#SayaFariz vs #SayaZahra


‪#‎SayaFariz‬ Pada tahun lepas aku baru gradusi dan jujur semasa belajar aku selalu berimpikan yang kehidupan selepas belajar pasti menjanjikan peluang pekerjaan dan kehidupan yang membahagiakan. Alhamdulillah setelah seminggu graduasi aku mendapat peluang bekerja disebuah syarikat yang boleh dikira popular dan besar.

Namun apakan daya baru 3 bulan aku bekerja dan cuba meniti kehidupan aku telah diberhentikan kerja atas alasan syarikat tidak stabil. Punah Impian dan cita cita aku pada saat itu hanya Allah je yang memahami. Sedih dan Down sangat.

Oleh kerana terlalu tertekan Kawan Baik aku ajak aku bercuti di Krabi kerana masa itu AirAsia tengah buat promosi Free Seat. Maka tanpa berfikir panjang aku terus membeli tiket atas alasan mungkin percutian pertama kali ke Thailand ini akan menaikkan semula semangat aku.

Malang tidak berbau sehari sebelum terbang ke Krabi selepas sahaja aku menukar duit Bath sebanyak RM500, wallet aku telah hilang ketika menonton wayang. Tak tahu macam mana berlaku sama ada orang sebelah ambil atau aku terjatuh.

Sekali dalam wallet aku selain duit untuk percutian, semua IC lesen dan termasuk telefon bimbit aku hilang sekelip mata. Sungguh gelap dunia aku masa tu. Hanya satu je aku fikir.. Tak boleh ke Ya Allah bagi aku peluang nak pergi juga bercuti untuk mengubat luka hati aku yang lara ini?

Alhamdulillah walaupun aku kehilangan satu satunya duit simpanan yang aku dah reserve untuk percutian selepas diberhentikan kerja tu Allah tetap membuka jalan.

Beberapa jam sebelum bertolak tuan rumah sewa aku sempat bank in kan aku duit deposit rumah sebanyak RM300 dan seorang kawan aku rela hati pinjamkan aku RM200. Tambahan pula untuk pergi keluar negara hanya perlu memakai Passport maka kehilangam IC masih boleh cover dengan polis report je.. lega hati aku.

Sampai di Krabi aku cuba lari dari segala masalah. Aku cuba gembirakan juga hati aku walaupun jauh dibenak hati aku masih lagi sedih dan tak tahu apa arah tuju aku selepas habis percutian ini.

Dipendekkan cerita aku dan kawan baik aku ambil peluang untuk pergi Snorkeling. Walaupun agent tu kata sekarang ini musim hujan mungkin aktiviti snorkeling akan dibatalkan tapi aku redah juga. Alhamdulillah dengan kuasa Allah masa saat snorkeling tu walaupun kaji cuaca kata akan hujan tapi terang benderang cahaya matahari. Memang hikmah Allah. 
Aku pun apa lagi terjun laaa hehe

Sedang aku snorkeling aku cari mana ikan ikan yang menarik. Malang sekali bila aku nak dekati ikan je semua berenang lintang pukang. Bengang gak aku. Takkan nak Snorkeling batu karang je kan. Bosan hehe

Tiba tiba sedang aku khayal snorkeling kejar ikan aku terlanggar seorang mamat ini. Punyalah aku kelam kabut I'm sorry segala bagai rupanya mamat itu orang utara Malaysia hehe. Dia terus tegur aku.

"Hang nak tengok ikan tak? Hang tadah tangan tengok semua ikan mai!" cerita dia excited.

Aku macam tak percaya je. Tapi lepas tu aku cubalah tadah tangan dalam air. MasyaAllah berduyun duyun ikan datang. Seronok bukan kepalang aku masa tu!

Tiba tiba saat aku memerhati semua ikan tu aku terlihat tangan aku sendiri. Aku tadah tangan ini sama macam aku BERDOA!

Ya Allah masa tu aku menangis dalam laut sebab tak sangka mungkin inilah mesej Allah. Disaat aku sedih ditimpa ujian berat menghadapi kehidupan selepas gradusi sebenarnya Allah sentiasa ada dan nak kita selalu berdoa kepadanya.

Balik dari snorkeling tu aku terus rasa bersemangat dan yakin rezeki Allah pasti ada di mana mana selagi kita sentiasa berdoa dan meminta kepadanya.

Setelah balik ke Malaysia aku bermula dengan kerja part time cashier. Walaupun masa tu ada kawan kawan yang dah berjaya kerja tegur aku kata Kau inikan budak ANC cemerlang siap masuk surat khabar lagi tetapi kenapa keje cashier? Perghhh pedih hati aku

Tapi aku tetap kuatkan pendirian yakin rezeki Allah Maha luas Insyaallah pasti ada jalan untuk aku.

Alhamdulillah kini aku dah dapat kerja tetap dan sikit demi sedikit melangkah mengharungi kehidupan yang memang banyak ujian di kiri dan kanan. Cuma aku yakin sesuatu peluang sebenarnya ada cuma terletak pada kita bagaimana caranya untuk kita membawa diri.

Yang penting kita perlulah sentiasa berusaha, Doa dan terus bertawakal jangan pernah mengalah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah

p/s: Harap perkongsian cebisan pengalaman aku ini dapat dijadikan pedoman dan muhasabah kepada diri sendiri dan rakan rakan. Insyaallah

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: