REALITI SEBENAR PENDIDIKAN PERCUMA..!

7:08 PG 8 Comments

Sebelum aku menjelaskan realiti sebenar lebih panjang.. baca dahulu luahan seorang rakan aku yang sekarang sedang sambung belajar di France....


Baik dengar sini...kalau kite nk buat perbandingan sistem pendidikan percuma dgn negara lain, kita kne buat perbandingan secara menyeluruh. ada yg terpaksa menelan cukai yg tinggi mcm di France, smpai ada beberapa orang kaya yang menukar nationality, ada pula yg pendidikannya utk golongan tertentu je. bukan utk salahkan sesiapa, tapi cubalah buka fikiran dan listen.



“Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI.



Contoh Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengankutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana.

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?



Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan? berbanding rakyat malaysia yang hampir 500,000 org memasuki universiti hampir saparuh penduduk Mauritius.. 



Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"


Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampakkan ada benda yang perlu dibayar?


Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.


Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan kerana pendidikan percuma sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? 

Maka buktikan kepada saya negara mana yang mampu memberikan PENDIDIKAN PERCUMA tanpa effect mana-mana aspek kehidupan rakyat yang lain.. sedangkan negara-negara maju seperti Amerika dan Jepun pun tak pernah terfikir untuk ada pendidikan percuma boleh je maju.. jadi apa agenda sebenar pendidikan percuma ni sebenarnya???

Apa lagi yang cukup lagi di Malaysia ini.. hanya bayar yuran 10% lagi 90% ditanggung kerajaan.. lagi 10% tu  plak ditanggung oleh biasiswa atau PTPTN.. dan artikel aku jelaskan sebelum ini Fakta Mengenai PTPTN yang perlu anda tahu! PTPTN juga membayai sara hidup kita sebagai mahasiswa.. tanya kawan ke luar negara ada tak kerajaan negara dorg sediakan benda ni???

p/s: teruskan menilai dengan akal.. jangan mudah terpengaruh dengan propaganda yang tidak realiti....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. pe kata ko bukak internet ko bce isu kerajaan malaysia nk buat GST disaat negara TIDAK mengamalkan pendidikan percuma??pe komen ko??

    BalasPadam
  2. kepada saudara anon April 6, 2013 at 8:02 PM GST Malaysia dicadangkan untuk menggantikan sales and service tax yang telah digunakan selama beberapa abad kerana GST berkemampuan utk mengurakan penipuan cukai dan kebergantungan Malaysia pada Petronas. Cadangan itu kemudiannya ditolak kerana ia akan meningkatkan harga barang antara 4-10% meskipun ia bermakna kita tak perlu lagi berharap kepada sumber minyak yang akan habis. Buat sementara waktu GST ditangguhkan untuk diperhalusi lebih dalam lagi.

    Sekadar bercakap secara theoretical jika malaysia melaksanakan GST mungkin kita akan mampu melaksanakan pendidikan percuma kerana kita sudah ada lebihan dana dari petronas yang blh digunakan. Namun pada realitinya kita masih belum melaksanakan GST kerana rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk membayar cukai GST.

    "There is ni such things as free education, there will always be a catch either in small students number, small universities number or high taxes"

    BalasPadam
  3. terima kasih kpd ben frankenstein..pe pndpt en fariz plak??klo stkt org buat blog ko nk buat baik tutup je!!

    BalasPadam
  4. to: Anonymous April 8, 2013 at 5:41 AM..
    siapa pun anda..berhemah la bila berbicara..membuat andaian sendiri dan memberi amaran sebegitu seakan2 anda memperlekehkan penulis blog ni..EVERYONE HAVE THEIR OWN STAND, DO RESPECT!..gunakan HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA..baca dan nilai..jika ingin beri pendapat, sertakan hujah dan fakta..bukan hanya omong kosong..

    BalasPadam
  5. mna ada brang free kt dunia niii~~nk g toilet pn kna byar..huhuuu..

    BalasPadam
  6. Bsyukurlah dgn ape yg ade..blaja la utk berusaha bdikari, jgn mharap semuanya dberi percuma tanpa mahu berusaha..

    BalasPadam
  7. and i think if there is free education in Malaysia, of course there will be meritocracy. only the best can be educated in higher level. plus with the ptptn that will be gone

    BalasPadam
  8. jelas sekali kamu naif tentang pendidikan percuma. ramai yang akan kata "nothing is free in this world", ya itu memang betul. dan negara lain yang mempunyai pendidikan percuma biasanya mempunyai cukai yang lebih tinggi dari malaysia. tetapi mengapakah negara2 ini lebih maju dari malaysia? sebab dengan cukai yang tinggi itu, kerajaan membayar balik dalam bentuk insentif kepada rakyat. saya ambil contoh, negara Jerman. Cukai tinggi. Tapi kerajaan Jerman bayar balik dalam bentuk pendidikan percuma, infrastruktur yang efisyen, pembangunan teknologi dan sukan, harga kereta murah, dan sebagainya. sebab apa mereka boleh buat? sebab kerajaan mereka bersih daripada rasuah. mereka mentadbir dengan cekap dan berintegriti, mereka menjaga amanah rakyat. Malaysia? boleh buat ke? patut lah perut2 menteri semuanya boroi. jaga kroni dan anak bini saja.

    BalasPadam