INDUSTRI PEMINTA SEDEKAH MALAYSIA.

10:43 PG 3 Comments

NAMPAK MELETUP TAK TAJUK ENTRI AKU KALI INI... hehehe.....


sebenarnya aku nak bercerita mengenai budaya peminta sedekah di Malaysia ini... adakah wajar atau tidak..?? sebelum aku membebel panjang aku nak ingatkan yang aku tak ada niat langsung nak mengutuk mahupun menghina golongan peminta sedekah ini... cuma aku mahu berkongsi idea bagaimana kita mahu menghadapi fenomena ini... hish...hish..hish.. so aku harap tak ada la orang menghentam aku lepas ni.. kata aku ni tak berhati perut ke apa ker... sebab aku berhati perut la aku rasa usul ini patut dibincangkan supaya tiada  golongan peminta sedekah lagi di negara MALAYSIA tercinta ini.....

INI BEBERAPA CORETAN CERITA KISAH AKU DAN PEMINTA SEDEKAH....

PERTAMA....

Kisah ni berlaku semasa aku belajar di MRSM kat Nibong Tebal.. jadi kalau kami nak keluar bandar, pekan yang terdekat ialah Parit Buntar... nak dibuat cerita salah seorang rakan aku telah bertembung dengan seorang budak yang meminta sedekah sambil menghulurkan ayat-ayat Al-Quran... mungkin kerana sempati dengan budak tu yang nampak sangat daif... kawan aku pun bagilah duit sikit....

Seperti biasa kalau pelajar asrama keluar bandar mesti nak makan besar... jadi dia pun pergilah ke KFC.. selepas dia membeli makanan dan duduk di meja... di terpandang seorang kanak-kanak yang sedang makan KFC dengan rakan-rakannya yang lain... setelah ditatapi dengan betul rupanya kanak-kanak berkenaan ialah budak yang dia bagi duit sedekah tadi...


Oleh kerana rasa tertipu kerana budak tu boleh pula makan KFC... cakap miskin sangat.. kalau miskin makanlah apa yang termampu ni tidak lahap KFC yang sememangnya mahal siap bersama kawan-kawan lagi....Maka, untuk menegakkan keadilan kawan aku pun bangun dari bangku tempat duduknya dan terus memaki hamun budak tu kat dalam KFC gak... semua orang memandang kami... yang bertambah bengangnya... budak-budak berkenaan boleh buat muka tak bersalah dan membawa ayam mereka yang beli  tadi keluar daripada KFC tanpa sepatah bicara... bermula dari tu aku mula tak percaya dengan kanak-kanak yang meminta sedekah.....

KEDUA...

Ini ialah kisah yang diceritakan oleh ustaz aku... dia baik dengan aku.. jadi memang kami selalu berkongsi cerita sikit... katanya ketika dia makan di kedai ada seorang budak menghulurkan dia senaskah Yasin.. dan meminta sedikit sedekah.. Ustaz aku kesian tengok budak tu... lalu bertanya yang budak tu berasal daripada mana...

Maka budak tu pun menjawab yang dia berasal daripada sebuah sekolah pondak... jadi dia minta sedikit sedekah tu ialah untuk membantu  sekolahnya... disebabkan ustaz aku seorang ustaz..(ayat belit-belit..hehehe) jadi dia pun tanyalah apa nama sekolah pondok tu... manalah tahu dia kenalkan... sekali budak tu tak jawab.. muka dia terus bertukar pucat.. kemudian ustaz aku mula mengesyaki sesuatu... kemudian dia pun ajak budak tu makan sekali...

Bila roti canai sampai.. budak tu terus melahap roti berkenaan.. Ustaz aku pun bertanya... tak baca doa makan dulu ke??? dia dengan selamba menjawab yang dia tak tahu baca doa makan... terkejut ustaz aku medengar jawapannya.. kerana mengikut umurnya dia sudah darjah 4 atau 5.. dia kata bersekolah di sekolah agama... tapi tak reti baca DOA MAKAN..????? 


setelah didesak oleh ustaz aku... maka budak tu pun kata yang dia disuruh oleh sekumpulan lelaki yang menjadi sindiket peminta sedekah... mereka menyuruh kanak-kanak meminta sedekah dan akan mengambil hasil keuntungan daripada kutipan sedekah mereka... Ustaz aku terus bertanya ibu dan ayah budak itu dimana.. dia kata yang dia anak yatim... dan dia terpaksa ikut sindiket itu untuk selamat.... 

