MAT PUNK DIGONDOL KEPALA..!!

8:12 PG 2 Comments

Aku tahu berita tergempar ni masa curi-curi baca surat khabar kat sebuah kedai runcit di Seksyen 7.. wahaha... curi2 baca tak haram kan??? hehe... maka untuk tahu sambungannya aku pun goggle laa... bagi aku menarik cerita ni dan satu tindakan yang sangat berani dibuat oleh Pihak berkuasa di Aceh.. Tahniah....!!!

Mat Punk Ditangkap, Direndam Dan Digondol Kepala...Segalanya Di Aceh!

Mahu jadi Mat Punk? Di Malaysia boleh tapi tidak sekali di Aceh.
Kelmarin seramai 65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk, berambut panjang, bertatu dan bertindik ditahan pihak berkuasa di sana.
Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.
Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.
Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai.
Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.
Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.
Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.
Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.
Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.
Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR(MyNewsHub)





p/s: kesian.. penat aku iron rambut tinggi2.. last2 BOTAK..!! huhu~~ 

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. pergh dgn tattoo bagaiii.padan muka!ahh semua nak pakai argument hak asasi,huru hara la dunia mcm tu.mmg la benda tu kalau tak dibuat pun tak mendatangkan masalah,tapi apa salahnya diorang nak mencegah.tak suka,keluar la dari acheh ye tak?mmg aku salute sbb tak hanya pandai rangka undang2 tapi melaksanakan dgn baik!malaysia patut lebih melaksana dari merangka,penat aku nak membaca,dah la semua pun ckp mcm pasti tak pasti.hmph!

    BalasPadam
  2. hehe.. apabila seorg bakal lawyer ternama berkata-kata.. hehehe..

    BalasPadam