Malim Gunung Kinabalu adalah Hero.


Gempar satu Malaysia apabila berlakunya gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.

Berita yang menyayatkan hati ini telah disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya enam lagi masih belum dapat dikesan.

Kejadian Bencana Alam yang tidak disangka sangka ini merupakan sesuatu berita yang mengusarkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Sabah. Memang Sabah menjadi negeri kegemaran aku dimana terletaknya pemandangan yang cantik dan orang orang yang peramah dan baik. Malah Keluarga angkat aku yang berada di Kota Belud pun terkena kesan gempar bumi ini tapi Alhamdulillah tiada kecederaan teruk yang terjadi.

Nasib baik pihak kerajaan dibawah kelolaan Jawatankuasa Bencana Negara yang diketuai oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin mengambil langkah cepat mengendalikan bencana ini. Untuk pengetahuan korang Jawatankuasa ini telah secara rasmi wujud setelah insiden Banjir Besar di Semenanjung Malaysia tahun lepas. Alhamdullilah setelah jawatankuasa ini wujud masalah bencana akan dapat diselesaikan dengan cepat.



Perlu difahami sebelum ini Malaysia yang dikenali sebagai negara yang terlindung dari Lingkaran Pasifik yang tidak akan menerima sebarang bencana alam bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan. Makin lama semakin banyak ujian bencana yang diturunkan sebagai peringatan kepada kita,

Apa apa pun yang menarik perhatian aku bagaimana Malim Gunung Kinabalu yang telah menjadi penyelamat kepada mangsa pendaki Gunung Kinabalu. Baru tadi pagi dengar temuramah seorang Malim melalui radio Era dan nampak mereka ini memang seorang yang cekal dan berhati mulia membantu mangsa gempar bumi yang masih tersekat di pengunungan Kinabalu.

Malah tindakan Malim Gunung Kinabalu ini juga mendapat perhatian media antarabangsa:


Australian Broadcasting Corporation (ABC)

Menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.

Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.

“Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami,” katanya.


Cable News Network (CNN)

Para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.

Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: “Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu”.

Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana telah melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bungkahan batu melalui penggunaan tali.

“Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen,” katanya kepada CNN.


Sebagai rakyat Malaysia aku sangat berbangga dengan Malim Gunung Kinabalu! Teruskan perjuangan menyelamatkan mangsa semoga anda semua sentiasa diberkati Illahi. InsyaAllah.

Sumber: Wake Up Malaya

p/s: Jika ada peluang sukarelawan ke Sabah, InsyaAllah aku akan berebut untuk ke sana. Amin.

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: