SPEAKING CORNER..

9:58 PG 3 Comments

Sebentar tadi aku baru sahaja menghadiri majlis pelancaran SPEAKING CORNER UiTM SHAH ALAM... baguslah.. dah lama aku nantikan ruang sebegini diberikan agar mahasiswa kita mampu untuk berkongsi idea juga persepsi mengenai sesuatu perkara sekali gus membina jati diri dan kendiri untuk berhujah di hadapan khalayak ramai......

HONESTLY, aku tengok ramai para belia terutamanya orang melayu ni malu-malu kucing untuk berhujah... nak malukan apa kita semua  sama sahaja.. jadi aku menyarankan agar mari kita ramai-ramai meluangkan masa untuk menyertai aktiviti ni... kalau tak ada idea dengar pun jadilah.....

Majlis ni telah dirasmikan oleh our VC iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar....
ini kali pertama aku tengok beliau secara live.. selama beliau dilantik menjadi Vice Counselor.. malangnya oleh kerana cermin mata aku tertinggal kat pawagam hari tu... maka aku yang rabun ni  tak nampaklah dia berhujah dia atas pentas... huhuh(kesian...)

Banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan adanya program ni.. selain keberanian yang diura-urakan aku rasa kita dapat juga mengalakkan mahasisiwa universiti kita agar  keluar dari kepompong sebab ramai pelajar hanya tahu menghadap buku kemudian buat kerja masing-masing tanpa mengambil tahu keadaan sekeliling....

tidakkah mereka sedar bahawa bangsa kita sekarang ini ibarat telur di hujung tanduk ... kalau  dah terhantuk kang baru nak ternadah dah tak guna....

bangsa kita ni terlalu pemalu... bukan tak ada mulut...tapi terlebih banyak mulut sehingga tak tahu nak salurkan kemana... kalau nak diukur bangsa yang paling banyak mengumpat dan bergosip bangsa kitalah tak percaya tengok MAMI JARUM... hehe... ni andaian jer.. tapi aku rasa masuk akal juga sebab kita ni suka cakap belakang tanpa berani meyuarakan apa yang kita rasa di atas pentas... kongsilah.. bukankah berkongsi itu amalan mulia......

JADI AYUH KITA RAMAI-RAMAI SETIAP HARI SELASA JAM 8.30 malam HINGGA 10.00 malam  DI DATARAN CENDEKIAWAN.... majulah BANGSA MELAYU..!!!!!!!

p/s: kisah malang ialah kami ditinggalkan bas Uitm untuk balik kolej.. ini semua salah kawan aku kata bas tu akan berhenti depan kami... malangnya terus jalan laju meninggalkan kami.. wahahahah!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. aku ni sibuk ajak org... aku bila pula nak berhujah... emmm.. tgok laaa... hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum En. Fariz Razali. Maaf. Mohon untuk di delete gambar sculpture telur di atas. Kerana gambar tersebut milik saya, dari myspace dan ada gambar arwah suami saya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam, takziah saya ucapakan kepada puan.. Inalillahwainalillahirojiun.. semoga arwah dicucuri rahmat. saya juga memohon maaf. #Alfatihah

      Padam