Makna Sebenar Iftar Bersama Anak Yatim

Azib yang berjubah putih tu.
'Alhamduillah, pada 24 Jun 2015 yang lalu aku berpeluang menyertai Majlis Iftar bersama Anak anak Yatim di Baitul Ehsan Al Khairi anjuran Najib Razak Club (NRC).

Program bermula pada jam 5.30 petang dimana kami bersama sama anak anak yatim menyediakan juadah ringkas unuk berbuka puasa sekali.

Setelah selesai segala persediaan juadah dihidang aku pun mengambil peluang ini untuk berkenalan dan bertegur sapa bersama beberapa anak anak yatim. Kerana apalah maknanya jika aku iftar bersama mereka tapi gagal merebut peluang untuk mengenali mereka.

Pertamanya aku berkenalan dengan seorang budak ini, dia kata nama dia Azib. Aku pun macam dah pelik sebab first time aku dengar nama Azib. Mula-mula aku ingat Adib. Maka aku cakap kat dia, biar abang tengok ye apa makna nama kamu.

Lalu aku mengambil telefon dan search nama Azib di Google:

Azib : Sabar dan Gigih.

Tersenyum dia bila dapat tahu nama dia sabar dan gigih. Aku pun pujilah yang dia ini mesti seorang yang tak mudah putus asa dan sentiasa bersabar walaupun apa sahaja rintangan yang melanda.

Kemudian Azib pun tanya aku, Nama abang siapa?

Aku jawaplah nama aku Fariz.

Tanpa perlukan bantuan google mahupun telefon terus dia jawap. 

Oh maknanya Penungang Kuda dan Satria.

Tergamam sebentar aku. Begitu tepat dan cepat dijawab. Maka aku pun tanyalah tahu bahasa Arab ke?

Dengan ceria dia jawab mereka memang pelajar Tahfiz maka tahu serba sedikit mengenai bahasa Arab. 

Terasa diri kecil pula nak dibandingkan dengan aku. Terpaksa mengunakan teknologi berbanding Azib mampu terus memberi jawapan walaupun baru berusia 11 tahun.


Inilah dia Abdul Karim
Selepas itu aku menegur pula seorang lagi anak yatim dihadapan Azib. Nama dia Abdul Karim, juga 11 tahun. Pemalu orangnya tapi bila aku ajak berborak baru dia rasa selesa dan ceria.

Aku tanyalah dia, Cita cita nak jadi apa?

Dia jawab Polis dengan penuh semangat.

Wah bagus cita-cita. Aku tanya kenapa nak jadi polis.

Dia terangkan yang dia benci orang jahat jadi dia nak jadi polis nak tangkap orang jahat.

Bagus sangat jawapan dia. Maka aku pun tanya lagi. Karim kampung halaman kat mana?

Tiba-tiba dia macam tunduk, nampak kelihatan sedikit sayu.

Aku dah mula rasa bersalah. Alamak aku tersilap bagi soalan ke?

Kemudian dia menjawab yang dia berasal daripada Myanmar.

Terkejut aku. Maka aku mula memujuk dan bertanya ada keluarga tak di Malaysia?

Dia jawab tiada, tapi keluarga dia di Myanmar masih ada. Cuma tak tahu khabar berita.

Dalam keadaan beberapa minit lagi nak berbuka tu aku hanya mampu menahan air mata dan mula bercerita kisah lain untuk meenceriakan balik anak anak yatim disekeliling aku.

Walaupun aku rasa sedih dengan cerita Karim tapi aku tak nak nampak sedih dihadapan dia biar dia rasa sedikit ceria agar dapat terus kuat.

Dalam momen yang ringkas bersama anak yatim tu dapat aku simpulkan yang Anak Yatim ini merupakan insan yang terpilih oleh Allah. Walaupun mereka tiada nikmat seperti anak anak yang lain iaitu kehadiran ibu bapa mahupun keluarga. Namun kekuatan dan kecekalan yang diberikan oleh Allah kepada mereka menjadikan mereka insan yang lebih istemewa berbanding kanak kanak biasa.

Malangnya berapa ramai daripada kita begitu menghayati momen iftar bersama anak yatim dalam mengenali mereka lebih mendalam sebagai muhasabah diri kita kembali. Jangan kerana kita terlalu asyik nak menyalurkan bantuan kepada mereka tapi gagal memperoleh nikmat yang sebenar bersama mereka.

Ramai yang mampu menderma wang ringgit tapi tak ramai yang mampu menderma masa dan tenaga.

p/s: Jadikan cerita ini sebagai muhasabah kepada diri aku sendiri dan rakan rakan yang lain. InsyaAllah.

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: