Malaysia tak cukup Islamkah?

9:56 PG 8 Comments

Aku terkilan dengan feedback beberapa orang rakan-rakan aku yang berasa sangat benci dengan kerajaan Malaysia atas sebab Malaysia dikatakan bukan negara Islam dan masih belum cukup Islam.. betulkah?? selaku seorang perjuang mahasiswa sejati saya ingin berkongsi bersama anda beberapa fakta yang harap dapat merasionalkan mereka ini agar tidak salah sangka dan terus mendefinasi malaysia sebagai sebuah negara kafir tanpa asas dan bukti...

Pertamanya biar aku petik beberapa Hadis sahih untuk rujukan anda...

Dari Syeikh Muhammad Abu Zuhrah


Kedua..


Berbantukan dari dua hadis ini menunjukkan yang Malaysia sudah cukup Islam dari segi asasnya apabila pucuk kepimpinan dipegang oleh Islam dimana Barisan Nasional lebih dominan kepada UMNO yang juga ahli anggota perlu seorang Islam dan juga Melayu. Perlu difahami dalam Perkara 60 Perlembagaan Persekutuaan telah medefinasikan Melayu sebagai seorg (1) beragama Islam (2) mengamalkan adat resam melayu dan (3) bertutur dalam bahasa Melayu.. jadi pertikaian yang UMNO hanya berjuang untuk melayu mengetepikan Islam adalah tidak releven kerana melalui perlembagaan persekutuan lagi kita dah kata untuk jadi Melayu perlu masuk Islam.. maka jika tidak Islam bukan lagi seorg Melayu.. Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana sudah sinonim dalam kalangan melayu seperti isi dan kuku, aur dan tebing...

Hadis kedua pula membuktikan yang Malaysia benar-benar negara Islam apabila Islam diangkat menjadi AGAMA RASMI dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kesuciannya dipelihara dalam Perkara 11 dimana Agama lain tidak boleh berdakwah sehingga menyebabkan umat Islam murtad dan Murtad sah dilarang dalam perlembagaan(berbanding Indonesia percampuran agama menyebabkan banyak murtad yg berlaku). Malah dalam Perkara yang sama juga Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk membantu Institut Agama Islam bagi negeri masing-masing dari segi kewangan dan sebagainya berbeza agama lain yang hanya diberikan sumbangan bukan bantuan penuh dari kerajaan.. INI SUDAH JELAS YANG AGAMA ISLAM BENAR-BENAR DIPELIHARA DAN DIANGKAT BERBANDING AGAMA LAIN DAN MENJAWAB PERSOALAN YANG UMAT ISLAM BENAR-BENAR DIBERIKAN KEAMANAN UTK MENJADI SEORANG MUSLIM DI DALAM MALAYSIA...

Baiklah mungkin belum cukup lagi bukti dari segi asas definisi negara Islam bersama Perkara dalam Perlembagaan sekarang kita lihat pula dari segi perlaksanaan agar minda anda lebih terbuka untuk menilai..

Pertama kita lihat dari kepala.. bagaimana pemerintah Malaysia dipilih.. adakah dengan cara ISLAM???

Merujuk kepada Fiqh Islam Al-Mawardi..


Cuba kita bandingkan pula dengan perlaksanaan dalam Malaysia...



Malaysia bukannya sebuah negara yang Ditaktor mahupun komunis.. malah kita sebuah negara demokrasi yang melaksanakan pemilihan Pemimpin tertinggi melalui Sistem Syura yang merujuk kepada cara Islam..



Sekarang jelas.. dari segi asas perundangan Perlembagaan telah meletak Agama Islam tertinggi dan dari segi pemilihan pemimpin juga telah mengikut cara Islam.. maka tiada lagi istilah kita mengikut perlembagaaan kafir maka automatik kita mempunyai kerajaan kafir??? (-__-') baik buka lagi minda anda untuk melihat cara perlaksanaan Kerajaan Malaysia selama ini dalam mengangkat lagi Islam..

Mengikut Fiqh Islam juga Al-Mawardi telah mengariskan 12 tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam..

Baik menjawab persoalan ini.. umum mengetahui yang kita mempunyai badan Mufti disetiap negeri yang akan mengendali perundangan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa yang akan dikuatkuasa dalam negeri masing-masing.. begitu juga dengan ajaran sesat yang akan dibanteras secara keras.. seperti kes Ayah Pin, Lina Joy dan banyak lagi...

Yang ni jelas dan terbukti bagaimana komponen Barisan Nasional tetap diberi ruang untuk memegang jawatan Menteri seperti MIC dan MCA.. aku rasa kalau Pakatan berkuasa juga akan diberi peluang jadi benda ini tidak menjadi isu.. cuma isunya siapakah yang mampu memberi ruang kepada Umat Islam Melayu memegang kerusi menteri lebih banyak bagi menjamin kedudukan Islam??

Alhamdullilah berpandukan kes Lahad datu kita dapat lihat bagaimana Kerajaan sedia ada sudah pun menyediakan tentera yang jitu bagi terus mempertahankan kedaulatan negara dan ISLAM.. walaupun ada yang terkorban namun jasa mereka sangat dihargai dan dianggap mati Syahid..

Terbukti juga ada.. cuma pertikaian yang tak berasas sahaja yang menyatakan sistem kehakiman Malaysia tidak adil.. sedangkan Anwar dibebaskan mengikut bukti undang-undang maka membuktikan yang sistem kehakiman negara bergerak bebas dan adil tanpa campur tangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.. Malahan kita juga mengangkat Mahkamah Syariah dimana khas untuk orang Islam yang tidak diamalkan oleh sesetengah negara islam




Alhamdullilah.. hampir semuanya sudah terlaksana.. di Malaysia.. Imam telah dipilih malah kebajikannya dijaga, Tabung Haji ditubuhkan untuk memudahkan Ibadah Haji, Pusat Zakat ditubuhkan untuk melancarkan pemugutan Zakat, sumber negara dikendalikan dengan baik, Pengurusan Tanah dari Majlis Pembandaran, Sistem Kewangan Islam ditubuhkan seperti Bank Islam dan sebagainya, Sistem Insurans Islam seperti Takaful, banteras jenayah mengikut perundangan pemerintah dan juga mengalakkan budaya sihat dan adab-adab Islam di Malaysia...

Maka Persoalan adakah Malaysia ini negara Islam sudah terbukti..! Malahan negara Islam yang besar seperti Arab Saudi pun menjadikan Malaysia sebagai IKON NEGARA ISLAM dalam sistem pemerintahan mereka.. maka sudah jelas lagi bersuluh.. ASAS MALAYSIA INI SUDAH ISLAM SEPENUHNYA!!

Isu yang sering dipertikaikan oleh rakan-rakan untuk menidakkan Malaysia bukan negara Islam tidak lain tidak bukan pasti ini...

(1) Pembukaan Pusat Judi di Genting

 

(2) Pembukaan Kilang Arak 


(3) Penternakkan Babi.


Bagi menjawab persoalan ini, satu je benda yang perlu setiap Umat Islam Melayu di negara ini faham yang walaupun kita memegang tampuk pemerintahan iaitu dari kuasa politik tapi kita tetap gagal memegang kuasa ekonomi dimana majoritinya dipegang oleh bangsa asing yang bukan Islam.. Perlu difahami Politik tidak boleh bergerak sendiri tanpa ekonomi.. sehingga kini masih menjadi pertikaian mana lagi penting Politik atau Ekonomi.. realitinya.. dua-dua penting dan saling bergantungan umpama muka duit syiling.. 

Maka Persoalannya atas permintaan oleh pemegang ekonomi, pemerintah Malaysia perlu bertoleransi untuk membenarkan perniagaan begini dijalankan oleh mereka.. kerana mereka bukan Islam dan tidak salah dari segi agama mereka untuk menjalankan perniagaan ini tetapi atas batas Islam.. Sebagai contoh Pusat Judi di Genting ialah satu-satunya Pusat Judi yang LEGAL di Malaysia dan sudah menjadi kebiasaan budaya orang Cina dimana setiap kali Tahun Baru Cina pasti akan menyambutnya dengan berjudi.. Bayangkan jika kerajaan bertindak keras dengan melarang satu satunya pusat judi ini dibuka?? sudah pasti orang cina akan menuntut hak kerana budaya mereka disekat dan dihalang dan ini akan mengucar-kacirkan lagi keadaan negara apabila ia akan effect pertalian ekonomi dan politik dalam negara.

Begitu juga dengan kewujudan Penternakkan Babi dan Kilang Arak atas permintaan yang tinggi terutamanya dari pelabur-pelabur Cina di Singapura dan Malaysia memaksa pembukaannya dilaksanakan.. TETAPI JANGAN RISAU.. kerana pembukaan ini tidak mengetepikan yang Malaysia masih negara Islam sebab kita masih menjalankan perundangan Islam dan melarang keras orang Islam dari terlibat dari kegiatan ini.. malah keuntungan dari cabang ini akan diasingkan dalam pembendaharaan negara dan tidak akan dicampur aduk antara keuntungan halal dan haram..

Maka sentimen yang cuba menghukum Malaysia bukan negara Islam hanya kerana isu ini sangat tidak berasas sama sekali.. kita kena faham jika mana-mana parti pun memerintah sudah pasti perniagaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia juga sebahagian dari Malaysia yang dianggotai oleh pelbagai bangsa dan agama.. Cara yang terbaik ialah kita selaku Muslim Melayu sendiri yang kena bangkit sendiri menguasai ekonomi jangan hanya menunding jari kepada kerajaan tanpa anda sendiri sedar hakikat yang sebenar..

SETERUSNYA.. ISU YANG SENTIASA DIMAINKAN IALAH...


Hampir keseluruhan hukum perundangan Islam telah pun dilaksanakan dalam Malaysia seperti Qisas, Ta'zir dan sebagainya telah pun dilaksanakan cuma Hudud sahaja belum.. untuk pengetahuan semua Hudud hanyalah sub daripapa perundangan Islam secara total.. Adakah hukum ini wajar dilaksanakan di Malaysia atau tidak..

Jujur pandangan peribadi saya rasa hukum ini wajar dilaksanakan sebab Hudud memang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Taala bagi kesalahan tertentu seperti mencuri menzina dan sebagainya.. memang perlu dilaksanakan.. TETAPI PERSOALANNYA BAGAIMANA MALAYSIA INGIN MELAKSANAKANNYA..???

Cuba anda selidik kembali sistem pemerintahan negara.. bagi mengubah sesuatu dasar kita memerlukan sokongan 2/3 dewan parlimen (Rakyat dan Negara) kemudian baru akan disahkan oleh Yang Dipertuan Agung.. sekarang jelaskan kepada saya jika saya salah berapa kerusi yang dipertandingkan oleh PAS selaku perjuang hukum hudud yangs sejati?? capaikah 2/3 kerusi??? persoalan inilah yang bermain diminda saya jika Pakatan rakyat berjaya memengang tampuk pemerintahan DAP lah yang bakal berkuasa kerana memang realiti kerusi dipertandingkan DAP paling majoriti.. mengikut sejarah dari pilihan raya 2008.. dah sudah sah dan secara terang terangan DAP menolak kewujudan Negara Islam secara totalnya.. bukan sahaja hukum hudud...

Kita bandingkan pula dengan UMNO yang setiap tahun pasti akan mempertandingkan kerusi 2/3 cuba dan selainnya kerusi untuk MAC dan MIC bagi balance supaya tidak mengetepikan bangsa lain.. Jika benar kita selaku rakyat dan pemimpin secara keseluruhannya sudah bersedia maka UMNOlah medium yg terbaik utk kita merealisasikan Hukum Hudud ini.. INI IALAH REALITI YANG ANDA PERLU SEDARI JIKA ANDA BENAR-BENAR INGIN MEMPERJUANGKAN HUKUM HUDUD....

Perlu diingatkan untuk kita menilai Malaysia negara Islam atau tidak kita kena tolak penilaian Keimanan secara individu.. kiranya kita tidak boleh menilai iman seseorang pemerintah tak kira belah kerajaan mahupun pembangkang.. siapakah kita menentukan keimanan seseorang???

Sebelum saya menutup entri ini sila hayati...



P/s: renung-renungkan adakah kita sudah bersedia untuk menjadikkan Malaysia Cukup Islam?? semuanya terletak ditangan kita bukannya menunding jari kepada sesiapa....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. kdg2 apa yg dilakukan melanggar hukum...ini yg kita katakan niat tak menghalalkan cara...

    BalasPadam
  2. Well said bro..pencerahan yang sangat hebat..keep up the good job!

    BalasPadam
  3. "Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth "الحديث" mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah laporan perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran."
    Saya x pasti adakah 2 hadis yang dikatakan pada permulaan artikel ini betul2 hadis ataupun ungkapan ulama As Syaibani dan Abu Zuhrah... Besarlah kesalahan menyandarkan sesuatu perbuatan atau ucapan pada Nabi Muhammad S.A.W... Mohon pencerahan si penulis... :)

    BalasPadam
  4. siapa kata demokrasi itu islam?jangan gunakan selective reasoning di sini.kaji lebih mendalam.jangan gunakan emosi dan kepentingan diri demi mempertahankan ideologi sendiri.

    BalasPadam
  5. ingat lah pahala dengan dosa sama . pakai otak sndiri nenek aku pon boleh la . amek al quran letak sebelah la wo0i !!!

    BalasPadam
  6. hahaha , lawak . kalau pakai otak sndiri nenek aku pon boleh menaip . cube amek al QURAN letak sebelah tngok . tpi jgn letak je . pandu al QURAN n teruskan menaip . faham !! pikir dosa pahala same , dh la sebarkan maklumat , tpi xbetul sekupang . ape ke heeeee ?? !! aiiyioo00 , dunia ! dunia ! dunia !

    BalasPadam
  7. ekonomi islam... semuanya hak allah dan mesti dijalankan mengikut syariat allah... ni pakai ekonomi campuran la jadi camni... untuk kepentingan pemerintah, pemerintah menjaga kepentingan golongan elit

    BalasPadam
  8. sekarang dah tahun 2015 macamana pandangan kau tentang negara Islam di bawah kuasa najib.kau bangga atau malu?kau rasa berbaloi ke selama ni sokong kerajaan yang kau harapkan akan meningkatkan martabat Islam di malaysia?

    BalasPadam