Pemimpin Bukan Seorang Hamba.



Pada 11 April 2015 yang lalu aku dan beberapa kawan kawan fasilitator UiTM berkesempatan menjadi fasilitator untuk Kem Kepimpinan SK Klang Gate. 

Seramai 85 pelajar yang comey omey terlibat sekali.. Memang Hyper budak budak ni biasalah budak sekolah rendah.

Cuma ada satu modul yang aku buat secara mass aku nak share bersama semua. Aku rasa modul ini sangat menarik dan berpengajaran.

Kami membahagikan kepada 6 kumpulan dan ketua setiap kumpulan diminta berkumpul di tengah bulatan besar bersama semua pelajar yang lain. Setiap kumpulan diminta sedekahkan 5 buah kasut jadi ada 30 buah kasut di tengah tengah bulatan.

Setiap wakil ketua kumpulan ditutupkan mata dengan kain dan 30 buah kasut tu ditaburkan dalam bulatan. Aku pun mula memberikan arahan kepada setiap ahli kumpulan dimana mereka diminta untuk menjerit beramai ramai mengarahkan ketua mereka mencari 5 buah kasut milik ahli kumpulan masing masing dalam keadaan semuanya serentak.

Setelah semuanya bersedia maka aku pun suruh ahli kumpulan memberikan arahan kepada ketua kumpulan. Bayangkan jelah ada 79 orang pelajar semuanya menjerit sekali memang bergegar dewan dibuatnya. hahaha

Memang kelam kabut masa tu sebab semua orang memberi arahan berbeza beza mengikut ketua kumpulan masing masing. Ketua setiap kumpulan pula pening kepala dibuatnya untuk mencari mana kasut ahli kumpulan mereka dengan arahan yang kucar kacir.

Setelah hanya tinggal satu ketua sahaja yang masih belum menjumpai kesemua kasut ahli kumpulanya. Aku menukar arahan dengan mengarahkan semua pelajar sekaligus membantu seorang ketua ini mencari kasut ahli kumpulannya. Maknanya semua pelajar memberi arahan yang sama pada seorang ketua.

Tak sampai 2 minit pun ketua tu berjaya mencari kasut tu setelah mendengar arahan yang satu dan jelas dari semua pelajar disekelilingnya. 

Selepas itu aku tanya kepada ketua kumpulan yang pertama sekali, apa perasaan dia mencari kasut ahli kumpulannya dalam keadaan yang huru hara kerana ada banyak arahan. Dia menjawab dengan jujur sangat susah untuk mencari kasut ahli kumpulannya sehingga dia kena fokus dengan bersungguh sungguh dan mengambil masa yang lama untuk menjumpainya.

Kemudian aku tanya pula ketua kumpulan yang terakhir dimana dia seorang sahaja ketua yang dapat merasa arahan yang satu dari semua pelajar. Jawapan dia dengan senang hati, sangat senang nak mencari kasut ahli kumpulannya dengan satu arahan dari semua pelajar sebab arahannya jelas dan masa yang diambil untuk mencari kasut juga pantas.

Konklusinya????

Melihat keadaan semasa kini masyrakat Malaysia terlalu galak ingin bersuara dan mengatakan pandangan mereka sehingga mereka sendiri tidak sedar yang pandangan mereka kadang kala lebih suda dari kuah. Dimana ia lebih menyusahkan sesuatu. Tidak salah untuk mengkritik namun biarlah kena pada tempatnya dan lebih berbentuk kritikan yang membina bukan hanya cemuhan yang lebih menanamkan kebencian sehingga merosakkan segalanya.

Kita kena faham menjadi seorang ketua bukan hanya satu permintaan sahaja yang perlu dilunaskan, malah permintaan itu datang dari pelbagai sudut sehingga menyukarkan kepimpinan jika setiap pihak dalam masyarakat tidak faham situasi kepimpinan sebenar dan hanya semudahnya menuding jari serta menuduh yang bukan bukan.

Ingat seorang pemimpin dipilih untuk manjadi wakil kepada masyarakat bukannya menjadi hamba. Maka sebagai wakil anda kerjasama dan perpaduan itulah kunci utama untuk kemajuan seseorang negara. Bukannya dengan menjadikan pemimpin sebagai hamba dan mengarah itu dan ini tanpa anda sendiri mengetahui mana yang baik dan buruk dalam kepimpinan tertinggi sendiri.

p/s: Harap ilmu kepada adik adik ini dapat difahami kelak bila mereka besar nanti.. Amin.

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: