sebab terjemahkan dari bahasa jawi ke rumi.. aku jumpa pulak link ni.. iaitu Perjuang Kesenian Extreme
Baik seterusnya peribahasa "MATA KERANJANG" rasa macam tak salah jer kan..?? tapi cuba korang cari maksud keranjang tu apa?? Keranjang bermaksud bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan,buluh dan sebagainya. Maka apa kaitan Mata Bakul dengan GATAL...????
bakul ni gatal..!! jaga-jaga.. hahaha
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa” hasil karya Alif Danya Musyi,seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan ke dengan ranjang yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.. huhu~
Barulah ada kaitan.. betul tak????
Seterusnya ialah "MERAH PADAM".. kenapa bila dah merah padam..??? merah dengan padam.. macam tak der kaitan cuba kita fikirkan.. warna merah dan kita padam warna tu dengan pemadam.. SO??? hahaha.... takkan orang dah malu sampai muka merah tiba-tiba padam.. AArgghh..!! tak faham???
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”). Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma laaa... iaitu nama lain bagi bunga teratai merah..
Ohhh... barulah eden mengerti.. hahaha....
Lagi lagi lagi lagi... hahahaa... makin lama makin best pula kita rungkai satu persatu kebenaran dalam peribahasa ni kan.. baik yang seterusnya ini bukan kesalahan terjemahan dari jawi ke rumi macam 4 peribahasa di atas.. tetapi lebih kepada kesalahan pengunaan sehingga kita mengubahnya tanpa kita sedari...
Peribahasanya ialah "Saling Tak Tumpah" sebenarnya sepatutnya ialah "Salin Tak Tumpah" bukan saling tetapi salin.. sebab dekat-dekat tu yang kita tersalah guna.. hish2... seterusnya "Menjolok mata".. hayooo.. sakitnya mata.. memang laa macam relevenkan.. pakai seksi sehingga terjolok-jolok mata orang yang melihatnya.. hahaha... sebenarnya bukan menjolok tetapi mencolok.. jadi peribahasa yang sebenar ialah "Mencolok mata" tetapi kesilapan berlaku dari segi pengunaannya.. huh~~
Jadi apa yang kita dapat belajar hari ini ialah....
1) Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi
2) Seperti melepaskan BATOK di tangga
3) Mata KE RANJANG
4) MERAH PADMA
5) SALIN TAK TUMPAH DAN MENCOLOK MATA
Harap bolehlah sebar-sebarkan benda ni... jangan plak lepas ni kita balik ke sekolah marah cikgu-cikgu Bahasa Melayu kita plak.. hahaha.. mereka tak bersalah.. sebab sebenarnya kesalahan peribahasa ini bukan hanya terjadi kat kita jer tetapi seluruh nusantara.. jadi harap dapat kita betulkan.. sebab kita pun manusia biasa tak pernah sempurna.. apatah lagi PERIBAHASA... hehe.. majulah BAHASA DEMI AGAMA DAN BANGSA TERCIINTA..!!!
p/s: masa menaip ni aku feeling2 jadi cikgu Bahasa Melayu plak.. hahaha...
saya suka post ni! keep it up!
BalasPadambaik.. :)
BalasPadamTerima kasih saudara kerana sudi meletakkan backlink blog saya didalam blog ini.Perkongsian ilmu diantara kita sememangnya digalakkan.Tahniah diatas ulasan ini..
BalasPadamCuma saya minta jasa baik saudara untuk mendownload gambar yang saudara gunakan didalam entri ini dan menguploadkan semula menggunakan storan gambar saudara.
BalasPadamIni kerana blog saya menggunakan hosting yang berbayar,jadi penggunaan badwidth mempunyai limit pada setiap bulan.Sebarang penggunaan bandwidth melebihi had menyebabkan blog saya gagal untuk dibuka.Jadi saya harap saudara boleh membantu saya ye...=)
btw,salam perkenalan blogger..
Nama saya Pejuang Kesenian Extreme..
oh yeker... minta maaf saya tak tahu plak ada badwidth dan sebagainya.. nanti saya download.. sye copy paste gmbr sebab nak cepat.. minta maaf yek...
BalasPadamby the way salam perkenalan.. tahniah di atas penemuan saudara tu.. sgt berguna... terima kasih sebab sudi kongsi...
Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew
BalasPadamof any widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest twitter
updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.
Also visit my web site : outlook password recovery
I loike... Sya siap baca kan awak punya post ni kat ayah say... Dia sgt suka!! Hhehehe...
BalasPadamterima kasih =)
BalasPadam