Setelah mendengar cerita jujur dari kanak-kanak berkenaan ustaz aku pun bercadang untuk membawa budak itu ke balai polis.. sementara ustaz aku membayar bil di kaunter setiba sahaja dia di meja semula budak berkenaan sudah melarikan diri.................

KETIGA....

Kisah ini memang berlaku kepada aku..... dan baru sahaja berlaku baru-baru ni... setelah penat balik berkawat aku dan rakan-rakan pun nak menjamu selera di FOOD COURT yang terletak di hadapan kolej kami... sedang aku mencari-cari lauk untuk dimakan tiba-tiba seluar aku ditarik-tarik....

TERKEJUT AKU.... kerana mendapati seorang kanak-kanak yang sangat kecil mungkin dalam 4 atau 5 tahun memberi aku Ayat Seribu Dinar sambil meminta sedikit duit.... sedih aku tengok budak tu... tapi aku pelik takkan dia datang sorang-sorang... maka aku tanya dia mana mak dia..... budak tu terus tunjuk kearah belakang aku.....


SEBAIK SAHAJA AKU MENOLEH.... AKU DAPATI.. MAK DIA TENGAH MELAHAP MAKAN NASI PUAS-PUAS... tak hirau pun dengan anak dia... terkejut beruk aku... takkanlah mak macam ni pun boleh ada kat dunia... jadi elok-elok aku kesian kepada budak tu terus jadi menyampah... maka aku suruh budak tu pergi makan dengan mak dia... budak tu tetap tak mahu pergi dia menarik-narik seluar aku lagi.. maka aku pun buat tak tahu sahaja sampai budak tu pergi cari orang lain pula.....

setalah habis membayar.. aku pun duduk di meja untuk makan bersama rakan-rakan.. sedang kami dengan selera menjamah makanan tiba-tiba budak tadi datang kembali... kali ini dia serang kawan aku.. sambil berkata..."Bang nak  tu..." dia tunjuk kat handphone kawan aku... maka kawan aku pun terus halau dan suruh pergi kat mak dia.... sakit hati aku tengok mak dia... kalau miskin sangat takkan sampai tak nak kongsi makanan dengan anak.... sebab aku tengok dari jauh... mak dia masih menjamah makanan dengan lahap... sedangkan anaknya pula di suruh pergi ke setiap meja makan minta sedekah....kesian aku tengok budak tu kecil-kecil sudah diajar meminta sedekah....Astaufirullah Alazim...!!

JADI BERDASARKAN PEMERHATIAN AKU DARI TIGA KISAH TADI AKU RASAKAN SEAKAN-AKAN BUDAYA MEMINTA SEDEKAH INI MACAM TELAH MENJADI TREND.. SELALUNYA AKAN CACAT, ATAU TAK PUN KANAK-KANAK DAN WANITA YANG MEMBAWA ANAK BERSAMA..... 

ADAKAH PEMINTA SEDEKAH TELAH MENJADI PROFESSION???

jadi aku bertanyakan soalan kepada seorang ustazah..
. "IKHLASKAH KITA JIKA KITA MEMBERI SEDEKAH KEPADA SESEORANG ATAS DASAR SIMPATI DAN SALAH TAK KALAU KITA CURIGA DENGAN PEMINTA SEDEKAH????

ustazah tu menjawab... sedekah ialah perkara sunat.. jadi tak salah kalau tak buat cuma lebih baik kalau dibuat.. menjawab soal ikhlas atau tak ikhlas bukan perbuatan yang menentukan tapi hati yang memberi yang menentukan... kalau kita beri kita rasa ikhlas maka ikhlaslah jadinya... kalau kita curiga atau tertanya-tanya... maka tak perlulah bagi... kerana kita tidak pasti, itulah tanda kita tidak ikhlas.....

MAKA NASIHAT AKU... KALIAN TAK PERLULAH TERTANYA-TANYA KE MANA DUIT ITU AKAN PERGI ATAU KENAPA DIA MINTA SEDEKAH.. YANG PENTING KALAU KALIAN RASA KALIAN IKHLAS UNTUK BERI, JADI BAGILAH... KALAU TAK, TAK MENGAPA KERANA TIDAK BERDOSA PUN... TENTANG DUIT ITU AKAN KE MANA... ITU URUSAN ALLAH S.W.T DENGAN MEREKA... JANJI KITA IKHLAS...

p/s: lepas ni aku kan cuba mengikhlaskan diri untuk bersedekah... hehe... kawan2 pun harap2 macam tu juga...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan: